07/01/2013 - 08/01/2013 - LIFESTYLE BLOGGER

Selasa, 30 Julai 2013

KUIH RAYA PERTAMA EL

9:42 PG 31
KUIH RAYA PERTAMA EL
alahhhh lama x update blog
uols rindu x ngan iolsss hahaha
iolsss balik kampung last wiken
iolsss xsempat nak blogwalking and so on kehkehkeh 

Balik kpg pas keje sabtu tu sempatlah berbuka ngan famili kt kuala kangsar..dah suh mak el masak gulai tempoyak my fevret hehe..Ahad tu plak el jd chef...masak nasi tamato ngan ayam ros n kerabu timun..pas2 mee udang pas2 cucur udang..marveles ok haha..nti iols share ngan uols resepi mee udang mantap iolss ok :)
ermmm semua puji masakan iols sedap sgt..boleh bukak kedai katanya...alahhh sajalah tu diorg nak sedapkan hati iolss..padahal x sedap mn pun hehehe

ok ok nak cite el x start buat kuih raya lagi..tp oven raya dah ada kan..so smlm gigih uollsss..el buat tart nenas..pas berbuka tu solat semua terus buat tart neneas..el ni dah 2 tahun x buat kuih raya..sbb 2 tahun lepas alana masih kecil n sekarang boleh lah senang skit nak wat xdelah ada ganguan anak2..hehe


so el mulakan dulu ngan tart nenas yg simple n senang..xdelah terer mn pun el ni...lgpun sekali setahun pun buat..lainlah org mmg jual tart nenas mmg dah terer n sedap..el ni aje boleh je tart nenas tu hahaha
 

Dapatlah dalam 100 biji smlm..mlm ni nak tambah lagi 100..nak bagi kat mak kt kpg..mak el xwat pape pun..harap anak2 je bagi kuih raya..:) best betul ngan oven raye faber ni..sgt menyenang keje el kat dapur

Then igt nak wat ngan en. hb sekali..tp dia keje malam pulak mggu ni..esok2 bila dia dh cuti nti bolehlah tolong el...pas tart nenas ni..nak wat almond london..xnah wat lagi...tp bahan2 dah beli...xtau lah jd ke idok


nota bijik: nanti insyallah el akan wat maraton blogwalking kat blog kwn2 ea

Jumaat, 26 Julai 2013

GAMBAR PERNIKAHAN DATO HATTAN DAN DATIN ARIANIE

9:25 PG 19
GAMBAR PERNIKAHAN DATO HATTAN DAN DATIN ARIANIE

Alhamdulilah diorg ni akhirnya bersatu kembali buat kali kedua :)


Umum tahu, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Biso Bonar dan Mahligai Syahdu, Dato Hattan telah pun selamat bernikah buat kali kedua dengan bekas isterinya, Datin Arianie Abidin, petang semalam (24 Julai) di Hotel Marriot Putrajaya.

Selain ahli keluarga terdekat, majlis pernikahan pasangan ini nampaknya turut dihadiri oleh rakan-rakan artis lain, antaranya adalah Misha Omar, Raja Azura, Eja, Ziana Zain, Dato A Rahman Hassan serta Ramli Sarip.
 



 Model katakan tudia tinggi dr Ziana Zain hehe



Apa yang menarik mengenai pernikahan Dato Hattan kali ini adalah, majlis yang penuh bermakna itu turut disaksikan oleh anak lelakinya Adam Eiman, 15 dan secara umumnya, Adam merupakan anak tunggal hasil perkongsian beliau bersama Arianie sebelum ini.

