02/01/2017 - 03/01/2017 - LIFESTYLE BLOGGER

Sabtu, 25 Februari 2017

GAMBAR KAHWIN JEP SEPAHTU DAN SARIYANTI

4:54 PTG 9
GAMBAR KAHWIN JEP SEPAHTU DAN SARIYANTI

GAMBAR KAHWIN JEP SEPAHTU DAN SARIYANTI| Terkejut baca dalam facebook tadi. Sari Yanti selamat diijabkabulkan dengan Jep Sepahtu. Bila masa diorang ni bercinta. Seingat El dulu si jep ni ada makwe kut ntahlah maybe gosip je tu ek. Dah jodoh kan. Tapi memang nampak sepadanlah diorang ni. 
 





 Tahniah diucapkan kepada pasangan Jep Sepahtu dan juga Sari Yanti yang selamat diijabkabul pada hari ini 25 Februari 2017.

Jep sebelum ini telah pun memberi bayangan dengan jelas bahawa dia selesa berkawan dengan Sari Yanti malah perkara yang sama turut diakui oleh pelakon wanita berkenaan sebelum ini. Bagaimanapun pasangan ini tidak gemar menggembar gemburkan kisah cinta meraka. 
  



Akhirnya, pasangan ini telah pun melangsungkan pernikahan pada hari ini di Dewan Mercu Mustapha Kamal sekitar 11.50 pagi tadi yang diakadkan oleh bapa pengantin perempuan, Dato’ Mohamad Nazar. Menurut BH Online, acara tersebut diadakan secara tertutup malah pihak media turut dihalang masuk. Kredit ohbulan



 

 
Semoga bahagia hingga ke jannah amin

Selasa, 21 Februari 2017

GOBLIN VS THE LEGEND OF THE BLUE SEA

10:36 PG 16
GOBLIN VS THE LEGEND OF THE BLUE SEA
Assalamualaikum haii semua..
Sejak 18 menjak ni el sangatlah senyap tak update langsung blog, ig dan fb. Whatsapp group pun senyap terus. Ini adalah penangan melayan drama korea GOBLIN dan THE LEGEND OF THE BLUE SEA.
1st drama korea yg el tengok tu ha winter sonata dengan autum in my heart. Pastu tahun lepas el tengok Love Rain dan Marry Me. Kesemua ini memang best gila ok. Korang x tengok lagi, bolehlah layan.

El marathon tengok 2 eh 3 drama korea terbaru tu sampai habis. Sampai sekarang el xleh move on dengan 2 drama korea ni. Memang best sangat. 10 bintang kut haha

GOBLIN

Ikutkan el terjebak dengan drama Goblin ni selepas tengok vlog traveller Uncle Zuan yang dia pun layan goblin juga. El pun apa lagi terus lah tengok. Rupanya best gila drama ni mencerita Goblin (jembalang) dan malaikai maut (grim reaper) menemui cinta mereka di zaman baru. Zaman dedulu diorg ni pendekar (goblin) dan raja (grim reaper) diorg ada sejarah pada zaman dahulu membawa ke zaman baru. Memang mula2 episod drama ini pening sebab banyak flashback. Sebab kehidupan Goblin dan Grim Reaper bersangkutan dengan zaman dahulu.

Untuk drama ini el suka sangat lagu2 dia compare dengan The Legend Of The Blue Sea. Scene2 menangis memang Goblin terbaik. Ayat2 cinta pun Goblin awesome haha

 

 

THE LEGEND OF THE BLUE SEA

El suka hero dan heroin dalam drama ni. Comel, kelakar, sepadan kalau boleh nak tengok lagi drama diorg berlakon bersama. Heroin dia memang kena sgt dengan karakter mermaid. Lee Min Ho aktor kacak lagilah buat iols rasa syok je tengok. El kagum dengan watak heroin yg membawa watak mermaid. Tengok behind the scene dia berenang untuk dptkan scene mermaid tu wow..mmg terbaik.
 
The legend of the blue sea ini menceritakan kisah cinta di zaman dahulu antara mermaid dengan seorang lelaki bangsawan. Pada zaman itu lelaki bangsawan itu mati dan lahir semula. Mermaid pula mencari kekasihnya dan kedua2nya telah bertentang mata namun kekasihnya tidak mengenalinya. Nak tahu cerita selanjutnya kawan2 kenalah tengok haha

Untuk drama ini aksi2 romantik dan romantik+kelakar memang drama ini paling best. Tempat2 diorg shot pun cantik sangat. Dah khatam drama ini pun el still xleh lupa lah haha. Suka tengok video behind the scene drama ni. Suka tengok Lee Min Ho dengan Jun Ji Hyun berlakon. Kalau lau real life diorg couple kan best. Tapi si heroin dah kahwin anak sorang. Lee Min Ho lak tgh dating dengan Suzy. 



