THE GRAVITYZ WORLD'S HIGHEST ROPES COURSE CHALLENGE | TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG - LIFESTYLE BLOGGER

Selasa, 20 Mac 2018

THE GRAVITYZ WORLD'S HIGHEST ROPES COURSE CHALLENGE | TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG

The Gravityz World Ropes Challenge | Tempat menarik di Pulau Pinang. Jika anda datang ke Pulau Pinang, anda pasti dapat lihat dari jauh menara Komtar yang merupakan menara yang tertinggi di Pulau Pinang dan ketujuh tertinggi di Malaysia. Menara Komtar juga menjadi lambang kebanggaan rakyat Pulau Pinang. 



Tarikan terkini di Pulau Pinang. Untuk pengetahuan anda, kini menara Komtar lebih menarik dengan adanya pelbagai tarikan terkini untuk anda nikmati antaranya ialah:-

Tech Dome Penang  
Tech Dome adalah sebuah pusat sains interaktif ala Petrosains. Ada pelbagai jenis mainan dan aktiviti berkonsepkan sains di dalam dome ini yang bukan saja khusus untuk anak-anak, tetapi juga orang dewasa. Ternyata, ia adalah tempat hiburan yang penuh pengisian bermanfaat. 

Jurassic Research Center  
Pasti anda tahu filem Jurassic Park, bukan? Di Jurassic Research Centre, terdapat pelbagai jenis dinasour di dalamnya beserta informasi yang pasti mengujakan peminat-peminatnya. 

Rainbow Skywalk  
Skywalk tertinggi di Malaysia ini memberi peluang untuk anda menyaksikan pemandangan indah skyline di GeorgeTown. Hanya untuk yang berhati waja!

The Gravityz
Merupakan World's Highest Ropes Course Challenge. Memberi peluang pada anda untuk mencabar beyond confidence anda di tahap yang paling extreme dengan melakukan 6 cabaran serta menawarkan keindahan panorama keseluruhan Georgetown.

The Gravityz World's Highest Ropes Course Challenge

The Gravityz telah dilancarkan secara rasminya pada 10 Februari 2018. Anda akan melakukan 6 cabaran di luar platform tingkat 65 menara Komtar Pulau Pinang yang menelan kos RM4 juta menawarkan pengalaman yang penuh extreme dan mencabar keberanian anda. The Gravityz merupakan First World's Highest Ropes Challenge.
Pada ketinggian 239m dan panjang platform sekitar 100m, The Gravityz akan menampilkan enam cabaran halangan yang berbeza yang direka untuk mencabar ketakutan seseorang terhadap ketinggian.

The Gravityz juga telah memenangi kejayaan pertamanya apabila dipilih sebagai pemenang Anugerah Perniagaan Luar Biasa ASEAN 2017.

Dengan tagline "BEYOND CONFIDENCE", The Gravityz menampilkan 6 cabaran yang wajib anda lakukan ialah

1) Confidence Path
2) High Bench
3) A Great Bridge
4) X-Point
5) Z-Wire
6) G-Rocky

El antara blogger yang berpeluang untuk merasai pengalaman extreme ini. Ini adalah pengalaman pertama El mencuba di luar kemampuan El. Sebelum cabaran bermula, pelbagai perasaan bermain di fikiran El. Berjayakah El dan kawan-kawan melakukan cabaran ini?


El bersama blogger Akma, Mellya, Lyana Ishak, Lia Hasty dan Olivia
Sebelum anda menaiki ke tingkat 65 Top Komtar, anda perlu mendaftar dahulu dan membeli tiket di kaunter. Selepas itu anda akan dibawa untuk diperiksa sebelum ke tingkat atas.

Sesudah sampai anda akan teruja melihat keindahan panorama Georgetown yang tidak anda lupakan. El pun turut teruja dan terpegun dengan view yang super awesome of Georgetown. Ini pertama kali El berada di bangunan paling tinggi di Pulau Pinang. 



Sebelum kami memulakan cabaran, kami diberi sedikit taklimat keselamatan. Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai seperti pakaian sukan dan sport shoe. Anda juga boleh membawa camera dan telefon sendiri. Equipment telefon juga disediakan


Semua peralatan keselamatan dibuat dari Switzerland dan Itali dengan pengesahan dari Kesatuan Eropah dan TUV.


Syarat kemasukan:
 Berat tidak boleh melebihi 100kg
Ketinggian tidak boleh kurang daripada 100cm
Wanita hamil dan mereka yang mengalami masalah kesihatan tidak dibenarkan
Sesuai untuk 18 tahun ke atas

Cabaran ini mengambil masa 60 minit untuk ditamatkan:
Fasa penyediaan = 2o minit
Taklimat keselamatan = 10 minit
Cabaran sebenar = 30 minit

Peserta akan diberi T-Shirt Dry Fit secara percuma. The Gravityz juga menyediakan sewaan locker serendah RM10, rack kasut, bilik persalinan dan juga tandas.


We are ready!!

Challenge 1
Confidence Path
Anda perlu meniti laluan yang sempit dengan cara yang betul. Untuk melalui halangan ini adalah untuk menghadapi dengan tenang dan bernafas seperti biasa. Anda juga boleh menapak sedikit ke hadapan untuk merasai ketinggian.

