06/01/2013 - 07/01/2013 - LIFESTYLE BLOGGER

Jumaat, 28 Jun 2013

KATA-KATA MUTIARA

4:02 PTG 13
KATA-KATA MUTIARA

 Gambar cuaca pagi tadi..SUBHANAALLAH


Gambar cuaca petang ni..hujan..ALHAMDULILAH


lokasi: opis iiollss hehe

PANTAI QUEENSBAY PENANG

10:05 PG 10
PANTAI QUEENSBAY PENANG
Assalamulaikum uolss..salam sejahtera..semoga hari ini lebih baik dari semalam..semoga uols semua sihat2 selalu dan bahagia2 selalu..hehe

Uols tahu x Queensbay?Pantai Seagate?Bayan Lepas?Queensbay Shopping Mall..lau xtahu..at least pernah dengar..pernah baca..xpun pernah singgah ekekeke

Selalu lau kami x tahu nk g mana nak lepaking atau last port sebelum nak balik umah..so kami akan singgah di Pantai Queensbay yang berdekatan dengan Pantai Seagate, Queensbay Shopping Mall dan area Bayan Lepas...ermm xjauh pun dr rumah el..lam 5-10minit je naik kereta

Pantai Queensbay ni juga sangat popular untuk sesiapa yang nak bersantai..berpiknik..lepak2 dan mcm2 lagilah...tempat ni jugak menjadi lokasi untuk mereka2 yang nak bermain layang2..ada jugak yg memancing :)
Ditepi2 jalan tu ada van yang menyediakan pelbagai makanan dan minuman yang dijual dari laksa, jagung bakar, yongtaufu, burger dan mcm2 lagilah..ada jugak yg amek kesempatan menjual pakaian tudung kasut
      

Dari Pantai Queensbay ni boleh lihat pemandangan Penang Bridge dan juga Pantai Jerjak..kat situ juga ada disediakan tempat duduk 


 Yang ini pula 2nd link Jambatan Pulau Pinang yang dalam pembinaan..pilihlah yg mana uols nak haha


 Tengah2 lepak kat pantai tu..kita boleh tgk kapal terbang lalu lalang hahaha..ada setengah tu kapal terbang tu mcm dekat je atas kepala weols...Penang Airport ni dekat2 jugaklah dgn pantai ni


Ini gambar dah lama..xdelah lama sgt..lam 2/3 bulan yang lepas haha


Pantai Queensbay ni cantek..bersih..mmg diorg jaga lah..lau mlm2 mggu sure lagi ramai..


Addicted gan soldier..g mn2 pun bw pistol ngan soldier2 dia haha


Budak2 ni lau lepak2 tepi pantai mmg suka..lgpun pantai ni luas..so boleh main kejo2 hehe


Beronok2 time..happy mood


Love


Heart and Soul


Selamat Berhujung Minggu :)

Khamis, 27 Jun 2013

TRIP TO MELAKA | COCONUT SHAKE KLEBANG MELAKA

2:35 PTG 12
TRIP TO MELAKA | COCONUT SHAKE KLEBANG MELAKA
 haha cite g Melaka x abis lagi..selepas tgk2 haiwan kat Zoo Melaka kat SINI..kami decide nak balik terus ke KL..so dah inform kat en. hb suh singgah kat coconut shake klebang...alang2 dah mai Melaka kan...pakai gps..hampehhhh xleh harap..apalagi tanya orang lagi senang


akhirnya impian el nak merasa keenakan coconut shake klebang yang femes di Melaka tu tercapai uolsss..huhuhu

b4 ni asik dok baca dan tengok je org dok cerita pasal kesedapan coconut shake ni sampai org jauh pun sanggup terjah coconut shake ini sebab ngidam haha..tulah penangan coconut shake klebang katanya..ada lagi sedap ke..cer kabo kat iiolls :)

lau nak minum situ kena parking kat dalam..lau nak tapau kena beli kat tepi jalan..haha dah tahu prosedur mcm tu sbb baca cerita2 kat blog2..time tu dah pukul 3 petang..orang x berapa ramai..xdelah nampak org beratur panjang seperti yang digemparkan mayb timing kami tu x kena kut 


hoyeahhhhh ni dia coconut shake...sedap uols..en. hb yang 1st time minum dia pun suka taw mmg kesedapan dia terasalah..lain beno ngan coconut shake kt padang kota tu huh hehe