 
Cantik Datin Arianie ni masih macam muda2 dulu :)

 

Khamis, 25 Julai 2013

RESEPI ROASTED CHICKEN KENNY ROGER

3:08 PTG 14
RESEPI ROASTED CHICKEN KENNY ROGER

sambungan dari n3 SINI.. ekceli dua hari berturut2 weols cari oven..en. hb dah beli pun sekor ayam..so hari selasa el dah siap2 perapkan ayam..en. hb lah nak sgt mkn roasted chicken made by his air tangan isteri dia hehehe..so selasa tu carilah oven..risau x dpt cari sbb ayam dah diperap..takan nak panggang dlm periuk haha..takan nak bako dlm oven el yg nazak tu kan..so alhamdulilah smlm dpt gak oven raya el tu..hehe

so ape lagi..beroasted chicken lah weols smlm...smpi tangan2 melecur hahaha..ms nak cucuk ayam kat besi tu pyalah ssh..en. hb lak keje x balik lg..so jenuh gigih cucuk2..mula2 tu dia xleh pusing sebab x cucuk elok2..last2 dengan kederat 18 ni el cucuklah sungguh2..yeahhh berjaya lah ayam el tu berpusing..bangga uols..anak2 el tgk..pyalah teruja..fuhyoo ma..ayam tu berpusing...haha

kejap sgt pun nak masak..yg penting senang n cepat..cucuk2 ayam..tgu ayam msk..el masak nasi minyak ngan sos lada hitam..el ubah skit dr resepi asal di SINI


RESEPI ROASTED CHICKEN KENNY ROGER
 
Bahan-bahan :

3 biji bawang besar*
4 biji bawang putih*
1 inci halia*
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk 
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran (xde..el pakai oregano)
1 1/2 sudu teh garam halus
(semua bahan bertanda * diblend)

Sedikit mentega


Cara-cara :
1. Campur kesemua bahan 
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan di dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap semalaman
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
(time ni lah tgn el terkn panas dan lecur) 




Adoyaiiii seyes uols..semua tulang2 ngan isi2 ayam tu lembut sgt2..mmg terasa mkn ayam Kenny Roger ok..



Nasi minyak tu senang je nak wat..tumis bwg merah, bwg putih, halia ngan 4 rencah (kkmanis, b.lawang, b.cengkih dan buah pelaga. sup bunjut dan daun pandan dengan sedikit minyak sapi. Agak2 dah garing semua campak dalam beras. Letak sedikit garam dan 1 cwn susu cair. Siap!!


Sos Lada Hitam

Bahan-Bahan:
1 biji bwg besar dipotong dadu
4 sb (rata) tepung gandum + air
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap
 4 sb sos lada hitam
2 sb serbuk lada hitam 
3 cawan air (atau lebih)
Sedikit sos cili dan sos tomato
2 sb mentega

Caranya:

 Cara-Cara:
  1. Cairkan mentega ke dalam periuk,tumis bawang besar hingga layu dan wangi
  2. Masukkan bancuhan tepung tadi. Kacau selalu supaya tidak bergentel.
  3. Masukkan air.Kacau sebati Masukkan kiub ayam dan serbuk lada hitam
  4. Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan sos cili n sos tomato dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air. 

 Selamat Mencuba
nota bijik: pasni xyah g Kenny Roger dah..lau nk mkn roasted chicken buat lg jimat hehe

MANGSA RAYA TERBARU MELECUR TANGAN

9:58 PG 11
MANGSA RAYA TERBARU MELECUR TANGAN
Pulau Pinang: Seorang ibu kepada 3 orang anak telah mengalami kecederaan dimana tangan kanannya melecur ketika sedang menyediakan menu berbuka Roasted Chicken Kenny Roger di rumahnya. Menurut mangsa, suami beliau baru sahaja membeli oven baru “oven raya katanya” dan ingin mencuba resepi baru beliau dengan oven tersebut. Katanya lagi, disebabkan suaminya bekerja, dia tidak ada pilihan melainkan melakukan kerja-kerja memanggang dengan sendiri.

