Salam semua. Hari minggu lepas, Ahad 25 March, 2018 El bersama 2 orang lagi blogger, Lyana dan Lia telah dijemput oleh pihak Mstore Prangin Mall, Penang untuk memeriahkan lagi pembukaan Mstore dan pelancaran model keluaran terbaru Huawei Nova 2 Lite.
Pembukaan dimulakan dengan persembahan dari Mr. Beat Box, Mr. Aaron. Persembahan yang menarik dan pertama kali El melihat pesembahan Beat Box depan mata.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah istimewa kepada kami bertiga. Berdebar-debar naik atas stage terima hadiah. Mujurlah tak kena berucap bagai.
Seterusnya majlis diteruskan dengan cabutan bertuah. Tahniah kepada semua pemenang.
Jika anda ingin memiliki gadget yang terkini boleh terjah ke Mstore Prangin Mall. Pelbagai gadget dan aksesori terkini boleh didapati di situ dengan harga yang berpatutan.
Alamat:
M Store Prangin Mall
33-G-52 Prangin Mall
Jalan Dr. Lim Chwee Leong
10100 Georgetown Penang