 

selain coconut shake ada pelbagai kuih muih nasi lemak bihun mee goreng di jual sama..just layan diri je lah yob hehe


Nasi lemak dia pun not bad...abg danish bedal 2 bungkus


Alana ngan arwen bedal keropok lekor...sampai 3x ulang makan haha


Tudia haihhhh...stok kelapa


Lepas dah layan coconut shake weols teruskan perjalanan kami ke KL..dalam perjalanan tu igtkan nak singgah PD..tp en.hb xbagi sbb takut jalan jem..sbbnya time tu hari jumaat..orang balik kampung nak mengundi hehe..melepas lah nak p PD
sampai2 masok KL..sah2 giler jem terukkkk..plak tu hujan lebat x npk apa pun...org balik kampung nak mengundi pya pasal..satu hal time tu org baru balik keje..weols smpi Ampang hampir pukul 9mlm huhuhu penat gilerrrr...

Oklah ini last part cuti2 kami tahun ini...percutian yang sgt menyeronokan..smpai 2 3 buah negeri terjah hehehe...next time nak terjah mana pulak...lau ada rezeki insyaAllah :)

KUIH TALAM INDAH RASA DARI RUPA

9:39 PG 14
KUIH TALAM INDAH RASA DARI RUPA
semalam kat opis..dah angan2 nak buat kuih talam pas balik keje..kuih talam ni my fevret kuih taw...tiba2 teringin nak mkn katanya..nak beli malas nak kuar jauh kt pasar malam..so rasa lau buat leh ulang makan hehe

b4 ni el nah wat..mmg menjadi..eksilennnn hahaha..tp semalam apa yg silap tak tahulahh..mayb air byk dalam adunan tu yang terlembik..mil cakap lembik pasal air dalam kukusan termasuk dalam...haihhh


ok ni yang el wat 1st2 dulu..menjadi uols..elok je x lembik x keras...xsilap el kuih talam gula merah ni el wat masa bln pose taun lepas


haaa..ni hat smlm pya..kira pagi tadi baru potong..bila potong tu still elok npk structure texture kuih talam gula merah el ni..walaupuan lembik tapi rasanya sedap..tu yang indah rasa dari rupa kah3x...ade apa hal janji leh makan...nasib x jadi bubur gula merah hehe..kbai



Rabu, 26 Jun 2013

WW JEREBU OH JEREBU

2:17 PTG 10
WW JEREBU OH JEREBU

 Akibat tak tahu apa dan cuba terbang melintasi ruang udara Indonesia, Singapura dan Malaysia sebentar tadi, akhirnya Superman dimasukan ke wad kecemasan PPUM kerana semput..kahkahkahhhh get well soon superman...kurangkan kegiatan luar ok..uols pun berjaga2 tau
 

 ni pekes lak ni...dah xde mask boleh lak pakai plastik...bahaya tu yob..kang nak elak jerebu jd lain pulak..papepun hati2 di jalan raya ok

 
Alhamdulilah ada setengah-setengah negeri telah mula hujan semalam...sedikit sebanyak mengurang masalah jerebu yang agak el paling teruk sekali kali ini.