Kejadian itu berlaku kerana beliau menceritakan antara tips supaya ayam itu tidak kering, beliau telah membuka oven tersebut dan ketika ingin menyapukan sos lebihan dari ayam tersebut, tangan beliau tiba-tiba terkena pada dinding oven tersebut. Akibat melakukan tips tersebut, dua kali tangan beliau terkena panas. Beliau melaporkan tidak ada kecederaan teruk berlaku.

Mangsa juga sempat berkongsi tips dimana jika mengalami kelecuran, ambil sedikit lendir lidah buaya dan sapukan kepada luka tersebut. Insyallah luka tersebut cepat baik. Sekian.

  


Oven baru pemberian suami mangsa hahaha



Resepi baru Roasted Chicken Kenny Rogers



Gambar kecederaan mangsa

Dah lama menginginkan oven baru...oven lama dah nazak sgt..tiap kali nak bakar apa2..sure berasap kuar..scary pun ada..caner nak wat kuih raya kan hehehe...akhirnya smlm en. hb belikan..ni gara2 en. hb kata tahun ni kita buat kuih raya..no beli2..hohohoho aii ok je lalink..tp make sure ada oven baru...ada oven baru..adalah kuih raya..hahahaha

El nak beli oven brand Elba dan oven tu mestilah besar..sbb sng nti nak wat kuih leh masukan 50 ketul sekali harung haha..cari pya cari xde stok pulak brand Elba tu...then last pergi kedai SEC...terus jatuh chenta kat oven Faber..katanya latest product...tgh offer..RM419 besar 46L...akhirnya dah bincang2 ngan en.hb..terus dia belikan..terima kasih en. hb..pas ni kita gotong royong wat kuih raya ea hehe

dan semalam cubaan pertama buat Resepi Roasted Chicken Kenny Rogers  mengunakan oven Faber...xreti pakai and teruja smpi melecur tangan?resepi jap lagi el share next n3 ok


Rabu, 24 Julai 2013

WW PILIH2 NAK MANA SATU

3:26 PTG 15
WW PILIH2 NAK MANA SATU


abg danish lukis pakai paint
nilah keje abg danish dok leka main komputer...bg dia xfikir sgt pasal lapar..last2 gambar aiskrim dia lukis..mama dia lak yg x tahan tgk hahaha

dah 11hari dia pose..start jumaat lepas smpai hari ni non stop puasa..bangga ngan dia :)

RESEPI LAMBCHOP BLACK PEPPER MUDAH MURAH DAN CEPAT

10:07 PG 17
RESEPI LAMBCHOP BLACK PEPPER MUDAH MURAH DAN CEPAT

dah lama kut teringin nak wat menu western ni..tapi xpernah kesampaian...akhirnya semalam at last el dpt gak masak western yg mengabung lambchop black pepper...mash patato..coleslaw dan kentang goreng..walaweiiii terasa semacam je berbuka smlm..sure blogger krole terbayang2 el tgh makan lamb chop bersama en. hb hahaha

ni gara2 entry SINI en. hb membeli 4 keping lamb untuk dibuat lamb chop black pepper...cara buatnya alahhh senang sangat pun..bahan2 pun mudah je..1jam dah siap hehe

gigihlah mama el masak lambchop black pepper..mash patato..coleslaw dan kentang goreng..haa dibantu oleh en.hb...dia masak kentang goreng ngan nugget...ni untuk anak2 el ...
bila dah masak western ni kt rumah..mkn ngan tangan lg sedap baq hang hahaha


RESEPI LAMBCHOP BLACK PEPPER

Untuk Lamb:
lamb diperap bersama serbuk lada hitam dan garam selama 1-2jam (itu je..sbb el sllu tgk masterchef diorg lau masak lamb2 ni sllu letak 2 rencah tu jek)

Kemudian digrill/dipanggang/dibakar dengan sedikit olive oil..masak sekejap je agak2 dua2 belah agak garing sedikit. Jika ada lebihan minyak tadi jgn dibuat boleh dibuat sos black pepper nti

