05/01/2017 - 06/01/2017 - LIFESTYLE BLOGGER

Sabtu, 27 Mei 2017

SWAFOTO BERSAMA BLOGGER | SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2017

12:48 PTG 17
SWAFOTO BERSAMA BLOGGER | SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2017
Assalamualaikum
Salam sejahtera

Entry terakhir Sepetang Bersama Blogger 2017. Hehe nak cerita satu entry macam panjang sampai cium lantai. So El buatkan part by part. So bolehlah bercerita momen-momen yang tidak dapat dilupakan untuk SBB2017 kali ini.

Entry terakhir ini El nak share dengan kawan-kawan semua, blogger yang sempat El berswafoto di majlis Sepetang Bersama Blogger 2017 yang lepas. Di majlis ini bukan sahaja kita dapat bersuai kenai antara blogger, malah dapat menimba ilmu. Berbaloi datang dari jauh untuk ke majlis SBB2017.


Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, kami team #projekbloggerutara merupakan blogger yang terawal sekali sampai ke majlis Sepetang Bersama Blogger yang diadakan di Pusat Kebudayaan Matic Kuala Lumpur. Disebabkan dah sampai awal, sempatlah kami berswafoto dengan blogger-blogger yang hadir ke majlis tersebut.

Dibandingkan dengan majlis yang lepas pada 2016, kali ini kami team #projekbloggerutara tidak kekok sangat bila bertemu blogger-blogger pada hari tersebut. Kami lebih ramah dan terlajak 'joyah' haha. Encikboss kami dah pesan, jangan diam-diam je, sila beramah mesra dengan blogger yang lain. Di SBB2016, kami banyak melepak di meja sendiri. Al-maklumlah masa itu, culture shock hahaha. 


Majlis Sepetang Bersama Blogger ini terbahagi pada 2 slot iaitu slot petang dan malam. Blogger yang kami tidak sabar nak jumpa pada majlis tersebut tentunya orang kuat Denaihati, Hisyamuddin Fadzil (kid) haha. Mujurlah kid sudi izinkan letak barang-barang kami sekejap di bilik urusetia. Kami pernah jumpa pada majlis SBB2016, tapi tidak berapa ramah sangat haha. Sejak #projekbloggerutara dapat bekerjasama dengan Denaihati tahun ini, kami mula menjadi rapat. So tidak kekok sangat bila berjumpa hari tu haha. Sorry kid kami asyik kacau hangpa je hari tu dan terima kasih sebab percayakan team #projekbloggerutara dan sentiasa memberi motivasi dan nasihat.


 Blogger kedua yang kami jumpa ialah Helmi Julia. Ju pun datang awal juga hari tu Sempatlah bersembang  dan bergelak. Maafkan jika hari tu kami terlebih 'joyah' haha. Terima kasih sudi bergambar dan berkawan dengan kami na

 
 Kemudian sambil tunggu blogger yang lain datang, sempat jugalah berswafoto dengan foodies blogger, Mahamahu dan blogger Nazlan Nasir.




Blogger ke4 yang El jumpa of course idola El siapa lagi blogger terkenal kak Ana Jingga. Tengok kelibat dia, El dah teruja. Terus terkam kihkihkih. Orangnya kecil molek je. Tapi kak Ana tak habis-habis duk kata dia gemuk haha. Sweet orangnya. Tak tau bila lagi nak jumpa kak Ana. Dah mula rindu



Blogger seterusnya jengjengjeng adik Uyul Rosli dar Johor. Ya Allah comel dan gorgeos sangat adik Uyul ni. Ish muka El macam mak lampir je kan. Kenal Uyul baru je, tapi dah mesra macam kenal lama haha. Thanks dik sudi berkawan ngan hakak.