  
 
 
Kawan2 lau nak tengok drama korean yang best..el rekomen 2 drama ni. El baru je lepas tengok drama ni Cinderella with 4 Knights pun best gila.


Bagi el, el suka The legend of the blue sea. Tapi dua2 drama ini memang BEST gila. Kawan2 ada x lagi drama korea yang best2 boleh share ye.

Rabu, 15 Februari 2017

PRELOVED SHAWL GIVEAWAY | EL DARWENA PAGE

9:47 PG 15
PRELOVED SHAWL GIVEAWAY | EL DARWENA PAGE

PRELOVED SHAWL GIVEAWAY

El nak war2kan pada kawan2 semua. El ada buat satu giveaway di facebook ok. Siapa2 ada akaun facebook boleh join giveaway tu ye. 

Sempena El Darwena Page ini, El nk buat giveaway 2 pasang shawl.
 
LIKE El Darwena Page
LIKE post giveaway ini
Share post ini di timeline anda (pastikan post ini public)
Tag 3 rakan anda di ruangan komen bawah pos ini

❤️ Seorang pemenang akan memenangi 2 pasang shawl iaitu shawl bubble dan shawl end curve.

❤️❤️ SEMOGA BERJAYA! ❤️

Rabu, 8 Februari 2017

CITREX AMG | KEKALKAN BENTUK BADAN YANG IDEAL DAN MENAWAN

3:01 PTG 15
CITREX AMG | KEKALKAN BENTUK BADAN YANG IDEAL DAN MENAWAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua

CITREX AMG KEKALKAN BENTUK BADAN YANG IDEAL DAN MENAWAN

CITREX AMG | Kekalkan bentuk badan yang ideal dan menawan. Kawan2 ada masalah berat badan?Ingin dapatkan bentuk badan yang ideal?Semua wanita inginkan bentuk badan yang menawan dan tentunya berazam menurunkan berat badan kan?Berat badan ini merupakan isu sensitif untuk kaum wanita. BETUL TAK??Lagi2 kalau penimbang berat tu menunjukan arah kilo yang membuatkan kawan2 jadi stress. Jangan risau ok, di sini El nak share dengan kawan2 semua tentang CITREX AMG yang akan membantu kawan2 kekalkan bentuk badan yang ideal dan menawan.

Sejak berpindah rumah baru ni seriously el tak ada masa untuk workout. Memang sedih bila dah tak ada masa untuk senaman ni tambah menakutkan lagi bila kejadian ni makin lama membuat berat badan el dah semakin naik. Sebelum ini memang gigih seminggu 2 atau 3 kali jogging dan berbasikal. I miss that moment. Bila tak workout dan tidak menjaga pemakanan, tentu sekali berat badan kita akan semakin bertambah.

Bila kerisauan ini menjadi mimpi ngeri El, El  telah diperkenalkan dengan satu produk kesihatan iaitu Citrex AMG keluaran Pharmaniaga. Jom baca apakah keistimewaan Citrex AMG ini yang telah membantu El mencapai berat badan ideal dan menawan.


APA ITU CITREX AMG

Citrex AMG merupakan makanan tambahan yang mengunakan gabungan unik bahan-bahan semula jadi seperti bijian ekstrak Mangga Afrika, Yerba Mate dan Garcinia cambogia. Gabungan unik bahan-bahan yang terbukti secara klinikal untuk menyokong proses biokimia badan untuk meningkatkan pengurusan berat badan secara semulajadi.
 

  KEISTIMEWAAN CITREX AMG

⇨Mencegah makan berlebihan
⇨Meningkatkan tenaga
⇨Membakar kalori
⇨Sumber serat dalam diet

 Selain itu juga CITREX AMG ini diiktiraf HALAL oleh JAKIM. Malah produk ini SUGAR FREE. 

 Untuk pengetahuan anda, Citrex A.M.G TIDAK mengandungi Sibutramine iaitu sejenis ubat yang disebut sebagai perencat nafsu makan dan bertindak di otak dengan merencat pusat yang mengendalikan nafsu makan. Pengambilan ubat ini akan mendatangkan kesan sampingan seperti pening kepala, denyutan jantung laju, masalah bercakap, bernafas dan susah telan, bengkak di muka, leher, tangan, bibir, mata dan kaki serta menyebabkan unusual bleeding atau bruising.

CARA PENGAMBILAN

Perut kosong pada waktu pagi dan sebelum tidur pada waktu malam. Bancuh sepaket dengan segelas air 200ml pada suhu bilik/air sejuk, kacau sehingga larut sebelum minum.

