10/01/2015 - 11/01/2015 - LIFESTYLE BLOGGER

Sabtu, 31 Oktober 2015

JUARA SUPER SPONTAN ALL STARS 2015 ZIZAN RAZAK

10:55 PG 7
JUARA SUPER SPONTAN ALL STARS 2015 ZIZAN RAZAK
Zizan Razak JUARA SUPER SPONTAN ALL STARS 2015


 Zizan Razak daripada kumpulan Silat Dongibab berjaya merangkul gelaran JUARA SUPER SPONTAN ALL STARS 2015 yang diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Selangor. Zizan mengenepikan saingan utama iaitu Johan dan turut membawa pulang hadiah berjumlah RM150,000.


Pelawak kesukaan saya Johan telah mendapat tempat kedua.Berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM75,000. Selain Johan dan juga Zizan sebagai peserta favourite, persaingan pada pentas terakhir rancangan tersebut turut membariskan Achey Bocey (tempat ketiga), Yus Jambu (tempat keempat), Rahim (tempat kelima) dan Tauke (tempat keenam).


Tahniah pada semua!!


Rabu, 28 Oktober 2015

TRANSFORMERS GEGAR PULAU PINANG

9:34 PG 14
TRANSFORMERS GEGAR PULAU PINANG
Transformers!!!
Memang fanatik dengan Transformers

Sampai menitik air mataku ketika melihat Optimus Prime mati kena tikam dengan decepticon dalam 'The Fallen" huhu..menjiwai sungguhkan 

Bulan September yang lepas di Pulau Pinang ada satu pameran Transformers Art Street di Padang KotaRamai kawan-kawan sudah terjah. Tapi diriku belum lagi. Yang pelik anak-anak dan en. suami dah terjah awal-awal. Hah..ini tidak adil...tidak adil (layan lagu yuna jap huhu.

Nasib di penghujung September sempat terjah jumpa kekasih hatiku Optimus Prime weeeeeeeeee...hati dah berbunga-bunga hehe

Pameran Seni Jalanan Transformers yang pertama di Asia ini telah pun bermula pada 19 Julai yang lalu di Padang Kota, Pulau Pinang. Sejumlah RM1.1 juta dibelanjakan untuk program yang julung kali diadakan.


Kekasih hati pengarang jantung :)
















Ok tertunai hajat dihati. Good bye my dear Optimus Prime. Jumpa lagi ye :)



Selasa, 27 Oktober 2015

TEASER : PENANG TOUR WITH PENANG HOP ON HOP OFF AWESOME TRIP

10:17 PG 20
TEASER : PENANG TOUR WITH PENANG HOP ON HOP OFF AWESOME TRIP

  
We had a GREAT TIME and AWESOME RIDE with PENANG HOP ON HOP OFF 
The Original Double Decker in Penang last Sunday.

Stay tune for the next story about our ride with PENANG HOP ON HOP OFF
when???just around the corner ok 

And watch out!!!!we have a SURPRISE to all our followers and readers out there!!
Keep Calm and Stay Tune





Sabtu, 24 Oktober 2015

BR1M 2016 NAIK

2:40 PTG 11
BR1M 2016 NAIK
BR1M 2016 NAIK

 

Menyedari kesusahan rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah dan serdehana, kerajaan komited membantu dengan menyediakan bantuan kewangan BR1M (bantuan rakyat 1malaysia) tahun 2016

Perdana Menteri hari ini semasa pembentangan bajet 2016 telah mengumumkan berita baik kepada semua penerima BR1M. BR1M yang bakal membuka permohonannya telah diperbaharui dengan jumlah yang lebih tinggi.

KADAR BAYARAN BR1M MENGIKUT PENDAPATAN ISIRUMAH

Kerajaan menaikkan bayaran BR1M dari RM950 kepada RM1000 untuk kategori keluarga yang berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah. 

Kategori yang berpendapatan sederhana RM3001 sehingga RM4000 sebulan menerima lonjakkan penambahan yang tertinggi iaitu dari RM450 ke RM800. 

KADAR BAYARAN BR1M KATEGORI BUJANG

Manakala BR1M untuk bujang 2016 diteruskan dengan peningkatan RM50, iaitu RM400 seorang kepada orang muda yang berumur 21 dan ke atas, yang berpendapatan tidak melebihi  RM2000 sebulan. 

