04/01/2018 - 05/01/2018 - LIFESTYLE BLOGGER

Ahad, 29 April 2018

CARA JIMAT BELANJA | JOM PI PASAR DAPAT KUPON RM20

10:21 PG 43
CARA JIMAT BELANJA | JOM PI PASAR DAPAT KUPON RM20
Dalam ekonomi yang mencabar ini, pelbagai masalah yang di hadapi oleh masyarakat salah satunya masalah kewangan yang menyebabkan kadang kala masyarakat mengalami kesempitan hidup. Apabila menghadapi kesempitan hidup, mereka tidak lagi mampu untuk berbelanja untuk barangan dapur, membayar pelbagai bil dan sara hidup. Dengan situasi ekonomi yang semakin meningkat ini, sebaiknya kita perlu berjimat cermat dalam perbelanjaan.

Cara untuk berjimat cermat ialah: 

1) Catatkan setiap aliran wang

Tak semestinya wanita sebagai surirumah perlu menguruskan hal ehwal perbelanjaan dalam keperluan keluarga.  Malah pasangan perlu ambil tahu tentang setiap perbelanjaan yang dibelanjakan. Catatkan setiap aliran wang dengan teliti termasuklah perkara kecil seperti makanan dan snek. 

Jika selama ini asyik tak cukup belanja, anda kini boleh melihat kemanakah wang yang dibelanjakan. Di sini anda sudah tahu yang manakah perlu atau tidak perlu dibelanjakan berdasarkan keperluan dan kehendak.

2) Masak di rumah

Jika anda mempunyai ahli keluarga yang ramai, masak di rumah adalah salah satu kos penjimatan yang paling efektif. Anda hanya perlu menyediakan 1 atau 2 menu pagi/tenghari dan malam. Mungkin anda perlu memasak tambahan 1 menu bergantung kepada situasi (lauk sudah habis misalnya) daripada anda makan di luar sudah tentunya memakan kos yang tinggi. 

Dengan memasak di rumah juga anda sudah jimat dengan membawa bekal ke tempat kerja ataupun ke sekolah. Duit belanja sekolah dan makan lunch sudah jimat di situ. 

Jika anda kerap memasak, tentunya barangan dapur semakin kurang. Ianya tidak mendatangkan masalah, cuma anda perlu kreatif dalam masakan . Untuk kreatif dalam masakan anda hanya perlu gogole sahaja

3) Tabung kecemasan

Setiap isi rumah perlu membuat tabung kecemasan. Sebagai permulaan, buat jadual untuk menyimpan secara tetap dalam akaun simpanan. Mulakan dengan jumlah yang kecil. Pastikan anda teruskan rutin ini secara berdisplin.

Selain menyimpan dalam akaun simpanan, anda juga boleh menyimpan di dalam rumah dengan menyediakan pelbagai tabung antaranya tabung belanja rumah, travel, shopping dan sebagainya. Ini sangat membantu anda dalam merancang perbelanjaan anda. 

4) Jom Pi Pasar (Kupon RM20)

Setiap bulan seramai 150 pengunjung di pasar terpilih akan menerima kupon RM20  bagi mendapatkan barangan keperluan

JOM PI PASAR (KUPON RM20)

Jom Pi Pasar ini telah dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Terdapat beberapa lokasi pasar tani dan pasar malam di kenalpasti memeriahkan lagi program ini.

Program ini merupakan inisiatif keprihatinan terhadap masalah yang dihadapi oleh isi rumah terutamanya suri rumah yang terpaksa membelanjakan hampir RM500 setiap bulan bagi membeli barangan dapur. 

Program Jom Pi Pasar ini mendapat sambutan di kalangan suri rumah selain dapat membantu menjimatkan perbelanjaan dapur malah dapat meringankan beban golongan berpendapatan rendah yang menetap di bandar dalam menghadapi situasi kos sara hidup tinggi pada masa kini. Sekurang-kurangnya duit belanja itu nanti dapat di simpan untuk kegunaan lain.


Selalunya kami membelanjakan RM200 sebulan bagi membeli barangan dapur, tetapi dengan adanya program Jom Pi Pasar ini, ia membantu menjimatkan lagi perbelanjaan kami sekeluarga bulan ini,” kata Farah Diba Shari, 34. 


Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin (dua dari kiri) diiringi Azizan Shariff (kanan) mengedar kupon RM20 dalam program Jom Pi Pasar di Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Diharapkan pihak penganjur dan penaja meneruskan program Jom Pi Pasar di masa akan datang.

