SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2017 | SBB2017

12:25 PTG

Assalamualaikum
Salam 1Malaysia

Teruja rasanya nak bercerita tentang pengalaman kami team #projekbloggerutara ke #SBB2017 Sepetang Bersama Blogger 2017 yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia Kuala Lumpur, Matic pada 13hb May, 2017 yang lepas anjuran Denaihati Network Sdn Bhd. Keterujaan kami sebenarnya dari tahun lepas lagi hihi setelah kami dapat melibat bersama-sama dalam #SBB2016.


Kali pertama ke #SBB2016 sedikit janggal kerana kami masih baru dalam bidang blogging dan masih malu-malu untuk bergaul dengan rakan blogger yang lain. Namun masih dapat berjumpa dan bergambar dengan rakan blogger yang sudah lama kenal dalam dunia blogging.


Setelah mengetahui tarikh #SBB2017 dan disebabkan hari tersebut jatuh pada hari Sabtu (hari bekerja), El terpaksa memohon cuti. El tidak mahu melepaskan peluang untuk sama-sama memberi sokongan padu serta memeriahkan majlis #SBB2017 dan yang penting untuk menambah ilmu dalam dunia blogging.

Pada mulanya El dan sekeluarga sudah bersetuju untuk turun ke Kuala Lumpur pada hari kejadian. Namun apakan daya, kita hanya merancang, Tuhan saja yang menentukannya. Suami El tiba-tiba tidak dapat pergi sekali, kerana komitmen kerja dan dia memberi izin untuk El pergi dengan team #pbu yang lain. Alhamdulilah en. suami tidak pernah menghalang El untuk melibatkan diri dalam dunia blogging, dia sentiasa memberi galakan dan sokongan malah kadang-kadang dia sanggup menjaga anak-anak jika El ada review di luar. Terima kasih pada en. suami :)

TRIP #PBU DARI UTARA KE KUALA LUMPUR

Perjalanan kami kali ini dengan menaiki ETS dari Bukit Mertajam ke KL Sentral. Tiket ETS kami pada pukul 6.20pagi di stesen Bukit Mertajam. El yang dari pulau  kenalah keluar awal seawal pukul 5pagi. Disebabkan keterujaan ini, minggu tersebut El tidak dapat lena tidur tau haha. Tambahan nak dekat event, memang tak senang duduk dibuatnya, tidur pun tidur-tidur ayam je. Excitedlah katakan haha.


Kali ini perjalanan El ditemani oleh Eyda dan Zai. Yang lain tidak dapat hadir. Tetapi Encikboss kami, Cikpinz sudahpun berada di Kuala Lumpur awal sehari. Cikpinz akan menjemput kami di KL Sentral. Bertuahnya kami dapat Encikboss yang baik hati dan menjaga anak buahnya heyy

VIRAL DI FACEBOOK



Sebelum itu, kisah perjalanan kami menaiki ets telah menjadi viral di facebook. Haha sebab itulah ramai yang kenal kami di majlis sbb2017. Bila kami kata kami dari Pulau Pinang, sekali mereka sudah tahu viral di facebook hahaha. Terima kasih sebab viralkan kami, Tetiba kami glamour pula pada hari kejadian. Kredit Hisyamudin Fadzil (shakiddo) orang kuat event sbb2017


Perjalanan kami mengambil masa 4 jam sahaja. Sempatlah El lena sekejap. Setibanya di KL Sentral, kami dijemput oleh Encikboss kami, Cikpinz. Dengan mengunakan perkhidmatan uber, kami meneruskan perjalanan kami ke Pusat Pelancongan Malaysia, Matic. Kami merupakan blogger yang pertama sampai ke sini haha. Terus megambil peluang untuk mengambil gambar.


Mengambil aura di atas pentas manalah tahu, next speaker untuk event sbb2018 insyallah


  
Sebelum forum bermula, kami team #projekbloggerutara sempat join satu contest dari ciklilydotcom. Blogger dikehendaki upload namecard lebih dari 10 namecard. Upload di instagram. Kami bertiga sapu bersih contest ciklily haha. 

Kemudian kami dapat gift dari Uyul Rosli. Blogger terawal dapat berjumpa dengan beliau dapat hadiah misteri. Kami bertiga juga sempat grab peluang tersebut.  


Program di waktu siangnya di penuhi dengan pengisian ilmu social media. Antara speaker-speaker jemputan pada majlis tersebut.


Majlis dimulakan dengan ucapan daripada CEO Denaihati Network Tn. Haji Amir dan para penaja majlis.



Seterusnya program dimulakan dengan mini forum yang disampaikan oleh foodie blogger, Mahamahu dan lifestyle blogger Cik Lily Putih. Banyak isu-isu panas dibangkitkan antaranya isu payment blogger dan isu meroyan di social media paling mendapat perhatian.


Forum kedua pula disampaikan oleh Ibu Hanim aka Datuk Faridah Hanim Haron Leadership Trainer. Memang memukau tengok Ibu Hanim memberi ucapan. El suka dengan gaya dan percakapan dia tegas tapi lemah-lembut. Perkongsian yang disampaikan oleh Ibu Hanim mengisahkan perbezaan generasi X dan Y. Ibu Hanim mendedahkan kita tahap perbezaan generasi dari zaman tradisional hinggalah Gen Y.  Setiap generasi ada kelebihan tersendiri.

Kami juga turut disuruh bangun dan menari mengikut rentak muzik dari penyanyi terkenal Faizal Tahir 'Gemuruh'. Penonton bersorak dan hilang rasa mengantuk tiba-tiba hihi.

 
Majlis berehat seketika untuk solat Asar dan para blogger dan social media disajikan "snack" daripada penaja, Yeos dan aiskrim Upin Ipin.

 Forum seterusnya disampaikan oleh speaker Norman Danish dari Misi Viral dan Dr Wan Yusuf tentang affiliate dan pengisian content dlm penulisan . Untuk slot ini, kami tidak dapat hadir kerana terpaksa pulang awal untuk check in hotel. Tak sempat nak grap beberapa hadiah seperti tudung bawal. Mujur tak minat bawal (sedapkan hati) haha  

Selesai sudah program pada waktu siangnya. Nantikan entry seterusnya untuk Gala Dinner dan Award serta bergambar dengan rakan blogger, El akan kongsikan untuk entry yang seterusnya.


You Might Also Like

8 uols awesome

  1. SBB bagus banyak ilmu yang berguna..

    BalasPadam
  2. Seronoknya el. Penuh pengisian menarik, aktiviti menarik dan hadiah yang best.

    BalasPadam
  3. seronok kenal blogger utara...:)

    BalasPadam
  4. Wah.. Viral gitu..
    Tahniah Kak El.. Banyak hadiah dapat ye..

    BalasPadam
  5. Cerita hebat menarik.. Wow best

    BalasPadam
  6. untungkan ada EncikBoss.

    BalasPadam
  7. hahaha...5 pagi dia keluar umah pstu smpai BM awai dok col sana sini tkut salah

    BalasPadam
  8. nasib ada yang jemput kita kan.. ehh kali ni banyak grab hadiah contest dari blogger yang lain kan..

    BalasPadam