ESCAPE WATERPLAY TELUK BAHANG PENANG | TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG

9:44 PG

Assalamulaikum
Salam ceria kepada semua yang masih menyinggah disini untuk membaca entry El. Terima kasih. 


ESCAPE WATERPLAY | TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG - Kali ini El ingin share dengan pembaca semua tentang satu tarikan terbaru di Pulau Pinang iaitu WATERPARK DI PULAU PINANG yang terletak di Teluk Bahang yang diberi nama ESCAPE WATERPLAY. Waterpark ini belum lagi dibuka untuk orang ramai. Permainan air di dalam semua dah lengkap, cuma ada sedikit lagi kerja-kerja perlu disiapkan. Insyallah, anda boleh tengok info terkini di www.escape.my

Syukur alhamdulilah kami team PBUmedia telah dijemput oleh pihak ESCAPE sekali lagi untuk membuat review ESCAPE WATERPLAY. Sebelum ini kami telah membuat review tentang ESCAPE ADVENTUREPLAY yang terletak sebelah sahaja. Boleh lihat link dibawah.

Escape Adventure Play dan harga tiket 

Escape Penang Part 1

Escape Penang Part 2

Camping dan Barbeku di Escape


ESCAPE WATERPLAY TELUK BAHANG


kredit foto Neerush Rasdi

Untuk pengetahuan semua, El teringin nak tengok Pulau Pinang ni ada waterpark macam di Tambun Lost World dan Sunway Lagoon. Waterpark yang sesuai untuk seisi keluarga. Ketika membuat review tentang Escape Adventureplay tahun lepas, Mr. Sim, CEO Escape mengatakan yang mereka sedang siapkan sebuah waterpark. Hati dah berbunga-bunga dan tak sabar nak tengok bagaimana rupa waterpark di sini.
 

Entry gate



Kedai cenderamata, kedai menjual swimsuit orang dewasa, kanak-kanak, baby dan tempat sewa swimsuit muslimah


Locker dan shower


Jika korang datang ke sini, korang akan terasa macam suasana di tepi pantai yang berpasir dan banyak pokok. Memang konsep Escape itu sendiri more to nature.


 PERATURAN DI ESCAPE WATERPLAY


Peraturan di sini sangat ketat. Pengunjung diminta untuk memakai pakaian renang yang dibenarkan untuk menjaga water hygiene. Terdapat juga pakaian renang untuk muslimah dengan harga sewaan RM10. Loker untuk menyimpan barangan berharga anda juga disediakan.

  
Food and drink outside not allowed. Jangan risau, makanan dan minuman ada dijual di sini. Korang hanya perlu membeli kupon di kaunter dengan minimum RM20. Bila nilai kupon dah habis anda boleh topup. Jika ada balance, anda boleh claim balik.


POOL UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR

1) Play House

Pengembaraan yang menyeronokkan di Play House. Kanak-kanak pasti teruja. Di sini terdapat 8 jenis gelungsur. Memang El dengan dua orang anak lepak sini sampai ke petang. Terdapat gambar artis Alleycats dan seniman Agung P. Ramlee di situ. Penang mali woo hihihi





2) Tots Play

Kanak-kanak suka bermain di dalam air tetapi ramai yang terlepas keseronokan kerana terdapat tempat yang terhad untuk bermain. Kolam Toots adalah tempat yang direka khas untuk kanak-kanak bermain, meneroka dan berkongsi keseronakan dengan orang lain.



3) AK Academy

Di sini kanak-kanak pastinya teruja kerana mereka boleh bermain permainan yang menguji tahap kepantasan dan menguji minda mereka.



4) Wave ball

Jika ingin merasai persekitaran seperti di pantai, pengunjung boleh bermain di sini. Pengunjung diharuskan memakai jaket keselamatan kerana alunan ombaknya yang besar jugalah tapi seronok sangat. El dan anak-anak tak lepas peluang. Melambung lambung kami kat sini haha





  Kami yang dah rentung. Dari pagi sampai lewat petang bermain non stop. Best sangat haha

EXTREME POOL

1) Rainbow slide

Tengok pun gerun inikan nak naik. Ada berani?Rainbow slide ini merupakan yang terpanjang sekali di Waterplay. Tengok budak-budak termasuk anak El pun berani naik Rainbow slide ni wei. Ha anda tercabar tak?El memang tak naiklah. Macam mana nak naik, si kecik tu ngekor je. Tak boleh berpisah. Insyallah kalau ada rezeki nak naik juga. Betul ke hahaha



kredit foto : fb Nor Ariffin Hamzah

Yang tak boleh blah tu, korang kena menerap kepala turun dulu tau. Ha sape yang tak gelabah. El tengok ni pun dah seram wei haha tapi anak El tu relax jer turun. Nanti tengok video yang El share tu ye


2) Slide paling curam

Terdapat 2 slide lagi di sebelah Rainbow slide. Slide pink putih, slidenya agak curam. Dan slide warna hijau itu anda dikehendaki untuk masuk dalam tube dan dilepaskan mengelungsur laju. Tak tau perasaan macam mana sebab tak naik hahahaha



3) Twister slide

Slide yang pastinya orang ramai nak cubakan?Slide ini anda kena bawa pelampung bersama. Boleh naik solo ataupun couple.





  4) Banana Flip

Yang ni gerun jugak kerana kelajuan penurunan slide tu laju sangat. Nanti tengok video yang akan El share ye.



kredit foto: penang-traveltips.com


5) Papan anjal

Di sini ada juga diadakan persembahan terjunan papan anjal. Nanti boleh tengok dalam video ye.



  Antara kemudahan lain yang terdapat di Escape Waterplay



Bagi pengunjung yang inginkan privacy, di sini juga anda boleh menyewa khemah. Tapi 1st come 1st serve ye.



Bermain bola tampar seperti di pantai


Relaxing time while watching your kids at the pool


Lets picnic. Sangat selesa


Surau juga disediakan

Apa yang boleh dikatakan sangat best di Waterplay ini. Sangat sesuai untuk seisi sekeluarga. Untuk info terkini harga tiket masuk, korang kena selalu tengok website Escape seperti dibawah ini ok.

website: www.escape.my 
facebook: www.facebook.com/escape.my

You Might Also Like

5 uols awesome

  1. Bestnye el. Setiap negeri dah ada water park. Cuti sekolah balik kampung bole singgah nanti. Waterpark penang ni macam2 ada. Rambabg mara nak main mana satu. Anak2 lagi la suka.

    BalasPadam
  2. Syok El dh masuk dlu sblum open to public.. Gerun juga yg slide kepala turun dlu kn hehe.. Tp beso btul ni.. Syok la orang2 Penang

    BalasPadam
  3. Memang seram turun kepala dulu. Saya kalau main slide macam ni suka yang tube. Kalau open tu rasa cam nak tercampak keluar je.

    BalasPadam
  4. Bestnya.. menarik tmpt ni. Untung la org Penang, seronok dpt bersantai kat sini sekeluarga... quality family time :)

    BalasPadam