TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG | WONDERFOOD MUSEUM PENANG

2:52 PTG

WONDERFOOD MUSEUM PENANG| Tempat menarik di Pulau Pinang yang wajib anda kunjungi. Wonderfood Museum merupakan Taman Tema Makanan yang pertama di dunia yang terletak di Beach Street, Pulau Pinang. 


Muzium ini bukan tempat jual makanan ya, ianya adalah muzium makan replika yang seakan 'real' yang boleh membuat anda rasa lapar sekira anda belum makan lagi haha. Saya pun tergugat juga melihat replika-replika makanan ini, almaklumlah belum makan tenghari sewaktu berkunjung ke sini.


Di dalam muzium ini anda akan melihat pelbagai replika-replika makanan yang terdiri daripada makanan berbilang kaum Cina, Melayu, India dan sebagainya. Sungguh seronok melihat replika-replika ini. Anak-anak saya pula sangat teruja untuk melihat dan mengambil gambar bersama replika-replika makanan tersebut.

Disamping boleh mempelajari makanan berbilang kaum, anda juga boleh beraksi bersama replika makanan yang terdapat di sana.

Jom melihat aksi kami bersama replika-replika gergasi di Wonderfood Museum Penang


Cendol gergasi




Telur gergasi


Pelbagai kuih-muih dan makanan dari pelbagai kaum


 

 Aksi abang danish seperti masterchef. Mujur abang pandai beraksi. Mama jadi photoG saja. 


Makanan dari kaum Cina dan India


 Ada lemang, ketupat, rendang, nasi briyani tentunya makanan orang Melayu


Makanan yang penuh warna warni seperti di Wonderland


Black and white food 


 Kejadian gempa bumi

  ‘Malaysia’s street food’. Malaysia memang terkenal dengan street food. Pulau Pinang juga tidak ketinggalan merupakan syurga makanan. Jom lihat apakah makanan street food paling popular di Pulau Pinang


 Laksa


Sate 


Mee Udang


Ais Kacang 


Char kueh teow


Nasi Lemak 


 Mee Kari


Rojak 


Chee Cheong Fun


Roti Canai 


Durian


Pasembur 



 Bang...char kueh teow goreng garing 1 udang lebih, taugeh lebih ya



 Ini adalah beberapa jenis menu makanan termahal di dunia.
Menu-menu makanan ini boleh diperolehi di beberapa lokasi di sekitar dunia dan ianya mempunyai harga yang sangat mahal. Antaranya adalah sejenis hidangan yang bernilai USD4,200.


 Tidak sah kalau ke Pulau Pinang tak pekena nasi kandar. Macam real kan makanan replika di Wonderfood Museum. Sampai anak saya pun tak habis2 nak tanggalkan makanan kat situ. Dia ingat real haha


Menarik art ini. El ingatkan mereka saja sepahkan makanan atas meja. Rupanya ada gambar Mona Lisa. Kreatif!!

Kanak-kanak mana tak teruja bila nampak gula-gula yang besar gila. Bergaduh sekejap si kecil dengan si kakak sebab berebut candy haha

Harga Tiket Wonderfood Museum Penang

Mykad 
Dewasa = RM15
 Kanak-kanak/pelajar/warga emas = RM10

Tiada Mykad 
Dewasa = RM25  
Kanak-kanak = RM15 

Dibuka setiap hari termasuk cuti am dari jam 9.00 pagi hingga 6.00.
 Untuk keterangan lanjut boleh layari Facebook Wonderfood Museum Penang https://www.facebook.com/Wonderfoodmuseum/


You Might Also Like

6 uols awesome

  1. hari tu pergi penang tak sempat nak siggh sini, shart vacay je..
    next time boleh terjah..

    BalasPadam
  2. sedap gilaaa la tgk kak el...replika pun boleh buat tergugat iman nak makan! hahahaha :D

    BalasPadam
  3. Ada tgk kwn pn pi sini.. teruja la ank2 tgk replica tu ye

    BalasPadam
  4. seronoknya, macam2 makanan ada. anak2 pun boleh kenal makanan2 yang ada di Malaysia ni kan.

    BalasPadam
  5. yer lah..semua nampak real.. paling terliur tengok sate tu haa...heee

    BalasPadam