10/01/2017 - 11/01/2017 - LIFESTYLE BLOGGER

Khamis, 19 Oktober 2017

BERCUTI DI KOTA KINABALU | HOTEL LE MERIDIEN KOTA KINABALU

2:10 PTG 15
BERCUTI DI KOTA KINABALU | HOTEL LE MERIDIEN KOTA KINABALU

Hai semua. Assalamualaikum. Mungkin ada diantara kawan-kawan yang plan untuk bercuti sempena cuti sekolah tidak lama lagi kan? Di sini, El nak share dengan kawan-kawan semua salah satu destinasi percutian yang menarik dan popular di Malaysia iaitu Kota Kinabalu Sabah. Yang belum ada plan, maybe destinasi ini menjadi salah satu senarai dalam perancangan percutian bersama keluarga nanti. 

BERCUTI DI KOTA KINABALU  
 


 Setelah anda sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, terdapat dua terminal tau, Lapangan Terbang Antarabangsa dan Domestik. Selalunya jika anda naik Air Asia, ianya akan turun ke Lapangan terbang 2. Setibanya anda di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, anda boleh pergi ke Bandar Kota Kinabalu dengan menaiki Teksi atau Bas Mini. Tetapi bagi kawan-kawan yang mempunyai bajet lebih tu, bolehlah menyewa sebuah kereta yang akan terus menjemput anda dan terus ke hotel tempat anda menginap..ha VVIP gitu

Ok pilihan penginapan bergantung kepada bajet yang ada daripada semewah alam sehingga ke hotel bajet. Jangan risau terdapat pelbagai pilihan hotel bajet, hotel mewah, apartment dan guesthouse. Walk-in dan terus tanya harga. Bak kata pepatah moden, tepuk dada tanya poket anda hihi

 JALAN-JALAN DI BANDAR KOTA KINABALU

kredit foto: propertyhunter


 MUTIARA DAN KRAFTANGAN

Dah sampai di Bandar Kota Kinabalu jomlah kita jalan-jalan. Apa yang buatkan Bandar Kota Kinabalu ni sangat best, pertama heaven dengan barangan shoping yang murah terutama pelbagai hasil kraftangan daripada mutiara seperti keronsang, butang baju melayu, rantai-rantai mutiara yang panjang-panjang yang mak datin pakai dalam drama melayu memang banyak dijual, serius memang murah! Memang wajib beli untuk dibawa pulang.

 Kredit Foto: Poliana Ronnie Sidom

 
Foto Kredit: borneowanderes

Tips: Anda kena pandai tawar menawar tapi bukan setakat 30% tapi 70% ke atas serta seminimun yang boleh harga yang barang yang hendak dibeli selalunya memang akan dapat best price bergantung kepada season anda pergi. Ha apalagi tunjuk skill tawar menawar anda. Mana tahu anda boleh beli satu kapal hihi. Memang rambang mata tau.

MAKAN SEAFOOD BEST DAN FRESH

  Kedua, kalau anda bercuti ke Kota Kinabalu jangan lupa untuk merasai makanan seafoodnya yang best-best.  WAJIB ok!. Semuanya dijual sangat fresh dan pelbagai pilihan tambah-tambah yang dijual di pasar malam. Uii cobaan hihi. Anda kena rasa antara yang popular ialah kepak ayam bakar, makanan tradisional etnik sabah dan seafood! Murah serta saiznya besar-besar pulak tu! Kawan El ada cakap dekat Kota Kinabalu ni seafood fresh memang dijual agak murah tapi bila dah dimasak harga dia berganda-ganda. Ermm tu El tak pasti. Yang pasti anda patut rasainya sendiri ok.

Kredit foto: infosantai

PASAR MALAM KAMPUNG AIR 

Ketiga kalau anda nak beli barang cenderahati macam fridge magnet, baju t-shirt I Love Sabah, keychain, barang-barang mutiara memang El recommended untuk ke Pasar Malam Kampung Air. Harga barang memang murah dijual, jauh berbeza harga di pusat Kraftangan atau Pasar Filipina *harga tak tetap bergantung kepada nasib dan skill tawar menawar* lepas tu muka kena tebal banyak kalau nak dapat best price hihi. Bagi El nak tawar-menawar tu kena tengok dulu empunya kedai. Kadang-kadang tokeh kedai tu muka tak ada senyum payah jugak nak tawar. Cuba try kedai yang  tokehnya senyum dan peramah. Ha sure boleh tawar punya hihi.

HOTEL LE MERIDIEN KOTA KINABALU 


So bagi yang mencari tempat penginapan yang menarik dan selesa, El suggest anda boleh booking Hotel Le Meridien Kota Kinabalu. Hotel ni memang sangat memuaskan dan terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan. Le Meridien Kota Kinabalu ialah sebuah hotel dalam kawasan persekitaran yang baik, yang terletak di Kota Kinabalu City Centre.   