Jumaat, 27 April 2018

3 LANGKAH PENJAGAAN MUKA DENGAN BARE ESSENTIALS DARI ALTHEA

3:46 PTG 3
3 LANGKAH PENJAGAAN MUKA DENGAN BARE ESSENTIALS DARI ALTHEA
Memang menjadi kegilaan di kalangan blogger dan pencinta-pencinta K-Beauty jika ada produk terbaru dari one stop online paling famous iaitu Althea. Siapa tak tahu Althea merupakan kedai online K-Beuaty paling hawt. Produk Althea memang best dan memang meletop. Menjadi sebutan di kalangan bloggers. Let say kalau ada produk terbaru, memang licin habis ok. Korang kena cepat. Siapa cepat dia bahagia hey

Althea, kedai one stop online yang diminati dikalangan blogger dan pencinta-pencinta K-Beauty akhirnya telah melancarkan produknya sendiri. Jika anda masih ingat dulu Althea pernah mengeluarkan produknya sendiri iaitu Petal Velvet Poweder (serbuk lut) yang meninggalkan kesan makeup dan menjadikan kulit muka anda tampak licin bak sutera.



 Kini, kami digosipkan pula produk terbaru dari Althea. Memang gosip panas habis di kalangan blogger tau?Macam boleh buat pillow talk sambil makan kuaci hihi. Ok produk terbaru dari Alteha ialah Bare Essentials iaitu produk penjagaan wajah yang merangkumi pembersih, toner dan pelembab 

Althea's Bare Essentials



3 langkah penjagaan kulit anda yang sempurna. Packaging yang sungguh minimalis ini memberi tumpuan asas penjagaan kulit yang direka- untuk memberikan faedah daripada rutin penjagaan kulit Korea 10 langkah yang terkenal, dilancarkan menjadi 3 langkah cepat dan mudah.


Produk ini menyuburkan kulit semasa
meninggalkannya kelihatan cerah, bersinar, dan cantik. Dengan formula yang bersih, minimum, namun berkesan, ini produk mudah melambangkan kesempurnaan mudah dan memberikan hasil maksimum dengan usaha minimum. Dan
jika seseorang mempunyai kulit yang hebat, ia mengurangkan jumlah solek yang diperlukan untuk membuat kulit wajah yang sempurna.


Antara barangan yang terdapat dalam pink box kali ini adalah: 

1. Contour Cleanser 150g
2. Primer Water 200mL
3. Fixer Cream 50g
4. Mirror
5. kit Pack Travel bare Essential
6. Althea Marble.


Produk penjagaan wajah Althea Bare Essentials ini merangkumi pembersih wajah, toner dan juga pelembab. Fungsi-fungsi satu-satu produk adalah seperti berikut :


The Contour Cleanser 150g RM23.00 Mengandungi ekstrak Lemon Myrtle, pembersih ini padat dipenuhi dengan mikro kapsul yang pecah apabila bersentuhan dengan air untuk membersihkan, mengelupas, dan menyahtoksik kulit secara perlahan. Contour Cleanser ini juga membantu untuk menggalakkan peredaran darah, dan mengurangkan kembung dan pembengkakan di bahagian muka yakni merampingkan muka anda. Ha jangan tak tau nama pun Contour ok mestilah nak bagi muka kita bentuk V. Suka tak?


The Primer Water 200ml RM43.00 Primer water ini bertindak 2 dalam satu sebagai toner dan juga primer. Mengandungi teknologi Makro Teknologi Dispersi Fluidik yang perlahan-lahan mengecilkan liang-liang roma dan melembapkan kulit, glowing dan lebih anjal. Dibuat dengan ekstrak salji Lotus yang bertindak melembutkan kulit wajah, meningkatkan kelembapan kulit dan menyihatkan kulit secara semulajadi.


The Fixer Cream 50g RM50.00 Fixer cream ini best sangat. Bila pakai tidak berminyak, cepat menyerap untuk memberi kulit dengan penghidratan selama 24 jam. Krim ini juga kaya dengan antioksidan yang diperoleh daripada minyak biji Camellia Sinensis (teh hijau), dan membantu meningkatkan kolagen pada kulit

El suka sangat produk Bare Essentials ni. Bila pakai muka sangat fresh dan lembap sepanjang hari. Bau pun best. Yang paling best dia punya packaging sungguh manimalis macam tampak mewah seperti brand terkenal di dunia. Very the gitu hehe. Love sangat. 

