KANTA LEKAP BAUSCH+LOMB BIOTRUE ONEDAY

9:49 PG

Apakah kanta lekap yang ideal?Alice Tan, Profesional Service Manager dari Bausch + Lomb Malaysia menjelaskan bahawa ciri kanta lekap yang ideal ialah kanta lekap yang memberi prestasi penglihatan yang memuaskan, selesa serta mengekalkan fisiologi kornea yang baik dan mudah dikendalikan. Selain itu, faktor lain yang perlu dipertimbangkan apabila memilih kanta lekap yang sesuai adalah keselesaan, kemudahan serta keperluan bergantung kepada gaya hidup pengguna. 


Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue Oneday yang menampilkan bahan revolusi Hypergel dan telah dianggap sebagai kanta lekap yang ideal oleh ramai professional dan para pengguna kerana kualiti pemenangnya.

"Hypergel merupakan bahan generasi baru yang direka khas untuk berfungsi seperti mata dengan 78% kandungan air, sepadan dengan kandungan air kornea dan meniru lapisan lipid filem yang terdapat di dalam air mata untuk mengekalkan kelembapan. Diilhamkan oleh biologi mata, hypergel menggunakan sesuatu makromer iaitu Surface Active Macromers yang berfungsi seperti lapisan lipid filem air mata untuk menentang dehidrasi dan mengekalkan kandungan air di dalam kanta sehingga 16 jam. Dengan menggabungkan kelebihan hidrogel dan Hidrogel silicon, Bausch + Lomb Biotrue Oneday mampu mengekalkan 98% kelembapan sepanjang hari, mendahuuii kebanyakan kanta lekap yang lain, memenuhi tahap oksigen yang diperlukan oleh mata terbuka tanpa menggunakan silikon untuk mengekalkan mata yang sihat dan sepadan dengan kandungan air kornea untuk penglihatan dan keselesaan yang luar biasa sepanjang hari", kata Alice Tan, Profesional Service Manager dari Bausch + Lomb Malaysia apabila ditanya mengenai ciri-ciri Hypergel.


Apabila memilih kanta lekap yang sesuai, ramai berpendapat bahawa kandungan air kanta lekap perllu dipertimbangkan. Walaupun kandungan air lebih tinggi memberikan keselesaan awal yang baik, ia tidak menjamin keselesaan sepanjang hari, kerana ini biasanya menyebabkan kekeringan pada akhir hari. Kanta lekap Bausch + Lomb Oneday adalah berlainan kerana ia meniru lapisan lipid air mata untuk mencegah dehidrasi dan memberi kelembapan sehingga 16 jam, mendahului kebanyakan jenama kanta lekap utama dalam pasaran hari ini.


Beliau juga menekankan kepentingan aliran oksigen yang baik untuk mata. "Kornea adalah lapisan paling luar mata yang tidak mempunyai bekalan darah yang tersendiri. Dalam keadaan mata terbuka, kornea menerima oksigen dari atmosfera. Apabila seseorang memakai kanta lekap dengan kebolehpindaan oksigen yang rendah, bekalan oksigen ke kornea boleh terganggu. Ini menyebabkan kornea kekurangan oksigen dan jika keadaan ini berterusan, ia boleh menyebabkan pembentukan salur darah yang baru untuk mendapat oksigen yang mencukupi. Komplikasi ini biasa berlaku apabila seseorang memakai kanta lekap semasa tidur, terutamanya dengan kanta yang tidak direka khas untuk dipakai semalaman. Secara umumnya, pemakaian kanta lekap semalaman ataupun dibawa tidur adalah tidak digalakkan kerana anda meletakkan mata anda terdedah kepada jangkitan mata dan komplikasi yang lain."Kata Alice Tan, Professional Service Manager dari Bausch+Lomb Malaysia, untuk mengekalkan kesihatan mata, Tan mencadangkan pengguna untuk memilih  kanta lekap yang boleh memberi kandungan oksigen yang diperlukan untuk mata terbuka dan mendapatkan nasihat lanjut daripada optometris anda.


Hypergel Bausch + Lomb Biotrue Oneday juga menyediakan perlindungan UV, mampu menghalang 70% UVA dan 95% sinaran UVB. Walau bagaimanapun, Alice Tan, menasihatkan agar menggunakan kaca mata penyerapan UV seperti gogal penyerapan UV dan cermin mata hitam untuk perlindungan mata yang lengkap.



 El sudah pun mencuba kanta lekap Biotrue Oneday ini. Seriously sangat best. Tidak terasa pun memakai kanta lekap, tidak rasa sakit atau ada sesuatu di dalam mata. Memang sangat memudahkan kerja-kerja harian El. 

Untuk makluman semua, Kanta Lekap Bausch + Lomb Biotrue Oneday berharga RM125 sekotak dan mempunyai 30 keping kanta lekap yang boleh didapati di kedadi optik di seluruh negara

Untuk maklumat lanjut boleh layari: -
 Website: http://lacelle.com.my/
 Facebook: https://www.facebook.com/EverQuestMarketing






You Might Also Like

8 uols awesome

  1. Dulu masa zaman U sue guna jenama yang ni juga sebab lembut dan selesa. Sekarang dah kawin malas dah nak pakai kontek lens..huhuhu...

    BalasPadam
  2. bestnya dapat review contact lens free...nak juga sebab memang pakai lens..tapi apakan daya,..
    bagus ye ada lens macam ni
    JanjiKita

    BalasPadam
  3. Suka juga pakai lens nie..sebab nak mata nampak color2 ala2 mix sikit..hahaha

    BalasPadam
  4. sapa pakai lens boleh cuba ni

    BalasPadam
  5. murah ye...

    dl2 rajin la pkai sebab nk melawa...hik3

    BalasPadam
  6. lama tak lens hahahahah last pakai masa kahwin aritu ni ada satu berbaiki tak guna lagi

    BalasPadam
  7. Teringin juga nak pakai kanta lekap, tapi masih ada perasaan takut2 lagi lah huhu

    BalasPadam