03/01/2013 - 04/01/2013 - LIFESTYLE BLOGGER

Ahad, 31 Mac 2013

"MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara"

10:16 PG 17
"MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara"

Cepat2 sebelum terlambat..el di tag oleh my fren hot mama wantie..hope sempat lagi lah nak join contest ni..TARIKH TUTUP 31/3/13

Yg best tu 60 hadiah hebat menanti

Giler x giler contest ni hahahaha

Antara sponsor terhebat tu:

erk!!!mcm kenal je sponsor2 ni hahaha
el nak tag
cikgu zie
mama ila
sabella 
sape2 nak join klik banner kat atas tu eh..gud luck uols... 
sori sgt2..el kejap2 je leh bw..sbb xbape sihat ni
thx sudi terjah blog el eh..lau ada ms el terjah blog uols ok..xoxo :) 

Khamis, 28 Mac 2013

FASHA SANDHA SAMBUT HARI LAHIR YANG KE-29

5:05 PTG 17
FASHA SANDHA SAMBUT HARI LAHIR YANG KE-29
nampaknya Alana share sama besday ngan Kak Fasha..hahaha


Haih! nampaknya memang ramai selebriti yang sambut ulangtahun kelahiran mereka pada bulan Mac ini ya.

Terbaru Fasha Sandha pula yang dikatakan telah menyambut ulangtahunnya yang ke-29 pada hari ini, 28 Mac 2013 dan ‘surprise birthday party’ telah diaturkan oleh ahli keluarga terdekatnya malam tadi.

Menerusi foto yang dipaparkan, kek Fasha kelihatan sangat comel dengan adanya rekaan patung yang melambangkan seolah-olah dirinya yang sedang duduk diatas kek tersebut dan bertambah comel dengan adanya beberapa rekaan ala-ala pakaian baby yang menghiasi sekeliling kek tersebut.

Berikut kami lampirkan beberapa foto Fasha Sandha yang menyambut ulangtahun kelahirannya beberapa jam yang lalu.


molek jo pewot dio ke depan..lau awok..kiri kanan depan blkg naik hahaha



SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-2 NUR ALANA DELISHA

12:00 PG 15
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-2 NUR ALANA DELISHA

Hari ini 28/3/13 genaplah 2 tahun umur Nur Alana Delisha
Seorang yang sangat periang..manja..cepat belajar..cepat merajuk..cepat jugak marahnya haha..Tapi apa pun karektor kamo..mama abah abang kakak atok dan semua sayangkan kamu

Mengimbas kembali detik2 bersalinkan Nur Alana Delisha, el overdue sampai 8 hari..tp el rasa el silap kira last period haha caner tu dah 3org pun silap ke..

Seperti anak2 yang lain, tanda2 Nur Alana Delisha akan lahir seperti abang dan kakaknya. Turun darah. Sebelum itu doktor nasihatkan el jika 10 hari masih tidak sakit apa2..kena operate. Giler panik el..el sebolehnya tak mahu operate2 ni..better normal..punyalah xsenang duduk xsenang tido dibuatnya...takut sampai nangis2 hehe..el xlupa berdoa supaya cepat2 turun tanda xnak operate..alhamdulilah gembira x terkira bila dah turun darah..

Bila dah turun darah..el x segera ke hospital. Berbekalkan pengalaman yang ada sebelum ini..el nekad bila dah benar2 sakit je baru el pergi serah diri ke hospital. Tapi kali ni disbbkan el dah overdue..el serah diri jugak..Yelah mana tahu baby kat dalam tu caner..mcm2 boleh terjadi dah overdue kan. So Ahad 27hb tu petang el pun admit. Ketika itu masih belum sakit apa2. Dapat gak makan Mekdi hahaha sblm nak beranak.

 lam pukul 1pagi baru dtg sakit..el mati2 kali ni xde sakit..mintak dijauhkan..kalau diminta sakit gg ngan sakit contraction..el pilih sakit gg..huahuahuah

subuh tu abah kol..tya dah beranak ke..time tu el baru nak tido..sbb dr kul 1pagi xleh tido tahan sakit..bila cek bukaan baru 3cm. Pas kul 8pagi tu mmg sakit sangat2 sampai el pegang besi katil kiri kanan dgn buat teknik pernafasan dan byk baca doa nabi nuh..alhamdulilah cara ini je el dpt dapat tahan sakit..bila sakit contraction tu dtg..tarik nafas..hembus perlahan dan baca doa nabi nuh inshaa Allah sakit tu xdelah sakit sangat..

