10/01/2013 - 11/01/2013 - LIFESTYLE BLOGGER

Khamis, 31 Oktober 2013

ANNUAL DINNER STAR CRUISES

1:33 PTG 18
ANNUAL DINNER STAR CRUISES

rini cik abe kito pi naik kapal star cruise
ado annual dinner katonyo
bestlah dio..esok pagi baru kelik
theyol pusing2 island

ntah bila weols anak beranok nok meraso naik kapal ni
teringin jugak dehh hahaha

cik abe kito kato : u xpayah risau..ofismate i semua dah makcik2 pun
iols: yelahhh..tp staff2 dlm kapal tu makcik gak ke hahahaha
(gurau senda laki bini)

sempat perli kat cik abe tadi..untunglah ada org tu mkn sedap2 n enjoy mlm :P


nota noti: semua kerja rumah cik abe dah setel sblm p naik kapal..alhamdulilah bolehlah terbungkang balik kang :) 


Rabu, 30 Oktober 2013

ROJAK.. OIII ROJAK OOII

2:39 PTG 12
ROJAK.. OIII ROJAK OOII
ni en. suami iols lah punya pasai
smlm weols pergi tesco beli brg skit
dok jln2 dlm tu dia npk ada buah sengkuang byk2
pas2 dia dok ceceh2 ayaq liur katanya

"ni lau dpt kuah rojak taruh atas sengkuang perghhhhhh"

terus bini dia pun mencari lah satu tesco kuah rojak
yg ado pun hat bkn keluaran bumiputra
so xjdlah beli huhuhu

hari ni pulak bini dia dah mengidam sgt2
xtahan...xkeharuan dibuatnya
mn nak cari rojak waktu tenghari2 ni kan
kwn2 fb ckp..hang buat sendirilahhhh huhuhu (sampai hati ekeke)
pas2 el pun laju2lah pas amek danish skul tu terus terjah market bayan baru beli kuah rojak
ngan buah2 sekali



ha hambek ada buah ambra..guava...mangga dan sengkuang
mknlah smpi comot...abis tudung wakakaka
alhamdulilahhh..puashatiii!!!!

WW KAKAK ALANA

10:00 PG 7
WW KAKAK ALANA
lama x pakaikan Alana gaun2 ni
asik kuar jln2 pakaikan jeans je
sbb sng gpun diorg ni suka sgt lari2
takut jatuh luka lak kat lutut ke or mn2

so ritu g kenduri ngan babah dia
el pakaikan Alana gaun yg lama terperam 
beli kat Hatyai taun lepas
bila tunjuk gaun tu
dia ckp..nakkk nakkk antekkknyeeeee
n bila pakaikan siap pusing2 kasi kembang kain tu ekekeke
pas2 tunjuk kat babah dia..abahh abahhh ni ni
abah dia ckp canteknyaaa terus tersengih2 haha


siap el bw kuar dslr tu terus pose mcm ala2 supermodel hehe


pas2 suh tangkap gambar lagi


sng betul nak suh dia pose..sporting kakak Alana ni :)


nota noti : rasa nak pi Hatyai lagi nak sopin gaun2 kt sn murah :)

Selasa, 29 Oktober 2013

Petua/Rawatan/Ubat Semulajadi untuk Selsema Bayi dan Kanak-Kanak (Natural Treatment/Remedy for Flu)

10:25 PG 16
Petua/Rawatan/Ubat Semulajadi untuk Selsema Bayi dan Kanak-Kanak (Natural Treatment/Remedy for Flu)
1) Minyak bawang putih (Garlic Oil)

Minyak bawang putih ini boleh digunakan sama ada untuk disapu pada dada ataupun tapak kaki anak jika anak anda mengalami batuk/ selsema .

Caranya:
- Bakar bawang putih diatas api tanpa membuang kulit bawang tersebut.
- Setelah itu lenyekkan bawang tersebut di dalam pinggan yang berisi minyak. Anda boleh gunakan sama ada minyak zaitun/ minyak masak.
- Kemudian sapukan pada tapak kaki/dada anak anda.


