2017 - LIFESTYLE BLOGGER

Khamis, 14 Disember 2017

CHEEZY FISH FILLETS PACIFIC WEST | RESEPI FILLET IKAN

9:58 PG 17
CHEEZY FISH FILLETS PACIFIC WEST |  RESEPI FILLET IKAN
Assalamualaikum
Salam ceria
Salam kasih sayang semua 

CHEEZY FISH FILLETS PACIFIC WEST | RESEPI FISH FILLET - Aduhai lagi 2 minggu sahaja sesi persekolahan akan dibuka semula. Sekolah atau cuti sekolah kerja mak-mak ni sama sahaja 24jam non stop betul tak? So mak-mak kat luar sana jangan berangan lah nak bercuti juga ye hihi.

Macam hari-hari biasa, El memang dah siapkan breakfast/lunch/dinner di rumah. Cuti sekolah ni memang 2xgandalah penatnya. Of course anak2 kat rumah semua spesis lapar je manjang haha. Memang bekalkan macam2 makanan kat anak2. So semalam El dah siapkan breakfast burger, lunch nasi dan lauk kari ayam dan ada spageti bolognese juga. Waduhh banyak sekali kan haha.

Actually, stok2 makanan memang kami ada beli setiap 2x sebulan. Itu sebab ada burger, spageti, fries, dan macam2 lagi. Selain tu juga dekat rumah tak sah kalau tak ada stok2 biskut2. Tu pun kejap je habis. Kerja makan saja budak2 tu haha


Semalam selepas balik kerja, mama El terlebih rajin pula. So malam tu mama El nak berwestern pula. Kali ini mama El dapat produk dari Pacific West Malaysia. Produk terbaru mereka ialah Cheezy Fish Fillets. Untuk pengetahuan korang, banyak produk yang dikeluarkan oleh Pacific West Malaysia ini seperti Tempura Fish Fillet, Calamari Ring dan banyak lagi.


CHEEZY FISH FILLETS

Keju adalah satu makanan yang paling disukai dan dimakan di seluruh dunia. Ianya lazat, berkhasiat dan mempunyai pelbagai rasa dan tekstur. Dewasa dan terutamanya kanak-kanak memang menyukai keju dan itulah sebabnya Pacific West membuat satu produk Cheezy terbaru iaitu Fillets Ikan.


 Fillet ikan berwarna putih semula jadi dihiasi dengan campuran premium Mozarella dan keju Nacho dan disalut dengan serbuk roti Jepun yang renyah memberikan aroma dan rasa yang unik kepada pengguna produk Pacific West. Cheezy Fish Fillets boleh dihidangkan sebagai makanan ringan yang menyeronokkan sepanjang masa, atau makanan yang lazat untuk keluarga.

CARA PENYEDIAAN


Cara penyediaannya cukup senang. Korang hanya perlu keluarkan dari fridge dan terus boleh masak. 
Goreng sehingga fillet kuning keemasan selama 5-6 minit. Angkat dan toskan.

MENU CHEEZY FISH FILLETS


Dengan Cheezy Fish Fillet ini korang boleh buat pelbagai menu. Kali ini El share menu western ye. Antara menu western yang El masak menggunakan produk Cheezy Fish Fillets ialah:


Original Cheezy Fish Fillets

Rasa keenakan asli Cheezy Fish Fillet dengan perahan lemon. Makan begitu sahaja pun sedap


Cheezy Fish Fillets Garlic Wraps

Goreng Cheezy Fish Fillets. Angkat dan toskan. Potong kecil fillets itu dan masukkan ke dalam wrap dengan salutan sayuran dan sos cili, mayonis dan thousand island. El paling suka yang ini hihi


Cheezy Fish Fillets Burger

Goreng dahulu Cheezy Fish Fillets. Angkat dan toskan. Potong dua fillet tersebut dan letak di dalam roti burger dengan sapuan mayonis, mustard dan sayuran. Tak perlu tambah cheese lagi. 


Cheezy Fish Fillet Oglio Aglio

Spagetti oglio aglio yang El masak ni, El masak kosong jer. Kebetulan pagi tu El dah masak spageti bolognese. So ada balance sikit spageti tu terus El buatkan oglio aglio. Just goreng bawang putih, cili flakes, sedikit kiub ayam dan oregano sahaja. So El boleh makan dengan Cheezy Fish Fillet ni. Sedap juga. 


