01/01/2018 - 02/01/2018 - LIFESTYLE BLOGGER

Isnin, 29 Januari 2018

KAYLIZ GRANOLA OAT | RESEPI DIET SIHAT

8:30 PG 8
KAYLIZ GRANOLA OAT | RESEPI DIET SIHAT
El memang dari dulu suka makan oat. Selalu El makan oat dengan milo kosong, horlick kosong, low fat yogurt, low fat milk ataupun masak oat kosong tambah dengan sedikit madu dan kurma

Ok El makan oat ni ada hari-hari tertentu. Jika El rasa berat El dah makin naik, kolestrol semakin rancak sana sini, lemak berlebihan barulah El bertukar menu harian El dengan oat. Selalu El ambil oat waktu sarapan pagi dan waktu malam. 

Biasalah bila dah makan makanan yang berat dan berlemak..tiba-tiba insaf nak diet dan nak kurus balik haha. Sebab itu El rasa oatlah option yang paling senang untuk diet harian.



Baru-baru ini El telah diperkenalkan dengan Kayliz Granola Oat. Sebelum ini, El pernah dengar tentang Granola ini sangat bagus untuk diet harian pada mereka yang ingin kurus dan hidup secara sihat.

Korang jangan kemana-mana, baca sampai habis apa yang menarik tentang Kayliz Granola Oat ini ok

APA ITU KAYLIZ GRANOLA OAT 

Granola Oat merupakan satu produk yang mengandungi pelbagai campuran makanan sihat yang terdiri daripada kekacang, rolled oat, buah-buahan dan biji-bijian yang dikeringkan atau dipanggangkan. Ianya sangat popular dan menjadi trend untuk mereka ingin mengamalkan diet untuk sentiasa sihat, cantik, muda dan tentunya mendapatkan badan yang langsing. Kebiasaanya mereka menjadikan granola ini sebagai snack dan sarapan pagi mereka. 



Kayliz Granola Oat ini sangat istimewa kerana mengandungi oat yg diadun khas bersama keledek biru, chia seed dan madu.

Oat
Oat adalah antara bijirin yang paling sihat di bumi. Mereka adalah bijirin bebas gluten dan sumber vitamin, mineral, serat dan antioksidan penting. komposisi nutrien oat seimbang

Ubi keledek
adalah sumber vitamin A yang sangat baik (dalam bentuk beta-karoten). Mereka juga merupakan sumber vitamin C, mangan, tembaga, asid pantotenik dan vitamin B6

Chia Seed
Adalah makanan yang tertumpu yang mengandungi asid lemak omega-3 yang sihat, karbohidrat, protein, serat, antioksidan, dan kalsium.

Madu
Membantu menyekat radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit. Ia juga meningkatkan sistem imun, bertindak sebagai pencegahan terhadap sebarang penyakit yang melemahkan dan  menurunkan tahap kolestrol di dalam badan. Mengandungi vitamin B1, B2 dan B6

KELEBIHAN KAYLIZ GRANOLA OAT

Korang jangan risau, produk Kayliz Granola Oat ini adalah produk tempatan yang dirumuskan oleh Dr Aishah Solutions Sdn Bhd dan disahkan HALALKayliz Granola Oat tidak mengandungi bahan pengawet, tiada perisa tiruan, tiada gula tambahan dan kurang gula.Antara kelebihan Kayliz Granola Oat ialah:

💛Meningkatkan penghadaman
💚Menurunkan berat badan
💚Mengurangkan kolestrol
💚Meningkatkan tahap tenaga
💚Mencegah Kanser
💚Mencegah Anemia
💚Bagus untuk penjagaan kulit
💚Menjaga kestabilan tekanan

CARA PENYEDIAAN KAYLIZ GRANOLA OAT



Korang boleh menikmati Kayliz Granola Oat dengan susu atau yogurt. Boleh ditambah dengan pelbagai buah-buahan segar atau dimakan begitu sahaja.

YANG PERLU ANDA TAHU??


