09/01/2017 - 10/01/2017 - LIFESTYLE BLOGGER

Sabtu, 30 September 2017

GIVEAWAY FM FROM CANADA

3:15 PTG 49
GIVEAWAY FM FROM CANADA



 Adik El baru balik dari Canada. Dah pesan bawa lebih sikit FM tu untuk buat giveaway di blog El hihi. So jemputlah join

Syarat-syaratnya:

1) Follow blog 
www.eldarwena.com

2) Follow facebook/pag
www.facebook.com/eldarwenapage
www.facebook.com/eldarwena

3) Follow instagram 
www.instagram.com/el_darwena

4) Follow twitter (xde pun bole)
www.twitter.com/edarwena

5) Follow +google 
 https://plus.google.com/u/0/+ElDarwena

 6) Buat satu entry dengan menggunakan tajuk GIVEAWAY FM FROM CANADA
 
7) Letakkan banner pada entry

8) Banner hendaklah dibacklink ke sini

9) Tinggalkan link penyertaan/url blog pada komen di bawah

10) Sertakan link social media anda (blog, facebook, twitter, instagram dan +google) untuk El check nanti

11) 4 Pemenang akan dipilih secara random

12) Tarikh tutup penyertaaan sehingga 30 September, 2017

Good Luck 


Selasa, 12 September 2017

HORIEN EYE SECRET CONTACT LENS | REVIEW

9:55 PG 25
HORIEN EYE SECRET CONTACT LENS | REVIEW

HORIEN EYE SECRET | KANTA LEKAP DARI TAIWAN Pemakaian kanta lekap ataupun contact lens sebenarnya memberi kesan yang menarik pada seri wajah seseorang. Kanta lekap kosmetik yang pelbagai warna sangat bergaya dipakai dan menyerlah penampilan diri.

Pemakaian kanta lekap ataupun contact lens ini akan mengubah wajah seseorang dan kelihatan lebih menarik justeru itu membuatkan individu itu berasa yakin ketika  berdepan dengan orang ramai

Setelah bergelar blogger dan bergiat aktif, El rasakan penampilan diri sangat memainkan peranan untuk memberikan kita keyakinan dan tampak menarik lagi pula kita merupakan ‘public figure’.

Pemilihan El terhadap Horien Eye Secret ini sangat best kerana ianya memberi keselesaan dan ianya senang dipakai. Yang menariknya ia tidak memberi kesan merah pada mata sepanjang hari.

PENGENALAN
HORIEN EYE SECRET 
 

Horien Optic (Malaysia) Sdn Bhd telah diperbadankan pada tahun 2014 sebagai pengimport dan pengedar Taiwan yang membuat kanta lekap dan produk penjagaan kanta di bawah nama "Horien Eye Secret". Di Horien Optic, kami memahami pentingnya keselamatan dan keselesaan produk yang dicari lensa kontak. Oleh itu, kami sentiasa memastikan bahawa produk kami mematuhi piawaian dan peraturan dunia seperti FDA AS, FMA Jepun (Akreditasi Pengilang Asing), CE Eropah, serta GDPMD Malaysia. Selain pengiktirafan daripada pihak berkuasa dunia, siri kanta sentuh dan produk penjagaan kanta "Eye Secret" juga memenangi Anugerah Kecemerlangan Taiwan selama 2 tahun berturut-turut.
Misi kami adalah untuk memperkenalkan Horien ke dalam industri kanta sentuh di Malaysia, sebagai pilihan dan alternatif untuk pengguna kanta sentuh pada harga yang kompetitif dan kekal di pasaran untuk masa depan yang boleh dijangka. Horien akan berada di kedudukan dan dicatatkan sebagai dipercayai, selesa dan selamat digunakan. Sepanjang kemajuan, kami mencipta kesedaran jenama kepada orang ramai mengenai munculnya Horien serta mencuba untuk mewujudkan kesetiaan jenama.



