PORT WAJIB KAMI BERKELAH | TAMAN RIMBA PULAU PINANG

11:20 PG

TAMAN RIMBA PULAU PINANG | PORT WAJIB KAMI BERKELAH Hai sayang sayang semua 😀
dah terkenan dengan tagline DSV lah pula..haha. Rasanya semua dah tahu tempat ini Taman Rimba Pulau Pinang. Sebab sebelum ini pun banyak post yang El share berkelah di Taman Rimba ini. Ini adalah port wajib kami sekeluarga berkelah. 

Lagi satu anak-anak El ni memang hantu air. Pantanglah si mak mak ni kan (kecuali si bapa) berjanji nak bawa anak-anak pergi mandi sungai ke,  mandi kolam ke..apa-apalah dijanjikan..hari-harilah anak tu berzikir tepi telinga..(mama..bila nak mandi sungai..mama bila nak mandi kolam) kadang-kadang tu panas jer telinga mama hangpa ni berzikir..kadang-kadang tu hangin juga..anak-anak pula dengar mama berzikir membebel "tunggulah nanti mama bawalah" tak payahlah tanya banyak kali" hanger mau ka 😄😄😄Adoi tulah cabaran kalau berjanji dengan anak-anak ni. Selagi kita tak tunaikan selagi tulah diorang akan tanya 24H7D ok!!!!

Antara mandi sungai dan mandi laut, El lebih suka mandi sungai sebab tak berlengaih. Kalau mandi laut tu dengan pasir pantai, air masin yang meleket-leket. 


So dengan gigihnya mama El pun bangun seawal pagi memasak bekalan untuk berkelah. Seperti biasa menu wajib kami untuk berkelah adalah NASI LEMAK. Lain-lain menu sambal udang petai, ayam goreng rempah, sandwich telur, roti sosej, air nescafe panas, air sarsi dan kudap2. Tudia gigih mama El haha. Nasi lemak ni memang menu sesuai sangat..sebab pas mandi sure laparkan..so pekena nasi lemak panas-panas dengan sambal pedas memang surr hahaha. 


Jangan risau di sini ada surau, toilet, shower, tempat salin pakaian dan taman permainan. Ada juga disediakan pondok-pondok kecil tapi limited lah. El lebih suka kalau dapat mandi paling atas..tapi pergi awal pagi pun sampai jer sana, dah ramai orang cop..alahai takan nak pergi kul 5 pagi kut haha


 Kena menapak sikit ke atas baru jumpa air sungai yang boleh mandi mandi. Takde lah jauh beno.


Sampai-sampai jer..yang besar2 dah hilang, tinggal mama El ngan 2 ketui ni je..tu pun hat ni terjun sungai jer..jerit sejukkkkkkkkk hahaha..kena dukung masuk dlm sungai...punn jeritttt..adoiiii. Dengan suara anak-anak El jer kat situ ok haha


Ralit main bebudak ni 


 El rasa tempat ni kena improve lagi lah. Yang gelunsur tu pun buat semak je. Bukan boleh gelungsur pun. Budak-budak jenuh nak gelunsur. Mana boleh anak oi..air tak ada jalan ikut situ cam mana nak gelungsur huhu



Kawasan ini kalau diperindahkan mesti cantik



 Budak-budak ni sekali mama tak jerit nak balik..sampai ke malam lah berendam haha

You Might Also Like

4 uols awesome

  1. Cantik lah tempat ni el

    Pokok kat sini macam pokok pain

    Suasananya nampak macam ala ala negara 4 musim

    Rasa nak pergi saja

    BalasPadam
  2. Haha! Dah dapat main air kak, memang syok lah sampai tak nak naik dah :D

    BalasPadam
  3. tak pernah bawa anak-anak ke situ.. cuma masa naik hop on hop off ari tu, anak-anak baru jejak kaki kat situ..nama pun budak2 dengan air memang tak dapat dipisahkan..

    BalasPadam