06/01/2017 - 07/01/2017 - LIFESTYLE BLOGGER

Jumaat, 23 Jun 2017

EOPERASI - MODUL PENGURUSAN GURU

2:29 PTG 7
EOPERASI - MODUL PENGURUSAN GURU
Assalamualaikum
Salam sejahtera semua

Hari ini El nak berkongsi dengan anda semua satu informasi yang menarik. Anda pernah dengar tak mengenai EOperasi? EOperasi Modul Pengurusan Guru merupakan salah satu modul pengurusan daripada KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia). 

Tahukah anda apa itu sebenarnya E-Operasi?

 
APA ITU E-OPERASI

EOperasi adalah sebuah aplikasi digunakan oleh para guru untuk kemaskini data mereka dalam perkhidmatan perguruan yang merupakan inisiatif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu juga, Kerajaan telahpun membangunkan banyak sistem yang masih ramai tidak tahu antaranya:

SAPS Ibu Bapa
APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid)
HRMiS
Jawatan Kosong
 

 KEBAIKAN E-OPERASI
  
⏩Untuk maklumat semua, sistem-sistem ini dibangunkan khusus untuk memudahkan rakyat Malaysia menyimpan data dan membantu kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.

⏩Selain itu juga, E-Operasi digunakan untuk menyemak status guru-guru jika mereka mahu bertukar tempat melalui Borang Status Kedudukan Guru (BSKG).

⏩Dengan adanya E-Operasi ini, para guru lebih mudah menguruskan data-data yang penting semudah di hujung jari sahaja. Maklumlah sekarang zaman internet. 
  
CARA PENGGUNAAN E-OPERASI

 El rasa masih ramai para guru yang masih belum tahu cara atau belum memahami untuk menggunakan sistem E-Operasi ini betul? Ok di bawah ini El ada kongsikan satu link cara untuk login E-Operasi Modul Pengurusan Guru
 
Bagi mengetahui panduan untuk login eoperasi secara online sila klik di sini ➮ E-Operasi


Guru-guru digalakkan untuk login sistem ini melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk mengemaskini data-data melalui E-Operasi. Sangat mudah dan tidak membebankan

Untuk pengetahuan anda juga, modul eoperasi ini menguruskan berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pengguna (guru dan bukan guru) dan pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah).

Untuk kebaikan semua, anda bolehlah share artikel ini semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai eoperasi 2017 ini dan mengemaskini data-data mereka hanya secara online.

Khamis, 22 Jun 2017

SAFI SHAYLA SYAMPU WANITA BERTUDUNG | #HANYASAFISHAYLAUNTUKSAYA

3:08 PTG 9
SAFI SHAYLA SYAMPU WANITA BERTUDUNG | #HANYASAFISHAYLAUNTUKSAYA


SAFI SHAYLA SYAMPU WANITA BERTUDUNG

#HANYASAFISHAYLAUNTUKSAYA

Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini sering kali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya. 



Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian diformulasikan dengan HabbatusSauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung.


Safi Shayla - Segar bermaya
Memberikan rambut kelihatan lebih segar dan bermaya


Safi Shayla - Itch Kontrol
Mengawal kulit kepala berkeruping dan menyamankan 

Walaupun terdapat banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, SAFI Shayla masih mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Awards 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi kedua-dua anugerah tersebut. 

Ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepala yang dihadapi oleh wanita bertudung.Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya


Pengguna juga boleh mendapatkan SAFI Shayla di dalam bentuk fleksi. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapikeperluan isirumah.

Dengan SAFI Shayla PekFleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, atau pun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebihjimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI.



Safi Shayla juga mengeluarkan produk perapi rambut. Selepas bersyampu, jangan malas guna perapi rambut. Barulah rambut kekal lembut dan licin sepanjang hari


El memang penguna produk Safi dari remaja. Suka dengan produk syampu Safi Shayla ini sangat wangi. Sesuai dengan wanita berhijab seperti El. Rambut juga merupakan salah satu faktor memberi kita ketenangan. Bila rambut kita berbau dan mempunyai pelbagai masalah, kita pasti tidak  berasa berkeyakinan, tidak selesa dan stress. 

Safi Shayla ini memberikan rambut perlindungan dari sebarang masalah dan berbau wangi sepanjang hari. Balik-balik kerja, buka tudung pun masih wangi. 

Pastikan Raya kali ini anda bawa sebagai travel pek semasa balik kampung. Senang dan mudah dibawa ke mana-mana.