Teruja dapat bergambar blogger Mia Liana. Blog dia sentiasa menjadi panduan untuk mantapkan lagi penulisan dalam blog, tutorial, tips banyak lagi. Peace yaw hihi




The one and only the coolest ostad in the world. Dengan tagline dia #jomjomyeah. Ostad Khir Khalid sumber inspriasi El  dan seorang yang sempoi. Kami pernah bersua pada majlis SBB2016 yang lepas. Kami panggil dia ostad sebab cara dia buat video dan lengok percakapan tu macam seorang ustaz. Terus melekat title ostad sampai sekarang. Mudah-mudahan manalah tau boleh jadi ostad amin.


Berswafoto pula dengan Chef dari Jitra, Kedah EnyYusnizar. Orangnya comel sangat. Selalu je skodeng fb dan ig kak eny tengok dia masak apa hari ini haha.



Seronok tak terhingga dapat berswafoto dengan blogger terkenal tak lain tak bukan Cik Lily. Humble sangat orangnya. Tahun lepas sempat bertegur sekejap je. Kali ini macam dah kenal lama. Mujur dia kata kenal El haha. Stress tengok dia post banyak gambar makanan dalam IG. Al-maklumlah #bloggerkakimakan kan hihi.


Terpegun jap tengok Blogger Suria Amanda aka Parizan. Lawa orangnya. One of blogger yang nak jumpa sangat. Tahun lepas dia tak dapat pergi. Kali ini dapat berjumpa yeay. Kalau pergi kat blog dia banyak dia share tentang masakan. Kadang-kadang cerita pasal si kembar tu. Nice to meet ya SA. 

 
Alah sian kawan kita sorang ni. Dia tak sihat hari tu. Izwa. Pernah jumpa masa sbb2016. Haha jumpa-jumpa macam dah kenal lama. Teringat lagi El 1st time jumpa, terus menjerit haha. Ingat Izwa ingat adik mokmok yang over comel tu hihi. Beb, hopefully our friendship never ends ok. amin


Sebelum majlis bermula, sempat kami ajok abang Amir berswafoto haha abanglah kunun. El tanyo Tn.Hj Amir kenal tak kami blogger utara. Ha yang naik ets tu kan. Kenal-kenal. Mujur kenal kalau tak kami merajuk tak mai dah sbb tahun depan hihi. 


Dapat jumpa adik2 blogger yang cunmel (cun/comel)
Si tudung hitam adik Ainn Baharom, si tudung merah adik Syida dan pengantin wannabe adik Zaza Iman.


Adik kesayangan Nora. Kami antara blogger yang dah kenal lama kut since blogging. 1st time jumpa di #sbb2016. All the best in your life adik. 


The one and only blogger #langgarpintu Rafzantomomi aka Momi. Serious El nak jumpa sangat Momi ni. Pemes kut haha. Ku mencari cari di seluruh pelusuk dewan malam tu..nampak2 terus ku jerit2 momiiii.. nasib hang kenal hakak ko ni Momi haha. Comel ngat ngat hang ni. Lupa nak posing ala2 #langgarpintu hang tu..next time wajib ok 

Ha yang belakang tu El dah memang kenal lama dah. Dedulu rajin berbalas komen dlm blog/shoutbox bagai. Kenal lama giler kut. Pas2 lost contact kengkonon. Baru2 ni dia terjah IG El katanya macam kenal. Rupanya kak EL yang dulu selalu komen blog dia. Kau kan memang hahaha. Nice to met ya dik Afzalsukasuki


1st time jumpa terus ya Allah tingginya kau Jamar (dalam hati) haha. Siapa tak kenal Jamar Bahar bapak dua orang budak yang terlajak comel dayyan harith ngan danish hayyan. 


Sempat berswafoto dengan Blogger terkenal Redmummy. Sempat berlawan bulu mata dengan El haha. Bulu mata kau kemain katanya hahaha. Tahniah atas award Blogger of the Year. 


