PENANG AVATAR SECRET GARDEN | TEMPAT MENARIK DI PENANG

10:11 PG

Salam semua.

PENANG AVATAR SECRET GARDEN | TEMPAT MENARIK DI PENANG - Ada yang masih mood holiday ke?Cukup-cukup sudahlah. Bawa-bawa berkerja pula haha. Seronokkan kalau dapat cuti public panjang macam ni. Selamat cuti tahunan kita hihi. Tak lupa juga Selamat Hari Kemerdekaan dan Selamat Hari Raya Aidiladha.

Ok di sini El nak share dengan anda semua, tentang satu lagi tempat menarik di Pulau Pinang.


 

Penang Avatar ini dikenali sebagai PENANG AVATAR SECRET GARDEN terletak di Thai Pak Koong Temple, Tanjung Tokong. Teruja melihat gambar di viral dengan keindahan lampu-lampu yang pelbagai warna menjemput El sekeluarga untuk melihat dengan lebih dekat. Manalah tahu dapat jumpa Avatar and The Geng hihi. El memang peminat setia filem Avatar. Tak pernah jemu tengok filem Avatar. 

Rupanya Penang Avatar ini terletak di dalam kawasan temple. Jika anda parking kereta di sepanjang jalan besar, anda terpaksa berjalan kaki dalam 500meter untuk sampai ke destinasi. Dan mendaki sedikit untuk sampai ke puncak Avatar. Terdapat tangga-tangga untuk menyenangkan laluan.




PENANG AVATAR SECRET GARDEN ini meniru dunia Pandora yang indah dari filem blockbuster hit Avatar (2009). Jika ada peminat filem Avatar tentunya teruja melihat keindahan warna-warna yang mempesonakan di hutan avatar itu. Sekarang, Penang Avatar Secret Garden membawa filem itu kepada kehidupan.



Anda disarankan untuk melihat keindahan PENANG AVATAR SECRET GARDEN pada waktu malam kerana ianya hidup pada waktu malam sahaja (cahaya yang pelbagai warna akan dilihat dengan lebih cantik). Terdapat banyak lampu yang berbeza diletakkan di atas pokok untuk memberikan pandangan yang hebat seperti yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Warna-warna yang bersinar dan bercampur dengan harmoni untuk membawa anda ke dalam fantasi seperti mimpi (seperti di alam Pandora).



 
Setelah melihat lampu-lampu berkerlipan di atas dedahan pokok, El teruskan perjalanan menuruni puncak. Sepanjang perjalanan terdapat lampu-lampu dari bunga ros pelbagai warna. Cantik dan menarik pula.


El sekeluarga sangat teruja melihat keindahan lampu-lampu yang pelbagai warna bertukar setiap masa. Semacam berada di dalam dunia fantasi hihi.

MASUK PERCUMA

Orang memang ramai. Parking pun limited. El sarankan yang nak pergi datang selepas pukul 10malam sebab time kemuncak adalah dari pukul 7-9 memang jalan jammed ok. El pun rezeki dapat parking dekat sebab kebetulan ada kereta nak keluar. Fuh parking bayar RM5 tapi en. suami tawar dapatlah RM2 kihkihkih.

Suasana memang panas almaklumlah penuh dengan lampu2 haha. Selepas menikmati keindahan lampu-lampu tu, anda boleh lepak di tepi pantai menghirup udara laut pula. Cantik tau view hihi.

 

Jika anda mahu pergi ke Batu Feringgi bolehlah singgah sebentar di sini.

You Might Also Like

11 uols awesome

  1. Ada tgk kwn update gk.. Cantik.. Ni tgk El plak update.. Bole tawar2 rege parking ek

    BalasPadam
  2. Ada tgk kwn update gk.. Cantik.. Ni tgk El plak update.. Bole tawar2 rege parking ek

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha parking tepi jalan jer..RM5 mahal benau mintak tawarlah

      Padam
  3. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat hari selasa.

    Cantik kat dunia semua orang berpusus pusu datang

    cantik akhirat kena ada iman baru dapat tengok kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah..semoga diberi keberkatan kehidupan olehNya di dunia dan akhirat amin.

      Padam
  4. Cantiknya tempat ni.. hari tu ada juga perasan tempat ni ada kluar tv rancangan photo challenge. Baru tau tampat ni kat Penang. Thanks sharing El :D

    BalasPadam
  5. Cantiknya.. tak pernah tau pun sebelum ni.. boleh lah singgah kalau singgah area sana nanti..

    BalasPadam
  6. ada avatar pula..bila tengok gambar terus teringat movie avatar
    Janji Kita

    BalasPadam
  7. Datang malam memang lawa

    Tapi kalau dah ramai orang datang lama ke lamaan kena caj juga

    BalasPadam
  8. lawa no...ritu x tersinggah sebab jem sgt

    BalasPadam
  9. Cantiknyaa tempat ni. Haritu ada jugak tengok kawan pergi :)

    BalasPadam