KADAR BAYARAN INSURANS TAKAFUL
 
“Sementara itu, kerajaan menggantikan insurans takaful berkelompok (i-BR1M) dengan Skim Khairat Kematian bagi melayakkan waris penerima BR1M menerima RM1,000 sekiranya berlaku kematian,” kata laporan bajet 2016 


Selain kategori di atas, kerajaan menambahkan lagi satu kategori baru tahun depan. Kategori ini memerlukan nama pemohon berada dalam senarai e-kasih. Mereka ini yang berpendapatan kurang daripada RM1000 sebulan akan diberi bantuan BR1M setinggi RM1050. 

Peruntukan wang sebanyak RM5.9 billion bakal untuk BR1M. Perdana Menteri berharap penerima berterima kasih meskipun ramai yang tidak setuju bantuan rakyat 1malaysia diteruskan tahun depan. 

“‎Saya tahu ada pihak yang mengatakan bahawa BR1M tidak harus diteruskan, namun melalui maklum balas yang diterima, ramai lagi yang sangat bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan kerajaan” – Najib Razak 

Setakat bulan Ogos tahun ini, BR1M telah memberi bantuan terhadap 4.7 million isi rumah and 2.7 million individu. 

Berhubung dengan cara pembayaran BR1M 2016, maklumat yang muktamad masih tidak jelas. Namun kemungkinan besar BR1M 2016 akan dibayar 3 kali setahun seperti yang telah dilaksanakan tahun 2015. Sekiranya perlaksanaan ditetapkan sebegitu, dipercayai 


KEMASKINI DAN PERMOHONAN BR1M 2016 akan dibuka pada hujung tahun iaitu bulan Disember nanti.

sumber 

Khamis, 22 Oktober 2015

PROMOSI TIKET RM5 PENANG HOP ON HOP OFF | PENANG HOHO BUS

9:31 PG 17
PROMOSI TIKET RM5 PENANG HOP ON HOP OFF | PENANG HOHO BUS
  
Perkhidmatan PENANG HOP ON HOP OFF | PENANG HOHO beroperasi setiap hari pada 20 hingga 30 minit jadual perkhidmatan antara jam 9.00 pagi sehingga 08:00Perkhidmatan PENANG HOP ON HOP OFF | PENANG HOHO meliputi dua laluan bulatan yang ROUTE CITY dan BEACH ROUTE yang membolehkan pelancong untuk memulakan lawatan dan berakhir di lokasi yang sama. Maklumat dan tiket kaunter yang akan menjadi link antara antara Route Bandar dan Pantai Route akan berada di GURNEY DRIVE (STOP 9) dan Pasar Chowrasta (STOP 1). Sepanjang laluan itu, terdapat lebih daripada 60 tarikan di mana pelancong boleh naik ke atau naik-turun di mana-mana daripada 33 perhentian yang ditetapkan. 

Anda boleh mendapatkan Khidmat Pelanggan Booth di GURNEY DRIVE (STOP 9) dan Pasar Chowrasta (STOP 1) atau talian di 1-800-88-5546.

 Akan ada 10 buah bas sedia ada di Pulau Pinang dan 5 masing-masing akan menampung Route Bandar dan Pantai Route. Setiap bas direka bahagian unik separuh terbuka dengan kapasiti 60 penumpang yang duduk di mana 27 penumpang akan mengalami rasa yang luar di atas bas. Dek terbuka adalah kegemaran bagi pelancong sebagai pelancong boleh merasa dan melihat pulau itu lebih baik supaya ia akan pada siapa cepat dia dapat mengatur duduk.

 
Akan ada seorang pemandu dibantu oleh pembantu pelancongan di dalam bas dan pelancong akan diberikan sebuah buku panduan pelancongan panduan bandar. Buku panduan pelancongan atau pendek "TGB" telah semata-mata dibuat untuk perkhidmatan Pulau Pinang Hop On Hop Off 

HARGA TIKET PENANG HOP ON HOP OFF 

 

 SEKARANG ADA PROMOSI MYKAD RM5 
 
 

TERMA & SYARAT PENYERTAAN :


  • Tawaran ini sah dari 1hb September 2015 hingga 30hb November 2015 dan terbuka kepada semua pemegang MyKAD SAHAJA.
  • Tarikh sah tiket adalah sehingga hari AHAD pada SETIAP MINGGU.
  • Peserta promosi dibenarkan mendaftar lebih dari sekali. Walau bagaimanapun, maksima hanya 200 pendaftaran dibuka sehari iaitu ‘First Come First Serve Basis’.
  • Harga promosi hanya layak untuk pendaftaran secara atas talian‘online╩╝ SAHAJA dan hanya SAH ditebus kepada alamat email yang digunakan semasa permohonan.
  • TIADA BAYARAN dikenakan pada kanak-kanak dibawah umur 5 tahun.