Mengambil oat 30 minit hingga 1 jam sebelum bersenam meningkatkan prestasi


1) Bekalan tenaga yang mudah dan mudah alih
2) Sesuai untuk mereka sibuk, pelajar dan atlet
3) Berikan kalori, lemak yang baik, protein berkualiti, serat tinggi, mineral dan vitamin


Tiada yang lebih mengujakan setiap pagi melainkan dengan sarapan yang berkhasiat dan menyedapkan. Tambahkan buah-buahan atau susu krim ke dalam semangguk oat yang memberikan manfaat untuK keperluan nutrisi seharian anda.

1st time rasa granola ini memang sedap. Makan gitu pun dah sedap. Ranggup. Yang buat granola ini sedap sebab ada kekacang tu..krup krap krup krap haa..sedap sangat..lagi sedap bila di makan dengan susu low fat sejuk amboiii..hehe

Kepada korang yang berminat dengan Granola ini boleh dapat dengan jarga bagi sepeket Kayliz Granola ini hanya RM17.90. kalau berminat untuk membelinya, boleh dapatkannya secara online di

 https://web.facebook.com/kaylizHQ/ atau
hubungi 011-10906902 / 019-6255010

pengedar & seller online turut di alu-alukan untuk droship

Ahad, 28 Januari 2018

KEMPEN PIZZART FOOD TRAIL DILANCARKAN OLEH ANCHOR FOOD PROFESSIONAL DI US PIZZA GEORGETOWN DAN BAYAN LEPAS

3:13 PTG 16
KEMPEN PIZZART FOOD TRAIL DILANCARKAN OLEH ANCHOR FOOD PROFESSIONAL DI US PIZZA GEORGETOWN DAN BAYAN LEPAS
Hai korang
Rasanya ramai yang suka makan pizzakan
Korang tau tak dengan doh pizza dengan keju yang terbaik, kita boleh pelbagaikan menu. Baru-baru ini El berkesempatan memenuhi jemputan Anchor Food Professionals untuk kempen Pizzart Phase 2 iaitu, Pizzart Food Trail by Anchor Food Professionals. 

Kempen Pizzart Food Trail ini berkolaborasi dengan 18 outlet restoran yang terlibat di Semenanjung Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. Mereka menyediakan pizza yang dihasilkan hanya menggunakan keju terbaik seperti keju Anchor Mozzarella Cheese, Anchor Shredded Parmesan Cheese, Anchor Butter, Anchor Extra Yield Cooking Creams and Anchor Cream Cheese yang dibawa dari New Zealand.

Untuk Kempen Pizza Food Trail ini,  El dibawa bersama rakan blogger yang lain ke salah sebuah outlet yang berkolaborasi dengan kempen ini iaitu US Pizza Georgetown dan Bayan Lepas.  

Pizza Food Trail Begin. Lets check it out ok. 

US PIZZA GEORGETOWN - PIZZBURGER



Di sini El dan rakan blogger yang lain menikmati hidangan pizzart iaitu PizzBurger, Salted Egg Pizza dan Italian Aloha Chicken (signature pizza).

ITALIAN ALOHA CHICKEN



Italian Aloha Chicken ini merupakan signature pizza di US Pizza. Korang sure dah biasa makan pizza yang ini kan. Memang sangat digemari oleh semua pengemar pizza

SALTED EGG PIZZA



1st time El makan Salted Egg Pizza ini. Ingatkan rasa masin-masin. Siap ada daun kari lagi membangkitkan aroma. Bila makan tak ada pula rasa masin. Korang should try this Salted Egg Pizza di US Pizza ok

PIZZBURGER




Yang inilah menu yang paling excited nak cuba. 1st time jugalah dengar PizzBurger ni. Dengan isi daging yang juicy dan lembut, limpahan keju anchor dan doh pizza yang lembut. Saiz pun boleh tahan besar juga tau. Dimakan pula dengan sos tomato salsa yang superbb. Petang tu PizzBurger menawan tekak El hihi

Kemudian kami dibawa ke US PIZZA Bayan Lepas yang terletak di Summerton, Queensbay. Ada rakan blogger yang menaiki van bersama krew-krew Anchor Food Professionals dan ada rakan blogger pergi dengan transport sendiri.