Ingin ketahui apakah pandangan pengguna terhadap syampu untuk wanita berhijab? Layari saluran YouTube SAFI di https://www.youtube.com/watch?v=PHoGu4vxMws

 Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY Instagram SAFI@safimalaysia 
 Web SAFI www.safi.com.my

Selasa, 20 Jun 2017

BUKA PUASA DI LEXIS SUITES PENANG BERSAMA KELUARGA

3:14 PTG 5
BUKA PUASA DI LEXIS SUITES PENANG BERSAMA KELUARGA
Assalamualaikum
Salam Sejahtera semua

Buka puasa di Lexis Suites Penang bersama keluarga| Alhamdulilah 5 hari lagi kita akan menyambut kemenangan. Bagaimanakah persiapan raya kawan-kawan semua? Biasanya ada yang sudah merancang awal dan ada yang saat-saat terakhir membuat persiapan. Bagi El, raya tahun ini bersederhana. Lebih kepada anak-anak sahaja. 

Ahad lepas El berkesempatan berbuka dengan keluarga El di Lexis Suites, Penang. Ini adalah 'reward' untuk family yang selalu memberi support kepada El selama El berblogging. Encik suami yang support El sejak El berblong tak pernah berkira tolong menjaga anak-anak bila El ada review di luar. Jika review yang tidak boleh bawa family, minta tolong Encik suami jaga anak-anak. Alhamdulilah dia memahami kerja El sebagai blogger. Anak-anak pun sama, mereka pun faham sangat kalau El ada kerja luar. 

Bila El cakap kita akan berbuka di hotel. Riuh rendah keseronokan anak-anak El. Encik suami lagilah senyum manjang hihi. Tengok mereka seronok pun El dah rasa bahagia. Yelah selama ini El pergi review sorang-sorang lagi2 kalau food review. Bila makan tu rasa teringat family di rumah. So ini masanya El nak bagi mereka reward. El pun dapat reward untuk diri sendiri. Gantung kuali hihi.

BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA DI LEXIS SUITES PENANG


Kawan-kawan yang masih lagi tercari-cari bufet ramadan di Penang, bolehlah mencuba bufet ramadan di Lexis Suite Penang. Menyajikan pelbagai menu juadah yang menarik. 


Kami di sini. Terdapat pelbagai juadah seperti nasi briyani, kambing golek, shawarma, ais kacang, sup tulang, char kuey teow, roti jala, teh tarik, ais krim, ketupat, pelbagai kuih-muih dan buah-buahan. 

Rambang mata dibuatnya
Ok jom tengok apa yang kami ulang makan banyak kali. Kalau dah ulang makan banyak kali tentunya sedap hihi.


Nasi briyani 


 Sambal udang. Alana cukup suka udang. 2/3 kali ulang makan kemain haha


 Kari kepala ikan.



Nasi briyani, ayam masak  merah dah sate



Sup tulang dan roti


Char Kuey Teow


Roti jala bersama kari ayam


Ketupat bersama serunding dan kuih muih tradisional 

 HARGA

RM68 nett (A)
RM40 nett (C & SC) 

 Cabutan bertuah
  Semua pengunjung layak menyertai cabutan bertuah harian dan berpeluang untuk memenangi Ramadan bufet baucar. hadiah cabutan bertuah mingguan termasuk 2 hari 1 malam di salah satu daripada sifat-sifat Lexis Hotel Kumpulan.
 

Tahniah pada adik kecil menang cabutan bertuah pada hari itu
Jika kawan-kawan ingin merasa kelainan untuk berbuka puasa bolehlah datang ke Lexis SuiteS Penang. Parking pun senang. Percuma. 

Sebelum ini El ada membuat review tentang bufet ramadan di Lexis SuiteS Penang boleh klik link di bawah


  Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi: 
 Lexis Suites Penang
28 Jalan Teluk Kumbar,
Mukim 9 Daerah Barat Daya
11920 Bayan Lepas, Penang
M +012 484 1677
Email       : amm@lexissuitespenang.com

Khamis, 15 Jun 2017

JOM BELI BELAH DI MYBAZAR APP

8:26 PTG 2
JOM BELI BELAH DI MYBAZAR APP
 Assalamualaikum 
 Salam sejahtera semua

 Ramai di kalangan kita sekarang memilih untuk membeli-belah secara atas talian kerana antaranya terdapat pelbagai pilihan barangan, menjimatkan kos, masa dan tenaga, diskaun, rebate, hadiah percuma dan macam-macam lagi. Hari ini El ingin kongsikan dengan kawan-kawan semua tentang MyBazar satu lagi tempat membeli-belah dan juga menjual barangan secara atas talina dengan menggunakan applikasi MyBazar.