Berswafoto dengan Blogger Hebat, Mak Dara


Nak balik tu dapat berswafoto dengan Blogger kecik molek Uzu aka emasputih. Tahniah atas kejayaan award Most Engaging BLog 2017

Rasa ada lagi gambar tapi mungkin dalam camera blogger lain. Macam tak puas jer bergambar tapi alhamdulilah seronok dapat berjumpa dengan blogger-blogger yang hebat2 hari tu. Pada yang lain insyallah kita jumpa lagi di #sbb yang akan datang 

SELAMAT BERPUASA SEMUA!!


Khamis, 25 Mei 2017

101 RESEPI PENUH TRADISI TOK WAN | BUFET RAMADAN 2017 DI VISTANA HOTEL BUKIT JAMBUL PENANG

11:56 PG 9
101 RESEPI PENUH TRADISI TOK WAN | BUFET RAMADAN 2017 DI VISTANA HOTEL BUKIT JAMBUL PENANG
Assalamualaikum
Salam sejahtera

 101 RESEPI PENUH TRADISI TOK WAN | BUFET RAMADAN DI VISTANA HOTEL BUKIT JAMBUL Dengan temanya kali ini 101 Resepi Penuh Tradisi Tok Wan, Vistana Hotel Bukit Jambul mempersembahkan sajian turun temurun. Nama Tok Wan diinspirasi dari negeri Pahang dari panggilan nenek. Ini adalah pengalaman pertama El membuat food review di Vistana Hotel Bukit Jambul.


Sebelum itu El sempat bertemubual dengan General Manager Vistana Hotel, Mr. Wayne Lee. Seorang yang peramah dan fasih berbahasa Malaysia. Beliau mengatakan majlis ini bukan sahaja untuk memperkenalkan bufet ramadan tetapi juga untuk mengeratkan silaturahim antara pihak hotel dengan orang ramai terutamanya pihak social media, jiran-jiran, para pelanggannya yang memberi sokongan kepada mereka selama ini. Ini adalah masanya untuk mereka beramah mesra sambil menikmati pelbagai juadah.


 Nikmati juadah turun temurun di Vistana Hotel Bukit Jambul yang akan bermula pada 29hb May sehingga 24hb Jun 2017 bertempat di Ballroom ground floor. 
 


Kali ini dapat membawa 2 orang anak El, Alana dan Ariqa bersama. Sedikit kelam-kabut sebab anak-anak dah tak sabar nak makan dessert hahaha.
 







Untuk sajian utama, terdapat 3 jenis nasi yang disediakan iaitu, nasi putih, nasi hujan panas dan nasi briyani. Terdapat lebih dari 10 jenis lauk-pauk yang disediakan seperti ikan cencaru belah belakang, rendang tok, siput belitung masak lemak cili padi, gulai daging, gulai lemak pucuk paku, sambal udang petai, pucuk ubi masak lemak dan pelbagai lagi.
Pelbagai kerabu juga tidak ketinggalan untuk para pengunjungnya seperti kerabu mangga, kerabu sotong, jantung pisang, kerabu kaki ayam serta ulam-ulaman. 


Menu pertama yang El terjah adalah rendang tok, ketupat dan lemang. Tak sabar nak rayalah katakan. Alahai lembut sangat dagingnya. Anda semua kena tau datang sini dia punya rendang memang sedap!







Menarik di sini terdapat gerai-gerai yang menyediakan 'Penang favourites food' seperti, asam laksa, murtabak, rojak, nasi ayam, kerang rebus dan rojak. El cuba menu asam laksa ditambah dengan sos otak udang memang layan hihi. Di sini juga terdapat 5 jenis bubur yang disajikan antaranya bubur pulut hitam dan pengat pisang




Menu yang menjadi rebutan para pengunjung adalah Kambing Bakar dan sate di mana mereka membakar dan menyajikan secara pana-panas disertakan pelbagai sos istimewa seperti sos black pepper, sos manis dan pedas.