Dengan semua 3 produk tersedia untuk pembelian pada harga RM116. Cepat cepat. Berita baik untuk anda, setiap pembelian, anda akan dapat diskaun 10%, free shipping dan free cermin Althea (limited edition tau)


Untuk Maklumat Lanjut : 


FACEBOOK : 




THE HABITAT PENANG HILL | TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG

9:58 PG 5
THE HABITAT PENANG HILL | TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG
Salah satu tempat menarik yang patut anda kunjungi ketika bercuti di Pulau Pinang ialah The Habitat Penang Hill. Kepada mereka yang cintakan alam dan ingin menikmati back to nature, memang The Habitat Penang Hill tempat dituju.

El sekeluarga dan rakan blogger lain berkesempatan untuk berkunjung The Habitat Penang Hill 14 April yang lalu. Anak-anak sangat teruja setelah sekian lama tidak bercuti ke tempat-tempat menarik seperti ini. 


Kami telahpun merancang untuk naik ke Penang Hill (Bukit Bendera) seawal pagi. Pergi seawal pagi terasa sejuk dan pengunjung belum ramai lagi. 


Tiket Train RM3.00

Jika anda ingin mendapatkan harga tiket RM3.00, anda dicadangkan untuk datang awal. Promosi tiket RM3.00 bermula 6.30pagi-9.00pagi dan 7.00pm-11pm. Alhamdulilah selesai sahaja solat subuh, El dah pun bangunkan anak-anak untuk bersiap dan mengambil sarapan pagi sebelum naik ke Penang Hill.

Kami parking kerete di multi storey carpark berhampiran dengan pintu masuk Penang Hill. Alhamdulilah ketika itu pengunjung pun tidak terlalu ramai. Terus ke kaunter untuk membeli tiket promosi RM3.00. Anda perlu membawa kad pintar kesemua ahli keluarga anda untuk pembelian tiket.

Ticketing Counter:
Daily: 6.20am - 10.30pm
Train Schedule: 
Daily: 6.30am-11.00pm
(departure time every 30 min)

Setelah mendapatkan tiket, El sekeluarga terus masuk ke dalam station platform untuk beratur. Setiap perjalanan keretapi untuk ke main station mengambil masa dalam 5- 15 minit. Kami ketika itu tunggu lama jugalah. Anak-anak dah bising tak sabar nak naik keretapi. 

Sesudah sampai di atas Penang Hill (Bukit Bendera), cuaca sangat sejuk semacam dekat Cameron Highland dengan kabusnya. Sebab itu El lebih suka naik ke atas pada waktu pagi. 



Kami meneruskan perjalanan tanpa singgah di mana-mana Memang tak sempat nak ambil gambar di sekitar Bukit Bendera disebabkan mengejar masa untuk ke Habitat. 



Kami di Sky Walk

Untuk pergi ke The Habitat, kami perlu menaiki shuttle/4wd Mengambil masa dalam 7 minit perjalanan. Anda dikenakan bayaran tiket ke habitat sahaja. Tetapi jika anda seorang yang lasak dan sukakan adventures, anda juga boleh berjalan kaki 1.6km (hiking) ke sana. 




Sepanjang perjalanan anda akan menikmati kehijauan hutan simpanan dan terdapat beberapa buah rumah Inggeris peninggalan lama





Yeay!Kami dah sampai di The Habitat. Lets back to nature. Kami sampai di sini jam 10.00 pagi tapi masih sejuk, redup dan berkabus. 

Serba Sedikit tentang The Habitat

The Habitat di Bukit Bendera merupakan tempat yang harus dikunjungi bagi memperoleh pengalaman,keseronokan serta ilmu pengetahuan mengenai hutan hujan tropika di Malaysia. Apabila anda berada di pintu gerbang The Habitat bermakna anda telah berada di zon keindahan semulajadi Bukit Bendera.

Bukit-bukau, hutan hujan tropika, kepelbagaian flora, batu-batu granit yang besar dan pemandangan yang indah menjadikan The Habitat di Bukit Bendera sebagai tempat yang harus dilawati. Eko perlancongan bertaraf dunia yang pertama di Malaysia bertujuan untuk mempromosikan kesedaran dan pemuliharaan alam sekitar.