 


Le Meridien Kota Kinabalu mempunyai lokasi yang baik, juga berhampiran Lapangan Terbang Kota Kinabalu International Airport (BKI), yang hanya sejauh 5.28 km. Selain bertempat di kedudukan yang baik, Le Meridien Kota Kinabalu juga merupakan salah satu hotel yang berdekatan dengan Filipino Market (Handicraft Market) dalam 0.11 km dan KK City Waterfront dalam 0.2 km.
 


Perkhidmatan kualiti tertinggi berserta kemudahan yang banyak akan membolehkan anda mendapat pengalaman percutian yang paling baik. Anda dah bersedia nak rakamkan momen momen terbaik bersama yang tersayang? Jadi anda mesti tak sabar untuk memulakan percutian anda di sini. Kenapa? Kerana kualiti servisnya yang terbaik dan anda takkan rasa rugi berbelanja di sini. Percutian anda akan rasa lebih berbaloi.
 



Di sini juga ada disediakan pusat gym. Bagi El untuk pilihan hotel, semestinya El lebih suka memilih hotel yang mempunyai pool. Bukan apa, anak-anak El memang suka mandi pool. Di hotel ini juga terdapat pool yang cantik dan besar. Tentunya anak-anak, keluarga atau orang yang tersayang dapat menikmati hari yang menyeronokkan. So tunggu apa lagi? Cuba jangan tak cuba ye!

Ok kepada mereka yang ingin diri dibelai manja dapatkan tawaran terbaik untuk rawatan spa yang paling berkualiti bagi tujuan istirehat dan memanjakan diri anda. Hotel Le Meridian juga ada menyediakan perkhidmatan spa tau. Jadi untuk merehatkan badan setelah penat berjalan di sekitar Kota Kinabalu, anda bolehlah memanjakan diri anda di spa. Sudah tentu anda akan rasa lebih relaks.


Kaunter reception buka 24 jam tersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada anda, dari daftar masuk hingga ke daftar keluar, atau sebarang bantuan yang anda perlukan. Jika anda inginkan lebih lagi, jangan ragu untuk bertanya kepada staff hotel ini yang sentiasa bersedia untuk memenuhi permintaan anda.


 Le Meridien Kota Kinabalu adalah hotel yang memberikan keselesaan hebat dan perkhidmatan terbaik menurut kebanyakan tetamu hotel ini.

Kawan-kawan yang merancang bercuti ke Kota Kinabalu, dapatkan saat yang berharga dan tidak dapat dilupakan sepanjang penginapan anda di Le Meridien Kota Kinabalu ok. Sangat puas hati.

Jadi apa kawan-kawan tunggu lagi. Jom book Le Meridien Kota Kinabalu online sekarang!!Jangan lepaskan percutian berharga bersama yang tersayang. Selamat bercuti 



Selasa, 17 Oktober 2017

2ND GIVEAWAY ATIEHILMI.COM ft 1ST DENTAL CLINIC

8:50 PG 7
2ND GIVEAWAY ATIEHILMI.COM ft 1ST DENTAL CLINIC
http://www.atiehilmi.com/2017/10/2nd-giveaway-atiehilmicom-ft-1st-dental.html


KLIK BANNER UNTUK JOIN 😉

Sabtu, 14 Oktober 2017

GAMBAR SITI NURHALIZA HAMIL 2017

10:34 PG 10
GAMBAR SITI NURHALIZA HAMIL 2017
DATO SITI NURHALIZA HAMIL





Alhamdulillah, moga Allah mempermudahkan segalanya dan saya bersyukur segalanya berjalan lancar pada malam ini. Terima kasih di atas doa-doa anda selama ini dan Alhamdulillah, Dimakbulkan Allah pada tahun ke 11 perkahwinan kami.

Ini adalah sebahagian daripada petikan kenyataan saya. PERTAMANYA, SETELAH MELALUI FASA DAN TEMPOH TERTENTU, SAYA DAN SUAMI MENCAPAI KATA SEPAKAT UNTUK MENGUMUMKAN KEPADA ANDA SEMUA BAHAWA SAYA SEDANG HAMIL EMPAT BULAN.
ALHAMDULILLAH, TIADA KATA YANG DAPAT MENGGAMBARKAN RASA SYUKUR DAN GEMBIRANYA KERANA ALLAH MEMBERIKAN KURNIAAN YANG TERLALU AGUNG INI SELEPAS 11 TAHUN KAMI BERSABAR. INILAH JUGA MENJADI SEBAB UTAMA KENAPA SAYA MEMILIH UNTUK BEREHAT KERANA KANDUNGAN DAN BAYI INI MENJADI KEUTAMAAN SAYA. 