Bahagian paling mengujakan tentunya bahagian pencuci mulut. Terdapat pelbagai pencuci mulut yang disajikan. Rambang mata tengok comel-comel kuih-muih dengan pelbagai rekaan dan hiasan. Antara pencuci mulut yang terdapat di sini ialah kuih cara manis, onde-onde, seri muka, ketayap, kuih loyang dan juga pelbagai puding untuk anda rasai. Anda juga boleh mencuba ais kacang dan pelbagai minuman sejuk dan panas.
 

 Selain itu juga pengunjung boleh menikmati persembahan live sambil menikmati juadah berbuka.

Ini adalah antara menu-menu yang sempat El kongsikan bersama anda semua. Ada banyak lagi yang tak sempat El kongsikan. Ha oleh itu anda kena datang sendiri untuk melihat dan menikmati juadah berbuka nanti, jangan lupa untuk jadikan Vistana Hotel Bukit Jambul pilihan untuk anda berbuka di luar bersama keluarga dan rakan-rakan.  

Harga Bufet
RM70nett (A)
RM30nett (C) 4-12 yr


Untuk tempahan dan maklumat lain  boleh hubungi:
Telefon: 04-6468000
Email: vispg@ytlhotels.com.my
www.vistanahotels.com


Terima kasih pihak hotel yang sudi menjemput kami team #projekbloggerutara. 

Rabu, 24 Mei 2017

GALA DINNER DAN AWARD NIGHT | SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2017

11:59 PG 9
GALA DINNER DAN AWARD NIGHT | SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2017
Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Bersambung dengan entry DI SINI, malamnya pula kami menghadiri untuk Gala Dinner dan Award Night di Saloma Bistro. Pertama kali El menjejakkan kaki ke Saloma Bistro. Selalu juga dengar ramai artis-artis Malaysia yang berkunjung ke sini. Maknanya El pun bakal jadi artis ke?Ada hati ye haha.

Untuk makluman kawan-kawan semua untuk majlis Sepetang Bersama Blogger 2017, kali ini terdapat dua slot iaitu siang dan malam. Terpulang kepada blogger untuk menghadiri salah satu atau kedua-dua slot tersebut.  El memilih untuk menghadiri kedua-dua slot. Alang-alang datang dari jauh dan teringin juga untuk menghadiri Gala Dinner & Award Night yang pertama kali diadakan. Bertambah berdebar bila ada penganugerahan untuk para social media. El dah berangan depan cermin untuk buat ucapan. Positif kena ada manalah tahu ada rezeki ahak.


Tema untuk Gala Dinner & Award Night malam itu ialah Glam dan Glitters. Mulalah El berangan nak pakai baju yang bling-bling, bermanik dan berlabuci. Ada juga cari sponsor, tapi malangnya baju semua terlajak glam dan macam baju pengantin haha. Akhirnya, pakailah baju apa yang ada, janji makeup malam tu terlajak gorgeous (perasan) haha


Disebabkan masa yang agak singkat, kami bertiga El, Eyda dan Zai terpaksa keluar awal dari program siangnya (terlepas slot affiliate dan content penulisan) kerana nak check-in hotel. Mujur hotel kami Summer Suite Hotel (service apartment) hanya 6 minit jalan ke Matic dan Saloma Bistro. Kami sempat bersihkan diri dan menukar baju untuk Gala Dinner & Award Night. Program siangnya El dah macam mak lampir. Manakan tidak sesubuh dah naik ets dari Bukit Mertajam. Apa lagi muka pun macam mak lampirlah.


Gala Dinner & Award Night bermula jam 7.00 malam untuk pendaftaran. Ada juga melihat kelibat-kelibat blogger yang tidak dapat hadir slot siang datang untuk slot malamnya. Seronok melihat blogger-blogger yang melaram bukan main. Mujur juga kami book hotel berdekatan tidaklah berebut tandas di Saloma tempoh hari hehe.

