03/01/2017 - 04/01/2017 - LIFESTYLE BLOGGER

Jumaat, 31 Mac 2017

GAMBAR KAHWIN SHARNAAZ AHMAD DAN NOOR NABILA

10:41 PTG 19
GAMBAR KAHWIN SHARNAAZ AHMAD DAN NOOR NABILA
GAMBAR KAHWIN SHARNAAZ AHMAD DAN NOOR NABILA| Selesai sudah sebentar tadi pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila akhirnya telah selamat diijabkabulkan dengan mas kahwin sebanyak RM1000. 


Kacak sungguh pelakon Sharnaaz Ahmad berbaju melayu serba putih rekaan Putra Cosry. El terpegun tengok baju nikah Noor Nabila. Teringin pula nak pakai cenggitu boleh hihi cantik sangat kan. Mana tak cantik hasil rekaan designer tersohor Datuk Radzwan Radzwil. 











 

Majlis resepsi bagi pihak perempuan pula akan diadakan pada 2 April 2017 bertempat di Royal Chulan Damansara manakala majlis resepsi bagi pihak lelaki bertempat di Straits Quay Convention Centre, Penang (alamak buat kat Penang tu. Sharnaaz dan Nabila tak nak jemput El ke?hehe

El suka dengan lakonan Sharnaaz ni sebab selamba jer. Muka ganas pun lawak dan suwit hihi. 




Selamat pengantin baru dan semoga menjalani kehidupan berumahtangga dengan happy dan diberkati kehidupan di dunia dan akhirat bahagia hingga ke jannah amin

Khamis, 30 Mac 2017

GAMBAR KAHWIN NORA DANISH DAN NEDIM

11:44 PTG 18
GAMBAR KAHWIN NORA DANISH DAN NEDIM
GAMBAR KAHWIN NORA DANISH DAN NEDIM | Tahniah diucapkan kepada pelakon terkenal, Nora Danish yang telah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya Nedim Nazri di sebuah lokasi berdekatan Seputeh, Kuala Lumpur malam tadi

Majlis ini telah diadakan secara tertutup yang turut dihadiri oleh saudara dan rakan terdekat Nora dan juga Nedim.   






Alhamdulilah tamat sudah desas desus gosip bercinta mereka berdua yang menjadi perhatian ramai. Semoga bahagia hingga ke jannah amin

PERASMIAN PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH SAW OLEH MENTERI BESAR KEDAH YAB DATO' SERI DIRAJA AHMAD BASHAH BIN MD HANIPAH

12:55 PTG 6
PERASMIAN PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH SAW OLEH MENTERI BESAR KEDAH YAB DATO' SERI DIRAJA AHMAD BASHAH BIN MD HANIPAH
Alhamdulilah selesai sudah majlis perasmian Pameran Artifak Rasulullah SAW dan para Sahabat yang telah pun dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah Bin Md Hanipah pada Isnin lepas 27hb March, 2017 di Muzium Negeri Kedah.

Pameran ini telah pun berlangsung pada 20hb March yang lalu telah mendapat sambutan yang luar biasa dari orang ramai bukan sahaja di Kedah malah dari serata negeri semata-mata untuk melihat artifak-artifak Rasulullah SAW dan para sahabat dengan lebih dekat.

 Gambar perasmian yang disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah Bin Md Hanipah.








Bukan senang nak tengok artifak-artifak ini. Marilah ambil peluang untuk lihat secara dekat lagi sementara masih ada di Malaysia. Kalau tidak kena pergi jauh nun di negara Turki. Terdapat 27 artifak dipamerkan di pameran ini. Antara yang mendapat perhatian orang ramai adalah tapak kaki Rasulullah, Capal Rasulullah, Rambut Rasulullah, Janggut Rasulullah, Serban Rasulullah dan tongkat Rasulullah.

