12/01/2016 - 01/01/2017 - LIFESTYLE BLOGGER

Khamis, 29 Disember 2016

PAPISZ CAFE | TEMPAT MAKAN BEST DI PENANG

3:00 PTG 13
PAPISZ CAFE | TEMPAT MAKAN BEST DI PENANG
PAPISZ CAFE
TEMPAT MAKAN BEST DI PENANG

Assalamualaikum salam sejahtera


2 hari lepas kami sekeluarga dapat makan dinner di luar. Ada port baru buka di area rumah kami
Papisz Cafe. Dulu tempat ni berlokasi di Sungai Pinang. Tapi dah pindah ke Sunway Tunas. Kami ni jarang sekali lah nak makan tempat2 cafe macam ni. Selalu kami makan di warung2 tepi jalan or food court je hihi. So kadang2 layan tempat macam ni pun best juga. Alang2 en. shumi nak belanja #jomjomyeah 




Decoration cafe ni sangat simple. Hitam dan putih menjadi pilihan. Ala2 scandinavian pun ada. Kami risau juga lah sebab customer mula membanjiri cafe ni. Takut juga order lambat sampai. Tahu2 sajalah bebudak ni tak boleh tunggu lama. Alhamdulilah order cepat sampai. So check it out apa yang kami order. Menu pun banyak. Tak tau pilih mana. Adoii


Chicken Burger untuk anak2


Mix Grilled untuk en. shumi (boleh share 2 orang ni)


Spageti aglio olio untuk semua :)


Chicken Parmigiana untuk el


Oreo Blended 


Susah nak ambil gambar ngan en.shumi sebab dia tak suka sangat..ni pun dia yang offer..hahaha

Overall makanan di sini memang sedap. Portion pun banyak.  Harga memang berpatutan. Tempat pun best. Saya bagi 4 bintang hehe. Kalau anda semua nak cuba makan di sini boleh check it out fb Papisz Cafe

Rabu, 28 Disember 2016

BABY LOVE PLAYPANTS NANO POWER PLUS

4:09 PTG 5
BABY LOVE PLAYPANTS NANO POWER PLUS
Baby Love Play Pants Nano Power Plus+


 Memilih produk yang bayi boleh menjadi sangat sukar bagi ibu bapa baru. Cuba Babylove PlayPants Nano Power Plus, lampin bayi yang boleh membuat hidup anda lebih mudah. Dengan lapisan penyerap double yang menyediakan penyerapan cepat, direka untuk membantu menjaga bayi anda sihat dan gembira. Selesa sesuai untuk setiap pergerakan. Satu cara yang baik untuk menjimatkan wang anda!


Baby Love PlayPants NanoPower Plus dengan inovasi terkini yang diperbuat daripada gel manik Nano adalah teras super penyerap hanya 1 mm nipis tetapi masih padat dengan manik gel dan lapisan penyerap berganda. Lapisan-lapisan memberikan penyerapan yang baik dan cepat dengan patut bukan besar yang selesa.

The Bubble Sheet lembut memberikan sentuhan lembut dan kekeringan tambahan yang membolehkan peredaran udara, membantu untuk menjaga kulit bayi anda segar dan kering.
 

Baby Love Play Pants Nano Power Plus baru ini bertambah baik dengan lapisan penyerap 2x ganda pengeringan lebih cepat. Sesuai untuk baby anda di siang hari dan malam kerana mudah untuk dipakai. Memberi keselesaan pada setiap pergerakan supaya bayi anda bebas melakukan apa-apa sahaja aktiviti kegemarannya.

 5 Fakta yang anda perlu tahu tentang Baby Love Play Pants

1) NanoPower - Dilengkapi manik gel yang menyediakan penyerapan yang baik dan cepat.

2) Bubble Sheet lembut - memberikan sentuhan lembut dan kekeringan tambahan.

