02/01/2018 - 03/01/2018 - LIFESTYLE BLOGGER

Selasa, 20 Februari 2018

PENAWAR GATAL-GATAL KULIT DENGAN GLOW GELENGGANG

10:31 PG 15
PENAWAR GATAL-GATAL KULIT DENGAN GLOW GELENGGANG
Hai korang

El nak tanya ada tak dikalangan korang, family korang mahupun orang sekeliling korang yang ada masalah kulit seperti gatal-gatal, panau, kurap mahupun ekzema. Korang tahu tak ada sejenis daun yang boleh merawat masalah kulit seperti El sebutkan tadi. Pernah dengar tak daun gelenggang? El pun baru 1st time dengar tentang kebaikan daun gelenggang ni. 


Daun gelenggang ini telah digunakan berabad-abad lamanya oleh nenek moyang kita, masyarakat Arab dan orang Eropah untuk mengatasi masalah kulit. Petua orang dulu-dulu, mereka menumbuk daun gelenggan sehingga lumat dan digaul bersama sedikit belerang atau minyak tanah. Campuran tersebut ditampal pada anggota badan untuk mengubati masalah kulit seperti panau, kurap atau kudis buta.

Disebabkan daun gelenggang banyak kebaikannya dan ianya agak sukar didapati, maka terhasil satu produk dari daun gelenggang yang dikenali sebagai GLOW GELENGGANG.

APA ITU GLOW GELENGGANG

Glow Gelenggang merupakan produk herba organik membantu melegakan gatal-gatal kulit yang disebabkan oleh resdung dan penyakit berkaitan kulit seperti gatal kulit, eczema, psoriasis, bisul, panau, kudis buta dan kurap yang berkesan tanpa steroid dan selamat.

Tidak seperti produk lain yang tinggi bahan kimia, Glow Gelenggang adalah 100% diperbuat daripada bahan semulajadi terpilih. Ianya homemade, paling banyak bahan aktif, 5x lebih berkesan, selamat dan mudah digunakan oleh semua jantina dan peringkat umur. 

Produk Glow Gelenggang terbahagi kepada dua jenis iaitu sabun herba dan minyak herba.

Sabun Herba
⇨Hilang Gatal
⇨100% natural
⇨Tanpa Steroid
⇨Bebas Kimia


Minyak Herba
⇨Tak panas
⇨Tak Pedih
⇨Tak Rengsa
⇨Tak busuk


 Kandungan dalam Glow Gelenggang ini mempunyai bahan premium yang terbaik untuk kulit iaitu:  

Minyak Herba
Kandungan utama dalam produk Glow Gelenggang ini ialah:

Herba Gelenggang 
- Penawar masalah gatal-gatal kulit

Habbatus Sauda 
- Untuk kurangkan radang dan sembuhkan luka luaran

Argan Oil 
- Supaya kulit halus dan licin, mudah menyerap dalam kulit

Minyak Zaitun 
- Pelembap yang tahan lama pada kulit

Susu kambing 
- Untuk mencegah kulit kering, melembap serta membantu mencerahkan warna tona kulit

Cyrstal Menthol 
- Melegakan serta menyejukkan kulit

CARA PENGGUNAAN


👉Guna sabun herba ketika mandi
👉Selepas itu, picit dan sapu minyak herba selepas mandi, sebelum tidur dan bila perlu/gatal
👉Guna 2-3 kali sehari secara konsisten untuk hasil yang optimum.

Nota: 
👌Semua gatal-gatal dan penyakit kulit, disyorkan guna 1 set Glow Gelenggang
👌Untuk kurap susu bayi, guna minyak herba sudah memadai
👌Untuk resdung, guna sabun herba untuk cuci muka sahaja sudah memadai
👌Jangan garu kulit. Jika gatal sapu minyak herba


Ok bau sabun dan minyak herba ni sangatlah best. Bau coklat vanila ni boleh buat rasa tenang jer. Sabun tu kenapa comel sangat siap ada love lagi. Selalu orang buat coklat bar love tu tuk giftkan. Bila El pakai bau dia memang sangat2 sedap  macam nak makan jer. Bau dia tahan lama juga. Lagi2 bau minyak herba tu aduii asyik nak cium jer bila sapu kat tangan. 

