Jumaat, 30 November 2012
Kowg igt sng ke nak wat muka comey cam ni (comey ke muahaha)
Muka lau xcomey wat lagu mana pun mmg xcomey lah bluwekkkk
smlm g blog ai..tgk dia wat memek muka cam aku wat ni..dia
xpelah mmg sejak lam perot datin biah mmg dah comey haha
wat lagu mn pun comey manjang..muka aku????hahahahaktuiii
kehkehkehkeh
ada apa ngan TUJUH?will see tomorrow…wuuuhuuuuu
tu pic dah abis comey aku rasa kahkahkahkahhhhhhhhhh
Khamis, 29 November 2012
Ramai peminat memberikan reaksi yang positif terhadap mutu pengacaraan Iqram Dinzly dalam program Jalan Jalan Cari Makan selepas menggantikan .. anda tahu siapa.
Namun, ada berita yang kurang gembira untuk peminat program ini
apabila Iqram Dinzly khabarnya enggan menyambung tugas beliau itu
di’musim yang akan datang.
Sehingga kini, menurut Iqram Dinzly beliau telah merakamkan 20 episod
untuk program tersebut tetapi sama ada beliau akan teruskan tugas itu
ianya masih dalam pertimbangan.
“Bukan kerana tidak enjoy mengacara program tersebut, tetapi
penambahan berat badan membuatkan saya agak bimbang untuk
meneruskannya,” ujar Iqram Dinzly mengulas perkara ini.
Iqram Dinzly berkata kepada Media Hiburan
baru baru ini yang jika di’takdirkan untuk terus bersama program
tersebut, beliau akan teruskan — jika tidak, ia satu pengorbanan.
Apa kata anda? Anda mahu Iqram Dinzly terus mengacarakan Jalan Jalan
Cari Makan atau anda bersedia untuk menerima orang baru menerajui
program makanan tersebut? Heh.
rotikaya
rotikaya
alahhhh takut gemuk gilah GYM..xde mslh lah bro..:)
bg aku oklah iqram ni host JJCM dr budak berdua tu wakakaka..alah sng amek aku jelah jd host..confem terliur meliur meleleh siot org tgk xsabaq nak pi terjah kedai mkn tu wooooohoooooooooo haha
yeaaaaaaaaaa sungguh hepi aku hari ini ok
kan aku lama x update blog since bln 10 ritu..so nuff pun aku xamek kesah dah
last week cek lah akaun nuff aku...last dpt nuff pun bln 10..tu pun aku x update lgsg still dpt..jugak hehe..nak kata rs down tu xdelah..mmg blog pun xupdate..caner nuff nak kasi :)
then rini sjlah usha jauh2 je akaun nuff tu..sbb aku kan tgh gigih come back since last week...bertubi2 gak lah aku update blog...mengharapkan sesuatu dr nuff lalalala
bkk2 je akaun nuff aku tu...mn tau rezeki aku lah..dpt seketul nuff terus sebak agagaga ngade tul hehehe
nuff Maxis tgh ongoing tu wooohoooooo!!!!!
mula2 aku nak login nuff..pyalah panik..kan dah bertukar lain..yelah dah lama x bkk kan...then terus penin tgk..eh mn duit aku risolah wei hilang tetiba..huhuhu..alhamdulilah ada je duit tu x berusik hehehehe
terima kasih nuff..terima kasih maxis
sayanglah kat korg ketat2 kehkehkeh
terima kasih uols yg xjemu kunjung tiba kat blog iols ni uolsss hahahaha
Kalau sudah namanya selebriti, kemana saja mereka pergi pasti peminat mahu tahu, kan?
Terbaru, melalui Instagram Awal Ashaari, kedua pasangan bahagia ini
dilihat gembira bercuti bersama di Eropah. Antara destinasi-destinasi
yang mereka pergi termasuklah Paris, London, dan juga Istanbul.
Melalui foto-foto yang dimuatnaik oleh Awal, mereka berdua turut
dilihat menyaksikan perlawanan bolasepak dan singgah ditempat-tempat
menarik seperti Eiffel Tower, London Bridge dan juga London Ferris
Wheel.
