03/01/2016 - 04/01/2016 - LIFESTYLE BLOGGER

Rabu, 30 Mac 2016

RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT BAKAR

4:34 PTG 12
RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT BAKAR
resepi ikan cencaru sumbat bakar ni mmg byk version
so iols punya version main campak2 jek


resepi ikan cencaru sumbat bakar

bahan2
 bawang merah
bawang putih
halia
cili kering (cili giling pun boleh)
(semua diatas diblend kasar)

lebihan sambal belacan (kalo xde boleh letak belacan sajor)
air asam jawa
garam dan gula sedikit 

Sudah blend bahan2 kisar. Panaskan kuali..tumis bahan kisar dan sambal belacan tadi. Tumis sampai sebati sampai uols naik minyak. Pas2 masukan air asam jawa, gula dan garam. Tumis sampai agak kering. Tutup api. Boleh sumbatkan sambal ini ke belakang ikan cencaru tadi. Sebelum bakar, lebih sambal tadi sapukan sedikit di atas permukaan daun pisang/kertas aluminum dan sapukan juga di atas ikan untuk rasa yang awesome heyyy

Iols memang malas nak goreng2 ikan cencaru ini nanti kuali abis kesan hitam. So untuk memudahkan keje dan rasa sihat...baik bako sajor ngan daun pisang (jika ada) semerbak bau ok. Xpayah dah nak tonyoh2 kuali bagai hehehe. Nak bako lam oven pun boleh..nak dlm magic pan pun boleh..iols bako sajo dalam non stick pan tutup ngan tudung periuk..wallah siap uols!!

SeLaMaT MenCuba yeayyy!!
 

Khamis, 24 Mac 2016

RESEPI HOMEMADE MEATBALL

1:33 PTG 16
RESEPI HOMEMADE MEATBALL

iols ni bab masak2 ni suka masak yang simple2 je
masak pun lebih kurang apa yang ada kat dapur jek..xyah nak perfect sgt dlm masak ni
janji makanan tu ada rasa dan sedap hihi

ni time2 xde apa nak dimasak
mula korek2 almari dan esbok
cari apa yang boleh dimasak..ha npk ada daging cincang

ting!!!buat homemade meatball pun ok gak ni
goreng2..tambah sos tiram lada hitam skit potong bawang cabai dah siap 

 
Resepi Homemade Meatball

Daging cincang (direbus dulu dan ditapis)
Mix herb (apa2 herbs pun boleh)
Lada hitam
Garam
Serbuk pati ayam
Tepung gandum
Sebiji telur (el tak buh pun sbb telur dah abis hehe)

Campur semua then bulat2kan
Tuk elak dari melekat kat tangan..masa bulatkan tu sapu kan sedikit tepung kat tangan
Goreng smpai garing.
Dah siap. Senang jek hehe



Meatball sos tiram 
Buat meatball blackpepper pun sedap


Ni iols buat baked cheese spageti bolognese meatball (ada tambahan telur dlm meatball)


Meatball lasagna


 Meatball ni uols boleh letak tambah dalam mana2 menu yg uosl suka macam 
baked cheese spageti bolognese meatball 
meatball ikea
meatball lasagna
mee kari meatball
sup meatball

eh mcm2 uols boleh buat ngan meatball ni hehe ikut kreativiti uols lah na
 
Selamat Mencuba

 

Ahad, 20 Mac 2016

GAMBAR KAHWIN JIHAN MUSE

5:22 PTG 14
GAMBAR KAHWIN JIHAN MUSE
 GAMBAR KAHWIN JIHAN MUSE

Tahniah pelakon, pengacara dan pelawak terkenal Jihan Muse selamat diijabkabul dengan jejaka pilihan beliau Ungku Hariz pada petang ini 20 Mac 2016 di Laman Kayangan Shah Alam.










Selasa, 8 Mac 2016

KOPITAN CLASSIC PENANG DELIGHT QUEENSBAYMALL | TEMPAT MAKAN BEST DI PULAU PINANG | FOOD REVIEW

12:16 PTG 15
KOPITAN CLASSIC PENANG DELIGHT QUEENSBAYMALL | TEMPAT MAKAN BEST DI PULAU PINANG | FOOD REVIEW
KOPITAN CLASSIC PENANG DELIGHT QUEENSBAYMALL
TEMPAT MAKAN BEST DI PULAU PINANG

Hari ini nak cite kat uols tentang satu restoran yang menarik di Pulau Pinang. Rasa orang-orang belah utara biasa nampak Restoran Kopitan Classic Penang Delight ni kan. El juga pernah nampak branch Kopitan Classic ni di USM, Penang, Gurney Plaza dan Lebuh Pantai. Ada gak terdetik di hati nak makan kt situ. Tapi rasa was2 jugak sebab kebanyakan yang makan di situ kaum cina, tengok menu2 dan dekorasi pun mcm chinese style. 

