AYAM BRAND RAIKAN ULANG TAHUN KE-125 DENGAN KEMPEN KEBAJIKAN MENYUMBANG 324,000 HIDANGAN SIHAT KEPADA 60 RUMAH KEBAJIKAN

3:46 PTG



Ayam Brand yang terkenal dengan rangkaian luas produk makanan dalam tin yang sihat, mudah disediakan dan bebas pengawet, hari ini merayakan ulang tahun ke-125 dengan satu inisiatif yang bertema “KAMI PRIHATIN, KITA ADALAH KELUARGA (We Care, We Are Family).

Tahun ini, kempen tersebut akan diperluaskan kepada 60 buah rumah kebajikan di 11 lokasi seluruh Malaysia dan Brunei dengan membekalkan sejumlah 324,000 makanan sihat demi amalan kebajikan. Selama lebih sepuluh tahun, kempen kebajikan Ayam Brand telah memberikan manfaat kepada hampir 18,000 orang dari 422 persatuan kebajikan dengan membekalkan 1.08 juta makanan sihat.

Kesemua 60 rumah kebajikan tersebut, 57 dari Malaysia dan tiga dari Brunei Darussalam, menerima produk-produk Ayam Brand seperti tuna, sardine, mackerel, jagung, kacang pis yang diproses, kacang merah bijian dan dipanggang untuk semua penghuni mereka selama 2 bulan. Hampir 1,800 kanak-kanak,golongan kurang upaya dan warga emas akan mendapat manfaat daripada bantuan bekalan makanan ini.

Sebagai tambahan kepada sumbangan produk makanan yang amat diperlukan ini, program tanggungjawab sosial tahunan ini juga memperkenalkan pelbagai aktiviti baru setiap tahun untuk merapati, mendidik dan melibatkan kanak-kanak di dalam aktiviti berkenaan bagi menanam tabiat pemakanan sihat dan juga kreativiti dalam diri mereka. Antara aktiviti lalu yang dijalankan untuk golongan kanak-kanak ialah demonstrasi memasak, pertandingan memasak, bengkel memasak dan pertandingan seni.

AYAM BRAND MENERUSKAN KEMPEN KEBAJIKAN DI PULAU PINANG    

  Kempen ini telah pun diadakan Hotel Heritage 1926 Pulau Pinang pada 17  Ogos 2018 yang lepas. Pada tahun ini kempen lebih meriah dan mencabar dengan penganjuran pertandingan masakan Junior Chef Ayam Brand. Pertandingan masakan yang bertemakan “Kami Prihatin, Kita Adalah Keluarga” tersebut memerlukan dua kanak-kanak untuk menyediakan, menghiaskan serta menghidangkan hidangan kegemaran keluarga menggunakan produk-produk Ayam Brand.

 Antara rumah kebajikan yang terlibat pada hari tersebut adalah seperti Rumah Kebajikan Seri Cahaya, Wisma Anak Kesayangan, House of Hope, The Cerebral Palsy Children’s Association of Penang, Shammah Homes dan Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti.
 
Hotel Heritage 1926 Pulau Pinang -Mr. Nicholas Nyeow bersama wakil-wakil Rumah Kebajikan

  Kempen ini selaras dengan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengatasi obesiti melalui pendidikan dan menggalakkan kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan yang bijak.
 
Ayam Brand Raikan Ulang Tahun di Hotel Heritage 1926 Pulau Pinang pada 17 Ogos 2017
  Penekanan Ayam Brand terhadap produk-produk sardin, tuna dan mackerel dalam sumbangan ini adalah kerana kebanyakan rumah kebajikan kekurangan bekalan Omega-3 yang amat diperlukan. Omega-3 tidak dapat dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh. Ianya amat penting bagi membantu mencegah penyakit jantung koronori, membantu aktiviti saraf yang sihat, memperbaiki penyerapan vitamin, memastikan kesihatan sistem imunisasi serta menggalakkan pertumbuhan sel. Omega-3 juga amat penting dalam perkembangan penglihatan dan otak kanak-kanak.

  
Menurut wakil Ayam Brand, Nicholas Nyeow, jenama berkenaan amat teruja untuk menyambut ulang tahun kempen kebajikannya yang ke-10, serentak dengan sambutan ulang tahun ke-125 mereka.

