2013 - LIFESTYLE BLOGGER

Sabtu, 28 Disember 2013

THE RIDGE TEJA BY THE SEA

10:03 PG 13
THE RIDGE TEJA BY THE SEA

ekceli el dah plan nak surprise en. suami pasal kehamilan el time anniversary el yang ke-8 ritu...ermm tp dia yg lebih alert..xjadilah surprise...nyampahhhh hahaha kira igt itu cam hadiah anniversary time mkn dinner kat The Ridge Teja By The Sea lah kunun..huhu

El lah plan nak  makan kat sini..sbb ritu ms g Pulau Aman el ternpk satu restaurant kat Jety Pulau Aman..pilih tempat ni sbb view dia cantik sgt..mcm romantik lah ngan boleh npk sunset..Penang Bridge and keindahan Pulau Aman dr jauh..mmg cantik giler

 

 El tgk mmg ramai org mkn kt sini..so mestilah kut sedap menu2 dia kan..ada western, tomyam, stimbot, bakar2 and mcm2lah :)


Ha tgk view sunset dia cantek kan..ni el amek kat fb diorg..sbb time el nak pergi sini matahari xmuncul2..dia muncul ikut belah sana..so xnpk lah..hampa gak lah huhu


Lau petang2 mmg ramai yg lepak sini...amek gambar..n nk tgk sunset..mmg hot spot lah


Masa otw nak g sini..jalan mmg jem giler..so risau gak lah xsempat nak amek gambar sunset..smpai sini nak dekat maghrib..dun worry kt sini ada surau open view disediakan...sejuk je mata memandang :)


Uols igt weols dtg berdua ke...xsmpai hati nk tggl anak2 kat org..el lebih suka bw diorg..lagi seronok..budak2 tu pun boleh enjoy ngan weols..lau tinggal budak2 tu..kepala asik igt kat anak2 je..jiwa xtenteram haha


xtau nak order ape..sbb tghari td dah mkn nasi kat rumah..so weols order western je
ni for en. suami lamb chop...sos sedap


el plak order ciken cop..sos sedap :)


bila tya anak2..diorg lebih suka mkn nasi..so el order sup ayam berempah ngan telur dadar je


ni hidangan wajib lau g mkn kat luar..for budak2 tu..so diorg ralit mkn..xdelah lari2 sn sini haha


Tgk2 anak2 el mkn ciken chop el pya..lapar anak2 iols rupanya..so el try order mee udang..ermm udang xfresh..ada plak fishball n fishcat..mkn skit..bg kat en. suami


Minuman mocha ngan milo ais je..sebelah kanan pineapple koktail for en. suami
 

Nk tggl budak2 ni kat bs?..hai x smpai hati..tggl kejap pun dah rs rindu..baik bw..boleh gomol2 cium2 haha

 

Alhamdulilah dah 8tahun hidup bersama.pelbagai onak dan duri..dan dianugerahkan 3 org cahaya mata yang comel2..dan x lama lagi akan hadir seorg lagi insan di sisi weols..semoga hidup kami diberkati olehnya dan mendapat keberkatan dlm kehidupan di dunia dan akhirat..amin..thxs guys for the wish dats day :)

Jumaat, 27 Disember 2013

ARIANA ROSE

9:07 PG 10
ARIANA ROSE

 
Drama Ariana Rose merupakan drama adaptasi daripada novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose. Novel The Wedding Breaker merupakan pemenang tempat pertama dalam Anugerah Best Novel Karnival Novel 2013. Drama Ariana Rose bakal disiarkan pada 31 Disember 2013 selepas tamat Drama Playboy Itu Suami Aku di Slot Akasia TV3. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7.00malam.

Judul Drama : Ariana Rose
Penulis Skrip : Sofia Eliza
Arahan : Raja Ahmad Alauddin
Penerbit : PenaCreative ( kak Ziela Jalil )
Novel : The Wedding Breaker terbitan Penerbit Karyaseni
Pelakon : Nur Fathia (Ariana Rose), Keith Foo (Tengku Adam Kamil),
Tasha Shilla (Tengku Juwita), Hisyam Hamid, Nabila Huda, Arja Lee, Syatilla Melvin,
Ziela Jalil, Mustapha Kamal (Tengku Mukriz) , Liza Abdullah (Puan Sri Lisdania), Rahim Omar (Tengku Sudin), Jasmin Hamid (Tengku Marsela), Anzalna, Wan Sharmila (Linda)
Mulai : 31 Disember 2013
Jadual : Isnin - Khamis,
Pukul : 7.00pm - 8.00pm
Saluran : Slot Akasia, TV3
 
SINOPSIS NOVEL WEDDING BREAKER

Ia mengisahkan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku  Adam Kamil, lalu dia mencadangkan agar Ariana berlakon sebagai wedding breaker. Perkahwinan tersebut dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil telah tercalar.

Berang dengan keadaan itu, Tengku Adam mengupah spy peribadi untuk menyiasat siapa Ariana Rose.Tengku Kamil cuba mengetahui siapa dalangnya,namun Ariana tegar untuk tidak memberitahu.

Tengku Kamil akhirnya meragut kesucian Ariana dan disebabkan itu, Ariana memberitahu kisah sebenar. Sejak itu, Ariana membenci Tengku Kamil.

Untuk melupakan sejarah hitam itu.Ariana mula melakukan kerja-kerja amal.Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang besar dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Tengku Adam mula jatuh cinta pada Ariana namun tidak pada Ariana. Malah dia semakin membenci Tengku Adam.