2) Kaedah Stokin Bawang Putih (Garlic Socks)

Caranya:
- Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit seperti jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk (tidak perlu lumat )
- Untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih).
- Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur.

Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .

Garlic enters your system and heads straight for the lungs.Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time

(Bawang putih sangat bagus bagi tujuan merawat selsema batuk)


nota noti: feeling malas dan mengantuk :(

Jumaat, 25 Oktober 2013

REZEKI ANAK

11:32 PG 20
REZEKI ANAK

kalau dah kawin tya ada isi ke blum

dah ada anak sorg tya pulak bila nak ada no. 2

dah ada anak 3 pun tya lagi cukup ke 3

dan seterusnya pertanyaan ini takan stop smpai bila2 selagi dalam diri itu tidak memahami rezeki anak itu datang dr Dia

allahualam


Lebih baik kita mendoakan yang terbaik untuk mereka :)
 
peringatan tuk diri sndiri juga


Khamis, 24 Oktober 2013

Rabu, 23 Oktober 2013

WW ARTWORK FROM DANISH

2:39 PTG 10
WW ARTWORK FROM DANISH
hari2 keje dia melukis dan mewarna
lau hari sekolah mmg xbagi dia main komputer/games/hp
so nilah keje dia mengisi ms lapang xkira siang malam :)




 
 hat minion belah kanan tu..dia lekatkan kayu kt belakang..ala2 mcm wayang kulit..sbb ritu dia tgk org main wayang kulit lam tv..so abislah umah tok dia..dia cabut serpihan kayu2 hahaha..nasib tok dia x npk..lau x bisinglah org tua tu umah papan dia dah ranap ekekeke

  l

yg best tu semua lukisan dia..dia lukis pakai pen hahahaha..kerrrlass ko danish..mama lukis ngan pen pun talak ini macam wooo ekeke


nota noti: skun danish suh mama n abah dia belikan mesin kertas (printer sbb ritu sabtu lepas bw budak2 ni kat ofis..el print la kartun2 tu..last2 suh kita beli plak mesin kertas tu)
hari2 suh belikan smpai tahap x leh nak control marah..hahaha)

WW MURTABAK MAGGI

10:41 PG 13
WW MURTABAK MAGGI
org lain dah lama buat
el baru isnin lepas mencuba wat murtabak maggi


 taruh cheese ngan sos cili skit baru best :)


digalakan mkn panas2..baru sedap hehe

sng je uols
uols rebus maggi tu n toskan (ketepikan)
tumis bwg putih, daging cincang (nak ayam or seafood pun boleh je)
nak letak apa2 pun boleh sayur campur ke bwg ke ikut sukatik uols lah then
taruh serbuk kari sedikit n garam. Masak semua then tutup api

Masukan bahan msk td ke dalam maggi yg telah ditos tadi. Pecah 2 biji telur utk 1 paket maggi dan serbuk  maggi tadi..gaul2..pas2 masak dalam pan/kuali. Agak2 dah garing kat bwh baru terbalik kan
Siap :)


nota noti: xde modal nak update ape..masak2 je lah modalnya haha
semoga esok dpt berita yg mengembirakan amin :P

Isnin, 21 Oktober 2013

RESEPI NASI BERIANI DAGING

1:46 PTG 11
RESEPI NASI BERIANI DAGING
sure rmi yg ada stok daging time raya kurban ritu kan
el pun ada gak daging lam 2kg tulang 2kg
so last wiken el masak nasi beriani daging
sllu el masak nasi beriani kosong je
so alang2 dah ada daging..try buat taruh daging pulak

smlm pas el p meeting koperasi lam kul 12 abis
terus balik umah masak..sian budak2 ngan bapak diorg lapar
gigihlah mama el buatkan nasi beriani daging..nak2 musin ujan kan
lagilah kebedalan tu terserlah hahaha

jom tgk resepi nasi beriani daging el buat smlm :)