Malam itu sangatlah meriah. Makanan pun tersangat sedap. Teringat lagi cucur udang dia yang sedap tu. Berkali duk berulang makan cucur hihi. Selain itu juga ada persembahan kebudayaan dan persembahan dari penyanyi AF Erul dengan lagu kpopnya. Kaki tangan dah mula duk goyang-goyang hihi


Kami team #projekbloggerutara tertunggu-tunggu jugalah manalah tahu dapat lucky draw malam tu. Salah seorang dapat pun oklah hihi. Namun, bukan rezeki kami kut malam tu. Tapi rezeki kami dapat Anugerah Promising Blogger Group of the year. Speechless!!!

ANUGERAH PROMISING BLOGGER GROUP OF THE YEAR 2017
 
Tidak dapat bayangkan perasaan kami ketika itu. Terkejut!Terkedu!Menangis kegembiraan. Kegigihan kami bersama menaikkan nama Projek Blogger Utara membuahkan hasil. Projek Blogger Utara baru sahaja ditubuhkan pada Januari 2016. Baru setahun lebih jugaklah. Alhamdulilah berkat usaha team yang tidak pernah jemu memberi sokongan padu sampai sanggup menghabiskan wang ringgit, sanggup memohon cuti, sanggup meninggalkan suami dan anak-anak serta keluarga untuk sama-sama pergi membuat review since Projek Blogger Utara ditubuhkan. Ini bukan juga hasil team ahli-ahli Projek Blogger Utara, tetapi seluruh keluarga Projek Blogger Utara sama-sama menjayakan. Kadang-kadang tu angkut semua anak beranak pergi review. Kami sudah macam keluarga sendiri. Kamu..kamu..dan kamu memang 'deserve it'. Terima kasih kepada Encikboss kami Cikpinz yang sentiasa memberi tunjuk ajar, menjaga kami, memberi nasihat walaupun memang makan dalam kata-kata beliau, namun kami anggap itu semua satu motivasi kami untuk terus maju dan sentiasa berfikiran terbuka. Dan yang penting mujurlah kami-kami ni satu kepala. Kepala weng-weng hahaha
Projek Blogger Utara berusaha memperkenalkan khidmat blogger kepada industri di kawasan Utara untuk mempromosikan perkhidmatan dan barangan kerana ia masih baru. Tidak seperti di Kuala Lumpur. Memang banyak rintangan tapi tak sia-sia kerana industri di Utara sudah mula nampak keberkesanan pengiklanan menggunakan khidmat blogger. 

 Tidak lupa juga kami ingin  berterima kasih juga kepada kawan-kawan/follower-follower kami di luar sana yang memberi sokongan kepada team kami.


Anugerah disampaikan oleh YB Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.


Malam itu kami yang punya. Tidur pun dalam senyuman hakhakhak (bagi can lah kami seronok sat na)


Antara penerima anugerah pada malam itu :-

➚Most Engaging Social Media 2017- Neyrashazeyra 
➚Most Engaging Blog 2017- kisahemasputih.com 
➚Promising Blogger Group of The Year 2017- Projek Blogger Utara
➚Best Foodie Blogger 2017- Mahamahu.com
➚Best Travel Blogger 2017- Projektravel.com
 ➚Best Lifestyle Blogger 2017- Ciklilyputih.com
➚Blogger of The Year 2017- Redmummy.com
➚Digital economy Champion- MDEC 
➚Fast Growing Social Media Company- Misi Viral

Tahniah kepada semua pemenang!


Terima kasih pada penaja-penaja #SBB2017 :-
Kenangan yang tidak dapat dilupakan. Diharapkan pihak Denaihati Network tidak serik untuk meneruskan lagi majlis Sepetang Bersama Blogger pada tahun-tahun yang akan datang. Majlis ini bukan sahaja dapat mengumpul semua para social media/bloggers tetapi tempat menimba ilmu juga.

Entry seterusnya, El tak sabar nak kongsikan dengan kawan-kawan semua swafoto bersama blogger-blogger yang sempat El ambil. Tunggu tau hihi