06/01/2015 - 07/01/2015 - LIFESTYLE BLOGGER

Rabu, 24 Jun 2015

RESEPI MEE REBUS

9:08 PG 33
RESEPI MEE REBUS
dah 7 ramadan kita berpuasa..alhamdulilah
ada yg dah start buat kuih raya ke ekekeke
taun lepas el xbuat lgsg..dlm pantang
so taun ni kenalah gigih uols huhu

spt biasa el nak share resepi yg el buat semalam as menu berbuka
resepi MEE REBUS

sedap!mmg sedap boleh buat as one of the menu hari raya nti hehe

resepi MEE REBUS ni el x ikut sgt..el pakai apa yg ada kat umah je ok


 RESEPI MEE REBUS

Bahan-bahan:  
1 paket mee kuning - celur  
Bahan sayuran: 50 sen Taugeh - celur (xde..el letak sawi je)  
Sedikit daun sup - hiris nipis  
Sedikit daun bawang - hiris nipis  
Bawang goreng  
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.  
5 biji Cili hijau - dihiris nipis (el pakai cili merah je)  
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua  
Telur rebus - belah dua
Bahan-bahan kuah:  
Sedikit minyak untuk menumis  
4 sudu cili kering yang di kisar  
3 biji bawang merah - kisar  
3 sudu lengkuas yang di kisar  
4 batang serai dikisar halus  
2 biji bawang putih - kisar  
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap. 300gm udang hidup - direbus dan kisar halus (xde..el pakai stok dgg yg direbus)  
1kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus (xde..el pakai ubi kentang je)  
3 sudu gula atau secukup rasa garam secukup rasa  
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato  
Air - agak-agaklah
 
Cara memasak:  

Tumiskan bawang merah, bawang putih,lengkuas,serai,cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.

Masukkan udang hidup/stok daging yang dikisar dan air rebusannya sekali (lau daging jgn dikisar..terus masukkan dlm periuk.

Masukkan keledek/ubi yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya.masukkan garam,gula,aji,sos tomato.

Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.

Selamat Mencuba :)

Jumaat, 19 Jun 2015

RESEPI AYAM PANGGANG KENNY ROGERS

1:32 PTG 26
RESEPI AYAM PANGGANG KENNY ROGERS

So sini mama el nak share Resepi Ayam Panggang Kenny Rogers 
resepi yang senang dan cepat!

Kat sini ada 2 teknik tuk memanggang ayam. Panggang dengan mengunakan oven atau periuk noxxa



Menu ni el wat tuk berbuka semalam (1st ramadan 2015) :) 
Makan bersama ngan fries, coleslaw n kentang putar and donut homemade ekeke

So ni resepi Ayam Panggang Kenny Rogers

1 ekor ayam 
3sudu besar sos tiram
1sudu besar kicap pekat mee
3sudu besar madu
1kiub ayam knorr
5biji bwang puting yg ditumbuk
olive oir/minyak masak
sedikit lada hitam
1 sudu mix herbs (apa2 herbs pun xpe)

Semua bahan tadi digaul bersama ayam. Perap selama 30minit. Lagi lama lagi best.
Then bakar di dalam oven selama 1 jam suhu 170c
Jika ayam agak kering, sapukan lebihan minyak ayam tadi ke atas ayam tersebut.
 
Kalau mengunakan periuk noxxa high pressure 30m kemudian stir fry hingga garing

Selamat Mencuba!


Khamis, 18 Jun 2015

Majlis Perkahwinan Amira

9:07 PG 17
Majlis Perkahwinan Amira
minggu lepas el amek cuti jumaat sabtu..so kira el cuti 4 hari termasuk ahad isnin
anak perempuan bbsitter kahwin
kahwin ngan orang sabah nun jauh hehe

jumaat lepas 12/6/15 akad nikah kat Masjid Bayan Baru

 





  
 Babysitter aka kakak ipar bersama anak perempuan tunggal n anak2 iols hehe\

Majlis Persandingan pulak dibuat keesokann harinya di rumah parents bbsitter 
xamek byk gambar sbb anak iols alana demam..lepas makan terus berdesup pergi klinik sbb 2xmuntah atas baju iols huhu
 
\




Kek ni pemberian iols tuk hantaran perkahwinan..cantik x?hehe sape2 nak order/tempah kek/coklat bouquet dan mcm2 lagi boleh klik monihomemade