Bahagia sungguh melihat kedua pasangan ini bercuti. Semoga dimurahkan
rezeki dan cepat dikurniakan cahayamata ya! Mari lihat foto-foto Awal
Ashaari & Scha Al-Yahya berbulan madu selepas ini ya!
lagi gambar klik OHBULAN
Rabu, 28 November 2012
td baru je abis perlawanan bolasepak antara Msia ngan Laos
mula2 tu aku x tgk..dok layan drama korea kt tv8...pas2 tweet2 ngan ieyla ngan mak lagenda...dok perli2 ieyla psl dia layan bola..n aku pun katalah elehhh msia kalah pya hahaha..pas layan drama korea tu..layan masterchef pulak..smbil2 tu tweet2 lah tya skang msia berapa..alah boleh je tgk kt tv1..tp skun semua pakai tweet2 hahaha...pengulas bola si ieyla diam pulak tido hape..
abis je masterchef terus aku bkk tv1..tgk2 msia still 1-1...pas je aku tgk tu terus safie ali wat tendangan gol..pas2 bertubi2 lak golnye..haiiiii takan psl aku tgk tetiba kot terus gol manjang..hahaha
tp mula2 dok geram jugak lah..sbb byk gak lah yg derang terlepas peluang...yg marah sgt smpi ckp eh bodohnyerrrrr cam mn xleh gol sedangkan xde org kat area gol tu...skit pya besar tiang gol tu hahaha...
pas2 lega skit lah msia dah skor 4gol..then tweet2 ngan azura pulak...ckp ehhhh msia menang 4gol..so cuti 4hari lah..berbalas2 tweet lak..bg smggu lah jwb azura...then aku reply...tweet2 msia nak bg smggu..nk bg 1hari pun msia kemut..hahahaha
then terlintas lak dok tweet ngan azura...hahahah weiii "TIADA APEK MSIA MENANG BERGAYA...ADA APEK ASIK IGT LEUNIEY JEK"..hahaha
APAPUN TAHNIAH PADA HARIMAU MALAYA..jgn nak syok sgt ok..laos je pun hehehe
nota bijik: oh apek td just jd pemain simpanan je..
Boleh di’kata pasangan ini senyap senyap sahaja berkahwin walaupun
ada khabar yang berlegar sebelum ini mengatakan mereka bakal berkahwin
sebelum hujung tahun.
Menerusi laman Twitter Hairie Othman sendiri, beliau menyebut yang
pernikahan mereka telah selamat berlangsung pada 16 November 2012 yang
lalu. Tahniah buat mereka.
Hari ini jurugambar rasmi perkahwinan Hairie Othman & Dalia Diyana, Momentlicous memuat naik beberapa keping gambar sekitar resepsi perkahwinan mereka baru baru ini.
Walaupun Hairie Othman sendiri semakin menghilang dari dunia hiburan
tempatan, rasanya ada ramai lagi peminat yang mahu melihat beliau
di’hari bahagia bersama pasangan.

nak tgk lagi gambar klik SINI
nota bijik: eh eh muka isteri hairi tu mcm Syafinas lah hehe..tahniah uols
disuatu malam..pas baru update blog...tetiba abang danish dtg dekat n tgk skrin komputer lalu:
abang danish : mama?mn gambar abg?mama x letak gambar abg ke?
mama: ha?ermmm tu ada gambar abang..cer tgk kt bwh tu..tepi
abang danish: scroll bwh tgk ada gambar kt sidebar..lalu kata "mama!!nape x letak kat atas sekali ngan alana ngan arwen
mama: dah xde gambar abang bertiga caner mama nak letak
abang danish: nanti mama letak lah gambar abang sekali ngan arwen ngan alana taw
mama: ha..yelahhh nanti mama letak
abang danish: mama letak taw mama..nanti abang nak tengok
mama: yelahhhhhhh
ni lah gambar header yang aku letak ritu..abang danish tegur nape xde gambar beliau hehehe
gigih buatkan gambar derang bertiga ni..ekceli xde satu gambar sekali bertiga..semuanya xbape nak cantek..tu yang buat asing...janji abang danish x komplen dah hehehe
smlm sjlah menyakat alana ngan arwen..dok peluk abg danish atas katil..ckp mama syg abang jek..arwen alana pi jauh2...huh..meraunglah 2org tu lagi2 arwen...lglah aku menyakat...arwen sllu xdgr ckp mama..mama sayang abg sorg jek..dah dah pi sn pi sn..meraunglah lagi arwen ntah hape2 smpi nak muntah..terus peluk dia...arwen ckp..mama sayang arwen x...xpun aku jwb...meraunglah lagi..dah dah mama sayang semuaaa arwen pun mama sayang..yg si kecik tu kejap je raung pas2 gelak ntah hape2..hehe
smlm sjlah menyakat alana ngan arwen..dok peluk abg danish atas katil..ckp mama syg abang jek..arwen alana pi jauh2...huh..meraunglah 2org tu lagi2 arwen...lglah aku menyakat...arwen sllu xdgr ckp mama..mama sayang abg sorg jek..dah dah pi sn pi sn..meraunglah lagi arwen ntah hape2 smpi nak muntah..terus peluk dia...arwen ckp..mama sayang arwen x...xpun aku jwb...meraunglah lagi..dah dah mama sayang semuaaa arwen pun mama sayang..yg si kecik tu kejap je raung pas2 gelak ntah hape2..hehe
Selasa, 27 November 2012
OLEH: AJAMI HASHIM
Lagenda Budak Setan 2 ‘Katerina’ (2012) ialah filem sambungan Lagenda
Budak Setan (2010) yang berjaya mengutip lebih dari RM4 juta secara
kasar. Siri tv dengan judul yang sama juga pernah dibikin sebanyak 26
episod disiarkan di saluran Astro Prima (2010).
