BUKA PUASA DI LEXIS SUITES PENANG BERSAMA KELUARGA

3:14 PTG

Assalamualaikum
Salam Sejahtera semua

Buka puasa di Lexis Suites Penang bersama keluarga| Alhamdulilah 5 hari lagi kita akan menyambut kemenangan. Bagaimanakah persiapan raya kawan-kawan semua? Biasanya ada yang sudah merancang awal dan ada yang saat-saat terakhir membuat persiapan. Bagi El, raya tahun ini bersederhana. Lebih kepada anak-anak sahaja. 

Ahad lepas El berkesempatan berbuka dengan keluarga El di Lexis Suites, Penang. Ini adalah 'reward' untuk family yang selalu memberi support kepada El selama El berblogging. Encik suami yang support El sejak El berblong tak pernah berkira tolong menjaga anak-anak bila El ada review di luar. Jika review yang tidak boleh bawa family, minta tolong Encik suami jaga anak-anak. Alhamdulilah dia memahami kerja El sebagai blogger. Anak-anak pun sama, mereka pun faham sangat kalau El ada kerja luar. 

Bila El cakap kita akan berbuka di hotel. Riuh rendah keseronokan anak-anak El. Encik suami lagilah senyum manjang hihi. Tengok mereka seronok pun El dah rasa bahagia. Yelah selama ini El pergi review sorang-sorang lagi2 kalau food review. Bila makan tu rasa teringat family di rumah. So ini masanya El nak bagi mereka reward. El pun dapat reward untuk diri sendiri. Gantung kuali hihi.

BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA DI LEXIS SUITES PENANG


Kawan-kawan yang masih lagi tercari-cari bufet ramadan di Penang, bolehlah mencuba bufet ramadan di Lexis Suite Penang. Menyajikan pelbagai menu juadah yang menarik. 


Kami di sini. Terdapat pelbagai juadah seperti nasi briyani, kambing golek, shawarma, ais kacang, sup tulang, char kuey teow, roti jala, teh tarik, ais krim, ketupat, pelbagai kuih-muih dan buah-buahan. 

Rambang mata dibuatnya
Ok jom tengok apa yang kami ulang makan banyak kali. Kalau dah ulang makan banyak kali tentunya sedap hihi.


Nasi briyani 


 Sambal udang. Alana cukup suka udang. 2/3 kali ulang makan kemain haha


 Kari kepala ikan.



Nasi briyani, ayam masak  merah dah sate



Sup tulang dan roti


Char Kuey Teow


Roti jala bersama kari ayam


Ketupat bersama serunding dan kuih muih tradisional 

 HARGA

RM68 nett (A)
RM40 nett (C & SC) 

 Cabutan bertuah
  Semua pengunjung layak menyertai cabutan bertuah harian dan berpeluang untuk memenangi Ramadan bufet baucar. hadiah cabutan bertuah mingguan termasuk 2 hari 1 malam di salah satu daripada sifat-sifat Lexis Hotel Kumpulan.
 

Tahniah pada adik kecil menang cabutan bertuah pada hari itu
Jika kawan-kawan ingin merasa kelainan untuk berbuka puasa bolehlah datang ke Lexis SuiteS Penang. Parking pun senang. Percuma. 

Sebelum ini El ada membuat review tentang bufet ramadan di Lexis SuiteS Penang boleh klik link di bawah


  Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi: 
 Lexis Suites Penang
28 Jalan Teluk Kumbar,
Mukim 9 Daerah Barat Daya
11920 Bayan Lepas, Penang
M +012 484 1677
Email       : amm@lexissuitespenang.com

You Might Also Like

3 uols awesome