4pot beras basmathi (el pakai beras biasa je)
(masak seperti biasa jgn lupa letak daun pandan)

bahan memasak beriani daging:
Bahan A
1kg daging
4biji bwg merah
4biji bwg putih
2cm halia
(semua di blend)

Bahan B
4 sudu besar serbuk beriani
1/2 sudu serbuk cili
(dicampur sekali jdkan pes)

4 sekawan
kulit kayu manis, buah pelaga, b.cengkih, b.lawang

1/2 tin susu cair/yogurt (el pakai susu cair)
2bj cili hijau dipotong kecil2
2bj buah tamoto dipotong dadu
daun ketumbar diracik2
daun pudina diracik2
minyak sapi
mentega
minyak masak

cara2:-

Masukan myk sapi, mentega dan myk masak dan tumis rempah 4 sekawan smpi naik bau
kemudian masukan bahan A. Masak smpai naik bau
kemudian masukan bahan B. Masak smpai rempah naik minyak
kemudian masukan daging, susu cair, cili hijau, buah tomato.
(xpayah taruh air sbb nti daging tu akan mengeluarkan air)
Masak smpai daging empuk. Siap. sejuk kan

Sediakan satu periuk besar. Letakkan daun pisang tuk mengelakan nasi hangit dibawah. Layerkan daging beriani tadi dgn nasi yg telah dimasak. Mula2 masukan daging beriani, then nasi, taburkan pewarna kuning, masuk daging beriani lagi, then nasi, taburkan pewarna kuning. Buatlah beberapa layer smpai habis. Kemudian taburkan kismi dan buah gajus. Masak dengan api perlahan di atas dapur. Dalam 5 minit bukak periuk dan taburkan hirisan daun pudina dan daun ketumbar kemudian tutup n masak selama 5 minit lagi. Selepas itu gaul semua sekali. Gaul smpai kesemua rasa serata. Ok dah siap :) 

Weols mkn tghari ritu nak dkt pukul 3ptg hehe


Yeayy dah pandai masak nasi beriani daging hehe


El jugak masak ayam masak tomato dan daging masak hitam. Mmg kenyang giler kami hari tu hehe alhamdulilah



Jumaat, 18 Oktober 2013

LEMAH JANTUNG!!

9:57 PG 15
LEMAH JANTUNG!!
lau el ni ada penyakit lemah jantung ke sakit jantung ke
dah byk kali dah kut pitam hehehe
tp alhamdulilah sihat je el ni :)

nak stori psl lemah jantung pasal toys2 abg danish kat umah ni lah
kdg2 abg danish ni suka letak merata2 brg menan dia..smpaikan kdg2 wat el terkejut 

mcm ritukan el ni kerap bgn pagi kul 3 or 4pg
bgn2 nak tgk abg kat bilik sebelah
time bgn tu gelap skit bila pandang dpn tv npk something and terkejutlah
igtkan apalah..gosok2 mata tgk2 la gozila..aduyai lemah jantung mama danish woii 
terkejut igtkan biawak masuk rumah ke tikus besar ke coiiiiiiiiiiiii

 
mcm smlm balik2 keje bukak pintu umah bg salam..mama el ni pun terkejut lagi sbb npk ekor binatang..sekali tgk ya Allah gozila ni aduyaiiiiiiiiiii huhu

ntah bila pulak ada time tu nak kemas2 umah
masuk bilik danish tetiba ooooomak kau
aduyaiii dinsour lak kt bwh lantai...el igtkan tikus mati ke cicak mati ke huhuhu
time tu jantung dah laju2 kena pam hahahaha


sebenarnya dah byk kali el ni lemah jantung n terkejut ngan binatang2 toys abg danish ni
ritu masuk2 bilik ayaq tiba2...makkkkkk!!!!melatah tgk dinasour siap duduk atas besen hahaha


nota noti: hahaha kelakar lak bila teringat sorg2 hehe..uols ada  mcm ni x?