Bila nampak view yang awesome terus hilang nervous haha. 
Seriously untuk Challenge 1 ini sangat mudah. Ok next bring it on baby 

Challenge 2
High Bench
Kami diminta untuk duduk diatas kerusi yang disediakan dengan mengadap ke arah pemandangan. Time ini memang rasa gayat sedikit tapi best gila bila dapat lihat pemandangan Georgetown yang menakjubkan

  

Challenge 3
A Great Bridge
Cabaran ini kami diberitahu untuk meniti jambatan berbentuk hexagon platform. Anda perlu fokus dan yakin ketika meniti jambatan ini. At the first ok, tapi bila sampai tengah-tengah mula rasa gayat. Apalagi teruskan perjalanan haha


Challenge 4
X-Point
Selepas cabaran yang ketiga kami berehat sebentar dengan menikmati extraordinary view of Penang sebelum meneruskan cabaran yang mencabar hoi 




Challenge 5
Z-Wire
Cabaran ini paling takut sebab kami kena buat flying fox di luar bangunan 65 tingkat ok. Semua dah muka cuak and nervous. Untuk best experience kami diminta untuk spread out our hands semasa cabaran ini. Ok I did it with legs spread out too haha. Mujurlah flying fox pendek hihi





Challenge 6
G-Rocky
Untuk cabaran ini semua berkaitan dengan keseimbangan. Kami disuruh either lie down or lean backwards untuk merangsang perasaan of falling. Fuh memang seronok habis.










YEAY!! kami berjaya menyelesaikan 6 cabaran di The Gravityz World Ropes Challenge. Kami sebenarnya memang tak berani nak buat. Siap muka semua cuak dah. Tapi semacam magical happened that day we all ada rasa teruja. Terima kasih pada instructor yang bagi guide dan motivated us. Kawan-kawan juga turut bagi galakan. Pengalaman paling berharga buat kami yang tidak dapat dilupakan. 

Dan ini adalah kejayaan El dalam hidup mencabar rasa takut dan gayat. But seriously, memang best. You all should come here and feel the amazing experience you never forget hey.



Untuk tatapan semua, El ada sediakan sebuah video ketika melakukan cabaran ini. Check it out ok!!


Harga tiket The Gravityz
Tiket bermula serendah RM90.
Kadar tiket boleh meningkat disebabkan musim cuti sekolah atau permintaan tinggi. Anda dinasihatkan menempah tiket terlebih dahulu untuk mendapatkan harga tiket yang lebih rendah

Kadar tiket dibahagikan kepada 3 kategori:
 -Kadar standard
-Mykad Diskaun
-Penangite Special



Untuk keterangan lanjut anda boleh layari laman web seperti di bawah. 

Alamat : Level 65 @ The Top, Menara Komtar di Georgetown, Pulau Pinang
Email : info@thegravityz.com
Waktu Operasi : 10 am - 6 pm (Setiap hari)
Boleh kunjungi laman sosial :
Facebook : The Gravityz
Instagram : @thegravityz 

15 ulasan:

  1. Rainbow skywalk dah p. The gravityz ni nampak best, cuma ciksue takut dan gayat.

    Tahniah el sebab berjaya pecahkan tembok ketakutan diri tu. Proud of you.

    BalasPadam
  2. Salute la korang berani..k.fiezz penakut & penggayat..haha

    BalasPadam
  3. Nak cuba juga tapi asal terpikir terus kecut perut. Huhu. Bila tgk gambar pula terus jd x keruan.haha. tp lps buat mesti bangga dengan diri sendiri kan.

    BalasPadam
  4. Lama giler tak jejak P.Pinang...dah pesat membangun. Part gravityz tu tak terkata sebab memang gayat kat tepat tinggi ...hehehe

    BalasPadam
  5. Banyak nyaa tmpat indah tak pi lagi ni

    BalasPadam
  6. Walaupun berat sis tak melebihi 100kg tapi tetap tak nak join aktiviti mcm ni...longgar kepala lutut akak dikk..hahha..korang serius mmg berani

    BalasPadam
  7. Tahniah El,kerana berani menyahut cabaran,kalau eda tak taulah kan macam mana..terus sakit jantung gaknya

    BalasPadam
  8. Suka semua challenge di The Gravityz ni...masuk wishlist

    BalasPadam
  9. Menarik kan aktiviti macam nie, tapi Kak Sue tak berani kut El.. hehehe..

    BalasPadam
  10. Salute lah dengan korang semua. Berani betul I is gayat ☺

    BalasPadam
  11. Fuhhh power lah masing masing boleh cabar diri buat aktiviti ni. Nani yang tengok gambar ni pun dah terasa gayatnya tu. Hahahaha!

    BalasPadam
  12. Tengok orang buat seronok jer tapi sorry la kalau nak Mimi buat. Dulu tak gayat tau tapi sejak makin meningkat umur nih makin gayat pulak. Tengok gambar pun tapak kaki dah mula rasa geli geleman

    BalasPadam
  13. ASS..WR.WB.SAYA PAK RESKY TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)
    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL
    angka;GHOIB: singapura
    angka;GHOIB: hongkong
    angka;GHOIB; malaysia
    angka;GHOIB; toto magnum
    angka”GHOIB; laos…
    angka”GHOIB; macau
    angka”GHOIB; sidney
    angka”GHOIB: vietnam
    angka”GHOIB: korea
    angka”GHOIB: brunei
    angka”GHOIB: china
    angka”GHOIB: thailand

    BalasPadam
  14. Pengalaman paling bermakna bila dapat naik The Gravityz ni. Sebagai orang Penang rasa sangat bertuah dapat merasa benda tarikan di Pulau Pinang ni..

    www.liahasty.com

    BalasPadam