US PIZZA BAYAN LEPAS - CHEESE PRETZZA



Di sini pula kami menikmati pula hidangan menu pizzart iaitu, Cheese Pretzza, Tomyam Pizza dan Italian Aloha Deluxe.

TOMYAM PIZZA



Tomyam Pizza dari US Pizza ini adalah menu terbaru juga di sini. Mereka yang mengemari tomyam pedas boleh cuba Tomyam Pizza ini. Rasa tomyam pedas dan aroma tomyam yang menarik.

ITALIAN ALOHA CHICKEN DELUXE


Italian Aloha Chicken Deluxe ini dipenuhi dengan Chicken roll, crabmeat stick dan pineapple. Sorry El tak dapat nak rasa Pizza ni sebab berdebar2 menunggu eating challenge. Kena pastikan perut kosong haha

CHEESE PRETZZA


Satu lagi menu yang mengunakan keju Anchor di US Pizza ialah Cheese Pretzza. Ini adalah menu eating challenge yang El join petang tu. Nampak sahaja kecil tetapi, 1st bite tu dah tahu alamak susah juga nak habiskan. But seriously bagi tekak El memang sedap. Cheese Pretzza ini isi dalamnya ikan salmon dah dipenuhi luar dan dalam dengan limpahan keju dan cream cheese. Dicicah pula dengan sos tomato salsa herbs yang superb. Korang nak tahu rasanya kena terjah ke sini ok

FREE PIZZA CUTTER

Dengan setiap pembelian menu pizzart ini, korang akan dapat 1 free pizza cutter seperti gambar di bawah ini


PIZZA EATING CHALLENGE VIDEO


El bersama 4 rakan blogger dan 4 pelanggan US Pizza meriahkan lagi Eating Challenge di US Pizza Penang. Kami diberi masa 3 minit untuk menghabiskan Cheese Pretzza. Walaupun tidak menang tempat pertama, kedua dan ketiga, oklah El berjaya habiskan Cheese Pretzza within 3 minit. 

Seronok betul El dan rakan blogger yang lain menikmati pelbagai pizza yang disediakan oleh pihak US Pizza. 

Jika korang ingin menikmati pizza-pizza yang unik, mempunyai citarasa dan bentuk berbeza, bolehlah datang ke US Pizza yang berdekatan dengan anda. Nak dekat musim perayaan Chinese New Year dan mereka yang menyambut Valentine Day, apa kata meriahkan lagi sambutan bersama keluarga dengan pizza-pizza inovasi baru dari Anchor ni. 


Untuk maklumat lanjut mengenai Anchor Food Professionals, korang boleh ke laman Facebook rasmi mereka iaitu Anchor Dairy Malaysia.


Jumaat, 26 Januari 2018

DOLLY V SHAPE MENGHILANG MASALAH DAGU BERLAPIS DAN PIPI TEMBAM

10:09 PG 10
DOLLY V SHAPE MENGHILANG MASALAH DAGU BERLAPIS DAN PIPI TEMBAM
Assalamualaikum semua
Salam Sayang

DOLLY V SHAPE | Menghilangkan Masalah Dagu Berlapis dan Pipi Tembam Hari ini terasa happy sangat sebab El nak share dengan korang satu produk yang awesome. Nak tanya siapa kat sini ada masalah pipi tembam dan double chin. El nak share dengan korang ada produk yang boleh membantu korang mendapat bentuk muka V Shape ok. Selain bengkung untuk dapatkan body langsing, ha jangan tak tau di Malaysia ni dah heboh tentang Bengkung Muka Puaka. Selalu kita dengar bengkung untuk perut dan badan kan. Ha muka pun nak berbengkung juga tau. Muka pun nak kurus jugakan. Bandan nak langsing, muka pun nak langsing juga hihi

Macam El ni sejak kebelakangan ni, muka dah makin tembam. Lagi serius bila El pakai tudung ada penampakkan dagu berlapis. Adoii memang spoil lah kan. Boleh kemurungan macam ni. Kadang2 terpaksa ambil angle yang betul untuk dapatkan gambar selfie tanpa dagu berlapis. 


