GALA DINNER DAN AWARD NIGHT | SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2017

11:59 PG

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Bersambung dengan entry DI SINI, malamnya pula kami menghadiri untuk Gala Dinner dan Award Night di Saloma Bistro. Pertama kali El menjejakkan kaki ke Saloma Bistro. Selalu juga dengar ramai artis-artis Malaysia yang berkunjung ke sini. Maknanya El pun bakal jadi artis ke?Ada hati ye haha.

Untuk makluman kawan-kawan semua untuk majlis Sepetang Bersama Blogger 2017, kali ini terdapat dua slot iaitu siang dan malam. Terpulang kepada blogger untuk menghadiri salah satu atau kedua-dua slot tersebut.  El memilih untuk menghadiri kedua-dua slot. Alang-alang datang dari jauh dan teringin juga untuk menghadiri Gala Dinner & Award Night yang pertama kali diadakan. Bertambah berdebar bila ada penganugerahan untuk para social media. El dah berangan depan cermin untuk buat ucapan. Positif kena ada manalah tahu ada rezeki ahak.


Tema untuk Gala Dinner & Award Night malam itu ialah Glam dan Glitters. Mulalah El berangan nak pakai baju yang bling-bling, bermanik dan berlabuci. Ada juga cari sponsor, tapi malangnya baju semua terlajak glam dan macam baju pengantin haha. Akhirnya, pakailah baju apa yang ada, janji makeup malam tu terlajak gorgeous (perasan) haha


Disebabkan masa yang agak singkat, kami bertiga El, Eyda dan Zai terpaksa keluar awal dari program siangnya (terlepas slot affiliate dan content penulisan) kerana nak check-in hotel. Mujur hotel kami Summer Suite Hotel (service apartment) hanya 6 minit jalan ke Matic dan Saloma Bistro. Kami sempat bersihkan diri dan menukar baju untuk Gala Dinner & Award Night. Program siangnya El dah macam mak lampir. Manakan tidak sesubuh dah naik ets dari Bukit Mertajam. Apa lagi muka pun macam mak lampirlah.


Gala Dinner & Award Night bermula jam 7.00 malam untuk pendaftaran. Ada juga melihat kelibat-kelibat blogger yang tidak dapat hadir slot siang datang untuk slot malamnya. Seronok melihat blogger-blogger yang melaram bukan main. Mujur juga kami book hotel berdekatan tidaklah berebut tandas di Saloma tempoh hari hehe.

Malam itu sangatlah meriah. Makanan pun tersangat sedap. Teringat lagi cucur udang dia yang sedap tu. Berkali duk berulang makan cucur hihi. Selain itu juga ada persembahan kebudayaan dan persembahan dari penyanyi AF Erul dengan lagu kpopnya. Kaki tangan dah mula duk goyang-goyang hihi


Kami team #projekbloggerutara tertunggu-tunggu jugalah manalah tahu dapat lucky draw malam tu. Salah seorang dapat pun oklah hihi. Namun, bukan rezeki kami kut malam tu. Tapi rezeki kami dapat Anugerah Promising Blogger Group of the year. Speechless!!!

ANUGERAH PROMISING BLOGGER GROUP OF THE YEAR 2017
 
Tidak dapat bayangkan perasaan kami ketika itu. Terkejut!Terkedu!Menangis kegembiraan. Kegigihan kami bersama menaikkan nama Projek Blogger Utara membuahkan hasil. Projek Blogger Utara baru sahaja ditubuhkan pada Januari 2016. Baru setahun lebih jugaklah. Alhamdulilah berkat usaha team yang tidak pernah jemu memberi sokongan padu sampai sanggup menghabiskan wang ringgit, sanggup memohon cuti, sanggup meninggalkan suami dan anak-anak serta keluarga untuk sama-sama pergi membuat review since Projek Blogger Utara ditubuhkan. Ini bukan juga hasil team ahli-ahli Projek Blogger Utara, tetapi seluruh keluarga Projek Blogger Utara sama-sama menjayakan. Kadang-kadang tu angkut semua anak beranak pergi review. Kami sudah macam keluarga sendiri. Kamu..kamu..dan kamu memang 'deserve it'. Terima kasih kepada Encikboss kami Cikpinz yang sentiasa memberi tunjuk ajar, menjaga kami, memberi nasihat walaupun memang makan dalam kata-kata beliau, namun kami anggap itu semua satu motivasi kami untuk terus maju dan sentiasa berfikiran terbuka. Dan yang penting mujurlah kami-kami ni satu kepala. Kepala weng-weng hahaha
Projek Blogger Utara berusaha memperkenalkan khidmat blogger kepada industri di kawasan Utara untuk mempromosikan perkhidmatan dan barangan kerana ia masih baru. Tidak seperti di Kuala Lumpur. Memang banyak rintangan tapi tak sia-sia kerana industri di Utara sudah mula nampak keberkesanan pengiklanan menggunakan khidmat blogger. 

 Tidak lupa juga kami ingin  berterima kasih juga kepada kawan-kawan/follower-follower kami di luar sana yang memberi sokongan kepada team kami.


Anugerah disampaikan oleh YB Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.


Malam itu kami yang punya. Tidur pun dalam senyuman hakhakhak (bagi can lah kami seronok sat na)


Antara penerima anugerah pada malam itu :-

➚Most Engaging Social Media 2017- Neyrashazeyra 
➚Most Engaging Blog 2017- kisahemasputih.com 
➚Promising Blogger Group of The Year 2017- Projek Blogger Utara
➚Best Foodie Blogger 2017- Mahamahu.com
➚Best Travel Blogger 2017- Projektravel.com
 ➚Best Lifestyle Blogger 2017- Ciklilyputih.com
➚Blogger of The Year 2017- Redmummy.com
➚Digital economy Champion- MDEC 
➚Fast Growing Social Media Company- Misi Viral

Tahniah kepada semua pemenang!


Terima kasih pada penaja-penaja #SBB2017 :-
Kenangan yang tidak dapat dilupakan. Diharapkan pihak Denaihati Network tidak serik untuk meneruskan lagi majlis Sepetang Bersama Blogger pada tahun-tahun yang akan datang. Majlis ini bukan sahaja dapat mengumpul semua para social media/bloggers tetapi tempat menimba ilmu juga.

Entry seterusnya, El tak sabar nak kongsikan dengan kawan-kawan semua swafoto bersama blogger-blogger yang sempat El ambil. Tunggu tau hihi

You Might Also Like

9 uols awesome

  1. Tahniah buat kak el dan team PBU.. banyak usaha..

    BalasPadam
  2. Tahniah el dan PBU. Keep up the good work.

    BalasPadam
  3. Tahniah tok dan PBU. Hensem EncikBoss hampa tu kan.

    BalasPadam
  4. Majlis yg meriah. Tahniah El dan PBU.. semoga terus sukses semuanya... aamiin :) :)

    BalasPadam
  5. Tahniah buat El dan geng PBU. korang memang hebat.
    Janji Kita

    BalasPadam
  6. tahniah #PBU

    thanks EncikBoss kerana tunjuk ajr yg diberikan

    BalasPadam
  7. Tahniah Kak El dan Team.. U guys memang ohsem..

    BalasPadam
  8. tahniah buat #PBU dan terima kasih kepada encikboss yang turut sama memberi tunjuk ajar dalam berblog. moga makin maju jaya di masa akan datang.

    BalasPadam