Coleslaw:
Kobis dan karot dibasuh dan dipotong halus2
Kemudian masukan mayonis
Sedikit perahan lemon dan garam

Mash Patato:
Ubi direbus sampai empuk
Kemudian dilenyek bersama susu cair..butter..lada sulah..garam

Untuk sos:
Potong dadu bawang besar. Tumis dengan sedikit butter atau lebihan minyak dari memanggang lambchop. Bawang dah layu masukan sos black pepper maggi (xkiralah brand ape janji sos black pepper)..letakan sedikit bancuhan tepung gandum + air dan sedikit kiub pati ayam knor. Kacau sebati.  Letakkan sedikit garam. Lau agak pekat tuangkan sedikit air. Siap :)



Alhamdulilah sedap murah dan cepat!!!


Selamat mencuba



Selasa, 23 Julai 2013

DEGIL SANGAT PUN

1:03 PTG 16
DEGIL SANGAT PUN





tulah ckp xmo dengar...kan dah bgtau JANGAN SMS/BERFON/BERGPS/WASAP/CANDY CRUSH BLABLABLABLA semasa memandu..ni lah akibatnya..lau degil gak..xtau lah huh k bai


blogwalking tersekat2 sbb ada kerja..xcaya el ada keje???wakakaka lantak lu nk caya ke x?kehkehkehkeh janji mlm ni berbuka weols mkn western lalalalala

Isnin, 22 Julai 2013

OH HUBBYKU JENG JENG JENG

10:43 PG 21
OH HUBBYKU JENG JENG JENG
assalamualaikum uols and salam sejahtera
alhamdulilah pejam celik pejam celik dah 13hari kita berpuasa
sekarang ni ada yang amek kesempatan tuk bersopin raya?
el sblm puasa adalah skit2 sopin untuk anak2
lau sopin tuk anak2 ni mmg cabaran skit..anak2 xreti dok diam
pongpangpongpang lah suara mama dia..hahaha

oo tuk ari ni el bkn nak cerita pasal sopin2..alkisah smlm el abiskan stok2 kat umah ni..so masaklah apa yang ada untuk berbuka

Sabtu lepas el masak Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah..tu je yg cepat pun sbb ari sabtu el keje..so balik agak lambat dlm 5.15..nasib umah blkg ofis je lau x mau meroyan el kt ofis tu nti haha

Masa nak berbuka...last2 nasi lemak el x bersentuh..coz jiran sebelah bagi nasi beriani...en. hb lak bw balik nasi beriani kambing..last2 kami mkn nasi beriani jek..nasi lemak tggl tuk sahur

smlm pulak..suhlah en. hb ke Mydin jap belikan udang dan tepung..nak repeat masak cucur udang..tgh dok prepare masakan2 kt dapur...npk en. hb balik dengan penuh senyuman..pehal lak ni kan senyum2..pas2 en. hb ckp..ma tgk ape yg aii beli?aik pasal byk sgt ni..org suh beli udang ngan tepung ja...cehhhh en. hb jwb dengan penuh bangga...tgklah aii belik tuk uu ma..semua ni tuk u..


mcm2lah dia beli...steak..nugget ayaq oren..megi..en. hb ckp..tgh offer..lau beli ni dpt free nuggetlah dpt free megi lah..yg xleh bla steak tu dh lama dia kempunan nak mkn..tp nk el yg msk...xsabo2 nak mkn katanya...