Tiba2 dtg sorg dok tgk el dah kerut2 muka..dia tya..bape dah bukak..3cm doktor..tp sy tgk awak dah lain mcm...mmg dah lain mcm dok..sy rs nak beranak ni..so dok tu suh pi cek bukaan..dok tu cek2 dah bukak 4cm..el apalagi seronok giler lah..hahaha

El sempat makan roti itu pun x lalu nk makan
kul 830pagi el dimasokan ke labor room..terus masok air pecah air ketuban..ngeri jugak masok labor room hahaha...suami el tetap di sisi el..dari anak pertama sampai lah ketiga..dialah jd mangsa tarik baju tarik tangan tarik semualah..hahaha..sampai el ckp kat hb..tgk ni sy sakit teruk nak beranak taw x..dia jwb..awak beranak dosa2 awak akan pupus dan byk pahala lg pun sakit kejap je pas2 ok lah...erk!! haha

Alhamdulilah 2xpush pukul 10.30pg lahirlah Nur Alana Delisha..2jam dalam labor room..lau dibandingkan dgn abang dia..12jam woohhhhooooo haha igt lagi el..menangis2 kat hb ckp..saya xnak  beranak dahhh saya xnak ada anak dahhh hahaha...

Doktor n nes2 kat hospital tu sgt2lah baik..dan mendapat pujian yg el ni pandai push wink

Mama abah doakan yang terbaik dalam hidup kamu Nur Alana Delisha..kami sayang kamu ketat2 :)

Rabu, 27 Mac 2013

LALA MASAK SERAI

11:51 PG 16
LALA MASAK SERAI
 ahad lepas el ngan hb dating kat pasar bayan baru wohhhooo
anak2 tinggal jap ngan atok diorg kehkehkeh

hb: dok rapat2 skit..
el: hahaha
hb: peluk kuat..aii nak korner baring ni
el: mummmyyyyyyyy (terjerit2)...jgn wat cam tu ok..tayar lembik..naye!!
hahahahaha

smpai2 paso..kasi kat hb pilih ikan..dia terer..aii folo...bkn el x terer..malas nak belek2 hehe

el: nak lala..nak lala
hb: amek amek amekkkk
el: 1/2 kilo
hb: cam skit je
el: sekilo bang hahaha

 lama x mkn lala...igt nak masak Lala Masak Cili..tp dah
el masak Sambal Tauhu..so lala ni el masak serai jek

LALA MASAK SERAI resipi asal : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
500 gm lala - dibersihkan dan toskan
3 batang serai - dipotong serong
3 ulas bawang putih - diketuk
1in halia - dipotong panjang
5 biji cili api - diketuk/dihiris serong
1 sb sos tiram
1 biji bawang besar - dipotong bulat
daun bawang, tomato ceri/tomato biasa
garam dan gula utk perasa
2 sb minyak

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi. 
Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau.
Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. 
Kacau sebati dan masukkan lala. Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala berubah warna.
Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air. 
Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun bawang.
Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan. Bolehlah dimakan dgn nasi putih.




wahai mood rajin..marilah mariiiii jgnlah mcm ni..aii nak bw ok...fuh fuhhh 
zam zam alaaaaaaaaaaaa kazam haha

Selasa, 26 Mac 2013

FILEM MENCARI CINTA | NORA DANISH DAN RUSDY RAMLI BERPELUKAN ATAS KATIL

2:49 PTG 11
FILEM MENCARI CINTA | NORA DANISH DAN RUSDY RAMLI BERPELUKAN ATAS KATIL
panasss..panasss..mmg cuaca skun sgt panas..mnm berbotol2 ayaq sejuk
kembung perut hahahaha cam peknen 18bulan hahaha 

tp xsepanas cerita Filem Mencari Cinta..wohhhooo haha


Klik SINI untuk tonton trailer Mencari Cinta babak peluk :)