Tapi setelah nampak ada tanda LOGO HALAL dari JAKIM berwarna HITAM (pastikan berwarna hitam ye) terus lega and happy sangat. Bolehlah bawa family makan kat Kopitan Classic ni hehe


Alhamdulilah team @projekbloggerutara sangat bertuah kerana pihak Kopitan Classic Penang Delight Queensbaymall sudi menjemput kami untuk membuat food review di situ. Kami tidak sabar nak berkongsi dengan uols tentang restoran halal Kopitan Classic ini. 

Salah satu outlet Kopitan Classic Penang Delight ini ialah di Kopitan Classic Queensbaymall. Ianya terletak di 3F-01(A) Queensbaymall, Bayan Lepas, Penang. Yang biasa ke Queensbaymall, boleh naik esklator/lift dekat Maybank ok.


Dekorasi yang simple dan luas


Power bank service juga disediakan, see ada tanda halal from JAKIM. No need to worries ok gais :)


Untuk majlis2 keraian juga disediakan bilik privacy


 Kebanyakan menu di Kopitan Classic Penang Delight berdasarkan citarasa family namun pihak restoran telah mempelbagaikan menu tersebut mengikut citarasa kaum etnik dan citarasa pelanggannya sendiri. Menu2 di sini juga bertukar setiap 2 kali setahun. Ada menu in and out. Terdapat 20 outlet di kawasan utara dan 1 outlet di Permas Jaya, Johor Baharu. Warga Johor check it out ya!!:) 
 
 

Uols boleh tulis menu yang uols nak. Memang banyak giler menu dia. Sampai xtau nak pilih yang mana. Tengok semua sedap2 belaka. Tak percaya meh iols tunjuk sekarang hehe




 







Ha ada yang terbeliak biji mata x haha..Uols nak makan western ada. Nak makan makanan jepun tu ha ramen ada. nak makan cendol ada. Nak pelbagai chicken rice pun hado. Kids meal pun hado. Variety of drinks berlambak uols. Bak kata MACAM-MACAM ADA. Rambang mata uolsss hehe. 

So jom kita tengok hidangan menu yang pihak Kopitan Classic Queensbaymall sediakan untuk kami team @projekbloggerutara. Semua menu2 ini adalah signature dish diorg. Jom meleleh air liur sama2 ye hahaha


So much love in here hehehe


 Chicken Kushiyaki With Dry Ramen


Nasi Lemak


Thai Sauce Fish Fillet Rice


Kanan: Baked Cheese Chicken Bolognese Wedges
Kiri: Cheese Baked Spagetti Bolognese


Kapitan Chicken with Fire Cracker Rice


Special Marinated BBQ Chicken with dry ramen


 Cheese Bread


Golden Chocolate Puff


Kanan: Chocolate Mint Blended. Kiri atas: Tiramisu Blended Kiri bawah: Aiskrim

 

Cendol (sedap lemak2 berkrim)


Cooler (Strawberry, Lychee, Kiwi and Passion Fruits)

  
Coffee and 3 Layer Tea


 Apa lagi tunggu..perut dah berdangdut oiii. Overall sedap. Air 3 Layer and cendol sedap!!Ramen sedap. Argghh ikut tekak el semua sedap lah ye hehehe. Jom test tekak uols pulak ekekeke. Harga pun berpatutan sangat affordable.

 Apa yang diberitahu oleh kami, setiap outlet menu dan harga adalah berbeza dan mungkin juga sama. Ia bergantung kepada faktor sekeliling dan menu itu sendiri.



Ok uols yg xde masa nak makan kat restoran, Kopitan Classic Penang juga menawarkan khidmad food delivery, Delivery Eat. Uols boleh membuat tempahan dengan log on to www.deliveryeat.my 

Selain itu juga pihak restoran menawarkan diskaun 10% di Off Peak. Uols kena download dulu di Google Play Store atau di Apps Store. Weekday Saving Lunch Treats jugak ditawarkan. Jimat kan!!






Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Kopitan Classic Queensbay Mr. Leong (HR Manager) yang terlajak peramah dan banyak berceloteh tentang Kopitan Classic dan supervisor yang bertugas Cik Lina. Highly appreciated for all the arrangements for team @projekbloggerutara.

Ok uols kalo berminat nak merasa keenakan menu-menu di Kopitan Classic Penang Delight boleh klik SINI untuk melihat outlet yang berdekatan dengan anda
 
Menu baru TOMYAM serve in coconut dan Matcha Latte klik SINI

Uols juga boleh layari website Kopitan Classic Penang Delight di

KOPITAN CLASSIC PENANG DELIGHT QUEENSBAYMALL PENANG
Queensbaymall, 3F-01(A)
11900 Bayan Lepas, Penang

Business Operations Hours:
Sun-Thur : 8.30am - 10.30pm
Fri: 8.30am - 11.30pm