BAUSCH + LOMB LACELLE JEWEL DAN LACELLE DIAMOND DAILY

2:21 PTG

Assalamulaikum
Salam sejahtera semua

Hari ini El nak share dengan kawan-kawan kanta lekap yang sangat bagus dari Bausch + Lomb. Sebelum ini El ada share di entry yang lepas tentang OneTrue Daily Lense klik SINI di mana El sangat menyukainya terasa tidak memakai kanta lekap. Jatuh cinta dengan kanta lekap dari Baush + Lomb ini.

Kalau El keluar untuk hadir dalam sebarang majlis atau pergi membuat review, El lebih selesa untuk memakai kanta lekap. Ia memudahkan kerja-kerja El yang kadang-kadang memerlukan kita bergerak aktif. 

Selain itu juga El suka memakai kanta lekap kerana ia memberi efek kepada penampilan diri dan memberikan muka kita lebih cantik dan menarik tanpa mekap atau pun dengan mekap serta memberi kita lebih keyakinan.


Kali ini Baush + Lomb mengeluarkan satu kanta lekap berwarna untuk anda kelihatan lebih menarik dan bergaya.

Dengan kanta lekap kosmetik berwarna Lacelle dari Bausch + Lomb, anda akan memiliki wajah yang berbeza setiap hari dalam seminggu. Menggabungkan rekod keselamatan yang diiktiraf di peringkat global dan berinovasi canggih, Bausch + Lomb siri Lacelle Diamond Daily dan Lacelle Jewel adalah pilihan yang sangat tepat untuk memakai kanta lekap bagi fashionista.

Bausch + Lomb Lacelle Jewel


Baush + Lomb Lacelle Jewel merupakan kanta lekap berwarna pakai buang bulanan yang mempunyai corak permata unik. Rekabentuk kanta lekap ini sangat nipis dengan ketebalan 0.078mm dan kandungan air 38% dapat memberi keselesaan kepada si pemakai. Sementara itu, poliycon dapat mengurangkan penyerapan protein untuk memudahkan untuk memakai kanta lekap ini. 

Lacelle Jewel boleh didapati dalam tujuh warna iaitu Melanite Black, Topaz Brown, Crystal Grey, Amber Brown, Amethyst Violet, Sapphire Blue dan Peridot Green.

Bausch + Lomb Lacelle Diamond

Seterusnya, Bausch + Lomb Lacelle Diamond Daily ajaib mempersonakan mata dan kilauan seperti berlian dan menyediakan kemudahahan serta kebersihan dengan memakai kanta lekap pakai buang harian ini. Dengan ukuran diameter iris 14.2mm ini akan membuatkan si pemakai kelihatan seperti mempunyai mata yang cantik tanpa menggunakan mekap.

Lacelle Diamond Daily mempunyai 3 warna iaitu Aqua Glacier, Champagne Brown dan Pink Rose.




Cara pemakaian kanta lekap Bausch + Lomb sangat senang. Sekali kita lekapkan ke mata terus melekat. Selalunya kalau kita memakai sebarang kanta lekap mesti ada masalah untuk memakainya. Mata berasa pedih, tidak selesa dan sebagainya. Tetapi dengan kanta lekap dari Bausch + Lomb ini anda tentu tidak ada masalah untuk memakainya. Hanya sekali sahaja cara pemakaian anda terus nampak cantik dan bergaya. I Love it so much.


El memakai kanta lekap siri Diamond Pink Rose. Pertama kali memakai warna ini terasa teruja. El memang suka kanta lekap. Memberi efek dari segi penampilan di muka. Dengan diameter 14.2mm mata El nampak lebih besar. El suka!!


Tips kecantikan dari Bausch + Lomb

Untuk aktiviti hujung minggu, dengan tudung berwarna putih dan kanta lekap Lacelle Jewel Amethyst Violet dapat mengekalkan rupa paras yang segar dan feminin. Dengan pembayang mata berwarna coklat mocha dan gincu coklat dapat menyempurnakan lagi gaya kasual hujung minggu anda.

Untuk majlis-majis rasmi, pakaian satin yang berwarna kelabu dengan tudung berwarna coklat, Lacelle Jewel Amber Brown sesuai dengan pakaian ini. Ia juga dapat menonjolkan mata anda. Dengan pembayang mata biru gelap dan merah jambu terang menambahkan lagi warna pop serta dengan pemerah pipi berwarna merah jambu gelap dan gincu berwarna peach.

Untuk malam pula, baju peplum bergaya dengan tudung warna biru terang sesuai dengan Lacelle Diamond Aqua Glacier. Dengan pembayang mata warna hijau, blusher merah jambu terang dan gincu merah jambu gelap memberi kontra dan melengkapkan wajah anda.


Memakai kanta lekap dari Bausch + Lomb Lacelle terasa tidak memakai kanta lekap sangat selesa dan bergaya. Kawan-kawan harus cuba ok.

Harga

Siri Bausch + Lomb Lacelle Jewel =RM68 sekotak untuk 2 keping
Siri Bausch + Lomb Lacelle Diamond Daily = RM42 sekotak untuk 10 keping dan RM110 sekotak untuk 30 keping

Kedua-dua siri Lacelle ini boleh didapati di semua kedai-kedai optik utama di seluruh negara.

Untuk maklumat boleh layari:

http://lacelle.com.my/store=locator
Instagram: http://www.instagram.com/bauschlomb/







You Might Also Like

5 uols awesome

  1. Patut la nampak lawa loni

    BalasPadam
  2. bini-bini mesti suka nih.

    hoho

    BalasPadam
  3. Best nyer wakk .. cantik mata !

    BalasPadam
  4. Wahh boleh lah try guna contact lens jenama ni pulak nanti.

    BalasPadam
  5. Cantik bergayalah raya nantui El

    BalasPadam