CHEEZY FISH FILLETS PACIFIC WEST | RESEPI FILLET IKAN - LIFESTYLE BLOGGER

Khamis, 14 Disember 2017

CHEEZY FISH FILLETS PACIFIC WEST | RESEPI FILLET IKAN

Assalamualaikum
Salam ceria
Salam kasih sayang semua 

CHEEZY FISH FILLETS PACIFIC WEST | RESEPI FISH FILLET - Aduhai lagi 2 minggu sahaja sesi persekolahan akan dibuka semula. Sekolah atau cuti sekolah kerja mak-mak ni sama sahaja 24jam non stop betul tak? So mak-mak kat luar sana jangan berangan lah nak bercuti juga ye hihi.

Macam hari-hari biasa, El memang dah siapkan breakfast/lunch/dinner di rumah. Cuti sekolah ni memang 2xgandalah penatnya. Of course anak2 kat rumah semua spesis lapar je manjang haha. Memang bekalkan macam2 makanan kat anak2. So semalam El dah siapkan breakfast burger, lunch nasi dan lauk kari ayam dan ada spageti bolognese juga. Waduhh banyak sekali kan haha.

Actually, stok2 makanan memang kami ada beli setiap 2x sebulan. Itu sebab ada burger, spageti, fries, dan macam2 lagi. Selain tu juga dekat rumah tak sah kalau tak ada stok2 biskut2. Tu pun kejap je habis. Kerja makan saja budak2 tu haha


Semalam selepas balik kerja, mama El terlebih rajin pula. So malam tu mama El nak berwestern pula. Kali ini mama El dapat produk dari Pacific West Malaysia. Produk terbaru mereka ialah Cheezy Fish Fillets. Untuk pengetahuan korang, banyak produk yang dikeluarkan oleh Pacific West Malaysia ini seperti Tempura Fish Fillet, Calamari Ring dan banyak lagi.


CHEEZY FISH FILLETS

Keju adalah satu makanan yang paling disukai dan dimakan di seluruh dunia. Ianya lazat, berkhasiat dan mempunyai pelbagai rasa dan tekstur. Dewasa dan terutamanya kanak-kanak memang menyukai keju dan itulah sebabnya Pacific West membuat satu produk Cheezy terbaru iaitu Fillets Ikan.


 Fillet ikan berwarna putih semula jadi dihiasi dengan campuran premium Mozarella dan keju Nacho dan disalut dengan serbuk roti Jepun yang renyah memberikan aroma dan rasa yang unik kepada pengguna produk Pacific West. Cheezy Fish Fillets boleh dihidangkan sebagai makanan ringan yang menyeronokkan sepanjang masa, atau makanan yang lazat untuk keluarga.

CARA PENYEDIAAN


Cara penyediaannya cukup senang. Korang hanya perlu keluarkan dari fridge dan terus boleh masak. 
Goreng sehingga fillet kuning keemasan selama 5-6 minit. Angkat dan toskan.

MENU CHEEZY FISH FILLETS


Dengan Cheezy Fish Fillet ini korang boleh buat pelbagai menu. Kali ini El share menu western ye. Antara menu western yang El masak menggunakan produk Cheezy Fish Fillets ialah:


Original Cheezy Fish Fillets

Rasa keenakan asli Cheezy Fish Fillet dengan perahan lemon. Makan begitu sahaja pun sedap


Cheezy Fish Fillets Garlic Wraps

Goreng Cheezy Fish Fillets. Angkat dan toskan. Potong kecil fillets itu dan masukkan ke dalam wrap dengan salutan sayuran dan sos cili, mayonis dan thousand island. El paling suka yang ini hihi


Cheezy Fish Fillets Burger

Goreng dahulu Cheezy Fish Fillets. Angkat dan toskan. Potong dua fillet tersebut dan letak di dalam roti burger dengan sapuan mayonis, mustard dan sayuran. Tak perlu tambah cheese lagi. 


