10/01/2016 - 11/01/2016 - LIFESTYLE BLOGGER

Ahad, 30 Oktober 2016

IKLAN DEEPAVALI 2016 BERSAMA PETRONAS YANG MENYENTUH JIWA

11:09 PG 6
IKLAN DEEPAVALI 2016 BERSAMA PETRONAS YANG MENYENTUH JIWA
IKLAN DEEPAVALI 2016 
BERSAMA PETRONAS 
YANG MENYENTUH JIWA

Tidak lambat rasanya untuk mengucapkan Happy Deepavali untuk mereka yang menganut agama Hindu dan semua rakyat Malaysia.

Dulu waktu sekolah, El ramai kawan yang beragama Hindu. Deepavali time, memang tak sabar nak pergi beraya di rumah mereka. Sebab nak makan capati dan makanan India yang lain haha. Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali atau Divali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut agama Hindu. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan “Gavali” yang bererti barisan. Perayaan Deepavali juga dikenali sebagai Pesta Cahaya.

Bertuahkan kita tinggal di Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya. Dapat melihat dan merai pelbagai perayaan. Bersyukur masih saling hidup dalam keharmonian. Salah satu sikap yang perlu ada untuk mengukuhkan keharmonian sesama kita adalah dengan berprasangka baik terhadap orang lain.

Iklan Petronas ini memang mendalam maksudnya. Jom tonton video dari Petronas ini.


Dalam menyambut perayaan Deepavali, warga Malaysia sepatutnya saling menghormati perbezaan dan meraikan persamaan di antara kita. Festival cahaya ini bertujuan sebagai peringatan untuk memupuk semangat lebih bertimbang rasa terhadap orang lain.

Video ini memberi kesedaran supaya kita sentiasa berprasangka baik antara satu sama lain. Lagi2 kita hidup berbilang kaumkan. Untuk menjaga dan mengukuhkan ukhwah sesama kita, keharmonian  dalam perhubungan persahabatan dan persaudaran haruslah dijaga. Jangan mudah menilai seseorang itu tanpa bukti yang kukuh. Jauhkan sikap negatif dan berprasangka tidak baik.


Malaysia yang aman yang rakyatnya saling menghormati antara satu sama lain. Kekalkan perpaduan ini sampai bila-bila. Semua bangsa dan agama hidup aman, gembira dan sejahtera.
Semoga cahaya menyinari sanubari dan terus membuat kita saling menghormati di antara satu sama lain, sebagai individu dan warga Malaysia.

Keharmonian yang lebih baik boleh dicapai melalui pemahaman dan sifat bertimbang rasa yang tinggi.

HAPPY DEEPAVALI 

Jumaat, 28 Oktober 2016

5D INTERACTIVE WORLD | TEMPAT MENARIK DI PENANG

9:21 PG 13
5D INTERACTIVE WORLD | TEMPAT MENARIK DI PENANG
5D INTERACTIVE WORLD
TEMPAT MENARIK DI PENANG

Baru baru ini team Projek Blogger Utara mendapat jemputan review salah satu tempat menarik di Penang. 5D Interactive World merupakan alam interaktif 5D pertama di ASIA yang wajib anda lawati kerana dia sangat berbeza dengan galeri seni yang lain. Apa yang bezanya?Check it out!!

5D Interactive World kalau dari Komtar tu terus ke Penang Times Square. Sebelum nampak Penang Times Square, galeri seni ni berdekatan dengan shoplot tepi jalan je. 


5D Interactive World lain dari galeri seni yang lain kerana dia merangkumi Art (Seni), Creativity (Kreativiti) dan Education (Pendidikan). Di galeri seni ini, anda akan merasai pengalaman dari 5 bahagian yang berbeza iaitu Animasi, Arca, Tanah Liat, Alam Sekitar dan Magik. Setiap bahagian menyediakan pelbagai jenis maklumat kepada pengunjung. 

