05/01/2015 - 06/01/2015 - LIFESTYLE BLOGGER

Rabu, 27 Mei 2015

MEH NAK SHARE TIPS PENYUSUAN | TIPS SUSU BANYAK | BREASTFEEDING

10:52 PG 13
MEH NAK SHARE TIPS PENYUSUAN | TIPS SUSU BANYAK | BREASTFEEDING
alhamdulilah niat nak meyusu badan tuk anak no. 4 ni berjalan dengan baik
bulan depan budak tecik ni dah setahun
uikkk mcm baru je smlm beranak
cepat nau nau masa berlalu pergi

igtkan budak ni dah pandai makan ..minum susu kurang tp aikkk lagi byk lak
dulu ms dia umur 1-6bulan boleh abis takat 2 or 3 botol je kat umah bbsitter
penuh stok susu dalam petiais..smpai babah nak beli ikan ayam dll terpaksa beli daily

tp skrg ni permintaan melebih lebih pulak 
sehari bedal  4-5 botol ha kemain budak tu haha
xpelah minum pi lah anak ku sayang biar sihat dirimu nak :)

pas pantang ritu rajin pam 3xsehari dptlah dlm 12-20oz
tp la ni pam 2xsehari dpt dlm 10-12oz

so disebabkan ariqa dah mula demand..dan stok susu dah mula surut
mama el kena gigih semula 

so untuk memberpanyakkan susu
kenalah rajin makan/minum yang boleh tambah susu dan elak makan/minum yang merepek2 hehe

ni el share dari group wasap tips / petua banyakkan susu badan


ekceli  byk cara atau tips / petua banyakkan susu badan ni mcm sawi, lobak putih, minum susu, kurma, red dates, longan barli and mcm2 lagilah..ikutlah masing2 punya badan hehe


semalam mama el rajin buatkan air longan
tu dia bw pi ofis sebotol abis
hari ni mama el rajin wat air barli
tu dia abis sebotol
dan2 tangki penuh hahaha


cooler bag mama el..my bff nowdays hehe


susu time :) 
terlupa nak snap pam susu el tu
el pakai manual unimom dari anak no. 3 lagi
ada yg letrik tp spektra 3..berat nk mmpus..tu pakai bila urgent je haha


ni dia budak tecik yg minum byk..makan pun byk hahaha
dah boleh jalan..jalan skit2 je..lebih tu malas..merangkak je..tp lau dpt jalan mcm gambar atas tu kemain mcm terer dah jalan..havoc uols dia ni ekeke


Selasa, 26 Mei 2015

KEK COKLAT DI HARI LAHIRMU YANG KE-8

3:03 PTG 14
KEK COKLAT DI HARI LAHIRMU YANG KE-8
ekceli dia lahir 19/5
tp time tu mama bz
sabtu lepas kebetulan sekolah kafa dia ada wat jamuan hari guru
cikgu dpt adiah advance hari tu ekeke
 
so mama buatkan kek coklat tuk dibawa tuk jamuan tu
kek coklat je lah yg mama terer haha

jadilah kan..hasil kasih sayang mama tuk anak teruna mama sorg ni

8tahun yg lepas mama tahan sakit 12 jam dalam LR
yg kelakar mama dah putus harapan nak push sbb kehabisan tenaga
smpai suruh doctor tu potong je perut mama..tp doctor ngan misi sgt baik
beri semangat kat mama..akhirnya mama sekuat hati menahan nafas sekali push
kuarlah Ahmad Danish Zikry..beratnya ya Allah 3.72kg hahaha

Selamat hari lahir yg ke8 Ahmad Danish Zikry
Mama Babah doakan abg jadi anak yang soleh dan muslim yang terbaik dunia akhirat dan berjaya dalam kehidupan amin


Alololo anak teruna mama sorg ni hehe 
(rajin vakum, lipat kain, kemas rumah n kalau adik kecik ngis dia lah paling gelabah nak bg adik diam haha)

 

Kek coklat yang senang dan cepat
Cepat dimasak cepat dimakan hehe

Selasa, 19 Mei 2015

DRAMA DIA ISTERI LUAR BIASA | SLOT AKASIA

2:46 PTG 12
DRAMA DIA ISTERI LUAR BIASA | SLOT AKASIA
 
 (aiman hakim x jeles ke tgk ni hehe)

SINOPSIS DIA ISTERI LUAR BIASA

Dia Isteri Luar Biasa mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (lakonan Fathia Latiff) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk mendapatkan anak. Dewi tidak percaya terhadap lelaki, kebencian Dewi terhadap lelaki terjadi akibat peristiwa silam yang masih menghantui dirinya apabila, ibunya menjadi mangsa kekejaman bapanya sendiri. 


Bagi Dewi dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki, tetapi apabila Dewi perlu menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadhirah) yang bernama Nina, terdetik di hati Dewi untuk memiliki zuriat sendiri dengan apa cara sekali pun.


