TAMAN BELIA PULAU PINANG | PORT WAJIB MANDI POOL

2:54 PTG

Salam semua

Selain Taman Rimba yang merupakan port wajib kami sekeluarga untuk mandi-manda dan berkelah, El juga selalu bawa anak-anak El mandi manda di Taman Belia, Pulau Pinang. Di sini banyak kolam-kolam disediakan. Taman Belia ini terletak berhampiran dengan Taman Bunga/Penang Waterfall. Taman Belia ini adalah tempat riadah orang ramai.


Hujung minggu jika kelapangan, El akan plan untuk datang ke sini beriadah bersama anak-anak. 


Untuk datang ke sini, El set masa untuk datang awal. Waktu operasi adalah bermula pukul 9.00 pagi. Seawal pagi El sudah menyiapkan bekalan makanan untuk dibawa bersama. Pukul 8.30 pagi, kami pun telah berada di sini. Family El adalah orang pertama yang sampai dulu. Acapkali kalau ke sini kami orang pertama sampai. Ini kes nak cop tempat yang redup dan terlindung sedikit haha. 


Budak-budak ni pantang nampak kolam ok. Tukang cuci masih tengah cuci kolam pun depa ketaq nak terjun dah..anak sapa tak tau haha


Dulu 1st time bawa dia pergi sini baru setahun jagung. Sekarang dah 3 tahun. Ha boleh dah mandi sendiri tapi risau gak dia ni suka jerit ntah apa-apa haha


Wajib bawa dinosour friend dia tu untuk teman dia mandi sekali haha. El lebih suka mandi kolam di sini berbanding kolam yang di atas. Sebab ada kejadian sebelum ni bila mandi manda di kolam atas, monyet-monyet bawa lari bekalan makanan dan air minuman haha. Mujur sempat en. suami bawa makanan. Cuma air minuman dah monyet-monyet tu bawa lari ntah mana. Terpaksalah beli air di kedai yang ada disediakan di situ. 

 
Di sini memang terdapat banyak monyet-monyet. Semuanya pantang nampak makanan. Tapi yang pelik di kolam sini mereka tiada pun berkeliaran.


Abang ngan kakak. Ini dua beradik selagi tak ajak balik. Selagi tu lah duk berendam situ. Pergi kul 8.30pagi balik 12 lebih. Kadang-kadang diorang tak nak balik...wat rilek jer tak nak dengar cakap mama El. Langsung mama El siap2 kemas2 barang tinggal jer diorang kat situ..lantak korang..dan2 mengelupur diorang lari kejar kut belakang haha

Selain anda boleh bawa anak-anak bermandi manda, di sini juga ada disediakan trek jogging/hiking, taman permainan, untuk skateboard dan macam-macam lagi. Selalu hujung minggu pelbagai aktiviti diadakan seperti zumba dan aerobik.




You Might Also Like

14 uols awesome

  1. terbaiklah...konker kolam kt depa

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum el. Wah syok dapat bawa anak anak pergi mandi

    Apsal kawasan ni kosong tak ada orang ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Wslm..kawasan ini kosong lagi sebab kami mai awal 8.30pagi. Orang pun takde lagi haha..tu yang syok boleh konker mandi puas2 seblm orang ramai

      Padam
  3. jangan kata budak2 pantang nampak kolam, kita yang dah besar ni pun gedik kemain bila jumpa kolam. Singgah sini jadi pembaca baru blog ni

    BalasPadam
  4. Wahh seronoklah ada tempat macam ni. Budak budak lagi lah suka kan :)

    BalasPadam
  5. Wah best.. Anak2 sy pun suka btul pool. Cuti skolah dh dkt ni mesti diorang nk ajak g mandi mana2

    BalasPadam
  6. Syokla malam kolam..tak sabar nak balik kampung mggu depan ni, nak bawak budak2 mandi pantai hehe

    BalasPadam
  7. wahh bestnyaaa mandi pool macam ni.. kalau anak2 jue ni tobat tak mau balik hahahha

    BalasPadam
  8. Pool dia luas Dan nampak.beraih.. mmg best lab

    BalasPadam
  9. kira memang port best la ni

    BalasPadam
  10. lama sangat dah tak ke Taman Belia. Rasa dah lebih 10 tahun kot. ada kolam dah ya? memang nampak sangat dah tetinggal kapal terbang kan? haha

    BalasPadam
  11. Bestnya tempat ni.. nampak redup dan nyaman. Lagi best bila org tak ramai.. seronok berenang main air hehee.. best2 :) :)

    BalasPadam
  12. Cantiklah tempat dia. Sesuai sangat untuk beriadah :)

    BalasPadam