GAMBAR ARTIFAK boleh klik SINI

Untuk melihat video pameran pula El ada share satu video untuk anda tonton




 Antara para pengunjung yang berpeluang melihat artifak-artifak Rasululah SAW. Anda bila lagi :)

HARGA TIKET

Tarikh : 20 Mac - 19 April 2017
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Lokasi : Muzium Negeri Kedah
Harga Tiket adalah seperti di bawah:
* Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar – RM10.00 seorang
* Warga Emas – RM10.00 seorang
* OKU – RM10.00 seorang
* Kanak Kanak 6 tahun keatas - RM10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun - Percuma


 Pengunjung ke 14000. En Yazid dari Alor Setar

*Hadiah Pengunjung Bertuah*
Setiap 1,000 - Sehelai tshirt
Setiap 10,000 - Sehelai tshirt dan Al Quran Digital
Pengunjung ke 100,000 - Sehelai Tshirt, Al Quran Digital dan Pakej Umrah untuk Seorang.

TIKET PERCUMA!!!!

 
 
  
Terdapat pelbagai booth di perkarangan muzium




Untuk keterangan lebih lanjut boleh layari link ini:


SELAMAT HARI ULANG TAHUN YANG KE-6 NUR ALANA DELISHA

10:07 PG 9
SELAMAT HARI ULANG TAHUN YANG KE-6 NUR ALANA DELISHA
28hb March 2017 yang lepas hari jadi anak El no. 3  Nur Alana Delisha yg ke-6. Pagi kejadian tu, abang dan kakak dia lah buat spoil kata mama hari ini harijadi Alana kan.
El saja tak mau kecoh2. Sebenarnya El dah plan nak buat makan kek and bagi goodies bag kat tadika dan nursery.

Sebelum2 ni tak pernahlah sambut kat sekolah. Selalu sambut ngan family je. Tapi kali ni biar dia seronoklah sikit. Kesian pula kat dia, selalu je tengok kawan2 sambut birthday and bagi goodies bag. So kali ni giliran dia pula.  

Pagi2 dah buat muka masam sebab mama El tak buat kek apa pun pagi tu haha. Sehari sebelum tu dah janji ngan cikgu kelas dia ada buat kek and goodies bag tuk kawan2 Alana. Suruh cikgu handle. Sebab El kerja. Pukul 10.30 pagi tu ada orang hantar kek kat sekolah. Dah pesan kat cikgu suruh ambil gambar.



Ni gambar kawan2 Alana di sekolah tadika islam. Dah 2 tahun dia kat sini. Tahun ni last lah. Tahun depan dah darjah 1. Haihh macam tak ready je si Alana ni. Kecil sgt hihi.


Pernah tanya kat Alana. Alana nanti birthday nak kek ape. Laju je cakap Hello Kitty. Budak2 memang suka kek cengini. Senang tak payahlah nak grand2 sangat hihi


Selepas habis tadika tghari tu. Terus hantar dia pergi nursery pula. Dah pesan kat teacher birthday Alana hari ini. So nanti ambillah gambar and send kat whatsapp group. Dalam gambar ni ramai budak2 sekolah. Yang budak2 kecil semua tidur termasuklah anak El yang kecil tu Ariqa haha. Teacher cakap Ariqa tidur. Alahai kalau tak boleh bergambar ngan kakak Alana hihi



Alana memang terkejut jugaklah sebab 2x sambut birthday hari tu. Dia cakap "mama kenapa ada 2 kek untuk nana?Nana suka sangat Hello Kitty tu. Cute sangat.

