PENUTUPAN SEBAHAGIAN LORONG DI JAMBATAN PULAU PINANG 22 OGOS 2017- 21 OGOS 2018

10:03 PG

PENUTUPAN SEBAHAGIAN LORONG JAMBATAN PULAU PINANG | Bermula 22 Ogos tahun ini sehingga 21 Ogos 2018, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan melaksanakan penutupan lorong dan lencongan trafik di Jambatan Pulau Pinang bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraa jambatan secara berjadual dijalankan.

   kredit gambar Google

TEMPOH PENUTUPAN

TARIKH MULA : 22 OGOS 2017
TARIKH SIAP : 21 OGOS 2018

"Kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan secara menyeluruh tersebut merupakan antara kerja-kerja berjadual yang dilaksanakan bagi memastikan  struktur kabel Jambatan Pulau Pinang berada pada tahap yang terbaik untuk keselamatan orang ramai," kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi.

Menurut beliau, kabel merupakan elemen utama di Jambatan Pulau Pinang dan ianya perlu diperiksa secara menyeluruh dalam jangkamasa tertentu mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu setiap 4 tahun untuk mengesan sebarang kerosakan.


Sehubungan dengan itu, bagi membolehkan kerja-kerja yang komprehensif tersebut dijalankan, penutupan lorong dan lencongan jalan terpaksa diadakan.




"Kerja-kerja tersebut akan memakan masa selama setahun bermula 22 Ogos yang akan datang melibatkan laluan Arah Timur (Pulau Pinang ke Seberang Prai) selama 6 bulan pertama dan Laluan Arah Barat (Seberang Prai ke Pulau Pinang) bagi 6  bulan yang berikutnya sehingga 21 Ogos, 2018," jelas Fuad.


Justeru itu, PLUS menasihatkan pengguna Jambatan Pulau Pinang supaya merancang perjalanan mereka sepanjang tempoh kerja penyelenggaraan ini.

RANCANG PERJALANAN / ALTERNATIF LAIN

"Sebagai alternatif, kami menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang atau menggunakan perkhidmatan feri untuk menikmati perjalanan yang lebih selesa dalam tempoh tersebut," kata Fuad.

MAKLUMAT TRAFIK

PLUS turut menasihatkan pengguna Jambatan Pulau Pinang supaya mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi laman Twitter PLUSTRAFIK, aplikasi PLUS Mobile App ataupun aplikasi Waze atau Google Map.


You Might Also Like

4 uols awesome

  1. jenuh jem truk laa waktu masuk keja ngan balik untuk tempoh masa setahun.. harap kurang mesyuarat atau apa-apa aktiviti di penang..

    BalasPadam
  2. Klu seingat saya ada time2 tertentu boleh jem sedangkan jalan dibuka spt biasa, apatah lagi kalau ditutup ni.. kena tahu bajet timing ni.

    BalasPadam