ANAK BERSUNAT CARA CLAMP - LIFESTYLE BLOGGER

Rabu, 13 Disember 2017

ANAK BERSUNAT CARA CLAMP

Assalamulaikum semua
Salam ceria

BERSUNAT | SUNAT CLAMP |Bila tiba bulan Disember cuti sekolah, mesti ada dikalangan ibu bapa yang sibuk untuk meraikan anak bersunat atau berkhatan. Kali ini giliran kami pula merasai pengalaman anak bersunat. Kami memilih untuk bersunat di klinik berhampiran dengan rumah kami sahaja.

Sebelum itu El tak ambil tahu kaedah apakah yang akan digunakan untuk bersunat nanti. Sebab bab sunat-sunat ni kita bagi kat kaum bapa yang handle.


So sesajalah El cari kat internet kaedah yang orang suka buat. Bila baca ramai dan ada dikalangan kawan-kawan yang mengunakan kaedah laser dan jahit. Mulalah El risau terus tanya en. suami anak nanti bersunat guna kaedah apa. Terus dia jawab sunat CLAMP. Bila baca-baca komen kat internet kedah clamp ini tidak berapa orang suka sebabnya 2x sakit (semasa disunat dan selepas sunat untuk menanggalkan clamp tersebut) Kalau yang pakai laser/jahit sekali je sakit. Alamakkk rasa bersalah pula kat anak. Tapi dah register dan bayar pun. Redhalah anakku hahaha. El tak cerita pun kat anak, kalau cerita  lagilah dia risau.


Walaupun ada yang mengatakan sunat clamp ni sakitnya 2x tapi cepat baik tau. Lagi pun tak ada pantang, boleh pakai seluar dan gerak bebas. Bila dengar tu legalah sikit kan.

Kami dah booking tarikh 29/11/17 untuk bersunat anak bujang kami. El memilih tarikh itu sebab time tu babah diorang cuti 3 hari so siang tu bolehlah tengok-tengokkan anak bujang dia tu, malam mama El pulak hihi

Yang kelakar tu kan, El tak apply cuti pulak time anak nak bersunat ni tau. Bila en. suami tanya, mama amik cuti tak nanti. Boleh je jawab TAK..terus en. suami buat muka. Bila pergi kerja..fikir punya fikir barulah YA ALLAH..anak aku sorang je laki mana mungkin aku tak pergi tengok dia pi sunat nanti...terus el apply cuti hahahaha. Ngok betul mama el ni kan. 

Sebelum hari kejadian, El sajalah meraikan anak bujang el. Saja bagi dia seronok. Sebenarnya seronok bersunat ni hahaha sebabnya dapat mkn macam2 dan dilayan
seperti anak raja. Tanya dia nak makan apa sebab pas ni dah tak leh makan mcm2..kena berpantang. El suka menyakat. Anak cakap dia nak makan his favourite food roti nan tandoori dan kfc. So jomlah kita makan2 sebelum berpantang haha


Ahmad Danish Zikry 10 tahun baru tapi orang ingat dan sekolah menengah, badan kalah badan mama El hahaha


Kenang kenangan sebelum jadi big brother anak teruna haha

Pada hari kejadian, pukul 11 kami pun dah ada kat Klinik Brunei Pantai Jerjak Penang. Ramai pula anak yang bersunat kat situ. Klinik ni kepunyaan Doktor cina, tapi sunat tu nanti dilakukan oleh seorang ustaz. Kebetulan ustaz tu kami kenal.


Muka sebelum sunat

Tak ada pula dengar budak2 menangis kesakitan. Anak El pulak berlakon macam hero. Tak takut haha. Tapi bila panggil masuk bilik dengan babah dia, terdengar lah macam2 soalan dia kat doktor ngan ustaz tu aduiiii hahaha. Terdengarlah dia menjerit sikit mungkin doktor nak cucuk ubat bius. Selepas itu tak dan 5 minit dah selesai haha. Kejap lahai


Muka selepas sunat haha

PANTANG BERSUNAT

Doktor pun cakap memang tak de pantang pun. Kenalan doktor el pun cakap macam tu. Lagipun kaedah clamp ni bukan jahit pun. So memang tak pantang lah. Cuma jangan bagi makanan yang dia alergik sudah. So far anak el tak alergik apa2 pun.

PENJAGAAN BERSUNAT CARA CLAMP

Ubat sapu kena sapu kat bahagian bebird dia 3 atau 4 kali sehari. Kaedah clamp ini memang doktor tak bagi kena air. Lepas buang air kecil, cuci di bahagian bebird dengan tisu lembap dan bersihkan corong clamp tu. El juga make sure bebird dia sentiasa kering

Actually boleh pakai seluar kalau dah sunat mengunakan clamp ni sebab clamp tu yang melindungi bebird dari kena air/kain dan sebagainya. Tapi anak El sepanjang dia sunat tu El bagi pakai kain pelikat. Udara pun senang masuk hahahaha

Masa tidur pula El letak kotak atas badan dia dan lapikkan kain. Macam gambar di bawah ni. Maklumlah rumah tinggi ni manalah nak sangkut tali kat siling rumah. Jika korang ada meja makan budak2 tu pun boleh jugak.


Selepas 5 hari macam tu pergi ke klinik balik untuk tanggal clamp tu. Dan selepas seminggu memang dah baik. Horey dah merdeka haha.



Tahniah Abang. Dah jadi big brother. Dah tak boleh act macam budak2 ok haha. 

Tapi kaedah clamp ni ikutlah budak tu masing2..ada cepat baik ada lambat baik. Dan ada yang sakit dan tak. So, terpulang pada ibu bapa nak pilih kaedah mana. 
Mujurlah anak El ni sorang je laki2..hahaha

11 ulasan:

  1. Anak Kak Sue dedua sunat cara clamp juga El.. bukak tak sakit pun sebab sebelum bukak tu kena bagi depa berendam satu jam untuk senang nak bukak. Bukak pun sekejap ja.. ehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf nk tya...katanyer kaedah clamp x Leh kena air...ke mcmner ye

      Padam
    2. Maaf nk tya...katanyer kaedah clamp x Leh kena air...ke mcmner ye

      Padam
  2. owh baru pasal clamps ni.. tq pengkongsian kak el

    BalasPadam
  3. Yeay sama lah anak kita. Guna clamp ni walaupun wx kali keje tapi senang nak jaga, anak pun cepat je baik.

    BalasPadam
  4. comey anak El tu
    macam2 cara lani kan
    tak kisah lah cara apa asalkan selesa dan cepat sembuh

    BalasPadam
  5. Dah besar! hehehee...dah jadi abang abang ;)

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah tahniah buat abg atas ketabahan dan keberanian. Lepas ni dah remaja dah.. apa pun, tahniah sekali lagi! :) :)

    BalasPadam
  7. Saya baru tahu ada sunat cara macam ni. Wehehe.. Anak buah tak sure pakai cara apa ari tu..

    BalasPadam
  8. Salam sis. Nak tnya skit blh. Selepas buka clamp, di bahagian kepit itu mmg akan bewarna hitam ke? Dan brp lama nk hilang hitam tu nnti ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang hitam tu kuping kulit tu..kalau dah jatuh kuuping tu makna dah baik..anak sy dlm 8hari dah tggl kupingnya..tp jiran sy smpai 2minggu x tanggal..ikut budak kut

      Padam