3)  Mengawal kebocoran -
memberi perlindungan tambahan terhadap kebocoran pada kaki

4)  Regangan pinggang elastik- menyediakan kelembutan dan keselesaaan di kawasan pinggang, membolehkan fleksibiliti untuk menampung bayi anda yang setiap pergerakan

5) A
liran udara kembali lembaran - membolehkan udara, pengedaran, membantu untuk menjaga kulit bayi anda segar dan kering


 


Sesuai untuk dipakai oleh baby anda di siang hari dan malam kerana mudah untuk dipakai. Memberi keselesaan pada setiap pergerakan supaya bayi anda bebas melakukan apa-apa sahaja aktiviti kegemarannya.







Terdapat pelbagai size mengikut berat anak anda. Anak el dah 12kg so size XL memang sesuai dan fit untuk dia. Memang pants ini sangat2 membantulah sebab bila anak dah mula start explore sana sini, memang tak sempat nak pakaikan diapers biasa tu kan haha. So pants macam ini memang memudahkan kerja ibu2. 
 

Untuk anda yang ingin mencuba Baby Love PlayPants Power Plus+ sekarang di Lazada ada pelbagai promosi hebat antaranya promosi BUY 1 FREE 1. Dapatkan segera sementara stok masih ada.

Jumaat, 23 Disember 2016

WEEKLY WINNER TRAVELOKA CONTEST YOU NEED A HOLIDAY LAH

2:17 PTG 11
WEEKLY WINNER TRAVELOKA CONTEST YOU NEED A HOLIDAY LAH

Alhamdulilah el salah seorang weekly winner dalam Traveloka Contest Online - You Need a Holiday lah. Yang ingin tahu kat mana El nak bercuti boleh baca kat link SINI. Tahniah juga pada rakan2 yang menang :)
Doakan el menang final nanti ye amin


Rabu, 21 Disember 2016

JUARA CABARAN RAJA KUAH KNORR 2016

2:29 PTG 10
JUARA CABARAN RAJA KUAH KNORR 2016
JUARA CABARAN 
RAJA KUAH KNORR 2016
  

  Pada 9hb December 2016 yang lepas berlangsungnya Pertandingan Peringkat Akhir Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 di MAHA 2016 bertempat di Serdang, Selangor. Pemenang-pemenang dari setiap zon (Sentral, Selatan, Pantai Timur dan Utara) telah bertanding untuk memenangi gelaran Raja Kuah Knorr 2016.
 
Raja Kuah Knorr 2016 akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 dengan pakej umrah ekslusif untuk 2 orang.

Pertandingan akhir Cabaran Raja Kuah  Knorr (RKK) ini diadakan untuk memberikan penghargaan lebih tinggi untuk hidangan masakan berkuah Melayu yang mempunyai populariti hebat di kalangan semua rakyat Malaysia.


Untuk 2016, Cabaran RKK diadakan untuk mencari hidangan kuah Melayu terbaik di Malaysia sekaligus menghargai pengendali makanan yang kreatif dalam usaha mereka memberi hidangan yang terbaik dalam salah satu hidangan kuah kari, masak kicap dan masak lemak.


Pertandingan ini telah diadakan dengan meriah sekali dan diadili oleh Chef Celebriti Chef Jo, Chef Profesional UFS, Chef Mohd Hadzrin Mohd Din, Food Blogger terkenal dan Pengasas Projek Blogger Utara, Nor Ariffin Hamzah serta Penulis Buku Resepi dan Blogger, Ruzita Idias Ismail akan menentukan pemenang-pemenang terbaik mengikut kriteria seperti kebersihan, persembahan dan citarasa.

Antara finalis-finalis Pertandingan Akhir Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 terdiri daripada:


 Raie Mahidin (Juara Zon Sentral)
 Tema: Hantaran & Hidangan Perkahwinan.
 

 Mohd Salezahrin Mohd Salleh (Juara Zon Selatan)
 Tema: Santapan D'Raja Sri Menanti Istana 



 Mohd Hilmi Mohd Alia Ahmad (Juara Zon Pantai Timur)
 Tema: Warisan Kampung Knorr.


Budiman Bistari Mohamed (Juara Zon Utara)   
 Tema: Hidangan Portluck Knorr 1 Malaysia.
 

