2018 - LIFESTYLE BLOGGER

Jumaat, 28 Disember 2018

MENANGILAH HADIAH BONANZA BERNILAI RM225,000 MELALUI “WAVE2WIN” BERSAMA SF COFFEE & MYDEBIT

6:57 PTG 13
MENANGILAH HADIAH BONANZA BERNILAI RM225,000 MELALUI “WAVE2WIN” BERSAMA SF COFFEE & MYDEBIT

Siapa sini peminat kopi kita geng 
Sehari tak minum kopi memang lemau badan

Korang pernah tak minum kopi dari SF Coffee?Sebelum ini El ada pergi dan try minum Hazelnut Latte Ice Blended.  Wahh memang sedap. Dessert di SF Coffee pun sedap-sedap belaka. Masih teringat-ingat akan kesedapan dessert dia. 

So apa lagi, terus El ajak encik suami dating di SF Coffee Gurney Plaza. Lagipun memang rindu sangat dengan Hazelnut dan dessert dari SF Coffee tu. Kebetulan ada voucher yang dapat hari tu tak pakai lagi. 


Disebabkan batuk, El order Hazelnut Latte (hot) dan Chicken Bolognese. Encik suami pula order Hazelnut Ice Blended dan Tuna Puff dan Coklat Puff


Surprise surprise rupanya SF Coffee ada buat contestlah. Masa nak bayar tu total semua RM41.00 cashier suruh El join contest dengan MyDebit “Wave2Win” dengan hadiah bernilai RM225,000. Wow apa lagi, El pun joinlah. 



Untuk pengetahuan korang, pertandingan ini berlangsung selama empat bulan. SF Coffee dan MyDebit akan memilih dua pemenang bertuah yang bakal memenangi hadiah seperti: --

Hadiah Utama:
2 x La Marzocco Italian Handmade Coffee Machine bernilai RM40,000 setiap satu berserta mesin pengisar kopi dan latihan kopi profesional

Selain daripada hadiah di atas, ada juga banyak hadiah yang menarik untuk dimenangi antaranya:

Hadiah Pertama: 
5 x Road Bicycle berjenama premium bernilai RM10,000 setiap satu

Hadiah Kedua:
4 x Kamera DSLR Sony beserta aksesori bernilai RM10,000 setiap satu

Hadiah Ketiga:
8 x Iphone X bernilai RM5,200 setiap satu

Hadiah Saguhati:
4 x Apple Watch bernilai RM1,800 setiap satu
3 x Headphone Marshall bernilai RM400 setiap satu
50 x BODUM French Press bernilai RM100 setiap satu

Memang awesome sangat hadiah yang ditawarkan. El pun teruja, korang pun sure teruja juga kan? Bagaimana nak sertai contest ini. Korang ikuti langkah dibawah ini ok.

Syarat penyertaan: 


Langkah 1: 
Belanja sekurang-kurangnya RM30 menggunakan kad MyDebit didalam satu resit yang sama di mana-mana cawangan SF Coffee


Langkah 2: 
Isikan butir peribadi anda di belakang resit


Langkah 3: 
Masukkan resit anda ke dalam kotak khas ‘Wave2Win’ yang disediakan di setiap cawangan SF Coffee.

Pertandingan “Wave2Win” sedang berlangsung dari 5/11/18 sekarang sehingga 28 February 2019.

El harap dapat menang salah satu hadiah. Korang aminkan ye. Thanks

Untuk maklumat lanjut mengenai SF Coffee dan pertandingan “Wave2Win”, sila layari: www.sfcoffee.com atau layari Facebook kami di: www.facebook.com/sfcoffee.


#sfcoffee #MyDebit #Wave2Win #SFCoffeexMyDebit

Khamis, 20 Disember 2018

HOSHINO COFFEE QUEENSBAY MALL PENANG

10:35 PG 9
HOSHINO COFFEE QUEENSBAY MALL PENANG
Serba sedikit tentang Hoshino Coffee

Diasaskan pada 2011 di Jepun, Hoshino Coffee merupakan partnership antara Restoran Nippon (NRS) dengan D & N Coffee dan Restaurant Malaysia Sdn Bhd. NRS dikenali dengan menu makanan yang lazat, menyajikan lebih daripada 30 jenama makanan di Jepun manakala Doutor Coffee terkenal dengan kepakaran pembuatan kopinya lebih daripada 50 tahun, menjadi rangkaian kopi terbesar di Jepun.

Kepada pengemar-pengemar kopi tegar, Hoshino Coffee telah membuka outlet pertamanya di Malaysia, iaitu di Mid Valley Megamall Malaysia pada 3 Disember 2017 dengan menawarkan pelbagai hidangan dengan keunikkan setiap hidangan. 




