RESEPI CUCUR VIRAL | CUCUR TURUN TEMURUN

8:58 PG

Salam semua

Heboh sana sini pasal CUCUR VIRAL. 
Sebenarnya CUCUR VIRAL ni dah sebati dengan kehidupan El. El pun membesar dengan menu cucur viral. El panggil cucur manis. Cara dan bahan cucur viral ini memang sama juga dengan cucur El yang pernah buat. Tapi nak buat bulat-bulat tu tak rajin haha. 

Di rumah El ni dalam seminggu tu, satu atau dua kali memang wajib masak cucur. Tapi keluarga El suka dengan cucur ikan bilis campur bawang. Kadang-kadang tu kena buat 2 versi satu ada sayur (kucai+taugeh) satu lagi tanpa sayur. Anak-anak alergik sayur haha. Pernah sekali dulu masak cucur manis tapi budak-budak ni tak suka

Minggu lepas sajalah nak try buat CUCUR VIRAL ni. Bahan-bahan pun memang dah ada. Jom siapa-siapa yang belum tahu nak buat CUCUR VIRAL kita lihat bahan-bahannya.

 
RESEPI CUCUR VIRAL

1) 2 CAWAN TEPUNG GANDUM
2) 2 CAWAN AIR PANAS
3) 3 SUDU GULA
4) GARAM SECUKUP RASA

CARANYA:

1) GAUL SEBATI KESEMUA BAHAN
2) BIARKAN ADUNAN SEJUK
3) SAPUKAN AIR SIKIT KETIKA BENTUK BULAT (memudahkan tidak melekat)


4) GORENG DEEP FRY (minyak banyak)
5) KERAP TERBALIK-BALIKKAN
6) ANGKAT DAN TOSKAN


BOLEH DIMAKAN BEGITU SAHAJA ATAU DIMAKAN BERSAMA KUAH KARI/SAMBAL TUMIS/SAMBAL SARDIN

Ingatkan bila budak-budak ni tengok cucur viral comel-comel ni diorang suka. Tapi tekaan El meleset. Diorang memang tak makan. Mereka suka lagi dengan cucur kegemaran diorang cucur ikan bilis campur bawang haha. So yang habiskan hari tu babah dan si kecik. So ini adalah yang pertama dan last buatkan haha




You Might Also Like

8 uols awesome

  1. Cucur viral tu la tgk rmi kwn2 buat, asal viral je smua berjangkit kn padahal dh biasa mkn hehe

    BalasPadam
  2. zai suka klau buat kecil2 comey. lg lembut dan masak sekata ja kat dalam. klau besar2 rs mcm padat sgt

    BalasPadam
  3. cucur manis kita panggil.. makan macam tu saja pun sedap..

    BalasPadam
  4. Ha ah kan.. Memang duk buat sokmo cucur kat rumah ni prbret abe

    BalasPadam
  5. Makan waktu petang dengan teh o atau kopi o panas sedap ni.. fuhh..

    BalasPadam
  6. owh dikepal2 dulu ingat terus keceperrr masuk dlm kuali..

    BalasPadam
  7. sedapnya my favourite food..makan petang2 ni sedap sambil tgk dendam aurora

    BalasPadam
  8. Sha pun tak berapa suka cucur manis nie.. Suka lagi yang bubuh bawang dengan ikan bilis..

    BalasPadam