Selamat Pengantin Baru Amira semoga kekal bahagia hingga jannah

Rabu, 17 Jun 2015

TIPS PENYUSUAN IBU DALAM BULAN PUASA

2:53 PTG 16
TIPS PENYUSUAN IBU DALAM BULAN PUASA
TIPS PENYUSUAN IBU DALAM BULAN PUASA

TIPS DARI CIKGU SUSU : ZUAIN GHANI

 

Esok puasa yeahh. Bagi ibu2 yang menyusu jangan risau susu kurang bila ibu2 berpuasa ye. Di sini el share tips penyusuan ibu dalam bulan puasa ni.


1. Elakkan makanan yang bergoreng, berempah dan pedas sbb memerlukan banyak air utk proses dalam badan. Teknik memasak seperti sup, merebus atau memanggang.

2. Buat power pumping sekali seminggu selama satu jam antara jam 11mlm-5pg. Jika tiada double pump, anda juga boleh mengunakan single pum (sebelah kiri 10min dan sebelah kanan 10min)
teknik (20min pam...20min rehat..sambung 20min pam lagi)


3. Berbuka dgn buah kurma, makan macam biasa dan minum air suam. Moreh makan 3-5biji kurma dan susu. Setiap kali bangun malam utk baby menyusu makan 2-3biji kurma lagi dan air suam/susu. Sahur anda boleh blend kurma dgn susu.

4. Minum 3.5L air dari berbuka hingga bersahur. Cara minum: segelas air 250ml setiap jam 


5. Mind Set - sentiasa POSITIF bahawa susu ibu pasti ada dan CUKUP untuk si comel kita.

6.Kekerapan Mengepam -Tambahkan kekerapan mengepam (dan konsisten dengan jadual ini) sebulan sebelum bulan Ramadhan. Ini untuk mewujudkan demand yang tinggi terhadap susu ibu. Ironinya, jika kurang kekerapan maka kuranglah penghasilan susu.

7.  Jadual Pengepam

Pastikan ibu mematuhi jadual mengepam setiap hari seperti biasa sepanjang bulan puasa untuk memastikan demand yang berterusan kepada breast.

Berikut adalah contoh jadual mengepam di bulan puasa (bagi ibu yang masih buntu atau belum ada jadual mengepam yang konsisten):

Sesi 1 - selepas sahur atau sebelum Subuh. Pada masa ini, hormon prolaktin tinggi, biasanya kuantiti susu lebih meriah berbanding waktu lain.

Sesi 2 - Pam pada waktu tengahari, jam 12.

Sesi 3 - Pada belah petang sebelum pulang ke rumah.

Sesi 4 - Sebelum tidur (agak-agak jam 11/12 malam)

*Jika ibu rasa terlalu letih untuk mengepam pada siang hari, tambahkan sesi mengepam pada waktu malam.

PERINGATAN: Banyak demand, banyaklah supply ya!

8.Tandem Pumping


Bagi membantu anda menjayakan penyusuan sepanjang bulan puasa, pada masa yang sama mendapatkan stok yang cukup untuk bayi sewaktu anda bekerja, saya galakkan anda mengamalkan tandem pumping bila sahaja anda bersama bayi anda. Ya, walaupun pada waktu malam.

Selain melengkapkan penyusuan dan bonding session bersama bayi anda (kerana inilah tujuan utama kita breastfeeding ya mommies), anda masih boleh mengumpul stok dengan cepat. Sambil menyelam minum air lah katanya.

*Tandem pumping tu sebelah menyusu, sebelah memerah ya mommies. Gunakan posisi football hold supaya bayi dan ibu selesa.

9. Refill & Recover


Anda telah kehilangan banyak tenaga dan air setiap kali selepas menyusu dan memerah. Jadi setiap kali selepas menyusu/memerah, anda digalakkan makan dan minum. Amalkan ini pada bermula waktu berbuka sehingga waktu sahur ya.

Makanan yang perlu diambil tidak semestinya 2 pinggan nasi lemak atau 3 mangkuk laksa (ini proses menambah lemak dalam badan ~hihihi~). Memadai dengan meminum susu/horlicks/ milo panas bersama roti, pun dah ok ya.

Breast akan cepat refill selepas makan dan minum kerana paras air dan tenaga yang hilang tadi sudah ditingkatkan semula.