  
BAHAGIAN ALAM SEKITAR


Air adalah keperluan seharian kita. Hargai dan sayangi sumber air kita. 


  

 Sayangi hidupan laut. Jangan aniaya dan membuat pencemaran. 

  

 Ada yang sanggup bunuh tenggiling, ambil kulitnya huhu 


 

Bagaimana pencemaran alam sekitar akan memberi kesan buruk (kepupusan) kepada hidupan liar. 
 
 
 
    
Jom kitar semula. Yang rama2 tu plak dibuat dari cebisan botol mineral. Budak2 ni tak abis2 duk tanya kenapa dinosour tu buat dari botol, kertas, sampah bagai mama?


Fish ha comel sgt ni. Xsangka dibuat dari bahan buangan. Boleh jadikan satu seni kreatif yang menarik. Ada berani letak di dinding rumah anda?Jom kitar semula. Eh mcam2 kut yang boleh kita buat.Alam sekitar


BAHAGIAN ANIMASI

Bahagian Animasi memberikan perasaan untuk mempunyai kuasa besar, keadaan kesan visual yang menjamin setiap pengunjung boleh hidup imaginasi mereka sebagai wira super 5D Interactive World. Masuk je bahagian Animasi ni anak-anak el dah jerit dah bila nampak Gozilla..hahaha. 

 

Gozilla mengamuk di Penang. Menjadi x iols punya lakonan hehe


Dengan superpower yang iols ada, iols akan hapuskan elemen2 jahat di sini eyahhh rasakan kuasa angin iols haha


Yang ni pula memberi mesej supaya kita berhati2 memilih produk kesihatan dan kecantikan. Nanti jd mcm tangan iols tu ha tumbuh bisul, jerawat, nanah bagai..eee ngerinya


BAHAGIAN MAGIK

Di bahagian sini pula anda boleh lihat kesan 5D yang menakjubkan sampaikan iols pun melopong tengok gambar yang dihasilkan hehe. Ini barulah magik kan. hehe


3 master jedi tersohor di dunia. Korang tengok jedi yang biru tu..mcm real je seolah-olah terapung giteww. Igt senang ke nak shoot macam tu heyy


Blogger el tunjuk skill ahli silap mata kat team #pbu..melopong depa haha


Why so serius??

BAHAGIAN ARCA

Di bahagian Arca ni pula memberikan pengunjung pengalaman sebenar di mana anda boleh meluahkan diri anda dengan membuat patung dari 16 inci x 16 inci ke sebesar 8 kaki x 8 kaki dengan mengunakan sama ada tangan, badan ataupun muka.


  



BAHAGIAN TANAH LIAT

Sementara itu, bahagian Tanah Liat adalah tempat di mana kanak-kanak boleh berinteraksi dengan ibu bapa mereka tentang bagaimana untuk membuat karya seni dengan menggunakan tanah liat.Anda juga boleh mencari lebih seronok dan pameran pendidikan di galeri. 



Lawatan ke sini memang seronok kerana anda dapat bergambar dan berposing secara kreatif bersama keluarga dan rakan-rakan seolah-olah anda adalah sebahagian daripada lukisan tersebut.
 


Terima kasih pada 5D Interactive World atas jemputan ini dan terima kasih juga pada blogger Zafirah dan kawannya yang turut memeriahkan lagi review ni
 
Cuti sekolah pun tak lama lagi, takyah tgu cuti sekolah, bila2 pun boleh hehe jangan lupa mai penang singgah sini ye
  
HARGA TIKET 5D INTERACTIVE WORLD

  
ACE 5D GALLERY SDN BHD
29-F, Jalan Dato Keramat
10150 George Town, Penang
Malaysia

Operating Hours:
9 am - 6 pm
Selasa hingga Ahad
( Isnin tutup melainkan cuti umum atau cuti sekolah )
www.ace5d.my

