KESERONOKAN BERSUKAN DENGAN KOLEKSI 'SUKAN RIA' CARRIE JUNIOR - LIFESTYLE BLOGGER

Rabu, 14 Februari 2018

KESERONOKAN BERSUKAN DENGAN KOLEKSI 'SUKAN RIA' CARRIE JUNIOR

KESERONOKAN BERSUKAN DENGAN KOLEKSI ‘SUKAN RIA’ CARRIE JUNIOR
MENGGALAKKAN GAYA HIDUP AKTIF SERTA IMAGINASI YANG KREATIF UNTUK KANAK-KANAK!

Assalamualaikum semua
Salam Senyuman Manis dari El hihi

Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibu bapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka.

Bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.


Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah me reka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.



Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak, SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian, TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat, DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki, SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong, dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.


Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.


mainan "trophy" yang terdapat di belakang botol carrie junior

Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml




Tentang CARRIE JUNIOR

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.
                        

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja.

Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.

25 ulasan:

  1. bukan anak-anak pun suka, mak budak pun suka nie... hehehe... blh buat koleksi permainan tuk anak2

    BalasPadam
  2. Baru ada satu yang gajah pink tu, masih lagi nak mengumpul koleksi carrie junior ni bagi penuh.

    BalasPadam
  3. Akak kat mana nak beli permainan tu kak? Cam seronok je. Hehehe. Anak saya memang saya pakaian Carrie. Sebab anak lelaki kan lasak. Masam sokmo. Pastu botol Carrie tu ada toys. Memang best la. Mereka jadi excited. Hehe

    BalasPadam
  4. dulu masa anak2 kecil mmg carrie jr la yg diaorg suka sbb ada gajah pink tu

    BalasPadam
  5. Dah diwakafkan untuk kegunaan anak- anak buah, bau wangi dan selalu i paksa Dida mandi banyak kali..hahaha

    BalasPadam
  6. TB suka bau dia.. bila mandikan harraz bau nya sedap je.. harum je.. tapi Tb tak pakai hari-hari sebab harraz kulit sensitif.. ada mainan kat belakang tu.. TB yang suka.. hahaha

    BalasPadam
  7. Anak ana peminat no 1 Carrie Junior ni. Asal mandi sibuk minta pam sabun dkt tgn dia. Mana taknya bau sabun wangi bukan main. Sampai Ana pun terjebak pakai sama.

    BalasPadam
  8. nih mak ayah tumpang sekaki suka nih
    hahaha

    BalasPadam
  9. Wahhhh ! Nie bukan budak2 j suka. Mak ayah pon join sekaki. Sy suka produk CJ nie sbb bau dia wangi. Feeling budak2 sgt bila apply tu. Kbai 😝

    BalasPadam
  10. Anak2 buah emi suka betul carrie junior ni. Klu ada carrie junior, semangat betul dorang nak mandi. Stress mak2 hahah

    BalasPadam
  11. Memang guna carrie junior utk anak anak.wangi

    BalasPadam
  12. Suka mandian carrie junior ni sebab wangi. Anak-anak kalau dapat sabun ni memang habis dikerjakannya kalau tak pantau.

    BalasPadam
  13. Carrie Junior ni bukan setakat bebudak aje suka, Nani pun suka. Hahah! Wangi aje sabun nya kan :)

    BalasPadam
  14. I baru je beli! My daughter loves it so much, she's been a fan of carrie jr for quite a while and this new board game has kept her busy for days.

    BalasPadam
  15. kiut! tertarik jugak nak main sekali. join budak" main haha

    BalasPadam
  16. Sama la dengan anak buah saya.. duk kumpul mainan carrie junior ni. haha... kalau pi rumah depa, saya pun tumpang guna sabun depa ni sebab wangi.. hehe

    BalasPadam
  17. Budak2 memang suka la kalau ada hadiah permainan tu. Kalau saya pun nak kumpul semua maskot tu. Jenama ni memang dah establish. Zaman dulu2 dah ada. Tagline tak pedihkan mata tu masih kita ingat lagi. Hehe.

    BalasPadam
  18. memang seronok I siap main dengan anak anak I juga at the end entah kemana mana dadu dorang main tu, eh benda kecik kecik memang selalu hilang yang tinggalnya dia punya paper je, btw karakter yang ada dalam sabun tu kena kumpul barulah bila main anak anak ada karakter dorang tersendiri..

    BalasPadam
  19. seronok kanak-kanak dapat mainan dalam setiap botol sabun carrie junior ni. kumpul banyak-banyak boleh buat 1 team hehe. bau sabun ni mesti best kan.

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  20. anak2 ayu mmg suka produk mandian ni..sebab dia wangi dan berbuih banyak..enjoy betul dowang mandi heheheh

    BalasPadam
  21. Teringat aritu dapat piala tu. Hehehe. Pulun anak-anak rebut ��

    BalasPadam
  22. Haaa cutenya lah mainan dia. Tapi sis tak anak kecik nak beli produk ni. Kena tunggu cucu pulak..lps ni nak kena cari calon menantu lah cepat2 hehehe

    BalasPadam
  23. ni mak2 pun teruja dengan mainan carrie junior hahahhaha

    BalasPadam
  24. Seronoknya tengok mainan tu.. best juga klu ada anak kecil layan main2 mcm ni :)

    BalasPadam
  25. nowadays those commercial company really creative with their marketing. when i see this i also feel like buying it but too bad.. no budak at home.. think i will buy for my friends so that their children could play it.

    Racheal

    BalasPadam