el x nah lagi masak steak kat rumah..mayb ari selasa kut buat..sbb rini nak pergi berbuka ngan mil kat pondok yang dia belajar agama tu..so ari ni beli kat param je hehehe

lepas abis masak semua..baru perasan ada sms dr en. hb..'jeng jeng jeng' ada gambar kat atas tu..hehehe 

tgklah org laki2 lau sopin brg dapur..over taw hahaha

Sabtu, 20 Julai 2013

RESEPI MEE KARI MEATBALL SPECIAL

11:18 PG 20
RESEPI MEE KARI MEATBALL SPECIAL

 mee kari..sape x suka mee kari pi jauh2 hahaha..mee kari ni one of menu wajib time raya..mak el kat kpg sllu wat mee kari kerang..tp versi mee kari mak el ngan el lain skit hehe

hari ape el wat mee kari ni pun dah lupa...tp dlm mggu ni lah jugak..dah mcm2 pikir nak msk ape..haii susah gak jd isteri ni kan..lau tya en. hb nak mkn ape..tau jwb ape..apa pun xpe..xkisah...ni yg eden xgemo ni..xmenulun lgsg bg idea hahaha..lg stress hehe

ok lau rasa tekak el..mmg power lah mee kari ni hahaha..ofkos nak puji sbb sedap sgtlah
mn x sedap ko..ada kerang..ada isi udang..ayam..fiscat..fisball..meatball....

xyah nak ckp byk kan..senang je nak buat..kisar2..tumis2..campak semua hahaha jom tgk resepi


RESEPI MEE KARI MEATBALL SPECIAL

Bahan2 untuk kuah:
2biji bawang merah
3ulas bawang putih
1cm hali
(semua diblend)

2sudu cili blend/giling
1mangkuk air rebusan kulit udang
4 ekor isi udang yang telah diblend
1kg kerang yang telah siap direbus
5 sudu besar serbuk kari daging (dibancuh ngan sedikit air)
fishball
fishcake
meatball (lau xde xpe..boleh pakai tauhu goreng yg dipotong 2..lau xde semua pakai fishcat/fisball pun dah cukup)
isi ayam beberapa ketul
1 biji ubi kentang di rebus dan dilenyek
bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis
1batang serai
sedikit daun kari
1 kotak santan
mee kuning
1 keping asam keping


untuk hiasan
telur rebus (kalau nak)
sawi, taugeh dicelur
daung bwg dan sup
cili potong dan bwg goreng

Cara2:
Tumis cili blend, bahan yang diblend tadi hingga naik bau
Masuk bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan daun kari
Tumis sampai semuanya sedikit garing baru masukkan air rebusan kulit udang dan isi udang..kacau gaul dan masukkan serai yg dititik
Masukkan pes kari dan sedikit air
Kacau hingga naik bau

Masukkan kerang, isi ayam, fishball, fishcake, meatball/tauhu goreng dan kentang yang dilenyek..Sudah semuanya sebati perlahankan api sedikit baru masukkan santan garam dan sedikit gula..Kacau dan biar hingga pecah minyak dan pekat

Siap untuk dihidang bersama sayuran dan mee :)

Selamat Mencuba


Rini berbuka nasi lemak ayam goreng rempah...kome?

Jumaat, 19 Julai 2013

KEK COKLAT MOIST KUKUS PALING HOT

1:22 PTG 23
KEK COKLAT MOIST KUKUS PALING HOT
nilah kek paling hot view lam blog el uuwekkkk ekeke
ekceli dah byk kali el repeat buat kek coklat moist kukus ni..sbb nak watnya alamakkk senang giler dow hahaha..15 minit bancuh bahan2..30minit kukus...lgpun bahan2 dia pun simple jek dan yg penting murahhhhh..hasilnya sgt lumayan mmg sedap dan moisttttttttttttttt giler2 haha


 smlm berbuka dengan kek ni..balik2 keje terus bancuh bahan..siap tuk dikukus..smbil kukus tu el masak mende lain :)

 

kek coklat ni kesukaan anak2 el..abg danish pun request nak mkn kek coklat ni smlm..so raya tahun ni inshallah el akan buat byk kot kek ni haha nk bg kt bbs..mak kt kpg..dan mil kt sini..hehe

lau nak resepi sila terjah SINI


kali ni el wat lain skit..el potong siap2..baru curahkan ngan coklat topping...barulah sedap nk mkn



nota bijik: smlm tgh2 bancuh bahan2 kek ni boleh lak gi selamber tenuk g rasa manis ke idok adunan tu n baik pya terus telan..tetiba..alamak puasa..xpe2 xsengaja kehkehkeh

