BERCUTI DI KOTA KINABALU | HOTEL LE MERIDIEN KOTA KINABALU

2:10 PTG


Hai semua. Assalamualaikum. Mungkin ada diantara kawan-kawan yang plan untuk bercuti sempena cuti sekolah tidak lama lagi kan? Di sini, El nak share dengan kawan-kawan semua salah satu destinasi percutian yang menarik dan popular di Malaysia iaitu Kota Kinabalu Sabah. Yang belum ada plan, maybe destinasi ini menjadi salah satu senarai dalam perancangan percutian bersama keluarga nanti. 

BERCUTI DI KOTA KINABALU  
 


 Setelah anda sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, terdapat dua terminal tau, Lapangan Terbang Antarabangsa dan Domestik. Selalunya jika anda naik Air Asia, ianya akan turun ke Lapangan terbang 2. Setibanya anda di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, anda boleh pergi ke Bandar Kota Kinabalu dengan menaiki Teksi atau Bas Mini. Tetapi bagi kawan-kawan yang mempunyai bajet lebih tu, bolehlah menyewa sebuah kereta yang akan terus menjemput anda dan terus ke hotel tempat anda menginap..ha VVIP gitu

Ok pilihan penginapan bergantung kepada bajet yang ada daripada semewah alam sehingga ke hotel bajet. Jangan risau terdapat pelbagai pilihan hotel bajet, hotel mewah, apartment dan guesthouse. Walk-in dan terus tanya harga. Bak kata pepatah moden, tepuk dada tanya poket anda hihi

 JALAN-JALAN DI BANDAR KOTA KINABALU

kredit foto: propertyhunter


 MUTIARA DAN KRAFTANGAN

Dah sampai di Bandar Kota Kinabalu jomlah kita jalan-jalan. Apa yang buatkan Bandar Kota Kinabalu ni sangat best, pertama heaven dengan barangan shoping yang murah terutama pelbagai hasil kraftangan daripada mutiara seperti keronsang, butang baju melayu, rantai-rantai mutiara yang panjang-panjang yang mak datin pakai dalam drama melayu memang banyak dijual, serius memang murah! Memang wajib beli untuk dibawa pulang.

 Kredit Foto: Poliana Ronnie Sidom

 
Foto Kredit: borneowanderes

Tips: Anda kena pandai tawar menawar tapi bukan setakat 30% tapi 70% ke atas serta seminimun yang boleh harga yang barang yang hendak dibeli selalunya memang akan dapat best price bergantung kepada season anda pergi. Ha apalagi tunjuk skill tawar menawar anda. Mana tahu anda boleh beli satu kapal hihi. Memang rambang mata tau.

MAKAN SEAFOOD BEST DAN FRESH

  Kedua, kalau anda bercuti ke Kota Kinabalu jangan lupa untuk merasai makanan seafoodnya yang best-best.  WAJIB ok!. Semuanya dijual sangat fresh dan pelbagai pilihan tambah-tambah yang dijual di pasar malam. Uii cobaan hihi. Anda kena rasa antara yang popular ialah kepak ayam bakar, makanan tradisional etnik sabah dan seafood! Murah serta saiznya besar-besar pulak tu! Kawan El ada cakap dekat Kota Kinabalu ni seafood fresh memang dijual agak murah tapi bila dah dimasak harga dia berganda-ganda. Ermm tu El tak pasti. Yang pasti anda patut rasainya sendiri ok.

Kredit foto: infosantai

PASAR MALAM KAMPUNG AIR 

Ketiga kalau anda nak beli barang cenderahati macam fridge magnet, baju t-shirt I Love Sabah, keychain, barang-barang mutiara memang El recommended untuk ke Pasar Malam Kampung Air. Harga barang memang murah dijual, jauh berbeza harga di pusat Kraftangan atau Pasar Filipina *harga tak tetap bergantung kepada nasib dan skill tawar menawar* lepas tu muka kena tebal banyak kalau nak dapat best price hihi. Bagi El nak tawar-menawar tu kena tengok dulu empunya kedai. Kadang-kadang tokeh kedai tu muka tak ada senyum payah jugak nak tawar. Cuba try kedai yang  tokehnya senyum dan peramah. Ha sure boleh tawar punya hihi.

HOTEL LE MERIDIEN KOTA KINABALU 


So bagi yang mencari tempat penginapan yang menarik dan selesa, El suggest anda boleh booking Hotel Le Meridien Kota Kinabalu. Hotel ni memang sangat memuaskan dan terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan. Le Meridien Kota Kinabalu ialah sebuah hotel dalam kawasan persekitaran yang baik, yang terletak di Kota Kinabalu City Centre.   