Korang tengok cheezy campuran mozarella dan nacho dalam fish fillet tu. Nampak tak?Mesti terliur kan 

En. suami balik dari kerja, terus terkejut sambil tanya, "wow banyaknya mama masak..nak sambut anniversary ke?anak2 pun seronok sambil cakap, "wahh mama masak macam dekat kedailah..dah tak sabar nak makan. 

Tak percayakan dengan Cheezy Fish Fillets ini korang boleh menikmati makanan western di rumah dengan cepat dan mudah mengunakan produk dari Pacific West ini dengan keluarga tersayang. Setiap orang dapat merasa menu kesukaan mereka. 

Lepas ni kena jadikan produk pacific west ni salah satu stok makanan di rumah. Senang kerja memasak. Keluarkan dan terus goreng. Macam2 boleh buat dengan produk pacific west ini, boleh dijadikan sebagai menu utama ataupun bahan sampingan dalam menu anda. 

Dapatkan Cheezy Fish Fillets dan produk dari Pacific West di pasaran sekarang

BELI DAN MENANG PERCUTIAN KE 
PERTH DAN BALI


Sempena dengan Cheezy Fish Fillets baru yang telah dilancarkan, Pacific West sedang bekerjasama dengan Holiday Tours & Travel Sdn Bhd (Pejabat Pulau Pinang) untuk membawa anda pertandingan 'Win Your Dream Holiday' dari 15 November 2017 hingga 15 Januari 2018. Anda berpeluang untuk bercuti ke Australia Barat, Perth (4D3N) atau Bali (4D3N) dengan membeli sekurang-kurangnya mana-mana satu (1) produk Pacific West.

Untuk keterangan lanjut korang boleh lawatan website dan facebook page Pacific West

Official website: www.pacificwestfoods.com
Facebook page: www.fb.com/PacificWest.my

Rabu, 13 Disember 2017

ANAK BERSUNAT CARA CLAMP

9:30 PG 9
ANAK BERSUNAT CARA CLAMP
Assalamulaikum semua
Salam ceria

BERSUNAT | SUNAT CLAMP |Bila tiba bulan Disember cuti sekolah, mesti ada dikalangan ibu bapa yang sibuk untuk meraikan anak bersunat atau berkhatan. Kali ini giliran kami pula merasai pengalaman anak bersunat. Kami memilih untuk bersunat di klinik berhampiran dengan rumah kami sahaja.

Sebelum itu El tak ambil tahu kaedah apakah yang akan digunakan untuk bersunat nanti. Sebab bab sunat-sunat ni kita bagi kat kaum bapa yang handle.


So sesajalah El cari kat internet kaedah yang orang suka buat. Bila baca ramai dan ada dikalangan kawan-kawan yang mengunakan kaedah laser dan jahit. Mulalah El risau terus tanya en. suami anak nanti bersunat guna kaedah apa. Terus dia jawab sunat CLAMP. Bila baca-baca komen kat internet kedah clamp ini tidak berapa orang suka sebabnya 2x sakit (semasa disunat dan selepas sunat untuk menanggalkan clamp tersebut) Kalau yang pakai laser/jahit sekali je sakit. Alamakkk rasa bersalah pula kat anak. Tapi dah register dan bayar pun. Redhalah anakku hahaha. El tak cerita pun kat anak, kalau cerita  lagilah dia risau.


Walaupun ada yang mengatakan sunat clamp ni sakitnya 2x tapi cepat baik tau. Lagi pun tak ada pantang, boleh pakai seluar dan gerak bebas. Bila dengar tu legalah sikit kan.

Kami dah booking tarikh 29/11/17 untuk bersunat anak bujang kami. El memilih tarikh itu sebab time tu babah diorang cuti 3 hari so siang tu bolehlah tengok-tengokkan anak bujang dia tu, malam mama El pulak hihi

Yang kelakar tu kan, El tak apply cuti pulak time anak nak bersunat ni tau. Bila en. suami tanya, mama amik cuti tak nanti. Boleh je jawab TAK..terus en. suami buat muka. Bila pergi kerja..fikir punya fikir barulah YA ALLAH..anak aku sorang je laki mana mungkin aku tak pergi tengok dia pi sunat nanti...terus el apply cuti hahahaha. Ngok betul mama el ni kan. 