Cheezy Fish Fillet Oglio Aglio

Spagetti oglio aglio yang El masak ni, El masak kosong jer. Kebetulan pagi tu El dah masak spageti bolognese. So ada balance sikit spageti tu terus El buatkan oglio aglio. Just goreng bawang putih, cili flakes, sedikit kiub ayam dan oregano sahaja. So El boleh makan dengan Cheezy Fish Fillet ni. Sedap juga. 


Korang tengok cheezy campuran mozarella dan nacho dalam fish fillet tu. Nampak tak?Mesti terliur kan 

En. suami balik dari kerja, terus terkejut sambil tanya, "wow banyaknya mama masak..nak sambut anniversary ke?anak2 pun seronok sambil cakap, "wahh mama masak macam dekat kedailah..dah tak sabar nak makan. 

Tak percayakan dengan Cheezy Fish Fillets ini korang boleh menikmati makanan western di rumah dengan cepat dan mudah mengunakan produk dari Pacific West ini dengan keluarga tersayang. Setiap orang dapat merasa menu kesukaan mereka. 

Lepas ni kena jadikan produk pacific west ni salah satu stok makanan di rumah. Senang kerja memasak. Keluarkan dan terus goreng. Macam2 boleh buat dengan produk pacific west ini, boleh dijadikan sebagai menu utama ataupun bahan sampingan dalam menu anda. 

Dapatkan Cheezy Fish Fillets dan produk dari Pacific West di pasaran sekarang

BELI DAN MENANG PERCUTIAN KE 
PERTH DAN BALI


Sempena dengan Cheezy Fish Fillets baru yang telah dilancarkan, Pacific West sedang bekerjasama dengan Holiday Tours & Travel Sdn Bhd (Pejabat Pulau Pinang) untuk membawa anda pertandingan 'Win Your Dream Holiday' dari 15 November 2017 hingga 15 Januari 2018. Anda berpeluang untuk bercuti ke Australia Barat, Perth (4D3N) atau Bali (4D3N) dengan membeli sekurang-kurangnya mana-mana satu (1) produk Pacific West.

Untuk keterangan lanjut korang boleh lawatan website dan facebook page Pacific West

Official website: www.pacificwestfoods.com
Facebook page: www.fb.com/PacificWest.my

17 ulasan:

  1. sedapnya kak el.. senang la nak masak western lepas ni.. ada yg ready made mcm ni kann..

    BalasPadam
  2. pacific west ni mmg sedap. lagi best sebb dia bagi sekali dgn fries.

    BalasPadam
  3. kita biase beli calamari dia jekkkk tapi mahal awak..uhuks!~

    BalasPadam
  4. kena beli ni sbb boleh buat mcm2 hidangan..

    BalasPadam
  5. Tak pernah beli. Rasa nak cuba. Senang nak sedia untuk family makan.

    BalasPadam
  6. terliur tengokkkk nanti kena beli gak ni

    BalasPadam
  7. Sedapnya tengok.. ok nak cari n beli nanti. Sedap juga buat makan malam santai2 smbil blogwalking atau menonton tv ni hihii.. thanks sharing El :)

    BalasPadam
  8. pernah gak beli produk ni dulu

    BalasPadam
  9. chef el masak di rumah pon dh mcam kt restoran

    BalasPadam
  10. Bila u nak buka kedai jemput I pi makan? :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi tunggu pacific west sponsor tuk BIG PROJEK...(joking) haha

      Padam
  11. Mesti sedap ni tambah2 sebab ada cheese tu.. :) Cepat siap pun ye jugak tu..hihi

    BalasPadam
  12. Boleh lah buat bekal anak sekolah ni,ringkas mudah je nak buat...

    BalasPadam
  13. sedapnya... kita belum sempat masak lagi nie...

    BalasPadam
  14. Woww... hebat kak masak banyak2x. Nampak sedap kak. :D

    BalasPadam