Rabu, 26 Oktober 2016

LEBIH 10,000 JAWATAN KOSONG KERAJAAN DITAWARKAN | CARI KERJA DI GOVERNMENT.MY

9:16 PG 6
LEBIH 10,000 JAWATAN KOSONG KERAJAAN DITAWARKAN | CARI KERJA DI GOVERNMENT.MY

LEBIH 10,000 JAWATAN KOSONG KERAJAAN DITAWARKAN!!CARI KERJA DI GOVERNMENT.MY
   Anda mencari perkerjaan?Anda sudah lama mengganggur?Ingin bertukar pekerjaan?Ingin berkerja di sektor kerajaan?Ok untuk maklumat seterusnya, saya akan kongsikan pada anda satu laman web yang menawarkan peluang pekerjaan yang pastinya terbaik untuk anda semua di luar sana.

 
Pertumbuhan ekonomi sesebuah negara yang baik dilihat dari segi kadar penganggurannya yang rendah.
Pengangguran di Malaysia ini sudah lama berlaku dan ianya semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Bayangkanlah pada tahun 2015 sahaja, 30,000 orang telah hilang pekerjaan samada dipecat atau kerana syarikat yang mereka kerja sudah gulung tikar. Ini menyebabkan kadar penggangguran di Malaysia meningkat sebanyak 3.9% saban tahun. Menakutkan. 
Berapa ramaikah rakyat Malaysia yang menganggur? Rakyat Malaysia ada 30 juta orang, jika 3.9% menganggur, bermaksud jumlah keseluruhan penggangur ialah seramai 1.2 juta orang. Jumlah ini termasuklah graduan yang menganggur, pekerja yang dibuang kerja dan diberhentikan.

 
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kadar pengganguran?
Banyak faktor-faktor penyebab meningkatnya kadar pengganguran di negara kita seperti faktor ekonomi, pelabur asing lari, kejatuhan harga minyak dan lain-lain faktor ekonomi. Selain itu faktor terlalu memilih pekerjaan juga menjadi punca utama makin ramai orang menganggur.

Walaupun pelbagai usaha dilakukan kerajaan bagaimanapun jika pencari pekerjaan itu masih meletakkan beberapa syarat maka peluang pekerjaan seolah-olah tertutup buat mereka.
Dengan ekonomi yang semakin mencabar, perbelanjaan tinggi, harga barang pun semakin mahal, kerja tak ada, memang kadang-kadang bikin stress woo. Macam mana nak survive.

CARI KERJA KOSONG DI GOVERNMENT.MY
Jangan bimbang!!!Meh el kongsikan pada anda semua 1 laman web jawatan kosong yang menyediakan lebih daripada 10,000 jenis kerja kosong yang anda boleh mohon.Website ini sangat bagus dan telah membantu ramai orang mendapat pekerjaan yang mereka impikan. 

 Mesti dikalangan anda bercita-cita untuk bekerja di sektor kerajaan kan?Di Government.My menyediakan jawatan kosong kerajaan dan memberi anda peluang untuk mohon kerja kerajaan dengan lebih mudah dan effektif. Wow menarik bukan?

Add caption
Antara kerja kosong yang popular dan senang untuk dimohon di laman web Government.my adalah jawatan kosong maybankjawatan kosong kastamjawatan kosong jpj dan jawatan kosong kemas. Antara kelebihan jika anda apply pekerjaan dengan website ini adalah penerimaan dan serapan masuk kerja lebih tinggi kemungkinannya.

 El pun dah war-warkan pada bekas-bekas pelajar kolej el dan  rakan-rakan el yang kehilangan pekerjaan tempoh hari untuk memohoni jawatan kosong kerajaan ini, alhamdulilah ramai yang dah berjaya. Anda bila lagi?
  