Langkah 1: Waktu pagi
Ambil 1 paket (sebelum sarapan pagi untuk mengawal tabiat pemakanan yang tidak sihat)

Langkah 2:  Waktu tengahari dan waktu malam
Ambil 2 paket (Sebelum makan tenghari dan malam untuk mendapat hasil yang lebih baik dan senaman yang kerap)


 Pengalaman El dengan Citrex AMG

Seriously el suka akan rasa Mangganya yang sedap. El ambil 2 kali sehari. Waktu pagi dan sebelum tidur. Bancuh dengan air sejuk lagi sedap. Macam minum jus mangga ok. Setelah 15hari el mencuba produk Citrex AMG ini tiada kesan sampingan seperti sakit perut ke atau cirit birit selepas minum malah lebih mudah lawas selepas minum. Sebelum minum Citrex ni, memang seluar dah makin ketat, tapi sekarang baru boleh tarik nafas lega haha. Kiranya Citrex AMG ini dapat turunkan berat badan dan kekalkan bentuk badan yang ideal. Takdelah drastik penurunan berat tu. Kalau pengambilan yang konsisten dan senaman yang kerap ditambah makanan yang seimbang Insyallah impian memiliki bentuk badan yang ideal dengan Citrex AMG tercapai. Yang penting produk ini mengawal nafsu makan :)


 Kawan2 patut cuba CITREX AMG ini sebab:

⏩Sumber diet serat
⏩SUGAR FREE 
⏩Hasil daripda tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan
 ⏩A.M.G dalam kategori pemakanan yang sihat.
⏩Tiada kesan sampingan
⏩ Meningkatkan metabolisme
⏩Membakar lemak

 ⏩ Gabungan unik bahan-bahan yang terbukti secara klinikal untuk menyokong proses biokimia badan untuk menurunkan berat badan secara semulajadi.

 CITREX AMG dari Pharmaniaga ni boleh didapati dengan harga sekitar RM75.00 untuk 28 sachet 15gram di Kedai DenaiHati :  http://www.denaisell.com/s/citrex-a-m-g/


Sabtu, 4 Februari 2017

SHAPEE NURSING BRA PILIHAN IBU YANG MENYUSU

11:41 PG 12
SHAPEE NURSING BRA PILIHAN IBU YANG MENYUSU

SHAPEE NURSING BRA PILIHAN IBU YANG MENYUSU


 Shapee Nursing Bra | Pilihan ibu yang menyusu yang terbaik di pasaran.

Assalamulaikum dan salam sejahtera kawan2 semua.
Ibu2 di luar sana tentu tahukan item yang wajib ada dalam barang keperluan ibu untuk kelahiran bayi adalah nursing bra. Nursing bra merupakan kelengkapan si ibu untuk memudahkan sesi penyusuan kepada bayi. Pilihan nursing bra juga penting untuk keselesaan ibu dan juga memudahkan proses penyusuan.

Untuk diri el yang masih menyusu Ariqa (2tahun 5bulan) nursing bra adalah satu keperluan dan item yang sangat penting untuk breastfeeding. Jenama Shapee nursing bra adalah pilihan el sebab reka bentuk bra yang sangat sporty, kain yang selesa, membentuk payudara cantik dan macam2 lagilah. Memang best sangat.
 


Apa itu Shapee?

Shapee adalah satu web shopping online untuk wanita yang menjual pelbagai produk seperti shapewear, maternity dan compression wrap Shapee sangat memahami bahawa wanita mempunyai pelbagai bentuk dan saiz ingin kelihatan dan berasa terbaik.

Keistimewaan Seamless Shapee Nursing Bra
 
 
Seamless Shappe Nursing Bra ini merupakan nursing bra tanpa wayar yang memberi 360⁰ sokongan yang selesa bagi si ibu. Sangat mudah untuk penyusuan dan tentunya keselesaan si ibu adalah paling utama kerana penyusuan adalah satu proses yang melibatkan emosi juga tau.





 Nursing bra perlu ada nursing clip. Seamless Shapee Nursing bra ini clip ini memberi sokongan yang maksimum dimana tali bra direka dengan inovasi yang mudah dan fleksibel bagi memudahkan penyusuan dan yang paling best dilengkapi dengan bra pad sekali.  Bra padnya boleh dibuka dan diganti.




Paling el suka Seamless Shapee Nursing bra sangat selesa ok kerana ianya diperbuat daripada kain fabric nylon dan spandex (breathable) yang sangat selesa dipakai sepanjang hari. 