10.  Bersahur
Ibu, amalkan sahur setiap hari. Lambatkan sahur supaya makanan yang diambil semasa sahur menjadi sumber simpanan tenaga untuk meneruskan penyusuan dan puasa dengan baik pada siang hari.

Makanan yang amat sesuai untuk ibu menyusu semasa sahur adalah seperti:
- nasi
- kentang
- kurma
- roti
- pisang
- oats
- sup

Kurangkan makanan / lauk yang tinggi kandungan garam, pedas, berminyak dan berempah kerana makanan seperti menjadikan anda cepat merasa dahaga dan letih.

11. Bertawakal dan Berserah Kepada Allah 

Kita harus berusaha, berserah dan bertawakal kepada Allah. Berdoa dan memohon supaya dicukupkan susu ibu untuk anak dan berdoa dikurniakan rezeki kekuatan dan kesihatan untuk meneruskan puasa dengan baik.

Islam agama yang mudah dan memudahkan. Jika anda mengalami situasi yang menyebabkan anda tidak dapat meneruskan puasa disebabkan komplikasi kesihatan terutamanya, Islam memberi rukhsah puasa buat ibu menyusu.


SELAMAT BERPUASA DAN HAPPY BREASTFEEDING



Khamis, 11 Jun 2015

BERSANTAI DI FLAMINGO HOTEL BY THE BEACH

10:49 PG 26
BERSANTAI DI FLAMINGO HOTEL BY THE BEACH
sejak dari couple lagi weols suka lepak or amik angin kat sini
smpai lah dah beranak pinak pun kdg2 bw or berkelah kt beach ni
tp hari tu dah petang sgt..lg pun xplan pun nak dtg sini
just drop nak amik angin petang

mmg sini port yg sgt popular
beach ni terletak di tepi Hotel Flamingo By The Beach
time weols smpai tu angin kuat giler..best pulak
then ramai yg tgh berkelah n berbbq
malangnya xsmpai 1/2 jam weols lepak..npk awan hitam berarak dtg
terus angkat kaki hahaha...tiba2 hujan lebat..teringat pasal tsunami

tapikan syg time weols lepak situ tgh beach situ sgt kotor dan xdijaga
ranting2 kayu sampah sarap berselerakan...sedih!!
napalah xde yg jaga pantai tu..pantai tu sgtlah cantek 
beach tu mmg panjang jugak



 

alamak ari tu my anak teruna jd photog lah so xde lak gambar dia..



so belanja pic wefie weols berdua..pic ni ms celebrate his besday yg ke-8 :)


pantai yg weols lepak2 tu mcm pic kt atas ni..mmg panjang n sebelah yg ada kerusi putih2 tu hotel Flamingo...npk x ada sekelompok warna merah2 kt pokok hujung sana..ha kt situlah weols lepak2...pic kredit to klurbanite :)

lau uols dtg penang xtau petang2 nak lepas mana..ataupun boleh stay nite kat Hotel Flamingo by The Beach di Batu Feringgi ni..boleh layan angin petang best ooo :) kbai

Rabu, 10 Jun 2015

AKUARIUM BATU MAUNG, PULAU PINANG

9:31 PG 27
AKUARIUM BATU MAUNG, PULAU PINANG
sabtu lepas dah puas mandi kolam
so ahad mama el plan nak bw budak2 tu tgk fish plak
haii mcm2 mama el ni pya plan hehe
mama el suka tgk anak2 hepi

so mama el plan bw diorg tgk fish kat Akuarium Batu Maung, Pulau Pinang
Akuarium Batu Maung ni terletak di Jambatan Kedu
jgn bygkan Akuriam ni mcm Aqua kat KLCC tu ye
kecik je tempat ni tp mcm2 ikan ada..janji budak2 tu happy

Akuarium Batu Maung ni buka setiap hari kecuali hari Rabu 10am-5pm
So pukul 10.30am weols bergerak..xdelah jauh sgt dr rumah el tu Queensbay-Batu Maung 15minit

Tiket Dewasa RM5
Tiket Kanak2 8tahun ke atas RM2
Warga emas dan kanak2 7thn kebwh percuma


Anak2 yg excited


Biar gambar berbicara..jgn tya nama ikan...iols x sempat nak baca ekeke


 

Ikan ni beso giler..mcm bawal hitam kut haha

 