2. TUJUAN SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN DAN PENJELASAN INI JUGA ADALAH SUPAYA PIHAK YANG BERURUSAN DENGAN PENGURUSAN SAYA, SNP MEMAHAMI KEADAAN SAYA YANG TIDAK DAPAT MEMENUHI SEBARANG UNDANGAN SEJAK BEBERAPA BULAN LALU DAN JUGA UNTUK SUATU TEMPOH PADA MASA DEPAN. SUKA UNTUK SAYA KONGSI RASA SYUKUR DAN GEMBIRA KERANA SAYA MASIH DIBERI MENERIMA UNDANGAN UNTUK MENGADAKAN KONSERT, PERSEMBAHAN, KEMUNCULAN DI TELEVISYEN DAN RADIO SERTA MENJADI JURUCAKAP KEPADA PELBAGAI PRODUK. SAYANG SEKALI, KEBANYAKANNYA TIDAK DAPAT SAYA PENUHI. 

BAGAIMANAPUN, SAYA JUGA HARUS MELUNASKAN BEBERAPA TUGASAN JUGA SELEPAS INI YANG BERSESUAIAN DENGAN KEADAAN SAYA.
3. SEMOGA DENGAN PENJELASAN SAYA INI, SEGALA TANDA TANYA DAN DESAS DESUS SELAMA INI, TELAH TERJAWAB KERANA SAYA MEMUTUSKAN UNTUK BEREHAT DISEBABKAN OLEH KEHAMILAN SULUNG INI.

Tahniah Dato Siti dan Dato Khalid. Saya adalah salah seorang peminat Dato Siti tidak ketinggalan mendoakan Dato Siti mendapat cahaya mata. Alhamdulilah berkat doa semua, Dato Siti kini tidak sabar menanti cahaya mata sulung. Semoga Allah mempermudahkan Dato Siti sepanjang tempoh kehamilan, baby sihat dan dirahmati olehnya. Amin 

VIDEO SIDANG MEDIA PENGUMUMAN DATO SITI HAMIL KLIK BAWAH

 https://www.youtube.com/watch?v=BvfJ-yKWwKc&t=37s

Rabu, 11 Oktober 2017

RESEPI CHAR KUEY TEOW

11:44 PG 11
RESEPI CHAR KUEY TEOW

Assalamualaikum semua

Minggu ini anak-anak El menghadapi peperiksaan akhir tahun. Bergegor petir guruh kilat sambung menyambung dalam rumah ni dek suara mama El haha. El ni cikgu yang garang. Siaplah bebudak tu haha. Hanger siap kat tepi meja

 
Ok minggu lepas, El teringin lak nak makan Char Kuey Teow. Korang suka tak makanan Char Kuey Teow.
My favorite tu. Tapi untuk dapatkan rasa Famous Penang Char Kuey Teow tak mungkinlah kut. Tapi rasanya yang seakan-akan Famous Penang Char Kuey Teow pun boleh hihi. Walaupun bahan pun tak berapa nak ada, lepas lega lah pagi tu nak makan Char Kuey Teow.



Anda boleh tonton video El di atas ini untuk tengok resepi dan cara-cara masak Char Kuey Teow ok. Selamat mencuba.

Selasa, 10 Oktober 2017

ENCHANTEUR 24H MOIST LOSYEN HARUMAN BADAN

11:04 PG 8
ENCHANTEUR 24H MOIST LOSYEN HARUMAN BADAN


Fakta lazim yang sememangnya diketahui umum bahawa pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari dapat memastikan badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa hanya dengan meminum air tidak mencukupi untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit yang lain seperti kegatalan dan alahan.


Ramai wanita termasuklah suri rumah yang perlu berhadapan dengan kerja-kerja mencuci atau atau yang terdedah pada persekitaran yang berhawa dingin, akan cenderung mengalami kulit kering. Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang hari.  



Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!


Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.


Sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan  ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan mengekalkan kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.

  
ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi: Charming, Romantic, dan Alluring; memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.



ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)

•          Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.



ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)

•          Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban. 


ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)

•          Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap  jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian. 

Kini, wanita sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari laman sesawang www.enchanteur.com.my atau laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.

Ahad, 8 Oktober 2017

GAMBAR TUNANG ELFIRA LOY DAN SUFIAN SUHAIMI

12:31 PG 6
GAMBAR TUNANG ELFIRA LOY DAN SUFIAN SUHAIMI
Elfira Loy dan Sufian Suhaimi selamat bertunang pada malam ini 7/10/17 yang diadakan di kediamannya di Cheras. 

GAMBAR TUNANG ELFIRA LOY DAN SUFIAN SUHAIMI