RESEPI GULAI NENAS IKAN TALANG MASIN

9:56 PG 11
RESEPI GULAI NENAS IKAN TALANG MASIN

sesiapa yang suka akan menu ini angkat kening hehe
ini adalah salah satu favourite food yang paling el suka 
mak el kalau bulan puasa inilah menu yang dia jual di pasar ramadan
dan inilah menu yang cepat habis dijual..tiba-tiba teringat kat mak..rindu kat mak huhu

ok isnin lepas el ingat nak buat gulai nenas ikan talang masin ini..teringin nak makan..pas hantar abg danish skul singgah kejap kat kedai beli nenas ngan santan..so ayuh kita tengok resepinya ea 

RESEPI GULAI NENAS IKAN TALANG MASIN
 
Bahan bahan:
15 biji cili padi
2 cili merah
2 bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 batang serai - ketuk
1/2 biji nenas - potong kecil
Santan secukupnya
2 3 keping asam gelugor 
sedikit air
Ikan talang masin - potong

Kisar cili padi, cili merah, bawang merah dan kunyit hidup.  Tuangkan ke dalam periuk dan dimasak dengan ikan kering sebentar sehingga menggelegak. Masukan santan dan nenas. Kacau sebati. Tambah sedikit air jika terlalu pekat. Kacau selalu agar santan tidak pecah. Agak-agak dah masak masukan asam gelugur garam dan gula. Tunggu sebentar. Siap!!:)
 
 
 Selamat Mencuba :)

PROJEK 100 Bloggers

9:23 PG 13
PROJEK 100 Bloggers


tadi pagi saja el google pasal advertorial ads ni..tahu ke tidak apa advertorial ads itu
jika anda seorang blogger pasti tahu..kalau tidak tahu..anda memang rugi :)

google punya google el terjumpa pasal Projek 100 Blogger yang dikendalikan oleh Broframestone..syarat-syarat beliau pun mcm ok je bagi blog seconet el ni..so apa lagi just try my luck..:)

Apa itu Projek 100 Blogger?Projek ini mengumpulkan 100 bloggers Malaysia yang mampu diketengahkan kepada beberapa syarikat yang sudi mengiklan di 100 blog yang terpilih:


Antara kriteria yang Bro cari untuk menjadi antara 100 blogger yang terpilih adalah :-
  • Trafik blog sehari sekurang-kurangnya 500 UV
  • Setiap entri blog terima sekurang-kurang 5-10 komen
  • Blog bukan copy paste, berunsur politik atau yang menyentuh isu sensitif
  • Tak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan
  • Update blog sekurang-kurangnya 4 kali seminggu
  • Menetap di Malaysia dan warganegara Malaysia
  • Sanggup beri sepenuh komitmen dalam Projek 100 Bloggers
Jika sesiapa yang memenuhi kriteria tersebut seperti diatas jom sambut cabaran Projek 100 Blogger oleh Broframestone ini. Mana tahu ada rezeki anda di situ :) Sila klik banner untuk join. Good Luck.

Selasa, 25 Jun 2013

SYURA JUARA MASTERCHEF SELEBRITI MUSIM KEDUA?

2:14 PTG 14
SYURA JUARA MASTERCHEF SELEBRITI MUSIM KEDUA?
 
 
sape yg folo Masterchef Selebriti Musim Kedua ni haaa
el salah sorg penonton setia Masterchef Selebriti ni taw haha
Malam ni adalah malam penentuan siapakah yang akan menjadi Juara Masterchef Selebriti Musim Kedua
Celina or Syura


Rata2 dah tahu siapa ea...keputusan sudah bocor ea haha
x surprise langsung ea
mati2 igt che ta menang
aii looikkeeee if che ta yg menang

kat fb dah bergaduh dah..ada yg minat che ta..ckp che ta ptt menang..ada peminat syura kata syura diam2 ubi berisi mmg patut menang..yg ada peminat celina pulak kata..celina educated..pandai n sllu improve cooking hahahaha
el pulak suka lau che ta yg menang...kenapa suka che ta menang sbb masakan dia versatile semua tahu masak western or kampung..n setiap menu dia ada kelainan dan presentation sgt cantek dan seorg pembersih..smpi lantai masterchef pun dia lap uols hahahaha
pasal personal itu biarlahhh ekeke