 APA ITU MYBAZAR

MyBazar direka untuk menyokong usahawan dan pembangunan PKS. Ditubuhkan pada 2015 dan berpangkalan di Abu Dhabi, UAE, MyBazar Global Ltd telah dibangunkan untuk menyediakan PKS dan bakal usahawan dengan alat yang diperlukan untuk memulakan perniagaan mereka tetapi juga untuk pertumbuhan perniagaan di seluruh negara dan di peringkat antarabangsa.

Memanfaatkan ciri-ciri media sosial dan mesej segera, MyBazar membuat transaksi perniagaan yang mudah. Kini sesiapa sahaja boleh mula mempromosi dan menjual produk dan perkhidmatan mereka secara percuma, bila-bila masa dan di mana sahaja. Harga rundingan, pembayaran, penghantaran dan jaminan pembayaran semua termasuk.

MyBazar komited untuk menyokong usahawan, PKS dan sesiapa yang ingin mengambil cabaran mengejar impian sendiri dalam ekonomi digital baru.

     "MyBazar menggabungkan yang terbaik daripada media sosial, komunikasi, transaksi, bayaran dan penghantaran dalam aplikasi tunggal dan menjadikannya semua PERCUMA kepada semua pengguna."


MUAT TURUN APPLIKASI MYBAZAR

 Untuk meneruskan aktiviti membeli-belah, kawan-kawan perlu memuat turun Aplikasi MyBazar www.mybazar.com/download di peranti Android serta iOS.
Antara barangan yang boleh didapati di MyBazar seperti pakaian, gajet, barangan elektronik, makanan dan minuman, aksesori dan pelbagai lagi.
 

    1) Anda perlu daftar MyBazar sebelum meneruskan aktiviti membeli-belah
 


 2) Antara produk yang boleh didapati di MyBazar



Kawan-kawan yang masih mencari baju raya, bolehlah jadikan Safina Peplum Kurung sebagai pilihan di Hari Raya nanti.


Teruja tengok karpet ala Ikea ni.  Harga pun boleh tahan. Boleh jadikan satu hiasan di Hari Raya juga. 
 

 
Hias ruang tamu anda dengan Kufi Art Boutique. Menjadikan ruang tamu anda lebih tampak cantik dan Islamik.
 




Peminat lipstik FAME boleh juga beli di MyBazar 
  


 Yang sedang mencari camera boleh juga cuba Xiaoyi Yi Action Camera. Ha tentunya gambar Hari Raya bersama keluarga menjadi lebih cantik dan menarik
 
 CARA PEMBELIAN

Cara pembelian di MyBazar juga sama seperti platform jualan atas talian yang lain.


1) Pilih barangan yang anda inginkan dan klik BUY NOW
 

2) Jika anda pertama kali beli di MyBazar, anda perlu mengisi maklumat peribadi anda untuk penghantaran. Selepas ini anda tidak payah lagi mengisi kerana semua maklumat sudah ada di dalam data.



  3) Kemudian anda klik checkout untuk membuat pembayaran. Yang menarik di MyBazar ini adalah anda boleh berunding harga dan tawar-menawar.


 Berunding Harga dan tawar-menawar

Butang "Chat Now" membolehkan anda untuk berunding harga dengan saudagar secara langsung. Sebaik sahaja anda menerima harga yang ditawarkan anda boleh segera pergi untuk menyemak dan melengkapkan transaksi. Semua mesej dan resit disimpan dalam peti masuk anda, di bawah tab "Aktiviti".




  Menjamin pembayaran dalam talian

MyBazar menggunakan hanya dipercayai saluran pembayaran yang mendukung standard keselamatan industri yang paling tinggi. Ini membolehkan anda untuk selamat dan mudah membuat pembayaran. MyBazar menyokong Perbankan Online, kad kredit (Visa / MasterCard), Tunai di kedai atau tunai pada penghantaran.


Sekarang anda hanya perlu tunggu sehingga barang sampai di depan rumah anda


JUALAN OH MY RAYA



Berita baik untuk kawan-kawan semua. MyBazar mengadakan Jualan Oh My Raya! (Jualan Mega MyBazar) yang akan berlangsung pada 15hb – 16hb Jun 2017. Klik  www.mybazar.com sekarang!!!