Ariana Rose dipinang oleh keluarga Tengku Adam tanpa pengetahuan Tengku Adam dan Ariana menerima lamaran tersebut .Disebabkan kecewa lamarannya ditolak Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah. Bila pulang, dia mendapati, yang dia akan berkahwin dengan Ariana-gadis yang dicintai.Ariana juga tidak tahu siapa bakal suaminya hinggalah pada hari penikahan.Ariana terkejut tapi dia menerima suaminya dengan perasaan terbuka apatah lagi melihatkan suaminya telah banyak berubah.













NOVEL WEDDING BREAKER

“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”

“Talking to me?”

“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”

“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”

“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

nota noti: 
iols dah malas nak update n3..ni pun just copy n share with uols..ada byk gak gambar nak share ngan uols tp malas nak edit nak wat watermark bagai nak mengarang bagai huhu 
thx for drop by sini..:)

mgu depan iols cuti seminggu..iols berholiday kat sekolah abg danish n tadika kakak arwen..mama el sgt excited mcm mama el yg nak masuk sekolah ekekeke kbai

Sabtu, 21 Disember 2013

ISTILAH MAKANAN YANG BERKAITAN DENGAN BABI

9:27 PG 15
ISTILAH MAKANAN YANG BERKAITAN DENGAN BABI

Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan,
 
Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahawa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine. Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi. 

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi: 

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan. 

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi. 

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg. 

4. Boar:Babi liar. 

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg. 

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi. 

Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat

Thanks Mama Pipie for the info

Sabtu, 14 Disember 2013

GAMBAR PERSANDINGAN ROZITA CHE WAN DAN ZAIN SAIDIN

2:32 PG 12
GAMBAR PERSANDINGAN ROZITA CHE WAN DAN ZAIN SAIDIN
 
Pada malam tadi berlangsungnya majlis resepsi persandingan pelakon Zain Saidin, 29, dan Rozita Che Wan, 40 yang diadakan di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Shah Alam. Majlis yang digembar-gemburkan menjadi Wedding of the Year ini berlangsung penuh meriah dan gilang gemilang dengan tema Taman Ala Inggeris Klasik. 


Aturcara majlis sangat ringkas. Kedua-dua pasangan itu melangkah masuk ke dalam dewan kira-kira pukul 9 malam diiringi dengan lagu Cinta Sesungguhnya nyanyian Sabhi Sadhi secara live. Acara dimulakan dengan bacaan doa daripada Imam Muda Asyraf Redzuan dan tayangan video majlis merisik, berinai dan akad nikah. Tiada acara merenjis, majlis ini begitu sederhana dari segi aturcaranya. Tidak terlebih dan tidak berkurang. 











Che Ta tampil dengan rekaan elegan dan anggun mengayakan busana daripada pereka fesyen terkenal Qudyn Kuala Lumpur dan Rizalman turut memperagakan barang kemas bernilai RM11.2 juta. Seramai 500 tetamu termasuklah keluarga terdekat, rakan-rakan artis dan media menghadiri majlis tersebut.























Majlis dimeriahkan dengan nyanyian daripada Fazli Zainal, Ayu Damit dan Dafi. Sementara itu, antara rakan artis yang hadir ialah Ziana Zain, Sherry Ibrahim, Tasha Shilla, Azza Elite, Micheal Ang, Rizal Jaafar, dan Azhan Rani.

Zain dan Rozita selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang turut diadakan di sini pada malam Khamis lalu. Pelakon popular dengan drama Kiah Pekasam ini telah menerima sembilan dulang hantaran yang diisi di dalam peti termasuk mas kahwin berjumlah RM9,300, sebentuk cincin bernilai RM93,000 dan wang hantaran sebanyak RM23,000.

sumber


 

 



Gambar Pra Perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin klik SINI

Gambar Majlis Berinai Rozita Che Wan dan Zain Saidin klik SINI

Gambar Pernikahan Rozita Che Wan dan Zain Saidin klik SINI

Khamis, 12 Disember 2013

My 4th Pregnancy

3:15 PTG 19
My 4th Pregnancy
ekceli byk citer nak citer kt uols
tp mmg tgh lemau skun ni
byk n3 tertangguh huhu

 
11.12.13 el dah masuk 3 bln
alhamdulilah harap bb ngan mama el sihat2 spjg tempoh kehamilan kali ni
nti el stori psl kehamilan el yg ke-4 ni..no promises but I will :)


nota noti: boleh x tgu beranak je xyah g klinik..malassssssss nak g lah huhu




Rabu, 11 Disember 2013

GAMBAR PERNIKAHAN ROZITA CHE WAN DAN ZAIN SAIDIN

10:42 PTG 4
GAMBAR PERNIKAHAN ROZITA CHE WAN DAN ZAIN SAIDIN
Pada malam ini 11.12.13 bertempat di Setia City Convention Centre, Shah Alam pasangan ini bakal di’ijabkabulkan selepas beberapa tahun menyulam cinta sesama mereka dan menjadi tumpuan para peminat sepanjang hubungan mereka terjalin.

Rozita Che Wan & Zain Saidin telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dan pasangan ini dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman. Rozita diwalikan oleh adiknya Roshidi Che Wan.

Rozita Che Wan menerima sebanyak sembilan peti hantaran termasuklah cek wang hantaran RM23,200, mas kahwin RM9,300 serta cincin nikah bernilai RM93,000.  

 







 
 







 Semoga mereka diberkati dan mendapat keberkatan dunia akhirat amin

Gambar Pra-Perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain klik SINI

Gambar Majlis Berinai Rozita Che Wan klik SINI

Gambar Persandingan Rozita Che Wan klik SINI