lagi satu dia sgt cool..xnah npk dia over or kelam kabut.setiap celen diberi dia take it as "buat jek" even dia kalah semalam dia sgt happy uols hehehe katanya "aii x payah stress2 malam ni...aiii nak have fun..final nti aiii nak melaram pakai dress labuhhhhh" hahahah sempoi che ta..lawak giler


mmg x jemu2 tgk che ta masak..dia ni mmg kaki lawak jugak no..yg xleh bla siap loyer buruk ngan juri2 hahah tu yg best tgk MSM ni hehe..if compare ngan syura ngan cellina..diorg sgt2 serius dan borin je..w/pun diorg ni mmg ada talent dalam cooking



apa sahaja keputusannya rezeki masing2 :)
 Tahniah Syura!!!hahahaha



update: after master chef final mlm td



Hidangan Syura


 Hidangan Celina





kannn kan kannn dah ckp kan syura menang masterchef musim kedua..keputusan dah bocor awal hehehe xde nye live..semua rakaman..npk sgt hehe papepun..kali ni persembahan syura lebih kreatif menarik tertarik dan terbaekkk :) 



 Celina tempat Kedua menyumbang sebanyak RM10500 kepada badan kebajikan yang telah beliau pilih..tahniah Celina




tp che ta tetap menang di hatiku ewahhhhhhhhh hahaha

RESEPI CAKOI ATAU PAK TONGKO

9:20 PG 16
RESEPI CAKOI ATAU PAK TONGKO
sape suka mkn kuih cakoi atau pak tongko (ada nama lain lg ke)
sllu lau pergi pasar malam cakoi atau pak tongko ni sllu beli..ada gak niat ati nak buat sendiri tp x tau mcm mn..cakoi ni juga adalah makanan harian org2 cina..kdg2 org cina mkn cicah ngan ayaq kopi ja haha

kat kampung el org jual pak tongko ni bagi cicah ngan kuah manis..tp lain pulak kt penang ni ada pulak yg jual pak tongko ngan kuah cicah pedas2 manis...hat tu lah el paling suka..sbb cakoi tu dah manis2 skit kan lau cicah ngan kuah cicah pedas2 mmg sedaplahh

ok ahad lepas tiba2 palahotak ni dok tya nak masak ape petang2 kan..pas2 gugel lah resepi cakoi ni..bahan2 pun ada kt dapur..ape lagi bersilat lah :)

sng rupanya buat cakoi ni..tp sukatan bahan2 tu kena hati2 takut dohnya nti jd keras..mmg keraslah cakoi tu huhu


 omey x pak tongko el hehehe..menjadi uols..lembutttt...rasanya lebih kurang mcm donut..nak buat donut pun bolehhh hehe


ni lak kuah pedas2 manis..mmg layan lau cicah ngan kuah cicah ni hehe

RESEPI CAKOI atau PAK TONGKO:

Sumber : Kongsi Resepi
Bahan-bahan:
400gm tepung gandum ~ di ayak
1/2 soda bikarbonat ~ ayak bersama tepung
1 cawan air
1 sdb marjerin ~ dicairkan
1 sdk garam
1 sdb gula
1 sdb susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sdk yis segera

Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya:
1. Satukan air, marjerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar . Kacau agar sebati.

2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan diatas.

3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dijari .Biarkan selama setengah jam .bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.

4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.

5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.

6.Rendamkan lidi di dalam air . Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut. (el xde lidi..el pakai batang sudu pun boleh hehe)

7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain.

8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng keperangan.



RESEPI KUAH PEDAS MANIS

tumbuk bwg putih dan cili merah hingga lumat. Selepas itu masukan sedikit air dan masak dalam kuali. Campurkan sedikit sos cili masak sekejap..Siap :) 


selamat mencuba :)



Sabtu, 22 Jun 2013

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com.