KANDUNGAN PRODUK

Horien Eye Secret 38% 3 Months Color Contact Lenses
Product Details:
Material: Polymacon
Water Content: 38%
DIA: 14.2mm
BC: 8.7mm
SPH: 0.00, -1.00~-6.00 (0.25 steps), -6.00~-8.00 (0.50 steps) 


KEISTIMEWAAN

๐Ÿ’˜38% Water Content
๐Ÿ’˜Sodium Hyaluronate & Trehalose
๐Ÿ’˜BMW 3D Wrap Technology
๐Ÿ’˜UV Protection Function
๐Ÿ’˜Artifical Intellektual
๐Ÿ’˜Bigger Tinted Area
๐Ÿ’˜7-9mm Wide Optic Zone


⏩Horien Eye Secret Color Contact Lenses menggunakan 38% bahan kandungan air rendah untuk mengurangkan kelajuan kehilangan air, memelihara air untuk mata dan mengekalkan kelembapan kanta untuk keselesaan memakai sepanjang hari.

⏩Formula pelembab semulajadi yang sempurna HA & Trehalose dapat mengekalkan kelembapan dan meningkatkan keselesaan.

⏩Dengan menggunakan Kaedah Pewarna Bio-Molecule 3D (BMW) yang unik, bahan tambahan warna dibalut oleh HEMA, memastikan bahan tambahan warna tidak akan terlepas ke mata. Bahan tambahan FDA yang diluluskan, bersama-sama dengan Teknologi Bungkusan BMW 3D unik untuk mencipta warna yang lebih kaya dan lebih terang.

⏩Melindungi mata dari cahaya UV yang berbahaya, dengan berkesan menyekat UVA dan UVB, melambatkan sudut penuaan.

⏩Teknologi rekabentuk dua aspherik mengoptimumkan reka bentuk lengkung lensa, untuk mencapai keselesaan memakai dan penglihatan definisi tinggi.
Meningkatkan penyimpangan optik yang terbentuk oleh kanta sfera tradisional, untuk mendapatkan ketajaman penglihatan yang lebih selesa dan jelas walaupun dalam suasana gelap dan pada waktu malam. 


REVIEW DARI EL 
 
 
Horien Eye Secret memberikan El contact lens berwarna yang cantik antaranya Kieve Blue, Rome Grey dan Vancouver Pink.  Disebabkan El seorang yang makeup lover so El share dengan anda 3 different looks dengan 3 different lens ok. Teruja tak?1st time memakai contact lens dari Horien Eye Secret ini sangat best, mata El nampak lebih besar dan galak.
Oh terlupa power untuk contact lens El ialah 3.00.

KIEV BLUE






Contact lens berwarna biru adalah warna kegemaran El. Ianya sangat menarik kerana memberikan satu impak pada wajah untuk lebih nampak anggun dan lain dari yang lain. Serius ok ๐Ÿ˜ El sesuaikan dengan makeup look trendy

ROME GREY







 Rome Grey ini warna yang sangat natural. Jika anda tidak menyukai mata yang terang, anda boleh mencuba Rome Grey dari Horien Eye Secret. Ia sesuai dengan makeup Nude/Natural memberikan mata si pemakai nampak manis dan menawan.

VANCOUVER PINK







Vancouver Pink ini warna yang sangat garang. Sesuai untuk mereka yang berani. El sesuaikan dengan makeup look ala barbie. 

 El tiada masalah langsung ketika memakai contact lens ini dan sepanjang lebih dari 8 jam pun tidak memberi kesan pada mata El. El yakin dengan pemakaian contact lens dari Horien Eye Secret ini kerana ianya mempunyai sijil yang diiktiraf.


Jika anda berminat, boleh dapatkan Horien Eye Secret di:-
 
Web : www.eyesecret.com.my
FB : Horien Eye Secret
IG : @horieneyesecret


Selasa, 5 September 2017

PENANG AVATAR SECRET GARDEN | TEMPAT MENARIK DI PENANG

10:11 PG 15
PENANG AVATAR SECRET GARDEN | TEMPAT MENARIK DI PENANG
Salam semua.