Tips memilih pekerjaan:
1) Pastikan resume anda lengkap dan selalu kemas kini
2) Mohon pekerjaan yang sesuai dan munasabah dengan kelayakan dan pengalaman anda
3) Hadiri semua temuduga yang diterima
4) Sentiasa bersedia untuk menjawab soalan temubual
5) Penampilan diri haruslah kemas

Jom hapuskan pengangguran! Rebut peluang ini. SHARE artikel ini supaya semua orang yang masih belum ada sebarang pekerjaan boleh mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

 Jika keadaan ini dibiarkan dan tiada tindakan sewajarnya diambil, kadar pengangguran dijangka meningkat sehingga 6% menjelang tahun  2020. Usaha yang menyeluruh diperlukan dari semua pihak iaitu masyarakat, majikan dan kerajaan agar masalah ini dapat ditangani. Selain itu juga, pihak kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia haruslah bertindak dan mengorak langkah proaktif bagi mencegah kenaikkan kadar penggangguran di negara kita.

Jumaat, 21 Oktober 2016

DINOSOUR RIDER THE TOP KOMTAR, PENANG | TEMPAT MENARIK DI PENANG

11:07 PG 17
DINOSOUR RIDER THE TOP KOMTAR, PENANG | TEMPAT MENARIK DI PENANG


DINOSOUR RIDER THE TOP KOMTAR, PENANG  

Jom bawa anak-anak naik dinosour rider dan berwefie bersama trex dan rakan-rakannya haha. Dinosour rider terletak The Top, Komtar tingkat 5


El dpt wefie ngan Trex ok..senyum lebar ja trex dapat jumpa blogger el..sebelah tu reptor jeling manja..jeles ye haha 

Isnin lalu anak-anak el tidak ke sekolah kebangsaan sebab sekolah diorang cuti peristiwa. Yang sekolah hanya no. 3 sahaja. El pula kena kerja half day (Isnin memang el cuti)


Selepas abang dan kakak dah pergi sekolah agama petang tu, en. shumi ajak teman pergi bayar Indah Water dan duit cukai pintu. Sambil-sambil tu survey monitor komputer. Alang-alang dah ada dekat Komtar, terus ajak en. shumi singgah dekat The Top Komtar, Penang. Weols tak pernah lagi pergi tempat baru tu. Dengar kata ada Dinosour. Rupanya tempat dinosour tu belum buka lagi. Hujung tahun ni baru buka. 

  
 Yang ado Dinosour Rider. Harga tiket RM3.00 per ride selama 3 minit. Bolehlah nak layan kerenah anak-anak kejap. Lagipun anak-anak el ni memang suka dinosour.



Kakak Alana dah tak sabar nak naik Dinosour Rider ni. Kemain seronok dia. Mama dia pula tengah teringat anak yang dua lagi tu sure mengamuk depa sebab tak bawa sekali haha


  
 


Yang si kecik Ariqa ni pula, mula-mula tak mahu naik, takut katanya. Selepas tu bila weols nak balik, terus tarik tangan mama dia kata mama nak naik dinosour. Risau pula sat lagi bayar dia tak mau naik, mujur dia ok je..seronok sangatlah dia hari tu hehehe


 

 Tunggu kemunculan Jurassic Park di Penang
Opening soon ok



Khamis, 20 Oktober 2016

LASER OPS MALAYSIA INDOOR LASER TAG ARENA | TEMPAT MENARIK DI PENANG

9:23 PG 9
 LASER OPS MALAYSIA INDOOR LASER TAG ARENA | TEMPAT MENARIK DI PENANG

 LASER OPS MALAYSIA
INDOOR LASER TAG ARENA
TEMPAT MENARIK DI PENANG

Kalau singgah ke Penang wajib singgah Laser Ops Indoor Tag Arena tempat menarik di Penang memang BEST sangat
Family yang ada anak-anak kecil yang suka aksi tembak-menembak ini lah tempat yang perlu anda bawa 1 family boleh main.


Sabtu lepas el dan team familia Projek Blogger Utara mendapat jemputan dari Laser Ops Malaysia. Ada yang dikalangan uols yang tidak tahu kewujudan Laser Ops Malaysia ni bukan. Terletak di tingkat 3, 1st Avenue Mall (sebelah Komtar dan Pragin Mall). Laser OPS Malaysia ini adalah satu tempat permainan indoor. Uols boleh menembak dengan menggunakan laser dan mengumpulkan point. Jika uols tembak banyak, banyaklah point. Jika uols kena tembak, point uols kena tolak ngeh ngeh ngeh. 