9:28 PG 8
Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com.
Tetiba kan? Angin kus2 melanda dan terajin pulak nak buat segmen... wakakakaka...rasanya dah lama dah x organize segmen simple kat Bubblynotes... So, here I come...

This segmen dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang dan peluang pada semua blogger untuk turut follow, bloghopping dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww...he he he...

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblnotes.Com bermula dari hari ini, 15/6/2013, jam 11.30 pagi SEHINGGA 22/6/2013, jam 11.30 pagi... Aci tak? *_^... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join...Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers...ahaks... stalkers pun boleh... x ada masalah...masa untuk anda menonjolkan diri... ekekekekeke....

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog bubblynotes.com.
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com.
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ni, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL+C secara serentak.

Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

Pemilihan Pemenang:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 23/6/2013 sehingga 23/7/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!

done :)

GA RAMADHAN BY KANVASDAKWAT

9:23 PG 1
GA RAMADHAN BY KANVASDAKWAT

Klik banner untuk JOIN

Jumaat, 21 Jun 2013

TRIP TO MELAKA | ZOO MELAKA

10:04 PG 15
TRIP TO MELAKA | ZOO MELAKA
 pas balik dari jelajah Kota A Famosa dekat SINI..terus weols balik mandi solat makan dan tido...mmg lena sampai subuhhh..sorg pun x bunyi hahahaha

pagi tu weols g bfast lam kul 9pagi..pas bfast teman anak2 mandi kolam...last day nak check out haa mandi lah puas2 ea..hehe..2x cuci baju kat hotel..lapang otak xde baju kotor hehe..ada pun yg pagi td

pas dah budak2 tu puas mandi..weols siap2 nak check out lam kul 11 lebih..x tahu nak menuju ke mana..dkt2 hotel tu ada nampak Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Botanical dan Taman Mini Malaysia. Haii takan nak terjah semua mn sempat..mmg nak pi Taman Mini Malaysia sbb nak tgk umah2 contoh tuk semua2 negeri..lg pun sebelah je ngan Hotel Seri Malaysia..so kansel sbb hujan..pas2 weols round2 kat Taman Botanical pulak sebelahan ngan Taman Mini juga..kansel jugak sbb hujan masih x stop..last2 dr pergi Taman Buaya..apa kata kita g zoo..kat situ mcm2 binatang ada..buaya pun ada..save bajet hehe..g pun ritu g Singapore x pergi zoo kat sana..ok kawtim..weols just pergi Zoo Melaka je

Apa lagi jum kita tgk sape ada kat zoo tu haha




 
 








Keseluruhan lau nak dibandingkan ngan zoo2 yg el pernah pergi Zoo Taiping ngan Zoo Negara...el rasa Zoo Melaka paling best..banyak binatang..enviroment pun bersih..perjalanan dari mula sampai akhir mmg menyenangkan..lagi satu yg best..byk disediakan tempat duduk dan tempat rehat..yg itu penting..yelah penat uols nak tawaf satu zoo tu hahaha...kat situ jugak ada tasik yang besarrr...sejuk jek..skun x tahulah kedua2 zoo tu mcm mn..sbb gpun zoo2 tu el pergi 4/5 taun yang lepas hahahaha..tp yg xtahan harga makanan dalam tu sgtlah mahal 2x ganda kut huhu..harga tiket lupa lah hahaha..tp semua yg kami terjah kt Melaka yang memerlukan tiket kami dpt 10-20% sbb menginap di Hotel Seri Malaysia..yeahhh!!!jimat di situ 

dah tawaf semua bagai..weols pun teruskan perjalanan. Nak kemana plak..x abis2 lagi ke hahaha..tungguuuuuuu

uols npk x wording yg pjg kat slh satu gambar tu..xtahu caner leh tersesat situ..geram dah edit xmo hilanggggg..lantakkkkkkkk