Atas sambutan yang mengalakkan, Hoshino Coffee telahpun membuka outletnya yang ke-2 di Queensbay Mall, Pulau Pinang pada bulan Mac 2018 dan outlet Hoshino Coffee ke-3 terletak di Al Fresco, Plaza Gurney yang dibuka pada Julai 2018.

Kini Penangites boleh menikmati keunikkan pelbagai hidangan yang pastinya mencuit selera korang dan jangan lupa untuk menikmati kopi Hoshino yang tentunya lain daripada yang lain.






El suka dengan deko dan persekitaran restoran ini yang sangat cozy serta esklusif. Ha di sini juga korang boleh adakan pelbagai event seperti Birthday party, Anniversary dan sebagainya tetapi kenalah booking dulu. 



Bila korang ke Hoshino Coffee, korang wajib order kopi Hoshino. Dimana cara penyediaan kopi mereka sangat teliti dan serbuk kopi didatang khas serta segar. Mereka memanggangkan biji kopi yang terpilih dan menghidangkan kopi istimewa ini dengan "Hand Dripped". Korang juga perlu tunggu untuk dapatkan kopi ini kerana penyediaannya mengambil masa sekurang-kurangnya 10-15 minit.

El pun tidak ketinggalan untuk mencuba kopi mereka. Memang sedap kena dengan tekak El. Walaupun El minum without sugar, tetap sedap barulah terasa kemanisan kopi Hoshino sebenar.


Bersama dengan ulang tahun Hoshino Coffee yang pertama dengan sambutan Krismas, Hoshino Coffee memperkenalkan menu istimewa untuk mengalu-alukan kedatangan pelanggannya dan mereka yang inginkan kemeriahan sambutan krismas.



1) Omu Rice & Mozarella Tomato Shrimp with Salad RM23.90
(Omu Rice bermaksud omelette rice dari Japan)

Kalau korang nak tahu nasi di sini menggunakan beras dari Jepun. Nasinya disaluti dengan omelette dan dimakan bersama krim tomato sos yang diblend dan mengandungi udang. Sedap



2) Fuwa Fuwa Fluffy Souffle Doria Rice RM23.90
(Menggunakan putih telur disaluti di dalamnya nasi tomato. Menu ini dibakar dan mengambil 20 minit penyediaannya) 




3) Chicken Cutlet Curry Rice RM23.90
(Hidangan ayam goreng dalam dengan sos kari hoshino dan telur onsen)

Paling El suka menu ini sebab walaupun tinggal di Penang penuh dengan nasi kandar kuah campur banjir, tetapi rasa kari di sini sangat special. 




4) Double Cheese Toast RM14.50
(Susu pomodoro buatan sendiri, keju, sosej dan bacon, semuanya disaluti di atas roti bakar)

Seriously ini bukan roti benggali yang jual di kedai mamak tu yea. Roti dia sangat lembut macam makan kek. Korang kena cuba!



5) Teriyaki Chicken Sandwich RM14.50
(ayam teriyaki dan tamago mayo (mayo telur) dengan wasabi mayonis membuat satu sandwish lazat

Kenapa semua roti di sini semua lembut. Sandwich ini bila makan terasa wasabi sedikit.


6) Strawberry Pancake 
Single RM15.90
Double RM19.50
(Pancake yang dibakar dan dilapisi dengan krim dan topping dengan vanilla ais krim dan strawberi. Best selling desserts. Edisi terhad untuk musim Krismas)

Compare dessert yang di bawah, El lebih suka yang di atas ni. Pancake lembut terasa makan cheesecake hihi. Boleh di makan dengan madu dan caramel syrup


7) Strawberry French Toast RM19.70
Kalau El suka pancake, en. suami lebih suka yang ini 


8) Strawberry Yogurt RM19.90
Pengemar minuman strawberry pasti order ini ok

Antara lain-lain menu yang disediakan di sini





Anugerah yang diterima baru-baru ini. Untuk pengetahuan korang restoran ini adalah pork free dan semua produk seperti ayam dan daging mempunyai Halal Certificate.


Untuk keterangan lanjut dan korang boleh login ke https://www.facebook.com/Hoshino-Coffee-Malaysia

Isnin, 3 Disember 2018

HADIAH UNTUK SI MANJA | BABY ATAU NEWBORN DARI LOVINGLY SIGNED

9:30 PG 12
HADIAH UNTUK SI MANJA | BABY ATAU NEWBORN DARI LOVINGLY SIGNED
Hadiah untuk si manja | Baby atau newborn dari Lovingly Signed - Sudah lama tak mempunyai anak kecil. Paling kecil pun sekarang dah berumur 4 tahun. Cukuplah tu rezeki yang Allah berikan. Anugerah paling berharga. Dahulu kalau disahkan mengandung teruja sebab salah satunya boleh dapat hadiah baby yang banyak kihkihkih. Jimat sikit belanja untuk barang-barang babykan. 