 


Le Meridien Kota Kinabalu mempunyai lokasi yang baik, juga berhampiran Lapangan Terbang Kota Kinabalu International Airport (BKI), yang hanya sejauh 5.28 km. Selain bertempat di kedudukan yang baik, Le Meridien Kota Kinabalu juga merupakan salah satu hotel yang berdekatan dengan Filipino Market (Handicraft Market) dalam 0.11 km dan KK City Waterfront dalam 0.2 km.
 


Perkhidmatan kualiti tertinggi berserta kemudahan yang banyak akan membolehkan anda mendapat pengalaman percutian yang paling baik. Anda dah bersedia nak rakamkan momen momen terbaik bersama yang tersayang? Jadi anda mesti tak sabar untuk memulakan percutian anda di sini. Kenapa? Kerana kualiti servisnya yang terbaik dan anda takkan rasa rugi berbelanja di sini. Percutian anda akan rasa lebih berbaloi.
 



Di sini juga ada disediakan pusat gym. Bagi El untuk pilihan hotel, semestinya El lebih suka memilih hotel yang mempunyai pool. Bukan apa, anak-anak El memang suka mandi pool. Di hotel ini juga terdapat pool yang cantik dan besar. Tentunya anak-anak, keluarga atau orang yang tersayang dapat menikmati hari yang menyeronokkan. So tunggu apa lagi? Cuba jangan tak cuba ye!

Ok kepada mereka yang ingin diri dibelai manja dapatkan tawaran terbaik untuk rawatan spa yang paling berkualiti bagi tujuan istirehat dan memanjakan diri anda. Hotel Le Meridian juga ada menyediakan perkhidmatan spa tau. Jadi untuk merehatkan badan setelah penat berjalan di sekitar Kota Kinabalu, anda bolehlah memanjakan diri anda di spa. Sudah tentu anda akan rasa lebih relaks.


Kaunter reception buka 24 jam tersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada anda, dari daftar masuk hingga ke daftar keluar, atau sebarang bantuan yang anda perlukan. Jika anda inginkan lebih lagi, jangan ragu untuk bertanya kepada staff hotel ini yang sentiasa bersedia untuk memenuhi permintaan anda.


 Le Meridien Kota Kinabalu adalah hotel yang memberikan keselesaan hebat dan perkhidmatan terbaik menurut kebanyakan tetamu hotel ini.

Kawan-kawan yang merancang bercuti ke Kota Kinabalu, dapatkan saat yang berharga dan tidak dapat dilupakan sepanjang penginapan anda di Le Meridien Kota Kinabalu ok. Sangat puas hati.

Jadi apa kawan-kawan tunggu lagi. Jom book Le Meridien Kota Kinabalu online sekarang!!Jangan lepaskan percutian berharga bersama yang tersayang. Selamat bercuti 



You Might Also Like

15 uols awesome

  1. Pernah sampai kota kinabalu 8 tahun lepas

    rasa rindu pula

    masa sampai sana

    Bujang lagi

    Sekarang dah ada anak entah bila nak sampai

    BalasPadam
  2. Mewah nampak hotel ni. Dekat pula dengan airpot. Pasti akan jadi pilihan.

    BalasPadam
  3. Bestnyaa..Azwar tak pernah sampai lagi Sabah.

    BalasPadam
  4. Done follow blog anda ya..ke blog saya pula ya dek..https://madey09.blogspot.my/2017/10/dekat-tapi-jauh-sebenarnya-satu-tanda.html

    BalasPadam
  5. Teringin nk ke KK. Hrap ada rezeki nti n leh stay sini. 😊

    BalasPadam
  6. Memang best Dan strategic lah hotel ni

    BalasPadam
  7. menarik ni boleh masuk list ni

    BalasPadam
  8. Banyak benda boleh di buat di sabah

    Tempat pun lawa lawa kan

    BalasPadam
  9. bestnya, dok la meridian lak tu

    BalasPadam
  10. terus terasa nak book Le Meridien skang ni gak!

    BalasPadam
  11. Wahhh 😍 Boleh lah menginap dekat sini bila ke sana nanti. Heheh :)

    BalasPadam
  12. Lama dah tak ke KK.. pasti bnyk dah berubah sekarang. Hotel ni pun salah satunya.. bilik pun unik dan suasana menarik.. best! KK nak ke KK lah nanti :D

    BalasPadam