 Kerana tidak mahu berkahwin, Dewi cuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan namun ditolak kerana menyalahi undang-undang dan juga agama. Lalu tercetus satu idea apabila Dewi meminta pertolongan daripada sahabat baiknya, Cik Kem atau Kamrul (Keith Foo) untuk mencari calon suami sementaranya.



 
Mahu tahu siapa yang menjadi suami sementara kepada Dewi, haruslah anda mula menonton drama ini yang ke udara setiap Isnin hingga Khamis bermula 6.55 petang di TV3. Jom! 

 Dia Isteri Luar Biasa membariskan watak utama yang dijayakan Shukri Yahaya dan juga Fathia Latiff selain dibantu oleh Keith Foo, Elizad Sharifuddin dan ramai lagi.

kredit #rotikaya


nota noti: lama x tgk drama2 ni..sibuk ngan anak2..lg2 Arwen perlukan lebih perhatian..alhamdulilah so far dia leh dah baca suku kata 

HADIAH HARI GURU

10:35 PG 14
HADIAH HARI GURU
jumaat yg lepas..pas anak2 balik sekolah
bagi surat..tgk2 surat sambutan Hari Guru
anak2 request nak bg adiah..alahhh dah lah tgh bulan huhuhu
tgk anak2 rengek2 nak bg adiah.. jenuh pujuk2..pas2 mama el ckp ha mama buat kek je lah
ok anak2 setuju nk bg kek

pas2 mama el cadangkan apa kata kita hadiahkan cikgu mug then bungkus kek tu dlm plastik letak dlm mug tu then balut..budak2 tu setuju..tp bajet xlebih dr RM50 ye hehe
then hubby nyampuk seloroh..harijadi abah korg x bg pape pun hahaha
xpelah bahhh just do this for sedekah and to make anak2 happy :)

sabtu el pi lah cari mug yg murah..alhamdulilah ada mug yg jual RM2/1pc kat Jusco
bahan2 tuk buat kek mmg dah ada stok cuma beli mug, pembalut dan riben je


mug RM2x14pc = RM28
riben = RM7.80
pembalut = RM11.00
total = RM46.80
(yes dlm bajet)


ok ni kek yg el buatkan Congo Bars..senang n cepat buatnya


then el potong Congo Bars tu and balutkan dengan pembalut plastik




Masukkan Congo Bars tu lam mug





14 mug sedia tuk dikerjakan..nasib hubby cuti bolehlah tulun..kul 1pg baru setel..biasalah si kecik tu nak berkepit je


 ni kad ni el buat kat office je..yg gambar frozen tu tuk cikgu Arwen
yg gambar minecraft game tu tuk cikgu Ahmad Danish


 Ok setel dah hadiah tuk cikgu
Dapatlah cikgu adiah mug ngan makan kek hehe


Jumaat, 15 Mei 2015

PERKAHWINAN LANA NODIN | GAMBAR LANA NODIN KAHWIN 15.5.15

1:22 PTG 15
PERKAHWINAN LANA NODIN | GAMBAR LANA NODIN KAHWIN 15.5.15
Alhamdulilah selesai sudah majlis pernikahan pelakon Lana Nodin dengan pilihan hatinya David Mckienzie atau nama Islamnya Mohd Daud McKienzie dengan sekali lafaz pada pagi ini 15.5.15 dengan mas kahwin bernilai USD10000 atau RM 32000. Manakala wang hantaran dirahsiakan. 

Jodoh ajal maut di tangan Tuhan. Pelbagai gosip yang melanda Lana Nodin mengenai kisah cinta beliau. Akhirnya jurulatih dan pemain bola tampar Olimpik untuk pasukan Amerika Syarikat ini menjadi raja dihatinya. 

Gambar pernikahan Lana Nodin

  

Pihak perempuan menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki. Pihak lelaki memberi 5 dulang hantaran, Manakala pihak perempuan, membalas 7 dulang hantaran. 



Majlis yang dihadiri keluarga dan tetamu yang terdekat ini telah dijalankan di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan Selangor.






 Tahniah semoga bahagia hingga ke Jannah

kredit
#rotikaya

Sabtu, 9 Mei 2015

PERNIKAHAN FAHRIN AHMAD DAN ELENA HANI ELEAS | GAMBAR PERKAHWINAN FAHRIN AHMAD

11:08 PG 16
PERNIKAHAN FAHRIN AHMAD DAN ELENA HANI ELEAS | GAMBAR PERKAHWINAN FAHRIN AHMAD
Gambar-gambar pernikahan dan perkahwinan Fahrin Ahmad dan Elena Hani Eleas

Setelah sekian lama..penantian akhirnya bertemu jodoh jua.
Ramai yang ternanti2 ingin melihat siapakah gerangan yang telah menambat hati  Fahrin Ahmad tu...hehe org lain yg kawin..kita yang debo ahaks

Alhamdulillah..pagi ini dengan sekali lafaz pelakon terkenal tanahair Fahrin Ahmad 36 sah bergelar suami kepada Elena Hani Eleas 37, seorang Ketua Pramugari Emirates Airline dengan  mas kahwin RM80 tunai tanpa hantaran di Pusat Konvensyen Sime Darby Mont Kiara dihadiri kaum terdekat, teman rapat dan rakan media.