Rabu, 16 Oktober 2013

WW MY KETUPAT PALAS

1:02 PTG 16
WW MY KETUPAT PALAS


 1st time buat ketupat sendiri
sllu tulun mil buatkan
ritu raya haji balik kampung
so nak asah skill lah kan
alang2 semua ada
el buat ketupat kacang


alhamdulilah menjadi gak w/pun lembik sedikit..mayb rebus lama sgt kut ek
so pas ni lau hari raya ke ape ke sng lah nak wat dah hehehe
igt nak wat lemang sekali...lama giler kut x wat lemang dah 10taun..tiba2 el pulak last minit suh abah buatkan...mn lah org tua tu x bising...x ckp awal2..lau x boleh dia belikan buluh siap2...so abah el ckp taun depan raya poselah buat..insyallah lau abah el pjg umo..el nak belajar pulak buat lemang sndiri..so nti dah ada menantu cucu semua boleh bg anak menantu cucu mkn ekekeke..


nota noti : el bz mggu ni..satg el terjah mn2 yg sempat ok kbai
eh slmt hari raya aidiladha semua :)

Jumaat, 11 Oktober 2013

TEKNIK MENGHUKUM ANAK | MAMA MOGOK

2:37 PTG 16
TEKNIK MENGHUKUM ANAK | MAMA MOGOK
smlm mama el mogok xmau ckp ngan abg danish
mama el x larat nak marah... xlarat nak nasihat..xlarat nak piat telinga
mama el ni mmg garang lau ngan anak2..lau marah risau kuar perkataan yg xelok
so baik mama diam n mogok xmau ckp ngan abg danish
xckp ngan abg danish since amek dia balik sekolah smlm smpilah dia pergi sekolah pagi td


w/pun marah dlm diam n xbercakap ngan abg..tp hati tersentuh bila tgk dia xlupa nak solat..alamak bila cite kat uols..tiba2 hati iols sebak ngis sedu2..tp mama tetap xmau ckp ngan abg smpai balik sekolah esok (hari ini)


berkali2 jugaklah abg panggil nama mama..tp mama wat xendah je..smpailah smlm mama masuk bilik nak rehat sbb mama el demam tp mata asik dok tgk dia wat ape..ms tu dia tgh bc buku sndiri pas2 tgh melukis minion..last2 dia tgk mama dia dah tido..dia pun masuk bilik tido...start bulan lepas dah ajar dia tido dalam bilik asing..lau x berempat weols tido bila abah keje malam :)

Td tghari amek dia kat skolah, dia kuar awal (sllu kuar paling last) n muka x monyok mcm smlm dan 2 3 hari yg lepas...so mama anggap dia xwat perangai kat sekolah..tp mama ttp wat muka marah n diam

Sampai kat umah..akhirnya mama el bersuara...buat perangai tak kat sekolah!!!
tak katanya
kacau kawan x kat sekolah
tak katanya 

Alhamdulilah apa yg el buat ni berjaya buat dia berkelakuan baik di sekolah.


TEKNIK MENGHUKUM ANAK
 
Di bawah ini disenaraikan cara-cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada anak, diulangi, sebagai pendidikan kepada anak. Teknik menghukum anak ini sebagaimana yang disarankan oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh dari Universiti Islam Antarabangsa.
 
1. Pandangan mata yang sinis - Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalam diri seseorang anak. Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam.  


2. Keluarkan suara dari tenggorok (mendengus) sebagai tanda tidak bersetuju dan peringatan kepada anak terhadap apa yang telah dan akan dilakukannya.  


3. Puji orang lain depan dia, tetapi dengan syarat untuk memberi rasa sangsi saja kepada si anak dan mendorong si anak untuk menjadi sebagus yang dipuji. 