Dia happy sangat dapat kek Hello Kitty and seronok tengok kawan2 nyanyi lagu birthday dia. Hehe


Insyallah Alana, semoga menjadi anak yang baik dan solehah. Semoga berjaya dalam pelajaran dan menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat amin. Ok nanti kita sambut birthday sama2 babah ngan mama pula. Sebab abang dan kakak awak dah bising tak dapat makan kek hahahaha

Rabu, 29 Mac 2017

KASUT CARLO RINO DARI LAZADA

11:38 PG 16
KASUT CARLO RINO DARI LAZADA
Assalamualaikum dan salam manis untuk semua :)

Isnin lepas pergi Aeon Bukit Mertajam untuk redeem voucher dari Lazada. Voucher redeem kasut Carlo Rino ini salah satu barang yang El dapat dalam Lazada Surprise Box yang lepas. Lazada macam tahu-tahu birthday wishlist tahun ni nak kasut. Sebab dalam entry sebelum ini entry Birthday Wishlist ada El mention nak kasut untuk birthday nanti. Rezeki El kut ye Alhamdulilah

Semalam di butik Carlo Rino lama jugalah nak dapat kasut sebab promoter di situ tak tahu pasal redeem voucher ni. Jenuh promoter tu call sana sini. Akhirnya promoter suruh El pilihlah kasut yang berkenan dihati. El pun macam tak tahu nak kata apa. Speechless. Rambang mata dibuatnya


Terima kasih Lazada. You make my day. Special thank you juga pada pihak Carlo Rino yang sudi sponsor kasut El. 


Bolehlah simpan untuk buat kasut raya nanti. Jimat dah. Sekarang macam best je nak start buat koleksi kasut almaklumlah #bloggerterkenal kekdahnya kena ada koleksi kasut2 senang nak pergi event hahaha #perahsantan sangat kan #silamuntah #janganmengata #jangankecamsaya ok :) #guraugurausaja (main hashtag pulak kat sini hehe)

 Walau birthday sales di Lazada dah habis tapi Lazada tetap bagi harga yang berbaloi untuk pelanggannya. Dapatkan kasut Carlo Rino dengan harga yang hebat. Ada banyak koleksi2 menarik jenama Carlo Rino


Klik SINI

 Klik SINI

Tengok tu ada sales sampai 71% boleh lah kawan2 usha buat stok kasut raya nanti :)

 

Jumaat, 24 Mac 2017

SAFI BALQIS OXYWHITE | KULIT WAJAH SIHAT BERSERI DAN CERAH SEMPURNA

9:25 PG 16
SAFI BALQIS OXYWHITE | KULIT WAJAH SIHAT BERSERI DAN CERAH SEMPURNA


SAFI BALQIS OXYWHITE | Proses pencerahan kulit wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan. Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap. 


Memahami impian setiap gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna, SAFI jenama halal No. 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite. 

Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman “Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BALQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin. Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi. Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam”

 

Kata beliau lagi, “Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secara efektif dengan memperlahankan pembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna”.

Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Untuk Kulit Wajah Normal)



Safi Balqis OxyWhite Pembersih Muka

-Aktiviti dan faktor persekitaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan teknologi Mikro Buih yang mewah berkrim ini bertindak:

a) membersih jauh ke dalam liang pori
b) menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan
c) mengekalkan kelembapan selepas penggunaan
d) sesuai untuk semua jenis kulit

Saiz pek: 50g/100g
RCP: RM7.30/RM12.30 (selepas GST)


  Safi Balqis OxyWhite Penyegar

- Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar Safi Balqis OxyWhite bertindak:

a) Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan 
b) Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
c) Memberi kesegaran tanpa  meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol

Saiz pek: 100ml
RCP: RM10.90 (selepas GST)



 Safi Balqis OxyWhite Krim Pelembap Gel

- Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak:

 a) Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
b) Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka
c) Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
d) Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam

Size pek: 45g
RCP: RM20.20 (selepas GST)

Alami kulit wajah cerah dan sihat dengan tona lebih sekata melalui Set Penjagaan Rangkaian Produk dari Safi Balqis OxyWhite. 

 Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI, boleh layari laman sosical SAFI: 

Instagram: @safimalaysia
Youtube: www.youtube.com/safimalaysia





Khamis, 23 Mac 2017

MAYBELLINE BB CUSHION FROM LAZADA

4:55 PTG 18
MAYBELLINE BB CUSHION FROM LAZADA
MAYBELLINE BB CUSHION |Hai kawan2 hari ini El nak share tentang satu produk kecantikan dari Maybelline iaitu BB Cushion
Ini adalah salah satu barangan yang El dapat dalam Birthday Surprise Box dari Lazada.