‘Mencari Cinta’, sebuah filem arahan Shirin Hj Khuzaimi mengisarkan Myra lakonan Nora Danish yang pada mulanya hendak melangsungkan perkahwinan dengan Malek pemuda pilihannya, tetapi terpaksa dibatalkan apabila teman lelakinya itu terkantol mempunyai teman wanita yang lain. Bagi menutup malu, ibu bapanya terpaksa mengahwinkan Myra dengan seorang jejaka kampung, Razlan Ariffin lakonan Rusdy Ramli kerana segala persiapan kahwin telah siap dan kad jemputan pun sudah diedarkan.

Razlan juga mempunyai kisah cinta yang gelap. Mila lakonan Fauziah Gous telah membatalkan tali pertunangan mereka kerana dia ingin melanjutkan pelajaran.


Bagaimanakah Myra & Razlan dipertemukan? 

Semuanya bermula apabila bapa Myra, Tan Sri Johan meminta pertolongan kakak iparnya, Ramlah isteri kepada arwah abangnya, juga ibu kepada Razlan. Menyedari kedua-duanya mempunyai sejarah hitam, Tan Sri Johan bersetuju untuk mengahwinkan Myra dengan Razlan.

Apa pun, idea Tan Sri Johan mendapat tentangan daripada Myra kerana dia memandang jelik terhadap Razlan yang dibesarkan dengan cara kampung. Padanya, lelaki itu tak sama taraf dengannya yang selama ini dibesarkan dengan cara bandar.

Jodoh pertemuan itu di tangan tuhan. Akhirnya Myra tetap berkahwin dengan Razlan. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh Razlan bagi menjinakkan isterinya.

Daripada benci, bertukar menjadi cinta. Bagaimanapun, sebuah konflik berlaku apabila Razlan bertemu semula dengan bekas tunangnya, Mila, dan Myra ditagih semula cintanya oleh bekas kekasih, Malek.

Apakah yang akan jadi kepada mereka? Filem ini akan menemui anda pada 25 April 2013.



dah mcm cerita versi Setia Hujung Nyawa je hahaha
terpaksa kawin ngan org lain nak tutup malu ohhh what is this hahaha

Isnin, 25 Mac 2013

GAMBAR FASHA SANDHA DI MAJLIS SAMBUT ANAK PERTAMA

3:37 PTG 16
GAMBAR FASHA SANDHA DI MAJLIS SAMBUT ANAK PERTAMA

Hampir bergelar ibu kepada anak pertamanya yang dijangkakan lahir tidak lama lagi, Fasha Sandha baru-baru ini telah menganjurkan sebuah majlis bagi meraikan berita gembira yang bakal menyusul tidak lama lagi.

Bertemakan warna biru, majlis ini turut dihadiri oleh beberapa orang lagi rakan selebriti lain seperti Eizlan Yusof, Amanda Misbun, Faradhiya, Zizan dan juga beberapa orang lagi artis popular lain.

Melalui foto yang dilihat dilaman Instagram Fasha, pelakon ini juga telah menerima banyak hadiah dari rakan-rakan. Tahniah pad Fasha dan juga Jejai yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

 
 
 

wow giler banyak adiah tu...untunglahhhh hahaha

sori uols..el x bape nak sihat ni...malas pun ye

tp el cuba skit2 bw eh hahaha

cuaca panas satu hal buat mood kelaut dah xsk lah

TAHNIAH pada one of my fevret blogger otai jiwa kecik SABELLA perolehi keputusan cemerlang SPM 11A :)

Khamis, 21 Mac 2013

UDANG LIPAN GORENG

12:37 PTG 35
UDANG LIPAN GORENG
Udang Lipan, udang mentadak atau udang ronggeng (bahasa Inggeris:Mantis shrimp) merupakan sejenis spesies udang yang diperdagangkan. Ia merupakan sejenis spesies udang laut.

Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30 sentimeter (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai.
 
Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks. Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang
 

nilah rupa udang lipan
el tgk pun geli ok..nak2 lagi mkn huhuhu
uols tahu el igt kepala dia belah kanan tu..hahaha 
tp benonye kepala dia tu hat belah kiri..en. hb gelakan aje bini senget dia ni haha


 tya hb caner nak siang udang ni...en. hb kata..ma gugel lah..amboi cerdik betul kan..so el pun gugel
katanya kena buang tajam2 kat tepi2 badan dia tu n buang kepala udang tu


so jdlah cm ni..so satu hal pulak nak masak ape ngan udang ni
so el gugel lagi kat dapur tu...byk yg kata udang ni sedap mkn bila digoreng aje
so for the 1st time ni el goreng je lah deep fried gitu...ada gak yg msk udang ni
buat masak lemak..goreng telur lah sambal lah eh mcm2lah leh masak ngan udang ni


tadaaaaaaaa siap digoreng..ok siyesly mmg sedap lg dr udang biasa tu..tp udang lipan el ni kecik je so xdelah rs isi sgt..so better lau uols nak rs beli hat besar..haaaa rsnye dah mcm lobster uols hehehe

so pasni leh la beli selalu
 
 
ekceli udang ni en. hb beli kat paso..ritu pi Pulau Aman nak belilah udang ni..ms el nak pi sn giler ramai org bw balik udang ni taw..el dah susah hati takut abis jek..mmg sah2 lah dah abis tggl kolam jek hahahaha..el pigi pun dah petang...ms yg sesuai nak pi sana belah pagi..so nelayan baru nak naik ke darat...:)

Rabu, 20 Mac 2013

SHORT TRIP : PULAU AMAN (3) MEE UDANG PULAU AMAN

2:41 PTG 16
SHORT TRIP : PULAU AMAN (3) MEE UDANG PULAU AMAN
kalau pergi ke Pulau Aman
jgn lupa kn mee udang pulau aman 
hahaha

nilah satu2 nye tujuan nak pi Pulau Aman ni
sambil2 nk tgk apa yg ada kt Pulau Aman ni..boleh mkn Mee Udang Pulau Aman
di Restoran Terapung Pulau Aman yg sgt2 fofular tu 
bape kali Aman daaaa haha


Kena jalan skit masok dlm kampung..jumpalah Restoran Terapung ni

 

 Time for mencekik..udang mai sini udang woiii haha




Hari tu tggl menu ni je yg ado..Mee Udang Spesial Udang 4eko besaq n fresh uols..




Ni lak Mee Udang Biasa..Udang 2eko jek


Menghilangkan dahaga..mmg panas giler uols..


Mee Udang tu boleh lah tahan sedapnye..cuma mee tu mcm xbape nak lembut sgt..kuah dia pun ok sedapppp..lau kata nak bandingkan dgn Mee Udang Kuala Sepetang..this Mee Udang lagi shedap..heyyy ikut tekak masing2lah no :)



rini badan el xbape nak sedap..mcm nak dmm..tekak dah mula sakit2..mcm nak batuk
huhuhu

SHORT TRIP : PULAU AMAN (2) | PERKAMPUNGAN NELAYAN PULAU AMAN

10:00 PG 13
SHORT TRIP : PULAU AMAN (2) | PERKAMPUNGAN NELAYAN PULAU AMAN
ekceli hari Ahad lepas el pergi jalan2 kat Pulau Aman ni sjlah nk bw budak2 tu nek bot..haaaa bila dgr nak nek bot kemain teruja..nak pakai baju pun dok tya.. 

kakak arwen: mama nak nek bot?
abg danish: kita nak nek bot ke mama? 
alana: mamaaaaa..mamaaaa (tarik baju) 
mama: tulunnnnnnnnnnn syp boleh dakkkkkkkkkkk..mama nak siap niiii angpa g tgu lam keteeeeeeeeeeee 

haaaa mama dah naik hantu..nk bersiap pun xbleh..kiri kanan dpn belakang abis haha 