PENANG AVATAR SECRET GARDEN | TEMPAT MENARIK DI PENANG - Ada yang masih mood holiday ke?Cukup-cukup sudahlah. Bawa-bawa berkerja pula haha. Seronokkan kalau dapat cuti public panjang macam ni. Selamat cuti tahunan kita hihi. Tak lupa juga Selamat Hari Kemerdekaan dan Selamat Hari Raya Aidiladha.

Ok di sini El nak share dengan anda semua, tentang satu lagi tempat menarik di Pulau Pinang.


 

Penang Avatar ini dikenali sebagai PENANG AVATAR SECRET GARDEN terletak di Thai Pak Koong Temple, Tanjung Tokong. Teruja melihat gambar di viral dengan keindahan lampu-lampu yang pelbagai warna menjemput El sekeluarga untuk melihat dengan lebih dekat. Manalah tahu dapat jumpa Avatar and The Geng hihi. El memang peminat setia filem Avatar. Tak pernah jemu tengok filem Avatar. 

Rupanya Penang Avatar ini terletak di dalam kawasan temple. Jika anda parking kereta di sepanjang jalan besar, anda terpaksa berjalan kaki dalam 500meter untuk sampai ke destinasi. Dan mendaki sedikit untuk sampai ke puncak Avatar. Terdapat tangga-tangga untuk menyenangkan laluan.




PENANG AVATAR SECRET GARDEN ini meniru dunia Pandora yang indah dari filem blockbuster hit Avatar (2009). Jika ada peminat filem Avatar tentunya teruja melihat keindahan warna-warna yang mempesonakan di hutan avatar itu. Sekarang, Penang Avatar Secret Garden membawa filem itu kepada kehidupan.



Anda disarankan untuk melihat keindahan PENANG AVATAR SECRET GARDEN pada waktu malam kerana ianya hidup pada waktu malam sahaja (cahaya yang pelbagai warna akan dilihat dengan lebih cantik). Terdapat banyak lampu yang berbeza diletakkan di atas pokok untuk memberikan pandangan yang hebat seperti yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Warna-warna yang bersinar dan bercampur dengan harmoni untuk membawa anda ke dalam fantasi seperti mimpi (seperti di alam Pandora).



 
Setelah melihat lampu-lampu berkerlipan di atas dedahan pokok, El teruskan perjalanan menuruni puncak. Sepanjang perjalanan terdapat lampu-lampu dari bunga ros pelbagai warna. Cantik dan menarik pula.


El sekeluarga sangat teruja melihat keindahan lampu-lampu yang pelbagai warna bertukar setiap masa. Semacam berada di dalam dunia fantasi hihi.

MASUK PERCUMA

Orang memang ramai. Parking pun limited. El sarankan yang nak pergi datang selepas pukul 10malam sebab time kemuncak adalah dari pukul 7-9 memang jalan jammed ok. El pun rezeki dapat parking dekat sebab kebetulan ada kereta nak keluar. Fuh parking bayar RM5 tapi en. suami tawar dapatlah RM2 kihkihkih.

Suasana memang panas almaklumlah penuh dengan lampu2 haha. Selepas menikmati keindahan lampu-lampu tu, anda boleh lepak di tepi pantai menghirup udara laut pula. Cantik tau view hihi.

 

Jika anda mahu pergi ke Batu Feringgi bolehlah singgah sebentar di sini.

Isnin, 4 September 2017

BEAUTY LIFE GUARD FROM ALTHEA

2:25 PTG 9
BEAUTY LIFE GUARD FROM ALTHEA
Salam semua

Makeup Lovers tentunya suka dengan barangan dari Althea. Althea merupakan salah satu laman web K-Beauty yang menjual barangan kecantikan dan penjagaan diri yang dipos dari Korea hingga ke pintu rumah anda yang mengambil masa selama 10-15 working days.