Ikan kaler biru

 

Ikan nemo?haha

  

Akuarium mcm ni lah nak letak lam rumah iols nti..akuarium dah ada kt umah..ikan je xde huhu

 

Ni kerapu pedang x salah..besor giler


na na na na ganu kite...penyu pun ada hehe

 

Ikan buntal ni sgt cute ok


Udang galah ke lobster..tp ni masak lemak cili pun sodap haha



Apa2 je lah anak2..janji uols happy


Paling best kat dalam akuarium ni adalah big tank akuarium..besar giler ok cantek le pulok


Anak2 paling seronok bila npk ikan jerung..mama el pun kagum hahaha


Anak sape lah yg panjat tiang tu haha


Nak tgk akuarium yg ada ikan jerung tu uols boleh duduk mcm tgk wayang..ha tgk puas2..mmg santai..yg kecik tu mulut boleh tahan gak..pokpekpokpek tgk ikan haha


Kita seround lagi sekali..alamak ada juon kt tepi tu haha


Kat luar pulak ada kolam ikan


Sesi bg ikan makan pulak


Hat belakang tu tulang ikan paus..percaya x?ekekeke


Pas abis tgk lepak kat cafe akuarium tu makan2 n minum2..lepas2 balik lah hahaha


Selasa, 9 Jun 2015

MANDI MANDA DI TAMAN BELIA

12:16 PTG 21
MANDI MANDA DI TAMAN BELIA
hari sabtu lepas
mama el gigih bw budak2 tu g mandi manda kt kolam
kt penang ni lau nak mandi kolam free dan best
satu tempat je ada di Taman Belia Tanjung Bunga
agak jauh jugak dr umah el..around 20 minit smpai

hubby lak keje..so sian budak2 tu xkemana cuti sekolah ni
n dah lama diorg ajak g mandi kolam
so dgn tawakal dan bismillah mama el drive bersama askar2 beliau hehe
syukur dpt smpai dgn selamatnya
nasib x jem jln n kami adalah org pertama sampai kat kolam mandi tu hehe

ekceli kul 8pg weols gerak
semua dah siap2 dah
ariqa letak lam carseat..mujur dia ok je

sampai2 kat kolam mandi tu diorg tgh bersihkan kolam
so kena tgu  gak lam 15minit
bukak2 je kolam tu terus budak2 tu happy n terjun kolam hahaha
berkumbanglah budak2 tu dari kul 8-12tghari


Kolam kat sini mmg besar puaslah budak2 tu mandi


Lets go anak2 :)


Cuaca time tu sgt lah redup n sejuk2..yelah kul 8pg dah terpacak kt situ..tp kete punyalah byk..kebykkan diorg jogging kat situ..smbil tgu diorg bersihkan kolam tu ronda2 di tepi2 je..malas nak round satu taman..iols kan dukung si bambam tu..penattt haha

 
Sllunya lau pi sini budak2 tu mandi kt kolam atas ni..tp kt sinilah monyet2 tu curik lauk pauk air minuman kami..so kami g mandi kolam kat bawah je..gpun kt bwh sn redup skit


Tgklah tu belum nyempat2 book tempat dah terjun kolam


Buat masa ni kolam tu kita pya ye anak2 haha


 Seronok betul diorg dpt berkumbang dalam kolam tu


Mama el ritu x masak pape pun..just goreng fries n beli roti n biskut je..sbb lunch nti nak mkn kt kfc pulak
so xdelah mama el penat kan ehehe



Budak tecik ni  kena isi perut dulu baru main air..haha..nasiblah budak ni x meragam..seronok mandi kolam
nak akhir2 tu penat kot serba x kena..so bg menyusu sat..tertido dia smpai lah balik baru bgn hehe good girl


Pas2 dah tghari kul 12 tu..dah puas2 budak2 tu mandi weols pun gerak balik n singgah mkn lunch kt kfc 


Mujurlah kfc tu xde org sgt..boleh lah budak2 tu buat mcm umah sndiri..tgk tu ariqa..senang skit mama el nak mkn..dia boleh main sendiri haha


Hai semua..cak!!


Thank you ariqa sbb jadi budak yg baik hari tu..hehe


Pasni bolehlah mama el bw askar2 tu jenjalan bila babah keje ye


Alhamdulilah Allah permudahkan kami pada hari tu :)