Ok untuk pengetahuan korang, El sudah pun mencuba produk Glow Gelenggang ni. El cuba pakaikan untuk anak lelaki El. Anak lelaki El selalu mengadu gatal-gatal di muka dan keluar bintik-bintik kecil di muka. Masalahnya anak lelaki El ni kuat berpeluh. Dan bila berpeluh dia suka terus basuh muka. Katanya panaslah mama. Mungkin disebabkan itu kadang-kadang mukanya naik bintik-bintik kemerahan dan kadang-kadang gatal.

Yang kelakar tu anak El pelik lah kenapa nak cuci muka bagai. Bila kata sabun ni ubat. Barulah dia faham. Alhamdulilah seminggu dah cuba produk Glow Gelenggang ni. Kurang dah nampak bintik-bintik merah. Jika ada aktiviti luar El pastikan anak El memakai set Glow Gelenggang ini selepas melakukan aktiviti luar.

TESTIMONI PENGGUNA GLOW GELENGGANG







HARGA



DISKAUN RM10 DISKAUN RM10 DISKAUN RM10



Berita baik untuk follower El, korang dapatkan diskaun RM10 setiap pembelian Glow Gelenggang. Sertakan code EL10 untuk sebarang pembelian. 

Sekiranya berminat untuk mendapatkan produk GLOW GELENGGANG, boleh hubungi:

WhatsApp: 014-5445951

Rabu, 14 Februari 2018

KESERONOKAN BERSUKAN DENGAN KOLEKSI 'SUKAN RIA' CARRIE JUNIOR

9:14 PG 26
KESERONOKAN BERSUKAN DENGAN KOLEKSI 'SUKAN RIA' CARRIE JUNIOR
KESERONOKAN BERSUKAN DENGAN KOLEKSI ‘SUKAN RIA’ CARRIE JUNIOR
MENGGALAKKAN GAYA HIDUP AKTIF SERTA IMAGINASI YANG KREATIF UNTUK KANAK-KANAK!

Assalamualaikum semua
Salam Senyuman Manis dari El hihi

Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibu bapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka.

Bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.


Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah me reka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.



Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak, SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian, TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat, DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki, SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong, dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.


Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.


mainan "trophy" yang terdapat di belakang botol carrie junior

Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml




Tentang CARRIE JUNIOR

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.
                        

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja.

Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.

Khamis, 8 Februari 2018

7SKIN KISS ME NOW FOUNDATION

9:25 PG 14
7SKIN KISS ME NOW FOUNDATION
7SKIN KISS ME NOW FOUNDATION

Hai korang
El nak tanya dengan korang, apakah foundation yang korang tengah pakai sekarang?Ada tak dikalangan korang yang cuba mencari foundation yang sesuai dengan kulit wajah korang?

Hari ini El nak share dengan korang satu foundation yang terbaru di pasaran. Ok selalunya orang buat review ini akan beri komen pada pada akhir penutup. Tapi disebabkan El terlalu excited El nak share pengalaman El mengunakan 7SKIN foundation di awal review.

El dah cuba 7SKIN foundation. Ianya ternyata tidak  menghampakan. El suka dengan teksturnya yang lembut dan bila apply di muka tidak bercampuk.  Yang paling best, wajah nampak fresh, licin, flawless dan sekata. Bukan saja mencantikkan wajah, malah El nak share satu rahsia, tak sangka setelah seminggu El menggunakan 7SKIN foundation ni, El Nampak perubahan pada kulit wajah El. Kulit El tidak kusam lagi dan parut jerawat hilang. Color dia natural magic. Pakai nipis pon dh ok

Baru El tahu yang produk 7SKIN foundation ini mengunakan salmon collagen. 1st time El dengar produk kosmetik mengunakan salmon collagen. Jika korang nak tahu apakah kebaikan mengunakan salmon kolagen, korang kena baca sampai habis ok.