Nampaknya siri novel karya Ahadiat Akashah tidak henti-henti
diadaptasi oleh industri filem dan stesen TV tempatan kerana keseronokan
kisah novelnya kini boleh dirasai dan direalisasikan di layar lebar.
Selepas kematian Ayu (Lisa Surihani), Kasyah (Farid Kamil) si ‘budak
setan’ kini bergelar duda dan bapa kepada seorang bayi perempuan bernama
Athirah (adik Sharifah Zahra). Mereka tinggal sebumbung dengan abang
kandung Kasyah iaitu Iskandar (Azri Iskandar) di rumah pusaka keluarga
mereka.
Kedengaran seperti sudah aman damai tetapi ribut taufan akan melanda
sekali lagi apabila Kasyah dipertemukan semula dengan Katerina (Maya
Karin).
Tunjang utama filem kali ini ialah kehidupan Katerina yang menjadi
huru-hara semenjak putus tunang dengan Hisyam (Bront Palarae) seorang
lelaki biseksual, juga pada waktu yang sama Katerina jatuh cinta dengan
Kasyah. Sekali lagi pengulangan konflik kisah cinta 3 segi yang tragis
berlaku seperti filem yang terdahulu LBS1.
Seperti novelnya, filem ini juga sarat dan berselirat dengan subplot
yang banyak. Tambahan pula lakonlayar ditulis oleh Ahadiat Akashah
bersama penulis skrip dari Indonesia, Jujur Prananto yang terkenal
dengan lakonlayar filem Ada Apa Dengan Cinta? (2002) menjadikan jalan
ceritanya diperhalusi untuk mengekalkan kronologi dalam novel
‘Katerina’.
Kali ini filem LBS2 mengembangkan cerita keluarga Kasyah iaitu
konflik dengan abangnya Iskandar yang mempunyai masalah sosial
melibatkan gejala jual-beli dadah. Ia kisah adik-beradik yang
menambahkan lagi kerumitan dalam hidup Kasyah. Watak ibu mertua Kasyah,
Mak Leha (Shiela Mambo) masih dikekalkan sebagai kesinambungan keluarga
arwah Ayu.
Konflik dalaman keluarga Katerina juga diangkat untuk memperlihatkan
bagaimana ibubapa Katerina iaitu Sofean (Zulkifli Mohamad @ Zack Kool)
dan Sofea (Marissa Yasmin) secara halus cuba menghalang hubungan
Katerina-Kasyah. Pilihan keluarganya masih berpihak kepada Hisyam bekas
tunangnya. Ditampilkan juga watak Zahirah (Lana Nordin) di tengah
kemelut kekeluargaan Katerina untuk menambah kekusutan.
Secara ringkasnya LBS2 mengulang semula formula filem melodrama ala
Bollywood seperti filemnya yang terdahulunya LBS1. Cuma kisahnya kali
ini lebih dewasa seiring perkembangan usia watak Kasyah yang kini
melalui zaman sebagai seorang bapa dengan komitmen tinggi untuk
membesarkan dan menyara hidup anaknya Athirah. Tiada lagi watak
keanak-anakan atau remaja zaman di kampus dahulu. Konflik yang lebih
berat melibatkan isu kekeluargaan, rumahtangga, zuriat, keturunan,
karier dan hubungan kelamin yang lebih serius menjadi intipati filem
ini.