Sebelum hari kejadian, El sajalah meraikan anak bujang el. Saja bagi dia seronok. Sebenarnya seronok bersunat ni hahaha sebabnya dapat mkn macam2 dan dilayan
seperti anak raja. Tanya dia nak makan apa sebab pas ni dah tak leh makan mcm2..kena berpantang. El suka menyakat. Anak cakap dia nak makan his favourite food roti nan tandoori dan kfc. So jomlah kita makan2 sebelum berpantang haha


Ahmad Danish Zikry 10 tahun baru tapi orang ingat dan sekolah menengah, badan kalah badan mama El hahaha


Kenang kenangan sebelum jadi big brother anak teruna haha

Pada hari kejadian, pukul 11 kami pun dah ada kat Klinik Brunei Pantai Jerjak Penang. Ramai pula anak yang bersunat kat situ. Klinik ni kepunyaan Doktor cina, tapi sunat tu nanti dilakukan oleh seorang ustaz. Kebetulan ustaz tu kami kenal.


Muka sebelum sunat

Tak ada pula dengar budak2 menangis kesakitan. Anak El pulak berlakon macam hero. Tak takut haha. Tapi bila panggil masuk bilik dengan babah dia, terdengar lah macam2 soalan dia kat doktor ngan ustaz tu aduiiii hahaha. Terdengarlah dia menjerit sikit mungkin doktor nak cucuk ubat bius. Selepas itu tak dan 5 minit dah selesai haha. Kejap lahai


Muka selepas sunat haha

PANTANG BERSUNAT

Doktor pun cakap memang tak de pantang pun. Kenalan doktor el pun cakap macam tu. Lagipun kaedah clamp ni bukan jahit pun. So memang tak pantang lah. Cuma jangan bagi makanan yang dia alergik sudah. So far anak el tak alergik apa2 pun.

PENJAGAAN BERSUNAT CARA CLAMP

Ubat sapu kena sapu kat bahagian bebird dia 3 atau 4 kali sehari. Kaedah clamp ini memang doktor tak bagi kena air. Lepas buang air kecil, cuci di bahagian bebird dengan tisu lembap dan bersihkan corong clamp tu. El juga make sure bebird dia sentiasa kering

Actually boleh pakai seluar kalau dah sunat mengunakan clamp ni sebab clamp tu yang melindungi bebird dari kena air/kain dan sebagainya. Tapi anak El sepanjang dia sunat tu El bagi pakai kain pelikat. Udara pun senang masuk hahahaha

Masa tidur pula El letak kotak atas badan dia dan lapikkan kain. Macam gambar di bawah ni. Maklumlah rumah tinggi ni manalah nak sangkut tali kat siling rumah. Jika korang ada meja makan budak2 tu pun boleh jugak.


Selepas 5 hari macam tu pergi ke klinik balik untuk tanggal clamp tu. Dan selepas seminggu memang dah baik. Horey dah merdeka haha.



Tahniah Abang. Dah jadi big brother. Dah tak boleh act macam budak2 ok haha. 

Tapi kaedah clamp ni ikutlah budak tu masing2..ada cepat baik ada lambat baik. Dan ada yang sakit dan tak. So, terpulang pada ibu bapa nak pilih kaedah mana. 
Mujurlah anak El ni sorang je laki2..hahaha

Khamis, 30 November 2017

GAMBAR DAN VIDEO NIKAH FATTAH DAN FAZURA

10:41 PG 8
GAMBAR DAN VIDEO NIKAH FATTAH DAN FAZURA
Assalamualaikum semua
Salam sayang 

GAMBAR DAN VIDEO NIKAH FATTAH DAN FAZURA | Aduhai aura #fattzura sangat hebatkan. Sampai ramai peminatnya yang tak sabar nak tengok gambar perkahwinan mereka. Tup tup 27.11.17 yang lepas, kita dikejutkan dengan berita pernikahan Fattah Amin dan Fazura. El yang bangun pagi nak prepare breakfast pun terkejut. Scroll punya scroll IG Fattah dan Fazura, tengok2 aik dah nikah. Kan diorang baru jer bertunang 13 November lepas. Lepas tu masa press conference, diorang kata nak pergi kursus kahwin dan akan bernikah dalam masa yang terdekat. 

