TEMPAT MAKAN BEST DI PULAU PINANG | LAKSA TEMPURUNG

9:47 PG

Assalamualaikum semua. Salam kasih sayang 😄

TEMPAT MAKAN BEST DI PULAU PINANG | LAKSA TEMPURUNG Kepada kawan-kawan yang ingin mencuba LAKSA TEMPURUNG di PULAU PINANG boleh datang cuba Laksa Tempurung yang terletak di Gertak Sanggul, Teluk Kumbar. Kedai ini terletak di tepi pantai. Memang best sangat suasana di situ. Sambil menikmati hidangan boleh melihat laut dan pantai. Angin pun walawei memang asyik sungguh.

Yang ada anak kecil tu bersabarlah. Mereka pantang nampak laut pasti nak ajak main pasir dan mandi laut haha. Tapi serius permandangan sangat cantik dan menenangkan.

Terdapat 6 gerai rasanya di situ. Semuanya LAYAN DIRI ok. Baca di viral hari tu ramai yang komen negatif. Biasalah tak semua orang mempunyai citarasa yang sama. Masing-masing punya tekak kan hihi. So terdapat macam2 menu dijual Tomyam pun ada.

LAKSA TEMPURUNG DI PULAU PINANG 

Tujuan datang kesini pun memang El teringin nak try laksa tempurung. El cari gak lah mana port yang best untuk lepak-lepak di petang hari. So terjumpalah tempat ini.


Kami punya menu pada hari kejadian
Char Kuey Tiau, Laksa Tempurung, Ais Kacang Best dan Cendol Pulut Durian dan Cucur Udang


Dalam gambar ni, tak ada gambar cucur udang. Cucur udang lambat sampai 😆

Kalau petang-petang, menu ni wajiblah masuk dalam tekakkan. Cuaca lak panas memang asyik lah uiiii haha


Pertama kali merasa laksa tempurung dalam tempurung. Baca dalam viral, banyak komen negatif. Tapi bagi El, oklah not bad rasanya. Sedang sedang saja. 


Komen dalam viral kata char kuey tiau sini sedap. So orderlah yang biasa punya. Memang betullah komen kata sedap hihi


En. sumi order cucur udang RM5



ABC best katanya. Memang tinggi gak lah ais tu. Tapi akhirnya terjunam jugak ais dalam itu tempurung haha.


El ni memang hantu cendol plus hantu pulut dan hantu durian. So inilah hasilnya muahaha
Sedap baq hang RM8 uiiiii


Anak-anak laju2 makan. Bukan apa dah tak sabar nak main pasir hahaha



 Memang asyik sungguh makan kat tepi pantai. Berangin je lah. Ni lau dapat tidur dalam buai kat pokok tu kan..memang lena sampai ke maldives lah jawabnya uiii haha

Masa ni air pasang memang berombak dan berangin kuat juga


Perut kenyang suka hati moh la kita melepak pula

Alhamdulilah

You Might Also Like

11 uols awesome

  1. laksa dia sedap jgak...not bad

    BalasPadam
  2. Seronok sungguh tengok semua menu-menu tu, especially those desserts. Will come whenever I go to Penang.

    http://panphila.blogspot.my

    BalasPadam
  3. Konsep menu dlm tempurung la ye.. Menarik nmpknye

    BalasPadam
  4. Konsep menu dlm tempurung la ye.. Menarik nmpknye

    BalasPadam
  5. cendol durian tu yang menarik perhatian, sedapnye...dah lama teringin tapi blom lagi jumpa di kota damansara ni..

    BalasPadam
  6. Semuanya nampak sedap ni....wallawei....

    BalasPadam
  7. lama tak makan laksa tempurung, sedapnya tengok

    BalasPadam
  8. Pernah pegi penang skali je tu pun bahagian pulau... Dah nak balik baru jumpa laksa sedap... Plan nak pegi lagi... Tak puas pegi aritu...

    BalasPadam
  9. Wahh lain daripada yang lain sebab hidang dalam tempurung macam tu. Sedapnyaa!

    BalasPadam
  10. tak pernah p try lagi kat situ.. tapi pernah dengar laa mengenainya.. bila ntah nak lajak ke sana, boleh laa singgah..

    BalasPadam