4. Buat-buat macam tak pedulikan si anak. Ini merupakan keterbalikan daripada sikap memberi perhatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, maka palingkanlah wajah (konon-konon jual mahal la...) sehingga si anak menyedari kesilapannya. Dalam hal ini hendaklah dijelaskan kesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya terus sebab peranan kita ialah mendidik bukan menyeksa. 


5. Tidak bagi duit, tak mengajaknya berekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang dia suka seperti basikal, bermain video game, menonton TV, berkunjung ke rumah teman, saudara atau seumpamanya. 


6. Putuskan hubungan dengan anak tapi tidak lebih tiga hari dengan niat untuk menghukumnya, hubungan harus kembali seperti biasa jika anak telah mengakui kesalahannya atau menyesali perbuatannya. 


7. Beri ancaman dengan syarat ancaman tersebut tidak terlalu berat. Ancaman tersebut juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang diberikan untuk si anak mengakui dan memperbaiki kesalahannya. 


8. Memulas telinga. Sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah S.A.W seperti yang diriwayatkan oleh Imam Nawawi dari Abdullah bin Basr al-Mazni r.a, dia berkata : Aku telah diutuskan oleh ibu ku dengan membawa beberapa biji anggur untuk disampaikan kepada baginda, ketika aku menemui Rasulullah S.A.W, baginda memulas telinga ku sambil berkata "Wahai penipu!" 


9. Memukul sebagai alternatif terakhir. Oleh itu tidak dibenarkan memukul kecuali telah dilakukan semua cara-cara mendidik dan menghukum lainnya. Memukul anak dapat dilakukan jika cara-cara yang lain tidak lagi berfungsi dan si anak telah mencapai umur, sebab anak yang belum mumaiyyiz tidak dapat membezakan yang benar atau yang salah serta tidak menyedari kesalahannya. Jika dilakukan juga dikhuatiri anak menerima impak negatif seperti tekanan jiwa/batin, terbiasa untuk memukul, rasa takut, kencing malam dan penyakit kejiwaan lainnya.


Demikian juga dilarang memukul anak di bawah umur 10 tahun, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: Maksudnya: "Perintahlah anakmu menunaikan solat pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana tidak melakukannya pada usia sepuluh tahun." 

 nota noti: cikgu ckp ahmad danish ni bab2 belajar pandai..keje sekolah siap dulu..xde mslh dengan pelajaran dia cuma dia suka kaco kwn2 dia buat keje sekolah dan main2..mentang2lah dia dah abis dulu..ha mcm tulah kisahnya..:)

Khamis, 10 Oktober 2013

TERIMA KASIH NUFFNANG AHAKSS

2:39 PTG 18
TERIMA KASIH NUFFNANG AHAKSS

mggu ni rmi yg update dpt BE dr nuffnang 
eden pun x ketinggalan mendapat BE dr nuffnang
alhamdulilah :)
tahniah kwn2 semua
tahniah pada diri sndiri hehe

nota noti : xleh nak blogwalking sgt..iols is xbape sihat :( kbai

Rabu, 9 Oktober 2013

MUZIUM PERANG PENANG | TEMPAT PALING BERHANTU DI MALAYSIA DAN ASIA

4:03 PTG 15
MUZIUM PERANG PENANG | TEMPAT PALING BERHANTU DI MALAYSIA DAN ASIA
 Peninggalan Sejarah 60 tahun yg lalu!!
War Museum atau Muzium Perang Batu Maung Penang


dah masok lam National Geography Channel bln 8 lepas
dan dikatakan The Most Haunted Place In Asia
Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

ok dah terlambat
weols dah terjah Isnin lepas huhuhu
nti iols cerita in details ok Wordless Wednesday katanya kan huh

BEST TP MENYERAMKANNNnnnnnnnn huwaaaaa


 Uols tahu gambar apa diatas ni?