KEPUTUSAN KEMASUKAN DARJAH SATU

10:07 PG 12
KEPUTUSAN KEMASUKAN DARJAH SATU
 semalam balik2 keje..npk satu surat yg tertulis nama Ahmad Danish Zikry..rupanya surat dari Jabatan Pelajaran Pulau Pinang..surat kelulusan dan pengesahan penempatan ke tahun 1..sekolah yang kami pilih untuk abg danish nanti adalah SK Minden Height..alhamdulilah abg danish berjaya memasuki salah satu sekolah terbaik dan sekolah pintar di Pulau Pinang..

alkisahnya bermula kami xtau nak hantar kat sekolah  mana nanti..lau ikutkan el..boleh je hantar kat area rumah ni..senang skit dkt ngan ofis dekat ngan rumah..sng nak pi hantaq pi amek..lagi satu el nak cari sekolah sessi pagi je..lau petang mayb susah skit..en. hb pada mulanya ada suggest suh masok kat SK Minden Height tu..kwn2 dia ckp sekolah tu sekolah terbaik..sekolah pintar..then el buat2 x dengar jer..sbb x fikir pun nak masukkan danish kat sekolah tu..

so last option el ckp kat en. hb amek sekolah SK Gelugor tu (betul2 depan usm main gate)..sekolah tu ok jugak katanya..dah isi borang dan time en. hb nak hantar tu..cikgu tu ckp..taun depan darjah satu sessi petang..adoiiii..en.hb dah bising2..ma..cam mn ni..cepatlah buat keputusan..org dah penat pi cop sn sini amek borang bagai..last2 el suh pi SK Minden  Height tu pulak..el xde choice dah..lgpun sekolah situ darjah 1 taun depan sessi pagi..then en. hb terus pergi amek borang...dalam borang tu ada diberitahu supaya dikehandaki datang untuk buat peperiksaan penilaian pelajar..bila el bc tu..el rs adoiiii kena amek periksa ka?hati dah xkeharuan..boleh ka danish tu buat..mmg x senang sejak dari hari tu..tiap2 hari el mengajar abg danish..smpi mcm2 dah budak tu kena...garang si mama el ni..

abg tau sekolah tu sekolah pandai..semua budak sana pandai2..abg lau xtahu jwb soklan..xtaulah abg woiii..mama dah susah hati ni taw..bc terabur..org suh bc A..jwb Z..cam mn ni bang...ni lau suh bc soklan boleh ke?diam lah si abg danish dgr ceramah dr mama dia yg garang tu hehe

hari nak pi periksa tu..el xleh ikut..sbb keje..nasib en. hb cuti..dialah temankan..dok siap2 abg danish..mulut el ni xabis2 pesan..buat elok2..smpai sn jgn terkinja2..jgn buat bising faham x?ye mama fahammm :) en. hb kata punyalah ramai org mai antaq anak..lam 400 lebih..tp sekolah tu nak 200 pelajar je..en. hb dah down ms tu..xharap apa2 pun..yg pi sana pun tgk semuanya hebat2...sekolah situ mmg sekolah org kaya2..anak org pandai2..haha..en. hb ckp ada sorg abg tu..cerita..anak2 dia semua sekolah sini..senyum je lah en. hb..risau anak mcm mn nti