Korang kalau nak hadiahkan barang baby untuk kawan-kawan, family ataupun saudara-mara beli kat mana?Mesti ada yang tercari-cari hadiah untuk baby dan newborn yang comel-comel. 


El pun sedang tercari-cari gift/hadiah untuk dihadiahkan untuk rakan sekerja El dan adik El yang akan menimang cahaya mata pada bulan 3 dan 4 ni. El pula teruja nak mencari kat mana kedai online shopping yang menawarkan hadiah/gift yang comel-comel untuk si newborn baby. 

Hadiah untuk si manja| untuk baby atau newborn dari Lovingly Signed


Tengah-tengah mencari tu terjumpa website Lovingly Signed. Wah menarik sangat hadiah/gift yang diorang jual. Jom kita tengok apa yang menarik dalam Lovingly Signed. 

Teruja tengok hadiah barangan baby dalam website Lovingly Signed ni. Sangat esklusif, kemas, warna pastel yang menarik dan lembut, boleh custom made nama untuk diletakkan di baju, tuala dan sebagainya. Memang banyak pilihan di Lovingly Signed ni. Rambang mata pula nak pilih. 

5 hadiah pilihan El untuk si manja dari Lovingly Signed

1) Gift Hamper

Senang kalau dapat carikan hadiah set lengkap untuk baby atau newborn. Untuk set gift hamper dari Lovingly Sgned ini ada dua pilihan biru untuk baby boy dan pink untuk baby girl. So comel kan. Warna pastel yang lembut. Semua barangan dari Lovingly Signed ini diperbuat daripada 100% kain kapas. 

Disediakan dalam sebuah kotak yang ikatkan reben ini, GIFT HAMPERS LOVINGLY SIGNED welcome gift nampak sangat ekslusif dan mewah. 

Korang boleh letakkan nama si manja comel sebanyak 10 aksara. Dalam set ini terdapat jubah tuala, baju rompers, selimut dan anak patung. Ianya sesuai untuk bayi berumur 0-6 bulan.


Blue for boy


Pink for girl

2) Baby bib

Sekarang ni baby bib memang menjadi pilihan ibu-ibu bukan setakat untuk menjaga kebersihan baby ketika baby muntah, lelehan air liur baby, ketika makan malah ianya seperti suatu fesyen untuk baby. Nampak kool jer bila baby pakai baby bib. Tambahan pula terdapat pelbagai design yang menarik di Lovingly Signed. Korang juga boleh custom nama baby korang tau. 



3) Blanket

Selimut atau blanket juga sangat diperlukan untuk baby ataupun newborn untuk menjaga keselesaan mereka. Di Lovingly Signed juga ada pelbagai design blanket/selimut.

Selimut dari Lovingly Singed ini tampak mewah. Baby pasti terasa lembut dan hangat diselimuti dari kain yang diperbuat daripada 100% kain kapas. Selimut yang serba boleh ini boleh bawa dengan bayi anda di mana-mana. Ia adalah hadiah yang terbaik untuk keselesaan baby. 



4) Toy untuk si manja

Tidak sah kalau tak belikan hadiah mainan/toy untuk si manja baby or newborn. Terdapat barangan patung/doll di Lovingly Signed yang sangat comel. Sesuai dijadikan mainan untuk si manja. Baby girl mesti suka doll ni. 



5) Baby tutus

Comel pula tengok skirt tutus dari Lovingly Signed ni. Bolehlah dipertimbangkan untuk hadiahkan untuk baby rakan office El yang tidak lama lagi menimang cahaya mata baby girl. Siap ada patung unicorn lagi. Comel sangat.



Memang best sangat shopping hadiah baby di Lovingly Signed ini selain barangan mereka yang comel-comel, korang boleh custom made nama baby korang di pakaian, tuala dan sebagainya. 


Setiap barangan yang kita beli tu mereka akan letakkan di dalam kotak yang esklusif dan tampak mewah. Cer bayangkan kalau sesiapa yang terima hadiah dari Lovingly Signed ni mesti jatuh cinta dengan pembungkusannya. 