  
 Tempat penyimpanan barang2 perang (stor) tp huhu tgk atas tu seram gilerrr



Tempat penyembelihan



npk x apa yg tergantung tu?


nota noti: x payah g sini lau bw budak kecik atau lemah semangat atau penakuttttt huwaaa kbai

WW JOM MENTERNAK LEMAK LAGI | KETAM MASAK LEMAK CILI PADI

1:31 PTG 15
WW JOM MENTERNAK LEMAK LAGI | KETAM MASAK LEMAK CILI PADI
td pagi ternak lemak ngan lasagna kan klik SINI
so skun ternak lemak lagi hahaha
smlm el cuti so amek kesempatan main masak2
kebetulan en. hb beli ketam..dia nk mkn ketam katanya
suh masak lemak kuning
so si isteri pun kelentang kelentong gigih masak lunch tuk dia ngan anak2
gpun en. hb cuti jugak..


ermm masak lemak cili padi ni byk cara dia
so amek el masak paling mudah je..hehe

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI PADI

Ketam 4 ekor 
10 bj cili padi, 5 bj cili merah, 1 bj bwg besar, 3 bj bwg putih, 1 cm kunyit hidup dan 1 cm belacan 
(blend semua)
panaskan kuali masukan santan cair, bahan blend tadi. 2 ketul asam keping dan 2 btg serai
(santan tu el beli RM3 pas2 el bahagi dua bahagian cair dan pekat)
kacau gaul sebati agak2 dah didih skit masukan ketam dan daun kunyit
Agak2 ketam dah masak masukan santan pekat, tomato dan garam dan gula sedikit
Siap uols :)
ermm masak lemak ni lau wat tumis lagi terangkat uols hehe

smlm pun el masak sambal udang petai..lawan ngan masak lemak ketam mmg heaven lah 
hohohohoho oh diet mn ko hilang ek hahahahaaha




nota noti : tgk balik gambar ketam ni rs nak buat lagi lah hahaha
marveles en. hb kata..wow kembang kuncup 24jam haha

WW MARI MENTERNAK LEMAK | LASAGNA

10:01 PG 15
WW MARI MENTERNAK LEMAK | LASAGNA
 
1st time buat lasagna
lasagna ni fevret weols 
lau pi pizzahut or SR
sllu order ni
so lasagna ni wishlist el gak lam masak2 ni
so last week gigih masak lasagna
sekali lupa nak taruh cheese on the between the layer
just letak cheese kat on the top jek
tawakal harap jadi dan sedap..:P
mula2 dh msk tgk aik kenapa mcm berair je kan
bila potong mcm x npk texture lasagna je..so en. hb suh tgu dia suam2 baru potong
dah ok suam2 skit baru potong..haaaa barulah npk cam lasagna..n rasa pun sedap uols hehe
haiiiii hancus diet iols ritu..repeat byk kali lak mkn..:)
nti nak wat lagi sekali bagi perfect lah hehe


nota noti : sory sgt2 xdpt nak blogwalking sgt wiken kat umah..line tenet kat umah slow gilo dow haha..ok jap2 nti el terjah uols ok :)

Isnin, 7 Oktober 2013

A LIL BIT STORY ABOUT MY LITTLE PRINCESS ALANA

10:48 PG 16
A LIL BIT STORY ABOUT MY LITTLE PRINCESS ALANA
lama betul x stori pasal my princess ni Nur Alana Delisha
skun Alana dah 2 tahun 7 bulan
tp perangai mcm dah 4 tahun
cerdik dia tu kemain hehe


ckp tu mmg mengalahkan org besar lah
mayb dia terpengaruh kakak ngan abg dia
tu yg dia cepat ckp..yg xleh tahan bila tya
kakak mana?kakak tido
abg mana?abg main games
abah mana?abah pi work
atok mana?atok x adaaa
mama mana?mana ni