PERINGATAN

Para peserta dinasihatkan mendaftar awal secara atas talian terlebih dahulu, dapatkan email pengesahan pendaftaran dan mencetak salinan pengesahan email tadi sebelum menaiki bas PENANG Hop On Hop Off dan KL Hop On Hop Off.


Anda boleh mengisi borang dengan klik link dibawah ini
BORANG PROMOSI TIKET RM5

Anda boleh layari website Penang Hop On Hop Off di SINI
   

 

 PERHATIAN!!!!!!!

Latest Information from KL/Penang Hop On Hop Off(18/11/15)

promosi tiket Penang HOHO RM5 sudah abis stok. Hanya tinggal KL HOHO.
Tarikh tutup 23/11/15. TQ

layari website tuk keterangan lanjut untuk tiket online 

Rabu, 21 Oktober 2015

WW FAMTRIP AND FUNRIDE WITH PENANG HOP ON HOP OFF

3:07 PTG 24
WW FAMTRIP AND FUNRIDE WITH PENANG HOP ON HOP OFF


  
 Nantikan Pengembaraan kami #bloggerutara dengan PENANG HOP ON HOP OFF (Penang HOHO)
The Original Double Decker Tour of Penang

Kami akan meneroka Pulau Pinang dengan Penang HOHO yang meliputi dua laluan, pantai dan bandar, terdapat 33 perhentian dan lebih 50 destinasi yang menarik.

Tunggu review FAMTRIP & FUNRIDE dengan PENANG HOP ON HOP OFF daripada kami nanti OK!


#taksabarnya #akuteruja

Isnin, 12 Oktober 2015

SUNGAI SEDIM TEMPAT MENARIK DI KEDAH | TEMPAT MANDI MANDA DI KEDAH

3:18 PTG 26
SUNGAI SEDIM TEMPAT MENARIK DI KEDAH | TEMPAT MANDI MANDA DI KEDAH
Sungai Sedim, Kulim, Kedah
Antara tempat mandi manda, berkelah, berkhemah dan melakukan aktiviti lasak seperti water rafting dan sebagainya

Selepas pergi tengok Pesta Buku Terapung di Kapal Logos Hope SINI
En. hubby pula ajak pergi mandi sungai. Ajak pergi Taman Rimba, tak nak pula. Situ kalau dah tenghari memang ramai. En. hubby pula tergesa-gesa macam tak mandi setahun terkinja-kinja nak mandi sungai. So, kami pun balik semula ke rumah untuk mengambil baju mandi dan pakaian yang lain. Ingatkan sempatlah masak untuk dibawa bekal. Ermmm mek kecik tu tak boleh duduk senyap. Melekat dengan mama dia jer.

Agak jauh kedalam juga untuk pergi ke Sungai Sedim. Banyak laluan perkampungan. Kadang-kadang sunyi sahaja jalan bertentangan. Rasa nak patah balik pun ada. Teringat kami pergi ke Mersing..perghhhhh memang dasyat sungguh perjalanan ke Mersing. Tidak akan ku jejak kaki ke sana lagi hahaha. 

Banyak lokasi untuk aktiviti mandi manda di Sungai Sedim ini. Tidak silap el ada 3 tempat. So el pergi mana yang nampak orang je. Hehehe

Sungai Sedim memang besar dan air sungainya sangatlah deras. Anak-anak el hanya mandi di tepi-tepi sungai sahaja. Risau untuk benarkan mereka mandi di tengah-tengah. Ada 1 keluarga asyik sangat mandi, sampai ralit anaknya dibawa arus. Mujur dekat-dekat sahaja anaknya mandi. Jika bawa kanak-kanak, perlu diawasi oleh ibubapa/orang dewasa.


Sungai Sedim cantik dan besar. Tetapi awas air sungainya deras. 

  

 
 
 

Di situ juga disediakan bilik air dan bilik persalinan. Tempat letak kereta pun senang.

Anak-anak dah kelaparan. Hunting for food pula.

Kami singgah makan salah satu kedai Mee Udang di Seberang Jaya. Lupa pula nama kedai tu tapi kedai Mee Udang itu seberang jalan dengan Char Kuey Tiaw Telur Dibasuh :)


Mee Udang


Nasi Goreng Udang



nota-noti : hujung minggu yang awesome. yang penting anak-anak enjoyyyy :)
 

Juara Akademi Fantasia 2015 | Juara AF2015

1:17 PG 15
Juara Akademi Fantasia 2015 | Juara AF2015
Juara Akademi Fantasia 2015 dimenangi oleh Sufi atau nama sebenar Mohammad Sufie Rashid yang berasal dari negara Singapura.