Senang rupanya nak pi Pulau Aman ni..dr Jambatan Pulau Pinang..terus smpi Tol Juru..amek exit ke Bukit Tambun ha kt situ ada signboard Jeti Pulau Aman...ikut jalan menghala ke Stadium Batu Kawan..dun worry ikut je sigboard situ Inshaa Allah kejap je sampai...hehe 


Landmark Pulau Aman



Jom nek bot Dewasa RM6
Kanak2 RM4
Kanak2 bwh 4tahun kebwh free


Bot awal pukul 10pagi..last trip dr Perkampungan Pulau Aman ke Jeti Pulau Aman pukul 6petang


Ekceli tmpt ni ni sesuai tuk org giler mancing...mcm2 ada udang lipan..ketam..ikan haiihh semualah


Chalet Perkampung Pulau Aman..cantek..ekceli ada gambar kami semua kt sini..tp huwaaaaaaa el bg hilang..sayangnya huhu..byk gambar comey2 kt sini hahaha demmmm!!
 

Masa jalan2 kat area perkampungan tu mcm2 kami jumpa binatang peliharaan org2 kampung disitu..contohnya cam burung Nuri ni

ni plak mcm rabbit tp xrabbit..telinga semacam jek haha


 El nyanyikan tuk uols lagu ni ok..enjoyyyyy!hahahaha

Every time I see uols my heart bergoncang
Every time I think of uols pagi and petang
I forget to eat my makan
Coz there's no other uols but this one

Underneath pokok klapak

I will wait for you

Oh uols hear me lah

Don't tutup pintu
Coz your hair is like penyapu
Coz I know it is full of kutu...

hahahahahah like it..luv it...lebiu uols hahaha
 

 Sekitar kampung nelayan..


Belah sana tu Negara Jepun wakakaka


Satu2nye sekolah rendah kt sini


Pusing lagi pusing


Pusing pya pusing..xde apa dah..udah lah weiiii jom balik haha



Byk tempat el xpi..sbb dah berpeluh pusing2..bergambar bagai..cari telaga emas..tp xjumpa2..eh pulau kecik jek pun..apadaaa..gpun el dtg sini nak tgk udang lipan yg diorg kata murah tu n nk rasa Mee Udang Pulau Aman yg femes tu hehe..next n3 ok

Selasa, 19 Mac 2013

SHORT TRIP : PULAU AMAN (1) | JETI PULAU AMAN

2:10 PTG 16
SHORT TRIP : PULAU AMAN (1) | JETI PULAU AMAN
 yea akhirnya weols jejak gak kaki ke Pulau Aman ni
dulu ajab hb..dia mati2 xmo g..katanya xde pape kt sn
kali ni ajak..nak pulak dia..lompat2 suka haha


kami di Jeti Pulau Aman, Batu Kawan


 jenuh suh budak2 tu dok diam...huh haha



nape x nek2 bot tu..haaa tetiba hb kata dia tertinggal kunci lam kete..haaa x naye ke uols..so terpksa lah kami tggu dkt 20minit gak lah..sib bek lah boleh bkk pintu kete tu dgn pertolongan org2 kt situ..abah ni careless sgt lah haha..mama dah naik tanduk..tp byk2 istifar dan cuba bertendang hahaha..xmo angin2..kita nak enjoy2 kan anak2 kan kan..muka abg tu dah lain sbb org lain dah nek bot..cepatlah  mama..mn abah ni..apalah abah ni..suka lambat2 hahahaha



ok.lets go bebeh..giler kelakar nek bot ni..abis kena tempias air laut..sbb dok tepi sgt..tertelan jugak el ngan air masin laut tu hahaha


Tu Jeti Pulau Aman..pulau nelayan ni..sape2 tau n nah dtg sini..Pulau Aman terkenal dgn apa ye tuan puan..ye betulll pandaiiiiiiii MEE UDANG PULAU AMAN hehe


Oh yeahhh dah sampai..giler panas uols kt sini..peluh2 mak haha


Jom jalan2..pusing2..kita tgk apa yg ada kt sini ye


Hb ape lagi..snap sn sini..nak asal skill yg dah lama x asah haha




Ok t sambung plak..cheq nak sambung wat keje ni...