kuat merajuk no. 1 pantang marah or tinggikan suara..tekup muka masuk bilik..muncung hahaha
so kenalah pujuk
alahhh awat bucuk mama merajuk2 ni haa..xpe nti kita pi tesco ok?
yg xtahan dah pandai ckp OK hehe
mcm pg td el ckp ngan dia
el: mama nak p antaq abg g skolah so, alana ngan kakak dok umah taw...abah ada ok?
alana: ok sambil angguk2
adoiiiiyaiii hehehe


ni sj2 marah dia..sekali cm ni dia buat..ha dpt cium lah hahaha


kuat mengadu no. 1..pantang kakak ngan abg dia kaco dia or x kaco pun dia akan mengadu kat weols
mamaaaaaaaaa abg wattt
mamaaaaaaaaa kakak wattt
so selagi weols x marah abg or kakak selagi tu dia merajuk/menangis
so dah marah2 barulah dia hepi
hahahaha
kdg2 abg ngan kakak ckp...mn org ada buatttttttttttttttttttttttt hahaha so kena marah free lah

bab2 main games no. 1
skun ni dia tgh dok main puzzle lam hp el
so puzzle tu ada limit lam 1minit kena settle
so lau xsettle bunyi tetttttttttt
kdg2 Alana dpt buat..kdg2 x..yg x tu yg dia marah2 ngis2 sbb xdapat siapkan
so kdg2 el, abah, abg or kakak dia siapkan separuh..so last bg Alana siapkan
so xdelah dia mengamuk...siap yeayyyyyyyy lagi adalah :)



video keek alana nyanyi lagu ikan kekek ekeke

lagi satu yg hari2 dia dok buat
dengar lagu Alifbata, ikan kekek, rasa sayang, bila kita gembira tepuk tangan, mcdonalds, ABC..skun dh pandai bc alibata je pas2 ya hahaha..ikan kekek tu mmg pandai tang ikan kekek eloi2...rs syg tu pulak skit2 jek...bab lagu bila kita gembira tepuk tangan siap tepuk tangan, hentak kaki hehehe mcm2lah



 video alana mengaji AlifBaTa

 
 before ni el donlod kat hp ngan ultraman lah..upin ipin, boboi so dr el donload mende tu baik donload bab2 belajar...bior dia tu pandai cepat hehe 


skun ni lau nak train dia diapers free boleh je
tp belum boleh sepenuhnya..dia kdg2 akan ckp nak buang air besar/kecik pun
sbb ikut kakak dia nak buang air kecik/besar sama
siap duduk n basuh sekali :)



bab tido pulak mmg dia tido ngan el...time nak tido semualah dia angkut bw pi atas katil bearlah, dinosourlah hahaha kuat tido ini budak hehehe

n satu lagu lau bab nak pi jalan..dia dah pandai amek baju yg lawo2..sj lah bg dia suar hari2 pakai sekali xnakkk xnakkkk...punggah2 baju cari yg cantek2..amboiiiiiiiiiiii hehehe

kdg2 bbs el tu rajin bw kakak ngan alana jln2..ritu bw kakak Arwen tido semalam kat Kedah..diorg nak bw alana sekali..eh el x bagi...hahaha kakak dah besar oklah nak bw tido sn..tp lau alana..mlm2 el xleh tido wooooo..hehehe

ritu ada marahlah kakak ngan alana pasal bila abis menyusu botol siap campak je merata2..dah berbelas2 botol weols beli asik hilang..sekali el dah warning kat dua org budak ni..lau abis dah isap susu letak atas meja or bg kat mama botol tu lau x mama xwat susu uols..sejak ritu budak kecik ni abis je isap susu bagi kat el..tp kakak dia ermmmm hahaha

Ahad, 6 Oktober 2013

MAJLIS BERTANDANG FOUZIAH GOUS

9:08 PG 9
MAJLIS BERTANDANG FOUZIAH GOUS
 


 

 
 
 
 



gambar pernikahan Fouziah Gous klik SINI
gambar persandingan Fouziah Gous klik SINI