el pun was2 sm ada sekolah tu hebat sgt ka..sbb x nah dgr..smpai lah satu hari ms amek danish kat skolah..ada kakak2 situ tya..nti anak darjah 1 sekolah mn?el jwb..sekolah minden height..abis semua dok ckp..ooo sekolah tu ssh nak masuk..sekolah pintar..ada sorg kakak tu anak kwn dia terpksa buat mcm2 rayuan..tp x dpt..last2 dpt surat sokongan dr kabel..baru dpt masuk..pas2 el dpt tau dr cleaner kt ofis el ni..dulu anak dia nak masukan sekolah tu gak..tp xdpt..jgn main2 wooo anak cleaner tu pandai2 hehe

bila dah abis periksa..tyalah el kat abg danish..cam mn periksa?ntah hape2 dia jwb..xde ape lah..buat je..hohoho tau x hati mama risau sgt..ntah cm mn lah kamoo jwb huhuhu

smpailah smlm dpt surat tu hati dah happy sgt..xsangka dlm ramai2 tu..abg danish antara yg terpilih dan lulus tuk masok dlm sekolah tersebut..en. hb lglah smpai xleh nk kata apa..hahaha seronok sgt lah tu..smpai pikir apalah abg danish jwb tu smpi dia lulus hahaha

 
 

dalam dok gembira dengan berita ni..kami berdua sgt risau jugak..boleh ke abg danish bersaing dengan pelajar2 yg lain..katanya semua pandai2.. speaking all the time huhuhu..

bg el semua sekolah sm jek..depend pd diri budak tu..lau dia bijak/rajin/usaha dan diiringi sokongan dan doa dari kedua ibubapanya insyallah akan berjaya..tp lau dpt bonus memasuki sekolah bijak ni..at least abg danish yg tahap sederhana ni boleh bersaing dengan pelajar2 yg bijak2..so dia ada semangat untuk belajar xde lah asik main je..tp kdg2 tu abg danish ni boleh buat diluar jangkaan mcm yg ni..xsangka sgt2 dia berjaya masuk ke sekolah pintar ni..alhamdulilah..congrat abg danish


nota bijik: sampai skun dok tertya2..apa yg abg danish buat dlm peperiksaan hari tu ermmm

Khamis, 18 Julai 2013

BUDAK SKATEBOARD

2:52 PTG 11
BUDAK SKATEBOARD
alkisah cerita skateboard ni bermula dengan keinginan arwenlah..dialah yg suh belikan skateboard..ma belikan arwen skateboard..lau arwen dengar ckp mama..mama belikan..tulahhh dia mama dah berjanji berpuluh2 kali tp xbeli2..babah dia pun sama janji nak beli..xbeli2 pun

minatnya dtg bila npk kezen dia kt kpg tu ada skateboard..dia pun nak skateboard gak..so selasa lepas tertunailah hasrat dihati cik arwen kita tu memiliki skateboard hehe

mula2 weols nak sopin raya tuk budak2 tu.tiba2 tgk en. hb masok satu kedai..igtkan dia nak usha2 je..rupanya dia ternpk skateboard..katanya nak beli kat arwen..dah lama dok mtk...arwen bila npk skateboard tu..mak aiii melompat2lah kesukaan..nak skateboard babah..babah nak skateboard..smpai kat kaunter..xsabo2 nak berskate dah budak tu hahah tiba2..bahhh abg nak jugak...pulakkk abg danish pun nak gak..dr xpenah2 nak kan skateboard tu huhu..so mama el pun belikan tuk abg danish jugak gpun dia dah posa 6hari kan..so cam rewardlah kat dia

dah bayar tu..tiba2 babah dia ckp ha tgk ni tgk...igtkan tgk ape..en. hb suh tgk alana..dok tarik2 skateboard kecik kat dinding kedai tu...dok sebut nokkk nokkkk nana nokkkkk hahaha comey gilerrr..taulah mama dia suka nyakat..xboleh..adik kecik g..xbolehh!!terus wat muka cebik nk ngis haha..pas2 last2 beli jugak kat budak busuk tu hahaha..seronok gilerrr alana
 

merah tuk adik..kuning tuk arwen dan hijau tuk abg..sayang kaler pink xde..hehe


cehhh cam dah pro jer diorg ni..tgk hat kecik tu kemain haha


i am skateboard girl u know haha..gaya dah ada kehkehkeh


Abis satu mall tu diorg wat mcm skate park


Uols tgk budak kecik tu...siap meniarap atas skate tu then luncur hahahahahah gelak guling2 el lam mall tu


