101 RESEPI PENUH TRADISI TOK WAN | BUFET RAMADAN 2017 DI VISTANA HOTEL BUKIT JAMBUL PENANG

11:56 PG

Assalamualaikum
Salam sejahtera

 101 RESEPI PENUH TRADISI TOK WAN | BUFET RAMADAN DI VISTANA HOTEL BUKIT JAMBUL Dengan temanya kali ini 101 Resepi Penuh Tradisi Tok Wan, Vistana Hotel Bukit Jambul mempersembahkan sajian turun temurun. Nama Tok Wan diinspirasi dari negeri Pahang dari panggilan nenek. Ini adalah pengalaman pertama El membuat food review di Vistana Hotel Bukit Jambul.


Sebelum itu El sempat bertemubual dengan General Manager Vistana Hotel, Mr. Wayne Lee. Seorang yang peramah dan fasih berbahasa Malaysia. Beliau mengatakan majlis ini bukan sahaja untuk memperkenalkan bufet ramadan tetapi juga untuk mengeratkan silaturahim antara pihak hotel dengan orang ramai terutamanya pihak social media, jiran-jiran, para pelanggannya yang memberi sokongan kepada mereka selama ini. Ini adalah masanya untuk mereka beramah mesra sambil menikmati pelbagai juadah.


 Nikmati juadah turun temurun di Vistana Hotel Bukit Jambul yang akan bermula pada 29hb May sehingga 24hb Jun 2017 bertempat di Ballroom ground floor. 
 


Kali ini dapat membawa 2 orang anak El, Alana dan Ariqa bersama. Sedikit kelam-kabut sebab anak-anak dah tak sabar nak makan dessert hahaha.
 







Untuk sajian utama, terdapat 3 jenis nasi yang disediakan iaitu, nasi putih, nasi hujan panas dan nasi briyani. Terdapat lebih dari 10 jenis lauk-pauk yang disediakan seperti ikan cencaru belah belakang, rendang tok, siput belitung masak lemak cili padi, gulai daging, gulai lemak pucuk paku, sambal udang petai, pucuk ubi masak lemak dan pelbagai lagi.
Pelbagai kerabu juga tidak ketinggalan untuk para pengunjungnya seperti kerabu mangga, kerabu sotong, jantung pisang, kerabu kaki ayam serta ulam-ulaman. 


Menu pertama yang El terjah adalah rendang tok, ketupat dan lemang. Tak sabar nak rayalah katakan. Alahai lembut sangat dagingnya. Anda semua kena tau datang sini dia punya rendang memang sedap!







Menarik di sini terdapat gerai-gerai yang menyediakan 'Penang favourites food' seperti, asam laksa, murtabak, rojak, nasi ayam, kerang rebus dan rojak. El cuba menu asam laksa ditambah dengan sos otak udang memang layan hihi. Di sini juga terdapat 5 jenis bubur yang disajikan antaranya bubur pulut hitam dan pengat pisang




Menu yang menjadi rebutan para pengunjung adalah Kambing Bakar dan sate di mana mereka membakar dan menyajikan secara pana-panas disertakan pelbagai sos istimewa seperti sos black pepper, sos manis dan pedas.



Bahagian paling mengujakan tentunya bahagian pencuci mulut. Terdapat pelbagai pencuci mulut yang disajikan. Rambang mata tengok comel-comel kuih-muih dengan pelbagai rekaan dan hiasan. Antara pencuci mulut yang terdapat di sini ialah kuih cara manis, onde-onde, seri muka, ketayap, kuih loyang dan juga pelbagai puding untuk anda rasai. Anda juga boleh mencuba ais kacang dan pelbagai minuman sejuk dan panas.
 

 Selain itu juga pengunjung boleh menikmati persembahan live sambil menikmati juadah berbuka.

Ini adalah antara menu-menu yang sempat El kongsikan bersama anda semua. Ada banyak lagi yang tak sempat El kongsikan. Ha oleh itu anda kena datang sendiri untuk melihat dan menikmati juadah berbuka nanti, jangan lupa untuk jadikan Vistana Hotel Bukit Jambul pilihan untuk anda berbuka di luar bersama keluarga dan rakan-rakan.  

Harga Bufet
RM70nett (A)
RM30nett (C) 4-12 yr


Untuk tempahan dan maklumat lain  boleh hubungi:
Telefon: 04-6468000
Email: vispg@ytlhotels.com.my
www.vistanahotels.com


Terima kasih pihak hotel yang sudi menjemput kami team #projekbloggerutara. 

You Might Also Like

9 uols awesome

  1. xlunch lg ni..tgk menu2 smua ni trus lapar wei hehe

    BalasPadam
  2. Fuhhhh meleleh air liur tengok. Hahah!

    BalasPadam
  3. Hai kak El sayang. Hehehe. Okay malam ni nak boom blogg kak el sebab uyul akan ke penang malam nih. Boleh la blogwalking dalam bas.

    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    BalasPadam
  4. Fuhhh semuanya sedap2.. klu tengok esok siang lagilah tak tahan ni.. menyelerakan! :)

    BalasPadam
  5. Banyak sungguh pilihan juadahnya. Mau rambang tak tau nak makan mana
    Janji Kita

    BalasPadam
  6. semua sedap2 kau...nak p lg nk p lg

    BalasPadam
  7. Cencari belah belakang dengan gulai siput tu memang menarik..

    BalasPadam
  8. sedap kan El.. suka desert dia yang pelbagai tu

    BalasPadam
  9. vistana kl puns sedap jugak... ermmm mana2 vistana memang sedap lah

    BalasPadam