Hahaha El tak sangka plak dekat tu minggu seterusnya haha. Tapi takpe. Alhamdulilah diorang pun dah sah jadi suami isteri. El happy dengan diorang. Suka tengok Fazura. Terpancar sinar kebahagiaan di mata dan wajah dia. Kan kita selama ini pernah tengok sejarah hitam pengalaman percintaan Fazura. So El pun seronok tengok Fattah dan Fazura dah sah jadi suami isteri. Love bird sangat. 

Fattah dan Fazura sudah pun sah bergelar suami isteri pada 27.11.17 yang lalu yang berwakilan wali abang Fazura sendiri di sebuah hotel terkemuka. Majlis tertutup itu katanya adalah permintaan kedua-dua belah pihak. Moleklah tu, majlis yang sangat privacy dihadiri oleh keluarga dan rakan yang terdekat.

GAMBAR NIKAH FATTAH DAN FAZURA













 

VIDEO NIKAH FATTAH DAN FAZURA FULL VIDEO


Diorang ni penuh dengan kejutanlah. Gambar nikah diorang pun romantis dan manja. Sama cantik sama padan. Semoga berkekalan dan bahagia hingga ke syurga amin

GAMBAR PERTUNANGAN FATTAH DAN FAZURA 

Isnin, 27 November 2017

LE FELIX | BECAUSE EVERYONE DESERVES TO BE BEAUTIFUL

10:07 PG 7
LE FELIX | BECAUSE EVERYONE DESERVES TO BE BEAUTIFUL
Hi everyone
Salam semua


LE FELIX BECAUSE EVERYONE DESERVE TO BE BEAUTIFUL | Alhamdulilah, bulan November ini banyak review tentang produk-produk kecantikan. Selain daripada produk-produk dari Malaysia, El juga ada share tentang produk dari Korea juga. Namun hari ini El akan share dengan anda semua tentang satu lagi produk kecantikan yang datang dari negara Thailand iaitu Le Felix.



3D EYELASHES

1st time El cuba pakai 3D eyelashes dari Le-Felix ini sangat best. Bulu mata nampak natural dan senang dipakai. El suka bulu mata yang nampak natural. Boleh dipakai untuk ke majlis-majlis yang santai-santai. 

KEISTIMEWAAN 3D EYELASHES


đź’›Synthetic mink hair
đź’šMore volume
đź’šSoft feathery fell
đź’šNatural lookinh shine
đź’šReuseble up to 20 times
đź’šEasy to apply


 SMOOTH MATTE LIPSTICK

Lagi satu produk yang El suka ialah matte lipstick. Love it so much. Sekali apply terus nampak kecantikan its color. Selalunya matte lipstick akan menyebabkan bibir kering dan merekahkan. Tapi Smooth Matte Lipstick dari Le Felix ini memberi kelembapan dan tahan lama ok. 


Ada pelbagai color yang anda boleh dapati. Semua cantik belaka




Check it out video dibawah 



PERFECT BEAUTY FACIAL FOAM 






Pembersihan Buih Untuk mencuci muka anda.
Dengan komponen yang tidak ternilai daripada ekstrak buah Apple, ekstrak benih Anggur Switzerland, ekstrak Teh Hijau Jojoba Bar, ekstrak dari tisu cendawan yang tumbuh di bawah Larch Pine di Eropah dan banyak komponen lain.

Kenapa Epal hijau terbaik untuk kesihatan anda. 
Keajaiban untuk kulit anda

* Kaya dengan vitamin B dan C.
* Anti-kedut
* Kaya dengan antioksidan.
* Memulihkan dan melindungi kulit.
* Penjagaan kulit
* Kawalan dan mencegah jerawat.