Meh babah tulun..dulu babah skate pya olang


Seronok bila tgk anak2 happy..esok2 ni nak ape pulak..layankan je lah selagi mampu

RESEPI CUCUR UDANG RANGGUP

10:58 PG 13
RESEPI CUCUR UDANG RANGGUP

Mggu lepas el buat kuih cucur udang..selalu wat just cucur ini without any sayur..sbb anak2 xmkn sayur..tp dah bulan puasa kan..surelah nak yg specel..tp el wat 2 bancuhan..satu ada sayur..satu lagi xde sayur tuk anak2...sllu el buatkan cucur ni pakai senduk..(style lama) tp rupanya ada teknik nak masak cucur udang ni bagi dia garing dan bahan2 dia pun lain macam skit..tp el rasa semua org tahu masak cucur udang ni kan..
so el nak share resepi cucur udang ranggup yg el dpt dari SINI


  RESEPI CUCUR UDANG RANGGUP

*1/2 kg udang kertas yg kecik halus2 tu (el ada udang besar pun boleh just potong kecil2...bersihkan buang kepala n janggut nyer)

*2 biji bawang besar (mayang)

*1 genggam taugeh (kalau nk letak byk pun boleh)

*1 cekak daun kucai (di potong panjang2)

*1 biji putih telur

*1 sudu besar minyak masak

*1 sudu kecil cuka

*1 sudu kecil serbuk pasti sedap knorr (el xde so xtaruh)

*3-4 senduk tepung gandum (mengikut keperluan)

*Secubit serbuk kunyit (untuk warna)

*Garam secukup rasa

Air secukupnya

Minyak untuk menggoreng



Cara2 nk Masak

Masukkan semua bahan yg bertanda * dalam bekas dan gaul sebati  sampai tepung menyaluti semua bahan2 seperti dalam gambar.
 Bila semua bahan dah bersalut dengan tepung masukkan air sedikit demi sedikit bancuh sampai adunan menjadi likat je seperti dalam gambar jgn terlalu cair kalau cair tambah tepung tau. Rasa garam kalau xcukup tambah dan baru lah digoreng.
 Panaskan minyak (menggunakan api yg perlahan dan kecil saja tau), Guna senduk dan letak adunan ditepi kuali dan lenyek2 kan supaya dia nipis. Bila adunan dah agak garing dia akan senang nk dipisahkan dari kuali.. biarkan betul2 garing baru korang terbalikkan k. Ini untuk mendapatkan cucur udang yg garing dan rangup.
 Bila dah garing baru korang terbalikkan dan masak sampai sebelah tu garing juga seperti dalam gambar, bila dah cukup garing angkat dan toskan siap tuk dihidangkan.


Mmg sedap n garing..el buat byk ritu..tgk2 dah tggl skit..en. hb ckp mak dah bagi kat jiran2
time berbuka tu semua dok pulun cucur udang tu..xpuas mknlahhhh xcukup kahkahkahhh..nti nak buat lagiii

oh el mkn cucur udang tu ngan kuah kacang..el suh mil buatkan..el dah semput kt dapur byk msk ritu..mcm2 masak nasi lemuni..dgg black pepper..sambal ikan bilis petai..bubur kacang lagi..cucur lagi..btw el xdelah terer masak..semua tu gugel je...nak masok masterchef tu lagilah x layak kut..bolehlah nak masak ikut sedap tekak el ngan famili el je lah..xtaulah kot2 uols mkn mknan el xsedap pulak kannn..selera lain2 betul x hehehe