Pernikahan Linda Onn dengan jejaka pilihan beliau ini menjadi
perhatian ramai kira kira sebulan lalu kerana keputusan itu dianggap
sebagai mengejut dari penyampai radio popularini.
Majlis pernikahan Linda Onn & Ungku Azhar yang
dijalankan secara tertutup juga menarik minat ramai lebih lebih lagi ada
segelintir pihak mengatakan mereka sengaja menyorok dan menepikan media
juga peminat.
Namun, majlis resepsi pasangan ini yang berlangsung secara sederhana
dan intim di sebuah restoran di Kuala Lumpur memberikan mesej yang Linda
Onn dan Ungku Azhar memang tidak gemar menghebahkan kisah perkahwinan
mereka.
Menerusi gambar yang kami terima, kurang dari 200 orang tetamu yang
terdiri daripada rakan rakan juga keluarga yang hadir ke resepsi
perkahwinan pasangan ini yang mengambil tempat di Restoran Hadramawt,
Kuala Lumpur
GAMBAR PERNIKAHAN LINDA ON klik SINI