The Habitat merupakan salah satu tarikan utama di Pulau Pinang.Melalui proses fotosintesis, tanaman menghasilkan makanan sendiri dengan menggunakan karbon dioksida, air dan tenaga dari sinaran matahari untuk menghasilkan oksigen yang penting kepada kehidupan.Hutan hujan juga membantu mengitar semula dan membersihkan bekalan air. Laluan semulajadi yang terdapat di The Habitat membuatkan pengunjung akan lebih menghargai hutan serta hidupan liar.


kaunter tiket 


The tickets


Excited masuk hutan 


En. Nazrul as our tour guide kami hari tu.. tapi kami tak boleh tunggu lama..terpaksa follow anak-anak yang dah agresif nak tengok macam2 hihi

Jom kita tengok apa yang menarik dalam The Habitat ini. 



Climbing tree


Ha dah kenapa ada batu dekat tengah2 jalan ni. Kalau anda nak tahu batu dan jalan ini sudah berusia beratus tahun. Kemudian pihak kerajaan telah menambah baikan jalan ini untuk lebih mudah pengunjung melawati sekitar kawasan.


Antara flora yang ada di The Habitat

sumber dari google
sumber dari google
 


Apa yang mereka tengah perhatikan? 



Kalau anda nak tahu, yang tadi tu mereka sedang mengintai si tarantula dalam sarangnya. Malangnya, si tarantula hari tu tak keluar pula. Banyak juga binatang-binatang yang kami pergi hari tu semuanya malu-malu nak keluar hihi



Kalau anda nak lihat lagi flora dan fauna boleh visit IG The Habitat Penang Hill www.instagram.com/thehabitatph




sumber dari google
Ini adalah terrarium workshop dan taman orkid. Anda boleh tanam sendiri pokok pilihan seperti di bawah ini. Tapi dikenakan bayaran. Bayaran ai is lupa haha


Giant swing

El dah teruja nak bergambar dengan giant swing di The Habitat ini. Alang2 anak-anak yang konker. Biasalah budak-budak ni pantang nampak swing memang seronok lebih. Dekat sini ada 3 giant swing. 






Langur Way Canopy Walk 

Jambatan gantung ini berada di ketinggian 40 meter dari aras bawah. Anda boleh menikmati panorama kehijauan hutan simpanan di The Habitat dengan penuh keasyikan




Tree Top Walk Curtis Crest

Tree Top Walk ini menawarkan pemandangan 360 darjah yang memukau seluruh Pulau Pinang. Jika bernasib baik anda boleh melihat jelas pulau-pulau di Langkawi. Bel Retiro (rumah agam Gabenor Pulau Pinang) juga dapat dilihat. 

Untuk pengetahuan anda, dataran tinggi tahun 1890 ini digunakan sebagai salah satu gelanggang tenis Inggeris pertama di Tanah Melayu oleh orang-orang yang bercuti di dataran ini. Ia juga digunakan sebagai tanah perbarisan tentera oleh Syarikat India Timur pada hari-hari awal penempatan, dan pasukan yang ditempatkan di sini bertugas untuk memerhatikan kapal-kapal musuh. Mereka ini akan memberi isyarat kepada Fort Cornwallis di George Town jauh di bawah supaya mereka boleh memberi amaran kepada rakyat dan bersedia untuk berperang.

Lokasi ini juga mungkin digunakan oleh ahli botani terkenal Charles Curtis (1853-1928), pengawas pertama Taman Botanic Pulau Pinang. Pada tahun 1884 Curtis diletakkan di bawah pentadbiran wilayah yang termasuk "The Waterfall Gardens". Dia bereksperimen dengan pokok-pokok sambil merancang apa yang akan menjadi Taman Botani Pulau Pinang.

sumber dari google












 




Harga Tiket The Habitat Penang Hill

Anda boleh beli secara online di sini https://ticketing.thehabitat.my/TheHabitat/selection2.aspx

Operation hours: 9.00pagi - 8.00 malam
(Last admission - 7.00 malam)



Berita baik untuk anda, hari Ahad terakhir setiap bulan The Habitat ada membuat 50% diskaun untuk belian tiket. So anda boleh rancang perjalanan anda ke sini


Untuk gambar dan keterangan lanjut anda boleh lihat di:

Website: http://thehabitat.my/home/
Facebook: https://www.facebook.com/thehabitatpenanghill/
Instagram: www.instagram.com/thehabitatph