Kanak-kanak rumah kebajikan bersedia untuk memulakan pertandingan
  “Ayam Brand amat berbangga kerana kempen kebajikan tahunan ini telah mencapai 18,000 orang sejak ia mula diilhamkan sedekad lalu. Kami amat bergembira untuk membekalkan mereka yang memerlukan dengan makanan yang sihat dan berkhasiat yang mudah disediakan serta dihidangkan. Melalui sumbangan produk dan penyertaan aktiviti yang diadakan pada setiap pelancaran peringkat daerah, kami percaya kempen kebajikan ini merupakan satu platform yang baik untuk menerapkan tabiat pemakanan sihat sepanjang hayat dalam kalangan kanak-kanak melalui kaedah yang tidak dapat dilupakan serta menggembirakan.

“Selepas 125 tahun, Ayam  Brand memahami sepenuhnya bahawa keluarga  penggunanya  mahukan makanan sedia dimakan, mudah, enak, tanpa MSG tambahan dan tanpa bahan pengawet. Kami adalah sebahagian daripada keluarga Malaysia dan kami prihatin mengenai kesejahteraan rakyat Negara ini. Kami berharap warisan kulinari sihat ini dapat diteruskan oleh generasi baru melalui kempen kebajikan ini seperti mana yang digambarkan dalam temanya iaitu “Kami Prihatin, Kita Adalah Keluarga”, tambah Nicholas.

Kanak-kanak sedang menyediakan menu sihat dengan kreativiti masing-masing mengunakan produk Ayam Brand
   “Kami telah memutuskan untuk membawakan pertandingan masakan pada tahun ini kerana ia merupakan platform yang paling sesuai untuk mengukuhkan semangat kebersamaan antara ahli-ahli pasukan dalam kalangan rumah-rumah kebajikan selain menanamkan tabiat pemakanan sihat. Pertandingan masakan ini juga menggalakkan kemahiran berdikari dan keyakinan diri,” jelas Nicholas.

Keadaan ekonomi semasa telah menyebabkan rumah-rumah kebajikan mengalami kekurangan bekalan kerana sumbangan daripada koporat dan individu telah menyusut. Sokongan berterusan Ayam Brand ini tepat pada masanya.

 
Anna Wong dari House of Hope Penang yang bercakap bagi pihak semua rumah-rumah penerima di Pulau Pinang berkata sumbangan daripada Ayam Brand amat berharga kerana ia mempelbagaikan diet harian penghuni dan produk-produk berkenaan amat pantas dan mudah untuk disediakan.

“Derma dan sumbangan tidak sebanyak tahun lepas dan ini menjadikan sumbangan Ayam Brand penyelamat kepada kami. Seperti kami, kanak-kanak di rumah-rumah kebajikan ini amat menggemari produk-produk Ayam Brand kerana ia menyihatkan dan mudah disediakan. Anak-anak menikmati produk Ayam Brand seperti yang kita lakukan kerana ia sihat dan selesa. Mereka telah menikmati pertandingan memasak ini dengan hebat, kata Anna Wong.
 

ANTARA MENU SIHAT YANG DISEDIAKAN OLEH JUNIOR CHEF AYAM BRAND DAN PEMENANG

Pemenang Pertama: 
Rumah Kebajikan Seri Cahaya

 

PEMENANG KEDUA: 
RUMAH KEBAJIKAN TAMAN BAKTI


  


 PEMENANG KETIGA:
RUMAH KEBAJIKAN THE CEREBRAL PALSY CHILDREN ASSOCIATION OF PENANG

 

 TEMPAT KEEMPAT:
RUMAH KEBAJIKAN HOUSE OF HOPE


  


El juga turut hadir di dalam majlis ini. Terima kasih pihak PR kerana sudi menjemput El. Seronok tengok kanak-kanak  menghidangkan menu sihat dengan menggunakan produk Ayam Brand. Kelihatan mereka sangat bersemangat dan "enjoy". 





You Might Also Like

11 uols awesome

  1. Bestnya. Lama tak join event macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. oppps...lupa br ja p event minggu lepas...hahahaha... pevent dgn kwn2 seperjuangan yg dh lama xde

      Padam
  2. oo turn penang pula ye..alhamdulillah..

    BalasPadam
  3. comel roti diaorg buat kreatif

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. Seronok tengok mereka deco deco sandwich memasing hihi

    BalasPadam
  5. mcam2 rupa sandwich rupanya hehe

    BalasPadam
  6. Bestnye dpt join event cmni kan..

    BalasPadam
  7. Menarik... tak sangka dah 125 tahun rupanya. Family sy pun paling suka sardin Brand sejak dulu lagi :)

    BalasPadam
  8. dah lama jenama ayam brand bertapak rupanya.. bagus event sebegini diadakan..

    BalasPadam