 Perkenalkan Beauty Life Guard dari Althea.
Hari ini El nak share dengan anda semua satu makeup yang patut dibawa semasa anda pergi ke pantai/pool. Makeup ini sesuai untuk mereka yang pentingkan kecantikan dan menjaga muka untuk nampak fresh dan cantik sepanjang hari terutama bila melakukan aktiviti beriadah di pantai/pool. Yeay!!Cool right ๐Ÿ˜‰

 
BEAUTY LIFE GUARD DARI ALTHEA

1. Tony Moly BCDation Oioi Waterproof Cushion (23 Warm Beige)
2.  VDL Expert Color Primer for Eye (Serenity)
3. Milky Dress Barbie Make Mascara
4. Wangskin Lip Tatoo Tint Pack (Pink)
5. Holika Holika Face Conditioner Long Lasting Makeup Fixer

 1. Tony Moly BCdation Oioi Waterproof Cushion


Comel sangat cover BCdation dari Tony Moly ini. Rasa sayang pula nak pakai hihi

1. Waterproof effect
2. Soft Matte Texture
3. Long-lasting


 Sebelum anda terus melakukan aktiviti beach/pool, pastikan anda memakai BCdation ini dahulu untuk memberi 'full coverage' pada muka anda bagi menjaga kulit anda sepanjang hari dan ianya mengandungi sebum untuk mengawal muka anda dari bebas minyak.


Rasa yakin dengan pemakaian BCdation dari Tony Moly ini kerana ianya kalis air (waterproof) dan anda pasti kelihatan fresh dan cantik sepanjang hari hey.

2. VDL Expert Color Primer for Eye (Serenity)


Sebelum anda memakai eye shadow. Anda perlu memakai Primer. Sapukan sekitar kelopak mata anda untuk memberikan effect yang cantik dan eye shadow tahan lama.


Cara pemakaian VDL Expert Color Primer for eyes


  3. Milky Dress Barbie Make Mascara


Tips untuk menampakkan muka anda fresh, anda wajib ada mascara dalam beg anda ok. Milky Dress Barbie Make Mascara ini memberikan bulu mata anda Curling, Volume dan Long lash


Keistimewaan Milky Dress Barbie Make Mascara

⏩fresh eye look with no clumps or smudge
⏩deep eye look with black coating
⏩strong curling fix effect with soft wax
⏩perfect volume and longer lashes

How To Use:

1. Use the eyelash curler, make the eyelashes C-curl
2. Rotate the brush to the flat slide and sweep upward from root to tip to create a dramatic lengthening and lifting effect.
3. Continue to build until desired effect is achieved
4. For additional volume, start at the lash root and wiggle brush through lashes repeatedly 


4. Wangskin Lip Tatoo Tint Pack (Pink)


Lip Tatoo from Wangskin memang best. Menjadikan bibir anda sentiasa nampak segar dan tidak kering. Ia juga memberi kelembapan ke atas bibir anda. 


 5. Holika Holika Face Conditioner Long Lasting Makeup Fixer


Selalunya sebelum El memulakan sebarang makeup di muka 
El akan spray dengan makeup fixer. Selepas makeup  pun El akan spray juga. Ini untuk memastikan makeup kita tahan lama dan tidak bercampur aduk.
Holika Holika face conditioner fixer ini memberikan makeup anda tahan lama sepanjang hari lebih-lebih lagi ketika berada di tepi pantai dan cuaca yang panas. Tentunya dengan pemakaian spray fixer ini makeup anda tidak cair.
 Spray fixer holika ini mengandungi rose water, crown sap, birch sap, lotus extract dan lemon extract yang akan memberikan kelembapan kepada wajah anda.



 Ok El dah siap makeup semua, lets get party at the beach yaw!!! hihihi
 
 Untuk mendapatkan kesemua barangan ini anda boleh layari link di bawah ini:

facebook: https://www.facebook.com/altheakorea/
website: my.althea.kr
ig: @altheakorea