Sesi penyerahan mas kahwin sejurus selepas Fahrin Ahmad selesai menunaikan solat sunat. Alhamdulillah. Pasangan serasi bagai pinang dibelah dua

Gambar pernikahan Fahrin Ahmad 








  

Ada yang patah hati ke Fahrin Ahmad dah berkahwin hehe 

Selamat Pengantin Baru Fahrin Ahmad dan isteri..Semoga jodoh berkekalan hingga ke jannah

kredit #mediahiburan #officialhlive
#perkahwinanfahrinahmad #fahrinahmadnikah #fahrinnikah

Selasa, 5 Mei 2015

MAKAN-MAKAN FAMILI GATHER CUTI WESAK DAN HARI BURUH | CONGO OREO BARS

4:01 PTG 20
MAKAN-MAKAN FAMILI GATHER CUTI WESAK DAN HARI BURUH | CONGO OREO BARS
alamak dah lama x berblog
adoiiii semangat nak berblog berkobar2
tp malas bebeno..malas tu melekat kat jiwa raga body iols ni adoii ekeke

cuti yg pjg tu kan sbb cuti hari pekerja ngan wesak tu iols x kemana pun 
duk umah je..lgpun family dr kampung ngan adik dr kl nak dtg
kebetulan abah iols ada follow up check up kat Hospital Penang ni..so
pas abis check up terus mai umah makan lunch

tgh berwasap2 ngan diorg..ckp iols baru bangun kul 8..diorg mcm xde mood je balas hahaha
tapi diorg x tau yg mama el dah siap2 makanan tenghari seawal subuh pagi kahkahkah
sorang2 masak ok.. tu dia teruja sgt mak abah adik abang anak buah nak mai
last baby ariqa nyonyot kul 5.30 tu terus iols siap2 bersilat kat dapur
hubby lak keje..mujur lah malam tu el dah siap2 siang ikan..cuci ayam..cuci udang

oo masak kali ni el x pakai periuk ajaib..sbb masakan ni semua cepat masak
cuma nasi je el masak ngan periuk noxxa cepat skit masak 7 minit je

mula2 el masak GULAI IKAN TALANG MASIN 
sambil2 tu el masak SAMBAL TUMIS UDANG PETAI

menu seterusnya el masak AYAM GORENG BEREMPAH..el dah siap2 perap ayam tu mlm tu
so just tinggal nak goreng je
ikan kembung lak el buat IKAN KEMBUNG BAKAR..pun el dah siap2 perap kan..tggu nak bako je haha

senang kan xpayah nak kelam kabut pagi2 tu..semua dlm keadaan teratur

pas2 el buatkan SAMBAL BELACAN dan SAMBAL BUDU tuk dimakan bersama ulaman 

alhamdulilah jam 10 ngam2 dah siap semua..tgh nak mandi ngan ariqa dengar suara abah..alamakkk dah smpai ke..laaa cepat nau nau wat checkup..mujur semua dah siap hehe

diorg pun terkejut cepat nau masaknya haha..akhirnya diorg makan tenghari seawal jam 1030 cam tu haha


anak teruna iols yg ringan tulang..suruh vakum karpet..xde dia bising2..ok mama nti saya buat hehe


iols tahu yg mak ngan yg lain suka nau makan gulai ikan talang..sbb ritu ms iols kahwin..mil buatkan gulai ni..so diorg suka sgt..so iols buatkan gulai ni..makan bertambah2..nak2 lagi ada sambal udang petai..mmg lawan lah haha..ayam goreng berempah sure ada sbb anak buah suka hehe


diorg pun hantu ikan bakar...so buatkan ikan kembung bakar..lagilah diorg suka..mak ckp..sedap betul!!!haha


Seronok tgk diorg makan bertambah2

 
Iols mmg igt nak buat kan diorg donut ngan congo bars..tp xsangka abah check up abis awal..so mmg x sempat nak buat..then tiba2 adik request nak belajar buat donut ngan congo bars tu..so nasib diorg boleh stay smpai petang..mak abah ngan abang dah balik dulu


Congo Oreo Bars
sllu diorg taruh chocolate chip..tapi iols xde..pi kedai dekat umah xde gak..so iols ganti ngan oreo

donut yg sllu iols buat tu adik dah pandai buat..tp xtaulah lau buat sendiri jadi ke x ekekeke
congo bars pun dah siap..diorg tapau donut..congo bars ngan gulai ikan talang

fuh best sgt2 dpt lepak ngan mak abah adik abang..xpuas rasanya
insyallah lau ada rumah sndiri nak jemput diorg makan2 sembang2 lama2 hehe

nota noti: hubby wasap "seronok lah depa makan sedap no" hahaha


resepi gulai ikan talang masin dan congo oreo bars tu nti el tempek k..senang giler buatnya