ALTHEA UN-PORE GETTABLE BOX | UNBOXING VIDEO

9:52 PG

Assalamulaikum semua
Salam ceria

ALTHEA UN-PORE GETTABLE BOX| Minggu terakhir persekolahan. Tentunya korang dah merancang nak pergi holiday ke mana?El tahun ini memang tak pergi holiday mana-mana pun. Kena bekukan cuti haha. Belum ada rezeki nak jalan jauh. Insyallah perancangan tahun depan tu dah ada. Tapi kita hanya merancang, hanya Dia yang menentukannya betul tak.


Jika nak bercuti tu, ha muka tu kenalah jaga, sebab cuaca tak menentu kadang panas, kadang hujan. So kali ini El nak share dengan korang produk tak asing lagi bagi beauty blogger.

Althea ini kalau korang nak tahu salah satu laman web K-beaty yang menjual barangan kecantikan dan penjagaan diri yang dipos dari Korea hinga ke pintu rumah anda tau. Korang yang suka dengan barangan kosmetik dari Korean dan ingin mencubanya bolehlah try. Produk dari Althea ini memang menjadi kegilaan beauty Blogger tau hihi 

Set Althea kali ini ialah Un-Pore Gettable Box. Ha siapa-siapa yang nak kecilkan liang pori dan menghilangkan liang pori tersumbat boleh try set ini dari Althea ok

1. Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask

Mask ini diperbuat dari tanah liat jeju volcanic membersihkan dalam liang pori menggunakan sebum yang mengawal kebersihan untuk kulit. Lava jeju yang padat ini  mempunyai kekuatan detoksifikasi untuk kulit.


2. Mild Peeling Finger Pad

Menghilangkan sel kulit mati. Kurangkan liang pori dan mencerahkan kulit setiap hari. Memang best pakai pad ni. Kalau travel pun senang. 



3. Laneige Powder Fit Cushion

Cushion dari Laneige ni sangat best walaupun dia sedikit oily tapi cushion ini dapat menutup kecacatan di wajah kita tau. Full coverage, ringan dan tahan lama


4. All Kill Pore Tightening Ice Stick

Ini adalah satu produk baru yang El dapat. Tak pernah tengok haha. Tapi ice stick ini digunakan juga dalam mengecilkan liang pori. Selalunya kita guna ais batu kan. Ha dengan adanya Ice stick ini dia juga dapat membantu mengecilkan liang pori dengan mudah. 



5. Klairs Supple Preparation Facial Toner

Membuang lebihan minyak dan mengimbangi tahap PH untuk penyerapan yang lebih baik dan untuk mosit yang lebih tahan lama. Ia juga mengurangkan rangsangan untuk kulit yang sensitif


6. My Beauty Mask Pack

Membantu melindungi dan memberi keremajaan pada kulit wajah. 


7. Jeju Volcanic Pore Sample Kit

Mengawal sebum yang berlebihan dan meminimumkan liang pori, memjadikan kulit segar dengan ekstrak gunung berapi dari pulau jeju. Berkesan mengurangkan dan mengawal pengeluaran sebum dengan kapsul volcanic super jeju. Dengan itu ianya membantu dalam pengelupasan sel-sel kulit mati dan sebum yang berlebihan untuk jadikan kulit halus dan lembut


Jom tengok El unboxing Un-Pore Gettable Box from Althea



Untuk dapatkan semua produk Althea ini korang boleh visit

my.althea.kr
www.facebook.com/altheakorea

You Might Also Like

3 uols awesome

  1. Yang innisfree tu Nani pernah pakai. Best 😍

    BalasPadam
  2. patut meletup kak el loni.. hihihihi

    BalasPadam
  3. wahhh bestnye.. makin lawoo lee EL pas ni..

    BalasPadam