Korang dah ada pilihan di Lovingly Signed. Jom order satu untuk si manja! Untuk keterangan lanjut atau lain-lain koleksi. Boleh layari ke : 

Khamis, 29 November 2018

ALTHEA MILK PEEL CREAM MASK

3:36 PTG 5
ALTHEA MILK PEEL CREAM MASK
El ni sejenis malas nak pakai mask. Sebulan sekali pun payah. Kadang-kadang memang sejenis lupa nak belai-belai muka yang dah makin mereput. Dah tahu mereput jagalah muka tu. Muka tu lah aset paling penting bagi semua wanita. Kalau tak jaga habislah confident level pun turun. Tambah-tambah tok laki nak tengok pun tak selera haha. 


Baru-baru ini El dapat produk terbaru dari the most wanted K-Beauty iaitu Althea. Kali ini Althea mengeluarkan produk cream mask yang dipanggil Milk Peel. El ni salah seorang Althea Angel tau. Mostly produk dari Althea memang best. 

CARE TRIPLE DAILY WITH MILK
MILK PEEL CREAM MASK


Topeng mengelupas yang lembut ini mengandungi susu untuk kulit yang segar. Tekstur tanah liat yang menggelegak membuat kuman yang tebal untuk mengeluarkan sel-sel kulit mati.


Kandungan

Water (Aqua), Kaolin, Glycerin, Disiloxane, Bentonite, Propanediol, Myristic Acid, Methyl Perfluoroisobutyl Ether, Stearicacid, Methyl Perfluorobutyl Ether, Potassium Hydroxide, 1,2-Hexanediol, Palmitic Acid, Ethylhexylglycerin, Milk Proteinextract, Disodium Edta, Gaultheria Procumbens (Wintergreen) Leaf Extract, Gluconolactone, Glycolic Acid, Titaniumdioxide (Ci 77891), Fragrance (Parfum), Coumarin, Hexyl Cinnamal, Citronellol

Milk Peel Cream Mask atau Masker Krim Susu memberikan kulit anda satu lubang penghidratan besar dengan kekuatan mengupas yang menyegarkan Mengandungi kedua-dua ekstrak AHA dan BHA, pengelupasan yang lembut tetapi efektif ini berubah dari tanah liat ke krim melepaskan sel-sel kulit mati untuk kulit lebih licin. Ia juga dirumus dengan protein dari susu untuk merangsang semula dan melembapkan kulit. Hasilnya kulit yang sihat, meningkatkan dan memberikan kelembapan kulit sepanjang hari. Kaolin - Meretoksifikasi dan mengeluarkan kotoran dari liang-liang

Kebaikan Milk Peel Cream Mask


- Satu topeng pengelupasan yang berubah dari tekstur tanah liat ke cairan krim (seperti whipped cream)

- Mengandungi ekstrak protein susu untuk melembapkan dan menghidupkan semula kulit yang sihat

- Diformulakan dengan AHA & BHA untuk perlahan-lahan tetapi berkesan menghapuskan sel-sel kulit mati

Cara Penggunaannya


Sapukan produk pada kulit yang lembap dan urut dengan perlahan sehingga ia keluar menjadi buih.

Biarkan selama 30-60 saat sebelum membilasnya dengan air suam.


Sesuai untuk semua jenis kulit. Rekomen untuk mereka yang mempunyai masalah:-


- Jenis Kulit Gabungan
- Masalah pembesaran liang pori
-Kulit kasar, kulit sensitif yang memerlukan pengelupasan lembut
- Kulit kering yang perlu dilembapkan walaupun selepas mengelupas

Review by me

Pertama kali mencuba Milk Peel Cream Mask ni teruja sangat sebab dia tak payah guna air. Just sapu kat muka krim tu dengan keadaan muka yang lembap. Sapu kesemua bahagian muka. Apabila cream mask pada mulanya bertekstur tanah liah (clay) kemudian akan bertukar krim buih (whipped cream). 


Seperti magik pula. Korang akan terdengar buih-buih muncul dan bila tengok depan cermin, geli tengok buih-buih cream tu timbul haha. Tetapi El suka baunya yang ringan dan fresh. Selepas 30-60 saat, korang boleh bilas dengan air biasa. Terasa kulit muka korang lembut dan segar.


Botolnya yang cute boleh di bawa kemana sahaja especially untuk pergi travel kan. Love it so much. Tak too complicated. Nice.


El bagi 5/5 untuk Milk Peel Cream Mask. Yeay!!

Harga Milk Peel Cream Mask (50ml)

Harga Milk Peel Cream Mask USD9 tapi sekarang tengah Off 10% dapatlah USD8. Nak tahu maklumat lebih lanjut pasal produk ni ?

Sila layari: https://us.althea.kr/milk-peel-cream-mask