Kisah terpecah kepada 2 keluarga yang mempunyai masalah dalaman
masing-masing, keluarga Kasyah dan keluarga Katerina dimana apabila
keduanya bertembung tercetus pula orang ketiga iaitu Hisyam. Penonton
akan dihambat perasaan bila satu-persatu masalah dan musibah melanda
kehidupan dan percintaan Kasyah-Katerina umpama mereka sudah jatuh
ditimpa tangga dan ditimpa tangga lagi dan lagi berulang-kali atau
terkena badi sial? Malang sungguh malang!
Secara peribadi, saya suka menonton persembahan para pelakonnya
secara berkumpulan. Farid Kamil dan Maya Karin yang kali terakhir pernah
berganding dalam filem Anak Halal (2007) kelihatan serasi. Bront
Palarae seperti mengulang semula perwatakan gila-gila dan bahaya seperti
dalam filem Jiwa Taiko (2012) dan seolah cuba menandingi watak Azmi
(Que Haidar) dalam LBS1 dahulu untuk sekuel filem ini.
Azri Iskandar dengan penampilan bertubuh gempal dan berjambang pada
awalnya sukar dikenali, juga memberikan lakonan yang meyakinkan. Watak
Athirah lakonan adik Sharifah Zahra mampu mencuri perhatian penonton
kerana beberapa babak yang comel dan bersahaja daapt ditonton dalam
LBS2. Penampilan Siti Khatijah Hassan @ Kat Mentor sebagai watak Lily
iaitu kekasih Iskandar hanya muncul menuju penghujung filem tetapi akan
dikembangkan di sekuel LBS3 (2013) nanti. Tidak lupa juga cameo oleh
Ning Baizura dan Lisa Surihani mampu menguatkan penceritaan.
Namun begitu, LBS2 masih ada beberapa kelemahan kecil dari segi
fungsi sesuatu sekuen babak yang janggal bila difikirkan semula.
Misalnya kunjungan Kasyah & Katerina ke negara Bhutan di Pergunungan
Himalaya sepatutnya atas dasar urusan kerja tetapi babak-babaknya
seperti bercuti makan angin sepasang kekasih seperti pembikinan sebuah
video klip lagu filem Hindustan?
Ada juga beberapa ‘continuity’ filem ini yang mungkin nampak pelik
misalnya babak Kasyah menolak stroller yang diisi oleh anaknya Athirah,
tidak dibawa di dalam LRT dalam babak sebelumnya. Babak Hisyam yang
meroyan gila di pagar di rumah pesakit jiwa disunting sebagai ‘intercut’
di antara 2 babak selepas dia ditumbuk oleh Kasyah seolah suntingan
non-linear yang tidak kena.
Lagenda Budak Setan 2 ‘Katerina’ boleh dikatakan sebuah karya yang
menghiburkan sebagai naskhah adaptasi sebuah novel ke bentuk filem.
Mungkin jalan ceritanya kadangkala bersimpang-siur tetapi masih mampu
tidak menyesatkan pemahaman penonton. Arahan sinematografi oleh Mike
Muschamps berjaya menangkap momen dan latar LBS2 dengan berkesan.
Tiga buah lagu mendayu-dayu dicipta khas untuk LBS2 iaitu Hampa oleh
B’jah, Sejati oleh Ning Baizura dan Cinta oleh Adira. Sharad Sharan
sebagai pengarah LBS2 dan produksi Tarantella Pictures sudah tentu
seronok membaca ulasan saya ini!
Klik SINI untuk melihat Official Trailer LBS2
nota bijik: Ombak Rindu pun aku x tgk g..huh
Kalau sudah namanya suka atau pun cinta, perbezaan umur pun tidak
menjadi masalah, kan? Kalau bukan umur, cukup dengan perwatakan yang
menarik serta keikhlasan hati pun sudah boleh menambat hati insan yang
lain.
Itulah yang diakui sendiri oleh pelakon kacak berusia 28 tahun, Zain Saidin kepada akhbar online tempatan mengenai
perasaannya terhadap pelakon jelita, Rozita Che Wan, 39. Adik kepada
Sasha Saidin ini juga tidak menolak jika mereka berdua ditakdirkan
bersama.
“Dia seorang wanita yang baik dan ikhlas. Jika tertulis ada jodoh
antara kami, saya tidak menolak. Saya akui memang menyukai Che Ta tetapi
lebih daripada itu saya tidak boleh komen.” – Zain Saidin dipetik dari
mStar Online.
Tidak berhenti disitu, Zain mengaku dia sememangnya mahukan Rozita
Che Wan namun hubungan mereka setakat ini hanyalah sekadar kawan biasa.