Shapee Nursing bra ini bukan sahaja memberi keselesaan keyakinan kepada si ibu malah ia didatangi dengan 3 pilihan warna yang menarik hitam, nude dan pink. 


Shapee Nursing bra menawarkan 3 saiz  M, L dan XL. Andakah anda tahu size bra anda?Ok boleh tengok contoh gambar dibawah ini


  El sudah pun mempunyai 2 warna pilihan Seamless Shapee Nursing Bra pink dan nude color. Harganya pun sangat mampu milik RM45.00 sahaja. Ibu2 yang sedang mencari nursing bra, sangat recommended Seamless Shapee Nursing Bra ini. Shapee Nursing Bra memberi keyakinan dan keselesaan sepanjang hari.

   
Untuk keterangan lebih lanjut dan rakan2 ingin membeli produk Shapee bolehlah lihat link dibawah ini ok 










Email:info@theshapee.com



Jumaat, 3 Februari 2017

CHINESE NEW YEAR 2017 TABLE OF HARMONY BY TENAGA NASIONAL

10:59 PG 6
CHINESE NEW YEAR 2017 TABLE OF HARMONY BY TENAGA NASIONAL

CHINESE NEW YEAR 2017
TABLE OF HARMONY BY TENAGA NASIONAL

 GONG XI FA CHAI kepada semua yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina untuk 2017 terutamanya yang berketurunan Tionghua. Seperti tahun2 sebelumnya, Tahun Baru Cina disambut dengan meriah dalam suasana yang aman dan harmoni. Lebih menarik dan unik, suasana keharmonian di Malaysia turut dijelmakan ketika musim perayaan dengan amalan kunjung-mengunjung dan rumah terbuka.
 
Makna Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.


  
Nak tahu tak Tahun Baru Cina baru ni family el dari kampung, family adik dari kl, 2 family biras datang bertandang ke pondok kecil el. Wahh meriah sangat. Memang macam beraya dah kami. Ingatkan kaum cina jer beraya. Kami pun tumpang beraya juga 😀😀😀. Kecoh sangat rumah el hari tu. Excited, happening and loves the moment. Bergosip sambil makan2. Mujur el ada jual sate ikan..ha el siap berbeku dalam rumah lagi ok hahah seronoknya walaupun rumah tak lengkap mcm rumah orang bujang je hehe..tp bermakna sangat.
 
Memang meriah sangat Tahun Baru Cina kali ini. Sehubungan kemeriahan perayaan ini Tenaga Nasional membawakan satu CNY webfilm untuk anda semua. Anda sedia maklum iklan perayaan dari Tenaga Nasional memang terbaik sarat dengan mesej2 yang mendalam. Andakah anda sudah menontonnya? Jika tidak jom saksikan webflim Cooking Hustle dari TNB Chinese New Year 2017


Motif yang ingin disampaikan dari video ini ialah Tahun Baru Cina adalah masa yang istimewa untuk keluarga dan mengenepikan segala perbezaan dan merapatkan semula ikatan. Ahli keluarga berkumpul beramai-ramai dan hadir untuk meraikan makan besar adalah jauh lebih penting daripada apa yang terhidang di meja.

Sikap masing-masing mungkin menjadi punca pertelagahan di musim perayaan, apatah lagi dalam keluarga yang ramai. Buanglah sifat-sifat yang negatif. Sama-sama bergembira dan sepatutnya perbezaan diraikan, bukan diketepikan.
Seperti hidangan Tahun Baru yang beraneka jenis saiz, rasa dan rupa, begitulah juga ahli keluarga kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kebahagiaan tercipta apabila kita semua bersatu hati dan mesra antara satu sama lain.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan dan kaum keluarga akan makan besar dengan pelbagai masakan tradisi.. Mesti tidak sabar2 untuk merasa dan mengetahui apakah menu2 yang dihidangkan. Ha untuk mengetahui menu misteri El pula jom kita tengok

WHAT MYSTERY DISH YOU ARE

    
1. Klik link ni https://betterbrighter.my/tableofharmony


2) Klik Unveil Mystery Dishes


3) Klik soalan diatas


4) Pilih jawapan anda 


5) Klik Unveil your dish


Tadaaa so Mystery dish untuk el ialah Rice Bowl With Eight Treasures so meaning that you have so much to offer those around you; making your friendship a true treasure to have.

So rakan2 boleh share result atau post as GIF di facebook dan ajak rakan2 untuk mengetahui apakah Mystery dish mereka pula yeayy.

Untuk  keterangan lanjut boleh layari link dibawah ok

FB: https://www.facebook.com/TNBCareline/
Website: https://www.tnb.com.my/
IG: www.instagram.com/tenaga_nasional/