KEBAIKAN PERFECT BEAUTY FACIAL FOAM

đź’—Membersihkan kulit secara mendalam.
đź’—Ia tidak kering.
đź’—Membaki Semula nilai (pH)
đź’—Kurangkan bintik gelap.
đź’—Ketatkan lubang pori
đź’—Kulit kelihatan berseri seperti yang anda mahu.
đź’—Dan sangat wangi 

CARA PENGGUNAAN

Bersihkan kulit dan bilas dengan air bersih.
AMARAN: Hati-hati jangan sampai ke mata. Sekiranya terdapat keabnormalan, hentikan penggunaan dengan serta-merta.

MIRACLE PLANKTON ESSENCE



Le Felix Miracle Plankton Essence ini menjadikan kulit wajah yang baru lahir? Mempunyai kolagen sekitar 54% dan melindungi kulit dari UVB.

Ianya digunakan sebagai serum (water base) untuk kosmetik yang mempunyai penyerapan maksimum dan keberkesanan yang mendalam. Ia seperti juga serum yang lain untuk base makeup sebelum anda memulakan solekan. 

Serum paling ringan, berfungsi sebagai intipati ajaib dalam 14 hari, anda akan dapat melihat dan merasakan kulit yang baru lahir

Anda boleh memakainya setiap hari di waktu pagi dan malam


Jika anda berminat untuk dapatkan semua produk ini boleh layari Le Felix online seperti di bawah

FB: www.facebook.com/LeFelix.official
www.le-felix.com
IG: le_felix_official
http://le-felix.blogspot.com/

Ahad, 26 November 2017

GAMBAR DAN VIDEO MAJLIS PERTUNANGAN FATTAH DAN FAZURA

12:41 PTG 3
GAMBAR DAN VIDEO MAJLIS PERTUNANGAN FATTAH DAN FAZURA


Assalamualaikum semua

Salam sayang


GAMBAR FATTAH DAN FAZURA BERTUNANG |Rasanya korang sure tahu tentang isu panas Fattah dan Fazura telah pun bertunang pada 13 November yang lalu. Sebelum tercetusnya tentang isu pertunangan mereka ini, seluruh peminat dan bukan peminat mereka rasanya terjebak dengan aura mereka yang dikatakan telahpun bernikah sebelum berangkat menunaikan umrah.

El salah seorang yang bukanlah minat sangat pun tapi terjebak dengan aura Fattah dan Fazura. Selalu jugalah stalk instagram mereka berdua. Seronok betul tengok diorang bercouple. Suwit sangat. Tiap hari mesti stalk hashtag mereka #fattzura hahaha. 

Terbaca jugalah beberapa komen peminat mereka yang mengatakan sudah bernikah sebelum dan semasa menunaikan umrah. Rakyat Malaysia rasanya tak sabar nak tengok mereka berdua bernikah sebab itulah excited menunggu kepulangan mereka untuk mengadakan press conference pada 23hb November yang lalu. 

Dalam press conference tersebut terjawablah sudah yang mereka telahpun bertunang sahaja. Majlis itu berlangsung di kediaman keluarga Fazura pada 13 November lalu.

Selain itu juga, mereka menyatakan majlis yang diadakan di kediaman nenek Fazura pada 14 November lalu pula, katanya adalah majlis doa selamat sempena pemergian mereka ke Makkah.

Majlis pernikahan akan dibuat secara tertutup dalam masa terdekat, manakala resepsi pula berlangsung pada tahun depan

Fattah turut menjelaskan, mereka kini sedang merancang majlis pernikahan selain dua acara resepsi, masing-masing untuk keluarga dan media serta peminat.

GAMBAR FATTAH DAN FAZURA BERTUNANG










Yang El suka sangat dengan diorg ni, dua2 belah keluarga saling menerima dan sentiasa ada disisi memberi sokongan. Keluarga diorg juga happy dengan hubungan diorang. Kan restu keluarga adalah sebahagian dari kebahagian dalam perkahwinan hihi.

Then seriously El suka tengok video pertunangan Fazura, terpancar kebahagiaan diwajahnya. El ada share video pertunangan mereka di bawah.



El doakan mereka cepat2 melangsungkan perkahwinan. El pula yang tak sabar nak tengok. Semoga dipermudahkan dan doakan yang terbaik untuk mereka amin