“Memang saya mahu dan tertarik pada dia tetapi kami hanya berkawan
pada masa ini. Saya tidak nafikan mahu menjalin hubungan melebihi apa
yang kami lalui sekarang. Kalau benar ada sesuatu yang terjalin antara
kami, sudah tentu saya akan berkongsi dengan khalayak,” terangnya.
Baru-baru ini, Rozita Che Wan telah dikaitkan dengan Shah Iskandar,
pelakon yang berganding bersamanya dalam drama ‘Kiah Pekasam’ sehingga
dikatakan menimbulkan rasa cemburu pada Zain Saidin.
terus aku gugel sapalah Shah Iskandar ni..walaweiiiii dia ni ke...woooohooooooo!!!!kacak giler dow...lakonan dia not bad gak... ok ok babai ady putra..i got new bf gelap suda hahaha..org singapore rupanya...model lak tu..pttlah ada style dow haha

nota bijik: ayat memang mahu tu xleh tahan hahaha
Isnin, 26 November 2012
uols nah msk x smbl tumis..xkisahlah sambal tumis telo or ikan bilis..nah msk sekali dua x..ikan bilis ngan telo?sejak aku tgk mil aku msk sambal ikan bilis ngan telo sekali ritu..terus lau aku nk msk sambal telor sure aku msokan ikan bilis skit..heheh at least leh la rs dua2 sekali x gitu..hehehe
lau nak rebus telo..sure aku rebus byk lam 10 bijik ok..sbbnya t anak2 aku npk derang nak ratah telor tu sj..haiiii kdg2 x sempat aku nyorok kan derang tau2 je telo tu kt mn..caittt hehehe..5bijik kasi kt derang...5 bijik wat sambal...:)
Awal pagi tadi, isteri Nabil Raja Lawak, Nazirah Ayub selamat
melahirkan seorang bayi perempuan yang merupakan anak pertama pasangan
ini sejak berkahwin.
Bayi perempuan seberat 2.67kg ini lahir sekitar jam 8.40 pagi tadi
& Nabil Raja Lawak sendiri mengesahkan berita itu melalui akaun
Twitter beliau tengah hari tadi.
Tahniah kali sejuta buat Nabil Raja Lawak & isteri atas kelahiran
anak pertama mereka
nota bijik: haaaaa dah agak pun mmg betul tekaan aku anak pompuan hehe tahniah uolsss..iols sgt hepi for uols hahaha
Sabtu, 24 November 2012
Semalam berlangsungnya SHOUT AWARD 2012
aku sempat lah tgk..sbb pas mgrib g beli brg dapur skit..hehe
Aaron Aziz berjaya membawa pulang Hot Guy Award dan Nora Danish berjaya bergelar Hot Chick selepas berakhirnya majlis anugerah yang berlangsung di Sunway Lagoon itu.
aku sempat lah tgk..sbb pas mgrib g beli brg dapur skit..hehe
Aaron Aziz berjaya membawa pulang Hot Guy Award dan Nora Danish berjaya bergelar Hot Chick selepas berakhirnya majlis anugerah yang berlangsung di Sunway Lagoon itu.
Penyanyi kesayangan ramai, Yuna berjaya membawa pulang dua anugerah
malam tadi iaitu Popstar Award & Wired Celebrity Award menerusi
akaun Twitter rasmi beliau.
Zizan Razak juga mengetuai senarai pemenang dengan dua anugerah —
Favourite TV Personality Award & Best On Screen Chemistry Award
bersama Johan Raja Lawak.
Penyanyi yang semakin di’hargai, Shila Amzah terus memungut anugerah
di negara sendiri dengan menggondol Power Vocal Award. Siapa boleh
sangkal kemenangan beliau?
senarai pemenang boleh dilihat di SINI
hot mama winner hehe
tgk kasut beliau tgk kasut beliau haha..agak2 kowg leh pki x cm tu ekeke

Jumaat, 23 November 2012
Lebih kurang sebulan lagi dari sekarang majlis pernikahan diantara
Khairul Fahmi dan Leuniey bakal berlangsung. Namun begitu, foto
pra-perkahwinan telah mula diambil dan kami rasa ini merupakan set kedua
gambar mereka dimana sebelum ini mereka memakai pakaian berwarna putih klik SINI
Biar foto menjawab segala pertanyaan, mari lihat beberapa keping foto mereka yang cantik hasil dari jurugambar The Photolicious.