Konsert terakhir Akademi Fantasia 2015 telahpun berlangsung di Audotorium MBSA pada malam tadi 9 malam 11 Oktober 2015.

Persembahan Sufi yang mantap dan memukau para penonton telah melayakkan beliau memenangi dan menjadi Juara Akademi Fantasia 2015 dan berjaya membawa pulang hadiah RM50000, pakej percutian ke Dubai beserta trofi.


Tempat kedua dimenangi oleh Syamel atau Syamel Aqmal Mohd Fodzly. Beliau berjaya membawa wang tunai RM30000, pakej percutian ke Dubai dan trofi.

Beliau membawa lagu berjudul "Sampai Mati" dari Hazama dan lagu keduanya "Hidup Dalam Mati" ciptaan olehnya sendiri.


Pemenang ketiga dimenangi oleh Bila atau Nurnajmi Nabila Samsaidi. Beliau juga berjaya membawa pulang wang tunai RM20000, pakej percutian ke Dubai dan trofi.

Beliau tadi mempersembahkan lagu nyanyian Faizal Tahir "Karma" dan lagu kedua ciptaan Edry KRU "Diam Saja".


Pemenang yang keempat ialah Shahrul atau Muhammad Shahrul Amin yang berasal dari Negeri Sembilan. Beliau turut berjaya membawa pulang wang tunai RM10000, pakej percutian ke Dubai dan trofi.



Terima kasih juga kepada juri jemputan Dato Ramli MS, Dato Aznil, Dato AC Mizal dan Kak Ogy.
  
Tahniah dan syabas kepada semua pemenang.


 

Khamis, 8 Oktober 2015

KAPAL LOGOS HOPE, PENANG

3:28 PTG 23
KAPAL LOGOS HOPE, PENANG
Apa itu LOGOS HOPE PENANG

Kapal Logos Hope Penang yang  menampilkan Pesta Buku Terapung terbesar di dunia berlabuh di Jetty Swettenham, Georgetown Penang. Menyediakan lebih 5,000 ribu bahan bacaan pelbagai peringkat umur dan genre untuk dibeli dengan harga yang berpatutan.

Kapal Logos Hope ini telah berada di Penang selama sebulan pada 4-24 September yang lalu sebelum ianya belayar ke negara Afrika pula.

Tiket masuk untuk kanak-kanak adalah percuma tetapi dengan ditemani ibubapa.
Tiket dewasa RM1.00


Sebenarnya hari tu ada tanya pada en. hubby..dia cuti ke?Terus dia cakap..ni sure nak pergi naik Kapal Library tu kan...eh eh dia tahu-tahu je apa yang tersirat dihati isterinya tu hehe

Kami dah pergi Kapal Logos Hope ini 2x ok. Kali pertama pergi on Sunday. So uols agak-agak Sunday macam mana?Of courselah crowded. Weols tengok dari jauh je...betapa beratur punya panjang sampai entrance. Terus cancel. Kali kedua pergi pula on Monday, tutup pulak hahahaha. Sedihhh. Lain kali baca banner.

Then nasib Rabu tu cuti Hari Malaysia. Pukul 10pagi weols terjah. Alhamdulilah orang tidak berapa ada. Dapatlah kami jalan-jalan tengok buku :). Merasalah anak-anak naik kapal besar. Mama diorg yang excited lebih ok 


Trick Art was here!!!


Ingat terus masuk kapal, rupanya kena jalan kaki jauh jugak baru jumpa kapal hehe..peluh-peluh gak mama el hahaha
 

 Ok dah boleh masuk kapal fuhhh


Masuk-masuk punyalah ramai rakyat jelata..hahaha
Anak-anak memang seronoklah siap sorang satu bakul nak ambil buku
Mama dah panik tengok harga pun boleh tahan..kalau seorang dah RM100
4 orang dah berapa..hahaha so anak-anak kita beli buku kat tesco je lah ye hehehe
Nasib anak-anak memahami :) 
 
Kecil saje bilik krew kapal 


Kakak!!...mama x kasi beli..kita baca je lah atas lantai ye 


 Kami tidak lama dalam kapal tu..ramai sungguh rakyat..so lepak kejap kat playsite ni


Layan kejap puteri-puteri beta :) 

 
Puteri-puteri beta yang sporting

 Wall art tu mengisahkan satu cerita..kalau pergi dalam kumpulan ada crew kapal akan ceritakan pada anda



 

Ok ok kapten-kapten jom kita balik..next destinasi ke mana ye?


Kapten kecil ni pun nak tumpang glamour hehe



nota noti: haiii hari itu memang hari yang memenatkan..naik kapal pun penat hahaha