Juara Cabaran Raja Kuar Knorr 2016 telah dimenangi oleh Encik Budiman Bistari Mohamed dari Zon Utara. Encik Budiman, 41 merupakan pengusaha trak makanan dari Selangor. 
 


 Tema masakannya pada hari itu adalah Hidangan Port Luck Knorr 1Malaysia merupakan resepi generasi turun-temurun dari arwah datuk dengan olahan semula untuk memenuhi tema dan masa pertandingan. 


Tahniah pada pemenang dan terima kasih pada juri-juri dan semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan akhir Cabaran Raja Kuar Knorr 2016. Cabaran Raja Kuah Knorr dijayakan bersama dengan penyertaan jenama peralatan dapur komersial Butterfly serta jenama Harmuni untuk santan dan kicap.

Tahniah pada pihak UFS atas anjuran pertandingan ini. Diharapkan pertandingan seumpama ini memberi insprasi kepada pengendali makanan untuk terus mencipta menu2 yang kreatif dan terbaik.

Pemenang utama dari setiap peringkat kawasan akan menghadapi cabaran peringkat akhir di Lembah Klang pada 27 Nov di mana pemenang Raja Kuah Knorr akan membawa pulang wang tunai hadiah sebanyak RM15,000 dengan pakej umrah eksklusif untuk 2 orang.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

MYTOWN SHOPPING CENTRE 2017 DAN SERTAI CONTEST #GOOSEYSELFIE

10:03 PG 11
MYTOWN SHOPPING CENTRE 2017 DAN SERTAI CONTEST #GOOSEYSELFIE
MYTOWN SHOPPING CENTRE 2017
DAN SERTAI CONTEST
 #GOOSEYSELFIE 


MYTOWN Shopping Centre akan dibuka pada awal 2017 yang terletak di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur merupakan pusat keluarga dan gaya hidup membeli-belah terbaru di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur yang diterajui oleh IKEA. 




Yang best shopping centre ini bersambung dengan IKEA Cheras tau. Wahh..bolehlah bersambung2 membeli-belahkan 😀😀😀

MyTOWN ini terletak di lokasi yang strategik dan mengambil masa hanya 5 minit memandu dari bandar. Selain itu, para pengunjung boleh ke MyTOWN dengan menggunakan MRT bawah tanah di Stesen Cochranei. 


 MyTOWN mempunyai 460 kedai setinggi lima tingkat akan dilengkapi pelbagai kemudahan asas antaranya seperti 6,500 petak letak kenderaan, pintu masuk yang eksklusif, ruang yang luas bagi majlis, pusat permainan kanak-kanak serta kemudahan lain seperti tandas dan surau. 
 
Joakim Hogsander, Pengurus Besar MyTOWN berkata pusat membeli-belah juga dilengkapi dengan soundscapes komposisi untuk mewujudkan suasana yang lebih mesra dan santai. Tarikan ini tidak boleh didapati di mana-mana pusat membeli-belah lain di negara ini.

JOIN #GOOSEYSELFIE dan berpeluang untuk memenangi hadiah yang MENARIK



Ok untuk memeriahkan lagi sempena pembukaan pusat membeli belah ini, pihak MyTOWN menganjurkan satu contest iaitu #GooseySelfie. Ha yang suka berselfie tu bolehlah join contest ini. Rebut hadiah bernilai lebih RM10,000 untuk dimenangi
  
  Syarat-syaratnya: 
1) Dibuka kepada semua rakyat Malaysia.
2) Tarikh tutup pada 15 Januari 2017. 
3) Akan ada 10 pemenang mingguan

  Jom tengok cara2 nak join:
  • Log on website www.gooseyselfie.com.my
  • Klik pada "Join Now"
  • Klik pada "Start"
  • Log in dengan Facebook
  • Jawab soalan yang mudah
  • Upload gambar selfie guna phone/camera
  • Tambah elemen goose menarik pada gambar selfie tersebut
  • Dan "Submit"
  • Akhir sekali share ke Facebook dengan hashtag #GooseySelfie  