Jom korang check it out apa yang UNIK dan BEST dengan
7SKIN foundation

7SKIN FOUNDATION

7SKIN Kiss Me Now merupakan brand kosmetik terbaru yang dikeluarkan oleh syarikat HAFHIZ Enterprise. Syarikat ini di tubuhkan oleh tiga beradik iaitu Mr. Iz (memiliki Bachelor of International Business, MSU), Miss Yan (memiliki Master Research in Chemistry, UKM) dan Miss Yin (memiliki Degree in Oleochemistry, UKM) yang masing-masing mempunyai ilmu yang sangat luas dalam penghasilan produk collagen foundation ini di samping mendapat sokongan penuh daripada Professor terkemuka di Malaysia yang mempunyai pengalaman lebih daripada 15 tahun dalam membuat kajian dan membangunkan produk-produk berkualiti untuk Asian Market seperti Dior.

Brand 7SKIN yang dikeluarkan oleh syarikat ini juga merupakan satu-satunya produk collagen foundation bumiputera yang menggunakan bahan-bahan organik yang di import terus dari France dan mendapat kerjasama daripada Dr. Amin (Pakar Kecantikan dan Pemilik kilang) dalam menghasilkan produk foundation pertamanya yang berasaskan Salmon Collagen serta bahan-bahan organik lain seperti Vitamin C, Vitamin E, Beeswax, dan SPF35+ secara semulajadi dan telah diluluskan KKM (NOT1710045292K).


Kesemua bahan yang terkandung di dalam foundation ini juga telah melalui proses R&D dan di formulasikan oleh Professor berkenaan serta dipantau oleh KKM untuk penghasilan produk 7SKIN Kiss Me Now 2IN1 (cosmetic + skincare) yang sangat unik ini. Selain daripada bahan-bahan yang istimewa serta kajian dan proses menyeluruh yang sangat teliti daripada syarikat HAFHIZ Enterprise dalam penghasilan produk 7SKIN ini, mereka juga menggunakan material botol dari France yang sangat berkualiti dimana Sunproof Airpump Bottle ini dikatakan mampu melindungi kandungan collagen foundationnya seakan-akan ia baru keluar dari kilang (sentiasa fresh).

KANDUNGAN 7SKIN FOUNDATION

Bahan-bahan : Aqua, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Beeswax, Dimethicone, Isononyl Isononanoate, Titanium Dioxide, Collagen, Ascorbic Acid (Vitamin C), Iron Oxides, Mica, Sodium Chloride, Phenoxyethanol, Tocoheryl Acetate(Vitamin E), D-Panthenol, 1,2-Hexanediol, Chlorphenesin, Allantoin, Disodium EDTA. 

a) Vitamin E – memudar dan menghilangkan jeragat dan kesan stretch mark, membantu proses penyembuhan kulit, membuat kulit kelihatan lebih muda dan berseri. 

b) Vitamin C – mencerahkan kulit, mencegah penuaan, mencegah radikal bebas, memudarkan parut jeragat, melindungi kulit daripada pigmentasi 

c) Salmon Collagen – menegangkan kulit, menyerap 1.5kali lebih tinggi berbanding collagen lain, memberikan struktur yang lebih baik kepada kulit 

d) Spf35 – melindungi kulit daripada sinaran UV berbahaya, mengelakkan kulit daripada terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat

CARA PENGGUNAAN 7SKIN FOUNDATION

-Tompokkan dan sapukan sejumlah collagen foundation 7SKIN pada seluruh wajah mengikut kesukaann anda (nipis, sederhana atau tebal).