Tup tup heboh pasal Dolly V Shape ni. Pertama kali El dengar tentang Dolly V shape ni ketika El tengok video live makeup tutorial dari MUA terkenal Bellaz. Tertarik dengan produk Dolly V Shape ni. Jom kita tengok apa yang menarik tentang Dolly V Shape dari RZN Beauty ni

Dagu berlapis!!!️ Macam macam cara dah buat tapi tetap tak hilang!!!

Nak dagu tirus, bujur dan runcing!!!


DOLLY V SHAPE

Dolly V ini berasaskan Hidrogel yang memberi kesan cooling effect dan mengurangkan saiz lipid lemak di bahagian pipi dan bawah dagu dengan pantas dan ia juga mengandungi ekstrak hedera helix yang bertindak sebagai nutrien untuk memecahkan lemak di bahagian itu.

Okey mcm ni, ia ibarat bengkung yang dipakai di badan kita. Haa sama cuma yang ini proses pembakaran lemak lebih cepat tapi jangan risau ia langsung tidak panas sebab di dalamnya ada hyaluronic acid untuk mempertahankan kelembapan.

  FUNGSI DAN KELEBIHAN

 Mengurangkan pipi tembam dalam masa 3 hari (terbukti secara klinikal)
Memiliki bentuk wajah yang bujur, dagu yang runcing
Menegang, menghalus dan melembutkan kulit
Anti stress dan segar melalui campuran 5 haruman aromatherapy
100% tiada kesan sampingan & selamat digunakan
Kelulusan KKM dan 100% halal


DOLLY SHAPE SESUAI UNTUK KULIT NORMAL DAN SENSITIF

Kulit sensitif pakai 30 min-1 jam sahaja

Kulit normal bolehlah pakai sewaktu hendak tidur kerana semasa anda tidur mask ini lagi cepat bertindak dan mask ini dibuka pagi esoknya bila dah bangun tidur

Kesan yang cepat sis boleh guna terus sekeping sehari selama 5 hari berturut-turut. Better pakai waktu malam sebelum tidur. Sejuk je rasa sampai tak sedar dah pagi

Bila pakai Dolly V shape dapat membakar lemak bawah dagu, menjadikan kulit pipi dan dagu jadi lembut dan sekaligus memberikan muka yang kusam tampak berseri  


MUA terkenal Bellaz pengguna tegar Dolly Shape ni tau.

 CARA PENGGUNAAN DOLLY V SHAPE






Tarik je lapisan bawah tu & letak dekat tengah dagu biar centre. Yang lekuk tu letak bawah dagu ye jangan silap pakai pulak. Untuk normal skin pakai minimum 3-4 jam & sensitive skin pakai 30- 1 jam sahaja. Kalau terasa gatal sikit sikit tu normal tau sebab gel sejuk bawah dagu tu tengah buat kerja.


TESTIMONIAL DARI PENGGUNA DOLLY V SHAPE




DETAILS PRODUK:

1 kotak ada 5 mask. 1 keping mask untuk sekali guna. 1 kotak tahan untuk 5 kali penggunaan.

HARGA SEKOTAK: RM 70

CARA PEMBELIAN:

Instagram: @rznbeauty_official2


Rabu, 17 Januari 2018

Set Hadiah ENCHANTEUR dengan wangian penuh keindahan

9:13 PG 26
Set Hadiah ENCHANTEUR dengan wangian penuh keindahan
Bagi mereka yang tidak mahu dihadkan dengan hadiah biasa seperti jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang tidak akan bertahan lama, set wangian adalah pilihan hadiah lebih ideal. Set hadiah sebegini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen. Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.


Penerima akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak- si ibu, adik beradik, teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit sentuhan perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari.

Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan  bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.


Ini adalah sebahagian dari 5 set wangian yang El terima iaitu SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC) dan SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)

ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan.

SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)


Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar; 


Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. 

Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah. Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri -  seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.

SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)
Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis. Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja. 

SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)
Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara, serta laman membeli belah atas talian- LAZADA.
SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)

Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA.  


SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE
Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV. Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi. Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh negara.
ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.

Selasa, 2 Januari 2018

WOWSKIN Nak Bagi RM62000 PERCUMA Kepada Anda!Memang WOWlah!

4:14 PTG 18
WOWSKIN Nak Bagi RM62000 PERCUMA Kepada Anda!Memang WOWlah!
WOWSKIN Nak Bagi RM59000 PERCUMA Kepada Anda!Memang WOWlah | WOWSKIN set serum vitamin. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Selamat Tahun Baru untuk semua pembaca blog El. Tahun baru ini apakah azam korang?Ha azam tahun tahun sebelum ni ada yang tertangguh tak?Ha yang belum ada azam lagi, jom kita buat duit banyak-banyak tahun ni. Bolehlah nak pergi melancong oversea kan hihi. Tambahan pula nak buat duit pun sekarang semakin senang cuma kena rajin dan usaha lebih. Nak menang RM62000 macam tajuk El ni mai rapat-rapat manalah tahu ada rezeki korang kan. Sebelum tu, El nak kongsikan sedikit tentang WOWSKIN ni ye



Hari ini bermulalah rutin harian El dengan anak-anak sudah mula bersekolah. Tahun ini 3 orang anak El akan mula bersekolah. Bila dah sibuk, memang tiada masa untuk menguruskan diri. Dan tentunya tiada masa untuk menguruskan wajah hehe. Terpaksa menghadkan masa untuk main makeup makeup. Cukuplah sekadar memakai serum, blusher, lip gloss.

Sekarang ni nak flawless tips yang penting korang mesti ada serum yang terbaik untuk kulit wajah korang. Trend sekarang ni nak cepat gunalah serum untuk kelihatan cantik, menawan dan berkesan dengan cepat. Serum adalah peneman baik untuk wanita yang pentingkan kecantikan. Wanita juga tiada masa untuk berhias. Dengan adanya serum ini membantu wajah kelihatan sihat, ceria, dan cantik sepanjang hari.

Bercakap tentang serum ini, El akan share satu serum yang WOW untuk korang




WOWSKIN VITAMIN SERUM SET

WOWSKIN adalah set serum vitamin yang lengkap untuk anda dapatkan kulit yang cantik dan sihat. Ia dilengkapi dengan vitamin A, B3, C, D & E di dalam serum siang dan serum malam. Set ini merupakan gabungan vitamin lengkap yang disarankan para pakar kulit di seluruh dunia.
Vitamin B3, C & E untuk digunakan pada waktu pagi sebelum anda keluar dari rumah. Vitamin A & D pula digunakan pada waktu malam sebelum anda tidur.
Set Serum WOWSKIN juga ditambah dengan 11 bahan boosters lain bagi menambahkan lagi keberkesanannya.

KENAPA PERLU ASINGKAN SIANG & MALAM?
Ini kerana vitamin B3, C & E lebih diperlukan pada waktu siang dimana ada sinaran cahaya matahari. Dan vitamin A & D lebih sesuai dijadikan rutin pada waktu malam ketika anda sedang berehat dan tidak berada di persekitaran panas terik.


Kedua-dua serum siang dan malam ini mendapat kelulusan dari KKM. Day Serum NOT170500805K dan Night Serum NOT170501806K. Jangan risau, WOWSKIN ini juga bebas dari mercury dan hydroquinone


VITAMIN B3

👉Menghilangkan kemerahan akibat dari keradangan kulit ataupun jerawat.
👉Meningkatkan ketahanan sistem imun kulit wajah anda
👉Mengehadkan penghasilan radikal bebas pada kulit yang
menjadi punca kulit tidak sihat
👉Memastikan wajah anda semakin glowing secara semulajadi

VITAMIN C

👉Bantu meningkatkan penghasilan kolagen kulit anda 

secara semulajadi
👉Bantu memperbaiki tekstur kulit anda agar semakin rata
👉Memastikan kelembapan kulit berada di tahap optimum


VITAMIN E



Pudarkan kesan gelap pada wajah dengan berkesan.

Menegangkan kulit yang semakin kendur akibat faktor 

penuaan.

Menghilangkan kesan sunburn yang dialami akibat cuaca 

teruk


VITAMIN A

👉Melambatkan proses penuaan kulit dengan berkesan
👉Menjadikan kulit semakin lembut dan gebu
👉Memastikan kulit tidak kering selepas seharian terkena cahaya matahari
👉Mengurangkan kadar penghasilan sebum atau minyak pada wajah

VITAMIN D

👉Mempercepatkan kadar penyembuhan dan pengeringan jerawat
👉Memastikan sel kulit anda sentiasa diperbaiki pada kadar lebih optimum
👉Mengurangkan keradangan kulit yang dialami





FAKTA YANG ANDA PATUT TAHU TENTANG WOWSKIN

💘Kesan yang ketara boleh dilihat dalam 2 hingga 3 bulan penggunaan.
💘Satu set boleh dipakai untuk 1 bulan jika mengikut aturan penggunaan yang diberikan.
💘WOWSKIN adalah sangat sesuai untuk dipakai sebelum anda mengenakan make-up kerana ia mampu menjadikan make-up anda bertahan lebih lama serta kulit kekal lembab.
💘WOWSKIN ini berkepekatan tinggi tapi ia diformulasi agar ringan pada wajah. Jadi anda tidak perlu risau wajah terasa berat, berminyak atau melekit jika ingin pakai sepanjang hari.
💘WOWSKIn selamat dipakai oleh ibu yang mengandung atau menyusukan anak kecil





CARA PENGGUNAAN


TESTIMONI PENGGUNA WOWSKIN 




Berita baik untuk semua pembaca blog El, WOWSKIN mengada satu contest #makeMONEYchallenge. Ha siapa-siapa nak menang RM62000 bolehlah join contest ini. Manalah tahu ada rezeki korang. Jom check it out details contest ini okay.

Sebelum itu El share satu Video Testimoni Yang Berjaya Jana Ribuan Ringgit Dengan WOWSKIN. Korang juga boleh!!!


DETAILS MENGENAI CONTEST 
#makeMONEYchallenge

Berikut merupakan details mengenai contest #makeMONEYchallenge ini

Terma dan syarat CONTEST #makeMONEYchallenge: -

1) WAJIB jual harga diskaun WOWSKIN (RM62 + RM8) = TOTAL RM70 per unit

2) Wang RM70 WAJIB di transfer kepada HQ terlebih dahulu untuk memastikan tiada aktiviti yang tidak sihat seperti "MAIN HARGA".


3) Wang "SALES" peserta akan dipulangkan semula pada 30.01.2018

4) RM8 psotage yang dicharge kepada pelanggan tidak akan dikembalikan kepada peserta.

5) Sales SAH bermula pada 05.01.2018

6) Terbuka kepada semua warganegara Malaysia termasuk agen, dropship dan stokis sedia ada.

7) Anda tidak perlu simpan stok, hanya submit order di sistem kami. HQ akan poskan serta update tracking no untuk anda.

8) Anda boleh promosi gunakan apa jua cara asalkan tidak menyalahi etika dan undang-undang

9) Untuk video atau gambar WOWSKIN, anda boleh dapatkan di:-

Instagram: @wowskin.official
Fanpage: WOWskin HQ

#makeMONEYchallenge
#wowskin
#flawlesswithvitamins

10) Peserta harus mendaftar di link system OFFICIAL WOWSKIN: dropship.wowskin.my/register

11) Bagi yang pernah mendaftar dahulu, sila daftar semula pada link yang diberikan

SELAMAT MENCUBA!!