El pun dah join. Ok untuk #gooseyselfie setiap peserta ada nama goosey diberikan. Untuk El diorg bagi Goosifer Aniston haha
 
Untuk maklumat lanjut mengenai contest #GooseySelfie sila layari www.gooseyselfie.com.my 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pembukaan MyTOWN Shopping Centre boleh layari www.mytownkl.com.my

Good luck semua

Selasa, 20 Disember 2016

CHEFMANSHIP AKADEMI MENUTUP TIRAI HUJUNG TAHUN DENGAN PROGRAM INOVATIF

3:35 PTG 5
CHEFMANSHIP AKADEMI MENUTUP TIRAI HUJUNG TAHUN DENGAN PROGRAM INOVATIF


Chefmanship Akademi menutup tirai hujung tahun dengan program inovatif

Pendekatan Unilever Food Solutions sejajar dengan tema kedaulatan makanan
  
SERDANG: Chefmanship Akademi (CA) yang dijayakan oleh Unilever Food Solutions (UFS) adalah satu pusat sehenti bagi pengendali makanan untuk meningkatkan kualiti makanan, perkhidmatan, kecekapan dan penekanan kepada keusahawanan pintar.

Kursus ini merupakan sebahagian Pelan Kehidupan Lestari Unilever (USLP) dengan objektif untuk meningkatkan kesihatan, kesejahteraan dan tabiat kebersihan di Malaysia.

Sebagai penutup tirai hujung tahun, UFS melalui CA bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan (MAHA 2016) baru-baru ini.

Pengarah Urusan UFS, Nusrat Perveen berkata di acara pelancaran: “Menteri MOA Yang Berhormat Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek bersaran bahawa kedaulatan makanan ialah kunci untuk mencapai objektif pembangunan yang mampan. Unilever Malaysia berpendirian sesama dalam perkara ini di mana semua rakyat Malaysia mempunyai akses kepada makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat.”

 
  Pengarah Urusan UFS Malaysia Nusrat Perveen (kanan) merasmikan Chefmanship Akademi bersama Dr Ainu Husna MS Suhaimi, Timbalan Pengarah MARDI untuk Program Jaringan Antarabangsa

UFS sudah terlibat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Malaysia sejak dilancarkan pada tahun 2013. Sesi CA sudah berjaya dilangsungkan berkali-kali dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majilis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Klang & Kawasan Pantai.

UFS juga pernah bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

CA merupakan inisiatif pertama oleh pihak perkhidmatan makanan di negara ini yang mendapat sambutan hangat dengan anggaran jumlah penyertaan lebih 43,000 pengendali makanan setakat ini dalam pelbagai sesi Chefmanship Akademi.

Nusrat berkata: “Kami sungguh berbangga dapat memperkembangkan peranan kami dengan kerjasama kerajaan negeri dan Persekutuan.

“UFS Malaysia bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkuasa kerajaan serta organisasi sektor swasta agar membolehkan pengendali makanan untuk meningkatkan teknik mereka dengan pendekatan baru. Mereka akan memperolehi pemahaman lebih terperinci supaya meningkatkan pengendalian makanan dalam menjimatkan masa, serta beroperasi secara berprestasi dalam menghadapi cabaran pertambahan kos operasi termasuk bahan makanan.

“Para pengendali makanan juga akan menyedari perkembangan terkini dalam industri dan memahami    peraturan    oleh    pihak    berkuasa       tempatan    dengan    lebih      terperinci.    CA menggabungkan pendekatan dunia sebenar dengan penyelidikan industri untuk menawarkan satu pengalaman terbaik dalam pembelajaran yang merangkumi lebih dari 100 topik termasuk pengalaman secara langsung dan pelaksanaan akumen bisnes yang sesuai.

“UFS menghulurkan bantuan dalam memastikan kesihatan rakyat Malaysia agar tidak terjejas oleh masalah kesihatan apabila mereka makan di luar dan pengendali atau peniaga-peniaga yang berkait rapat dengan makanan supaya sedar bahawa keselesaan atau keuntungan tidak harus dijadikan alasan untuk berkompromi dengan kebersihan makanan.”