BUFET RAMADAN DI ICONIC HOTEL PENANG | DAPOQ PAK BEH

5:11 PTG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak. Semoga kali ini kita sama-sama dapat mengunakan bulan yang baik ini sebaiknya. Bila sahaja bulan puasa tiba, tentunya ramai yang tercari-cari bufet ramadan yang menyediakan pelbagai hidangan yang sedap. Ramai dikalangan kita juga berkongsi tempat-tempat berbuka puasa. Tidak ketinggalan juga beberapa hotel yang turut menyediakan sajian berbuka puasa untuk mereka yang inginkan kelainan berbuka puasa di luar bersama keluarga dan rakan-rakan. 


Kali ini El nak kongsikan bersama anda semua hidangan Bufet Ramadan dari Iconic Hotel Penang. Iconic Hotel ini terletak di Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Penang. Dengan bertemakan Dapoq Pak Beh, pihak hotel menyediakan lebih 160 hidangan. Pihak hotel juga turut menghiasi dewan makan dengan dekorasi ala-ala kampung untuk memberi pengunjung merasai suasana kampung ketika berbuka puasa.
Bufet ramadan kali ini bermula pada 27 May-24 Jun, 2017.




 
 

Selain itu juga, pengunjung juga ditemani dendangan muzik tradisional secara live ketika berbuka puasa. Memang mengasyikkan. Yang uniknya, sajian nasi dan lauk-pauk dihidangkan di dalam belanga yang tersedia di beberapa pondok kecil. 


NASI DAN LAUK-PAUK DAPOQ PAK BEH
















Terdapat 3 jenis nasi disediakan, nasi putih, nasi tomato dan nasi beriani. Lauk-pauk pula terdiri daripada 10 jenis antaranya ayam masak merah, ketam masak lemak cili padi, sotong goreng kunyit, ayam percik, daging masak hitam berbijan, ulam-ulaman, pelbagai kerabu, sup daging, sup kambing, bubur lambuk, rojak buah dan banyak lagi pilihan yang ada.

ACTION STALL DAPOQ PAK BEH

Terdapat lebih dari 7 gerai yang menyajikan pelbagai menu panas-panas seperti char kueh teow, murtabak, Nasi ayam hainan, bihun sup, laksa, sate, kambing golek, ais kacang, cucur udang, roti jala dan gulai kawah. Memang rambang mata dibuatnya. El dah jemu makan nasi, menu-menu begini adalah pilihan El hihi. 

 

 





Pilihan menu yang dinanti-nanti oleh pengunjung tentunya pilihan pencuci mulut dan pelbagai air minuman. Di sini ada kelainan dari hotel yang El pernah kunjungi. Ada disediakan serawa pulut durian dan murtabak durian. Memang teruja sedikit hihi. Pelbagai kuih-muih tradisional dari kuih melaka, kuih lapis, puding roti, kuih lopeh. Pelbagai minuman juga disediakan seperti teh tarik dan air buah-buahan. Memang tak tahan dugaan hihi. Anda wajib berkunjung ke sini untuk menikmati juadah dari pihak Hotel Iconic. 







Harga Bufet

Harga Biasa
RM58 (A)
RM29 (C)
Kanak-kanak bawah 4 tahun percuma

Promosi Baucar Pembelian Awal (Early bird)
RM48 (A) -baucar terhad 

Kemudahan surau juga disediakan untuk para pengunjung beragama Islam
   


Sebarang pertanyaan boleh hubungi
+6 04 505 9988
Facebook: https://www.facebook.com/iconichotelpenang/




 Terima kasih pihak hotel kerana sudi menjemput kami team #projekbloggerutara

You Might Also Like

9 uols awesome

  1. Sedap nampak makanan kat hotel iconic ni..

    BalasPadam
  2. Nice hotel to visit upon...Delicious cuisines serve here..^_^

    BalasPadam
  3. wuuuuu kak el, iolls tengok terus berkeroncong perut .. yg penting kak el gojes sgt

    BalasPadam
  4. Murahnyaaa 29 ringgit pun boleh dapat. Memang syok bila ada buffet ramadhan ni, macam macam pilihan makanan ada :)

    BalasPadam
  5. Sedap sangat tengoknye, boleh nanti buka puasa disana. :-)

    BalasPadam
  6. suka suasananya.. yang paling penting murah harganya..

    BalasPadam