- Ratakan foundation tersebut keseluruh wajah anda menggunakan sponge/brush/silicon/cushion/jari mengikut keselesaan anda dan selesai.

- Bagi yang inginkan kulit nampak lebih putih dan sukakan kulit kelihatan lebih gebu, boleh juga sapukan sebarang bedak mengikut keselesaan anda.

- Gunakan collagen foundation 7SKIN secara berterusan untuk mendapatkan wajah yang kekal jelita seperti yang anda inginkan.

Tahan penggunaan dalam 4-6bulan.. Jika kerap dalam 3-4bulan.. Tapi tengok pada penggunaan masing2.
   
Disini El ada share video tutorial untuk tatapan korang


KEUNIKKAN 7SKIN FOUNDATION

- Kecil dan mudah dibawa (Pocket Foundation) 
- Bahan-bahan semulajadi yang diimport dari France 
- Foundation yang berasaskan Salmon Collagen (Marine Collagen) 
- Kombinasi bahan yang dapat memberikan kesan yang lebih efektif (medium coverage)
- Produk foundation 2in1 (cosmetic & skincare – cover as it clear) 
- Warna foundation natural magic dengan luxury fragrant 
- Formulasi daripada Professor terkemuka untuk market Asia 
- Kesan yang sama baik dengan produk berjenama yang lebih mahal 
- Material botol yang berkualiti dan seksi 
- Material yang lebih lembut dan mudah disekatakan pada wajah 
- Produk mesra wudhuk - Proses pengilangan bertaraf GMP 
- Setiap proses dipantau dan mendapat kelulusan KKM (NOT1710045292K) 
- Halal dan sememangnya selamat digunakan untuk semua jenis kulit 
 -Peluang memenangi RM100 cash untuk setiap pembelian (Lucky box)
  
KEBAIKAN KEPADA PENGGUNA 7SKIN FOUNDATION

1)Untuk pengguna pertama kali, anda akan dapat merasakan perbezaan pada kulit anda dimana kulit menjadi lebih lembut dan sihat seawal hari ke-7 penggunaan.

2) Selepas 2-3 bulan penggunaan, anda akan dapat melihat perubahan yang lebih ketara pada kulit wajah anda dimana kulit akan menjadi lebih tegang, parut dan jeragat tidak lagi kelihatan, kulit menjadi lebih sihat, cerah dan berseri.

3) Vitamin E yang terkandung dalam 7SKIN foundation dapat membantu memudar dan menghilangkan jeragat dan kesan stretch mark, membantu proses penyembuhan kulit serta membuatkan kulit kelihatan lebih muda dan berseri.

4) Kandungan Vitamin C pula dapat mencerahkan kulit, mencegah penuaan, mencegah radikal bebas, memudarkan parut jeragat dan melindungi kulit daripada pigmentasi.
5) Salmon collagen pula bertindak untuk menegangkan kulit, menyerap protein dan nutrien baik untuk kulit dan mengelakkan regangan pada kulit.

6) SPF35 dan Beeswax yang terkandung dalam 7SKIN foundation pula dapat melindungi kulit daripada sinaran UV berbahaya, mengelakkan kulit daripada terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat dan menjaga kelembapan kulit anda sepanjang hari.
  
TESTIMONI DARI PENGGUNA 7SKIN KISS ME NOW





El dah jatuh cinta dengan 7SKIN KISS ME NOW Foundation ni. Hanya memakai 7SKIN foundation sahaja dan secalit merah dibibir dah cukup. Sekarang El sure pakai foundation ni tuk pergi kerja. Senang nak apply, cepat blend dan yang best mesra wuduk. 


HARGA 7SKIN KISS ME NOW

a) Harga Jual : 1 unit RM80 (free postage)
b) Harga Diskaun
: 2-5 unit off 20% (free postage)
: 6-10 unit off 30% (free postage)
: >11 unit off 40% (free postage)
 Free delivery : Untuk stokis sekitar KL, Selangor dan N. Sembilan (pembelian 50 unit ke atas sahaja)

Korang yang berminat, boleh hubungi agent seperti di bawah:
Ms. Yin : 0136503086 
Ms. Yan : 0136789428 
Mr. Iz : 0125920867

Sekarang ni diorang ada buat promo CNY, harga RM59 sah sehingga Februari 2018.


