BERJUMPA MUA TERKENAL BELLAZ DI SEPHORA PENANG | NYX MAKEUP CLASS

11:13 PG

Assalamulaikum semua
Salam ceria

Nak share kat sini 25hb yang lepas El dapat berjumpa dengan MUA terkenal iaitu Bellaz. Siapa kenal Bellaz?Kalau yang kaki makeup tu sure kenal Bellaz kan. Sempena Road Tour Nyx Professional Makeup Class, Bellaz telah mengadakan free masterclass di semua Sephora Branch pada October yang lepas. Dengar jer free terus berbunga-bunga hati tau. Yelah nak pergi masuk kelas makeup Bellaz ni tak mampu. So amik peluang keemasan, sambil-sambil tu boleh tengok face2face dengan Bellaz. Uiii sape x teringin uii haha

Sebelum itu El nak share ngan sahabat semua, dulu El tak pandai bermakeup...setakat tempek bedak compact ngan gincu sahaja. Memang selekeh. Main ikut dan jer. Masa dulu mana nak sempat nak melawa. Sibuk dengan anak-anak kecil. Selepas beranak sorang..sorang lagi..dan lagi dan lagi. Hati tu nak melawa ada tapi biarlah dulu.

Sekarang anak-anak pun dah besar dan boleh harap. Yang kecil pun dah 3 tahun. Walaupun suami tak kisah wife dia bermakeup, dia lebih suka tengok wife natural beauty gitu. TAPI BINI DIA KISAH hahaha. Dan ada orang kata tak payah makeup janji jaga akhlak dan pandai buat kerja. Cer semua tu kita masukkan dalam diri kita. Kan cantik tu. Orang perempuan ni nak pakai lama sayang oii. Kenalah jaga ketrampilan. Tak payah makeup over-over, janji naik seri wajah muka tu. Takdelah kat umah sama kat luar pun sama haha. Ada pulak tu kat rumah selekeh, kat luar kemain lawa melaram. Jangan macam tu ye. 

Hari dinantikan sudah tiba. Lunch hour El laju-laju terjah Sephora Queensbay. Mujurlah office El just around the corner je. Hati dah berdebar-debar menunggu pujaan hati tiba hihihi. Setibanya Bella di Sephora, wah comey si Bella ni..slim. Sepanjang class hari tu penuh dengan celoteh Bellaz yang meriah tu. Hari tu Bellaz menunjukkan style makeup nude look yang simple hanya mengambil masa 30 minit sahaja. Selepas class, acara wajib selfie bersama Bellaz yeahhh.






 

Bellaz memang sporting, peramah, kelakar, cantik dan humble. Yang menjadi inspirasi, walaupun Bellaz ni tak sekolah tinggi tapi orangnya mempunyai sifat yang sangat positif, humble, suka share rezeki, baik orangnya, bekerja keras dari bawah. Nah sekarang hasil usaha beliau, dia dah jadi somebody. Tahniah Bellaz. Semoga terus sukses.

You Might Also Like

6 uols awesome

  1. Seronoknya. Dok rumah pun boleh mekap depan suami nanti. Dapat pahala. 😊

    BalasPadam
  2. Wahh bestnya.. seronok dpt pengalaman mcm ni. Agak2 lelaki dia nak solekkan tak hehee.. nice sharing El :)

    BalasPadam