 
Seramai 28 pemain boleh bermain secara serentak. Jangan bimbang kalau tidak cukup 28 pemain, sekurang-kurangnya 3 or 4 orang pun dah boleh main. Iols dah teruja hendak main tembak laser ni dari kecik lagii haha


Power Rangers 4 haha

Ha kali ni dapatlah main tembak-tembak dengan anak-anak dan family pbu. Seronok sangat. Anak-anak el kemain seronok dan teruja tak boleh nak gambarkan macam mana hehe. Enjoy sangat. Tak puas main woo hehehe.

Harga Tiket Laser OPS Malaysia

 

 Syarat kemasukan
Berumur 7 tahun keatas
(Kanak2 7tahun kebawah boleh je bawa masuk.  Tengok sahaja tetapi tidak boleh bermain dan dipantau oleh orang dewasa)

Hari tu kami ada 8 orang termasuk 3 kanak-kanak
 

Sebelum itu, uols kena register nama, nama samaran dan email dulu. Iols pakai nama CEKODOK. Hahaha


Ok markah akan automatik akan dihantar ke alamat email yang uols bagi nanti.  

 


Sudah register, kami dibawa ke blue room untuk mendengar sedikit taklimat tentang permainan laser ni. Anak bujang iols sudah excited sangat, bertingkat-tingkat soalan dituju. Sampai iols suruh dia diam sekejap bagi habis taklimat itu dulu ekeke


Kemudian kami ke bilik lain pula untuk mengambil shield dan laser gun. Berat jugak lah benda ni. Iols no. 03. So cari shield no.03.
  

Iols ada macam Tomb Rider tak hahaha. Ok untuk menembak uols kena press button merah dekat muncung depan gun tu. Kalau press 1 button sahaja, tembakan biasa2 je. Kalau press dua-dua button kiri kanan ha dia tembak macam machine gun tu
  



 Untuk menembak musuh, uols perlu menembak di bahu kiri dan kanan, depan dan belakang badan serta gun . Ok kalau pemain yang ramai boleh buat 2 team hijau dan merah. Woohoo!! Ok games on bebeh!! 

 



Zon ini direka khas dengan LED Wall Medallions.
Arena maze ini direka khas dengan lampu, kesan cahaya dan asap serta dilengkapi dengan sound effect untuk mewujudkan suasana yang mendebarkan.



Keadaan dalam tu tak adalah gelap sangat. Boleh lah nampak musuh lalu. Haha. So kami main tembak je lah. Kumpul point. Best giler kut. Iols lagi la siap cari lokasi tersembunyi. Musuh lalu tembak, musuh lalu tembak hahahaha. Giler nak kumpul point kau muahaha. Kami main 1 games je adalah dalam 20 minit cam tu


Ok dekat luar kaunter tu ada skrin papar berapa point yang kita kumpul. So ini adalah top 5 players. Yeay Congrat cekodok (iols le tu) no. 2 ok hahaha. Ha makan cekodok tu ingat2 lah iols ni muahahaha


Memang best sangat main laser tag ni. Uols wajib singgah dan bawa anak2 sekali. Sure diorg enjoy. Ni ha anak2 iols dah suruh bawak pergi sana lagi. Tak puas main katanya lagipun anak bujang iols x puas hati mama cekodok diorg no. 2..yang dia plak no. 4 hahaha
 

Thank you Laser Ops Malaysia for having us. We had a great time. 

Alamat:

Laser OPS
1st Avenue Mall 3-13
182 Jalan Magazine
10300 Georgetown Penang
Tel: 04-2519092
email:tagme@laserops.com.my
facebook: https://www.facebook.com/laserops.my
website: http://laserops.com.my/