AGENT/DROPSHIP

Korang yang berminat untuk menjadi agent/dropship, dialu-alukan.
1) dropship - free (setiap unit yg dijual dpt 25%)
2) agent - modal rm168 (dpt 3 unit produk = 30%) then kalau nk repeat, boleh ambik stok free je n still dpt 30%
   
Untuk info lebih lanjut tentang produk 7SKIN KISS ME NOW, korang boleh lawat website mereka di:

Facebook : 7SKIN HQ
Instagram : 7skinkissmenow
Web / Blog : 7skinofficial.blogspot.com

Isnin, 5 Februari 2018

MANDI MANDA DI SETIA SPICE AQUATIC CENTRE | TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG

12:22 PTG 34
MANDI MANDA DI SETIA SPICE AQUATIC CENTRE | TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG
Hai korang
Lama tak story pasal aktiviti kami sekeluarga
Asyik story pasal review jer..tp review ni pun bagus jugak perkongsian sihat dari El hihi. Banyak nak story pasal hal2 kami, tapi tulah malas ler pulak haha

AQUATIC SETIA SPICE AREA
tempat mandi manda di pulau pinang

Ok Setia Spice Aquatic Centre ini adalah tempat mandi manda. Ada kolam untuk kanak2 dan orang dewasa. Kolam untuk kanak2 ini macam Water park. Dan kolam untuk orang dewasa pula mempunyai kolam yang agak dalam sesuai untuk perenang. Kanak2 boleh tapi ditemani oleh orang dewasa. Syarat kemasukan sangat ketat.

Kena berpakaian baju mandi. Ibu bapa yang hanya teman boleh berpakaian biasa. Makanan dan minuman tidak dibenarkan.. Tapi pandai2 lah korang cover haha. Jangan risau terdapat cafe di situ.

Walaupun dah lama dibuka, tapi cuti sekolah tahun lepas baru berkesempatan datang ke sini.

BAYARAN MASUK / TIKET MASUK 
AQUATIC PENANG

Dibuka setiap hari

Dewasa: 
Isnin-Jumaat: 8am-6pm(RM8) 
Isnin-Jumaat: 6pm-11pm(RM10) 
Sabtu/Ahad/Cuti am:8am-11pm (RM10)

Kanak2/Warga Emas: 
Isnin-Jumaat: 8am-6pm(RM6) 
Isnin-Jumaat: 6pm-11pm(RM8) 
Sabtu/Ahad/Cuti Umum: 8am-11pm (RM8)




  






  

Kami sampai awal kira-kira pukul 8.30pagi. Memang tak ada orang langsung area Water park tu. Hanya kami sekeluarga jer. So apa lagi kitaorang pun sakan lah. 

Bolehlah nak mandi manda. tapi anak2 macam tak puas nak mandi kat Water park tu. Diorang mintak mandi kat kolam orang dewasa 

⇓⇓⇓


kredit: fb Setia Spice Aquatic Centre

Memang tak boleh lah sebab kena ditemani oleh orang dewasa dan berpakaian renang, El pula masa tu pakai suar fit dan jersi jer. Suami pula tak berapa sihat. Tapi El seriau nak masuk dalam kolam tu..giler dalam weiii

Bagi El tak puas mandi manda kat sini. El suka lagi mandi manda kat Taman Belia ataupun kat Taman Rimba. Kalau nak lagi adventure korang mai mandi kat Escape Waterplay. Oklah budak2 pun dah tak mau pergi kat sini dah haha. Jimat duit mama..

Untuk sebarang maklumat korang boleh jer lawati laman facebook diorang: