ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM | TRAVEL AND WUDUK FRIENDLY

9:29 PG



Kebiasaan hari seorang wanita bermula dengan semburan 

wangian pada nadi,rambutnya dirapi dan membuat kemasan 

terakhir pada pakaian dan solekan di hadapan cermin 

sebelum melangkah keluar. Menjelang tengahhari, selepas 

menghadiri beberapa mesyuarat dan melakukan tugasan lain

 beliau akan menambah gincu pada bibir selepas makan 

tengahari. Menjelang petang, beliau akan membuat 

perancangan bersama rakan untuk menikmati makan 

malam, ataupun temujanji bersama teman lelaki dan sekali 

lagi membuat sentuhan terakhir pada solekan sebelum 

melangkah keluar. Satuperkara yang perlubeliauingatsetiap 

kali selepas merapikan semula diri adalah untuk menyembur

 semula wangian memandangkan bau dapat mencipta daya 

tarikan penuh “scent-sasi” dan memberi impresi yang 

berkekalan.

ENCHANTEUR berbangga menjadi pakar dalam 

memperkenalkan wangian Perancis yang memahami 

keperluan dandanan wanita dan sentiasa berusaha untuk 

mencipta inovasi bagi menghasilkan produk yang relevan. 

ENCHANTEUR juga sedar bahawa sesetengah wanita 

sering membawa bersama sebotol wangian EDT atau 

semburan wangian badan untuk merapikan semula wangian 

diri.






ENCHANTEUR memperkenalkan wangian terbaharu

mesra beg tangan iaitu ENCHANTEUR PARIS PETITE 

PARFUM dalam bentuk bebuli–yang boleh didapati dalam 

saiz padat 9ml. Rangkaian ini merupakan inspirasi 

personaliti gadis-gadis Paris yang feminin namun penuh 

dengan tenaga dan sentiasa menyerlah. Dengan usahasama 

bersama pencipta wangian Perancis, ENCHANTEUR 

menterjemahkan personafikasi keempat empat gadis ini pada

 pakej pembungkusan yang menarik. Dilancarkan dalam 

empat variasi wangian, para gadis kini mempunyai dua 

pilihan dari 2 aroma paling laris dari rangkaian 

ENCHANTEUR PARIS, iaitu Belle Amour dan Adore; serta

 wangian baharu iaitu Cheri dan Jolie yang lahir dari 

inspirasi trend bunga semasa.





ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dirumus khas

 tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk 

pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa sembahyang

 tanpa perlu mencuci wangian. Tambahan pula, formulasi

 berasaskan minyak ini membolehkan aromanya bertahan

 lebih lama.

Direka dengan aplikasi bebuli membolehkan pengaplikasian

 menjadi lebih pantas dan mudah pada bila-bila masa 

sepanjang hari. Cara penggunaan yang mudah dapat 

membangkitkan deria seseorang secara halus disulami 

sentuhan keajaiban.



Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM yang 

baharu, anda akan sentiasa bersedia untuk mencipta saat 

penuh sensasi, di mana sahaja. Pembungkusan berbentuk 

kompak dan mudah ini cukup kecil untuk dimuatkan di 

dalam tas tangan anda – direkauntuk kelihatan hampir sama

 dengan saiz gincu, menjadikannya benda penting yang perlu

 ada sebelum meninggalkan rumah. Rekaannya juga mesra 

pesawat dan mudah dimuatkan di dalam beg kosmetik atau

 bagasi bimbit sebagai penambah wangian yang lebih mudah.

 Kini, para wanita boleh membawa pelbagai wangian di 

dalam tas tangan tanpa perlu bimbang tentang lebihan 

ruang atau muatan.

Rangkaian ini membolehkan wanita meneroka kreativiti yang

 sememangnya ada pada diri mereka! Mereka boleh 

suaipadankan mana mana wangian untuk mencipta wangian 

tersendiri yang menjadi ‘signature’ si pemakai.





ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM –

 Jolie  (Lovely)

Kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Pear amat sepadan

 dengan personaliti santai bersahaja yang gemar meluangkan

 masa dengan rakan-rakan, atau insan istimewa. Aroma 

lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk 

memberikan ‘mood’ tenang ketika bersama pasangan. 

Kemasan biru denim menjadikan anda kekal anggun di 

pandangan dan tetap disukai.





ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Cheri (Darling)


Buat yang berhati muda remaja, kami persembahkan bauan 

yang enak dan manis untuk memastikan anda tersenyum 

sepanjang hari. Bagi si gadis yang gemar menyebarkan 

kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya, aroma 

Apple, Cherry Blossom dan Vanilla yang lazat bakal mencuri

 hati dan mendapat perhatian ramai.






ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Belle Amour 

(Beautiful Love)

Ciptaan dari aroma yang menawan yang mampu membuat

jantungmu berdegup dan meransang deria. Pembungkusan 

merah jambu ini bakal mengimbau memori sigadis pada saat

 temujanji pertama manakala campuran Apple Melon, 

Blackcurrant dan Pink Rose Paris amat sesuai dengan gadis

 berpersonaliti romantis dan menawan. Belle Amour 

membolehkan anda menikmati setiap kenangan manis 

dengan yang tersayang, dan menjadikanmu teman 

istimewanya selamanya.





ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Adore 

(Adorable)

Haruman ‘signature ’ini mencetuskan kegembiraan, 

keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Rona pembungkusan

 ungu ini mengandungi sensasi aroma Wild Jasmine, Pink 

Mimosa dan Golden Pearse padan dengan sigadis yang 

elegan, anggun dan manis pada malam temujanji roma

ntisnya. Cipta kesan berpanjangan pada temujanji anda dah

 penuhi hatinya dengan dambaan kasih padamu.


Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM, 

anda akan sentiasa bersedia. Hanya perlu diaplikasikan ke 

nadi bila bila masa yang anda inginkan dan anda akan 

sentiasa bersedia untuk mencetuskan saat romantis 

bersamanya.


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM boleh 

didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 

(Sabah Sarawak), di Watsons, Guadian, AEON Wellness, 

Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh 

negara.  

You Might Also Like

4 uols awesome

  1. Saiznya yang comel mudah dibawa travel. Packagingnya pun cantik membuatkan diri ini dah tertarik nak pergi beli.

    BalasPadam
  2. Wangi sangat.. Pastu mudah nak bawa..

    BalasPadam
  3. rasa nak cari juga sekotak minyak wangi ni.. senang ada mcm2 bauan

    BalasPadam
  4. Wahh senang ada yang kecil macam ni. Bau pun best 😍

    BalasPadam