Tekstur BB cushion ni sangat ringan dan warna yang sangat cantik. 1st time El try BB cushion ni. Love Love Love

Ok kawan2 boleh dapatkan Maybelline BB cushion di Lazada sekarang sebab Lazada tengah adakan sales sehingga 90% sempena birthday Lazada yang ke-5. 

Esok last day sales ok. Cepat2 grab.


So, sini El share link untuk kawan2 yang ingin membeli Maybelline BB cushion. Ada free gift lagi


Ok di sini El share vlog El pakai Maybelline BB Cushion. 
Selamat menonton

PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH SAW DAN PARA SAHABAT DI MUZIUM NEGERI KEDAH

10:19 PG 16
PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH SAW DAN PARA SAHABAT DI MUZIUM NEGERI KEDAH



Pameran Artifak Rasulullah SAW dan para Sahabat R.A di Muzium Kedah

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW
Rukun Iman yang keempat adalah Percaya kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Beruntunglah kepada sesiapa yang sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada setiap hari kerana cukup banyak kebaikan dan rahmat apabila berselawat. Walaupun kita tidak dapat berjumpa dengan Rasulullah, namun ingatan dan berimannya kita kepada baginda adalah pada setiap hari. 

 
Alhamdulilah El dan keluarga berpeluang melihat dengan lebih dekat lagi antara artifak-artifak Rasulullah SAW dan para sahabat r.a di Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A di Muzium Negeri Kedah yang telah pun berlangsung pada 20/3/17 hingga 19/4/17

Emosi sekejap melihat artifak2 ini. Subhanallah Subhanallah Subhanallah Allahuakbar. Jom El share gambar2 yang El sempat ambil untuk tontonan kawan2 semua


Capal Rasulullah SAW


Serban Rasulullah SAW


Tongkat Rasulullah SAW
 

Penutup makam Rasulullah SAW


Darah bekam Rasulullah SAW


Pedang-pedang rampasan perang


Al-Quran bertatah emas


Bekas tapak kaki Rasulullah SAW (Di empat2 sisi kotak tu ada tertulis Saidina othman affan,umar al khattab, abu bakar as'sidiq dan ali abi talib R.A.)


Tulisan terkecil di sebiji beras kurus ke 15


Artifak-artifak Saidina Hassan dan Hussin


Jam matahari


Kunci makam Rasulullah


Takong Refleksi (Mesir Kuno) kurun ke 11


Kunci pintu kaabah Othmaniah



Panah (Busur) Rasulullah SAW


Batu bersurat (dari runtuhan Masjid Kaba' pada kurun ke 11)


Baju besi Panglima Berkuda Kerajaan Abbasiah




Terdapat banyak lagi artifak-artifak di pameran ini. Bersyukur berpeluang dapat tengok. Bukan senang nak tengok artifak-artifak Baginda ni. Di sini El ada share video semasa berkunjung ke sini. Check it out ok


 
HARGA TIKET

Dapatkan tiket secara online di:  
www.tamadunislam.com
  
* Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar – RM10.00 seorang
* Warga Emas – RM10.00 seorang
* OKU – RM10.00 seorang 
* Kanak-kanak 6 tahun keatas - RM10.00 seorang
(Bawah 6 tahun masuk percuma)

  Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam

 Untuk keterangan lebih lanjut boleh layari link ini:


 Cabutan Bertuah!!!
Setiap 1,000 - Sehelai T-shirt
Setiap 10,000 Sehelai T-shirt dan Al-Quran Digital
Setiap 100,000 - Sehelai T-shirt, Al-Quran Digital dan Pakej Umrah untuk seorang.

Antara pengunjung yang bertuah. 

  
Pengunjung ke 1000
 

Pengunjung ke 5000