Di dalam buku Purnama Madinah karya Ibn Saad, Bandung , Mizan 1997,
muka surat 173, ada tercatat sebuah hadis yang berbunyi, Umar pernah
berkata,
“Ya Rasul, mahukah engkau mendengar aduan saya? Kami kaum Quraisy biasa menguasai isteri kami. Kemudian kami pindah ke sebuah masyarakat (Madinah) di mana lelaki tunduk diam pada isteri mereka. Kemudian kaum perempuan kami meniru perilaku perempuan Ansar ini. Suatu hari saya menegur isteri saya dan dia menjawab balas. Saya tidak menyukai perilaku seperti itu. Dan dia berkata, ‘Apakah kanda tidak menyukai dinda menjawab? Demi Allah, para isteri Rasullullah menjawab balas baginda. Sebahagian mereka mendiamkan baginda sepanjang hari sampai malam.’ Saya (Umar) lalu berkata, ‘Dia rugi. Apakah dia merasa aman dari kemurkaan Allah kerana kemarahan Rasulnya sehingga dia mendapat hukuman?’” Nabi tersenyum dan tidak menjawab aduan daripada Sayidina Umar itu. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW tidak mengiyakan ataupun menidakkan perkataan Umar.
Isteri juga mempunyai suara dan pendapat yang harus didengari suami.
(Cuma perbincangannya haruslah dengan hikmah). Al-Hafizh Ibnu Hajar
berkata, “Dari hadis tersebut dapat diambil pelajaran bahawa terlalu
keras terhadap isteri bukanlah sikap yang terpuji. Sebab, Rasulullah
SAW sendiri meniru sikap orang Ansar dalam memperlakukan wanita mereka
dan meninggalkan sikap kaum baginda sendiri.”
Umar Mencontohi Kesabaran Rasulullah SAW Terhadap Leteran Isteri
Seorang lelaki datang ke rumah Umar bagi mengadu perihal isterinya
yang suka berleter. Tatkala sampai, dia mendengar Umar sedang dileteri
isterinya. Umar tidak menjawab sepatah pun. Lelaki itu beredar sambil
berkata, “Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul Mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana pula dengan aku?”
Selepas itu Umar keluar dari rumahnya lalu terlihat lelaki tadi
beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki
itu berkata, “Wahai Amirulmukminin,tujuan kedatanganku adalah untuk
mengadu berkenaan perangai buruk isteriku yang suka berleter. Tadi aku
baru sahaja mendengar isterimu juga begitu. Lalu aku berkata kepada
diriku, kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka
bagaimana dengan aku?”
Umarpun berkata kepadanya, “Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku
bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atasku.
Sesungguhnya dia memasak makanan untukku, mengadun roti untukku,
membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak
diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan
perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan
kerenahnya.”
Lelaki itu menjawab, “Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku.”
Umar berkata, “Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya tidak lama. Hanya seketika sahaja.”
Rasulullah SAW sendiri telah mengingatkan,
“Janganlah seseorang yang beriman (lelaki) membenci
seorang (isterinya yang) beriman (perempuan), kerana walaupun ada satu
perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain
perangainya yang dia suka.”(Riwayat Muslim dan Ahmad)
nota bijik: terima kasih Allah kerna menjodohkan diriku ngan en. suamiku yg penyabar...ha sabar ngan kerenah aku yg mcm ntah hape2 tu..hehehehe
Alhamdulillah...I love my husband soooo muchhhhhh!
BalasPadamNice article..:-)
hehehe.. memang la tak wajib kit amasak makan tuk suami tu. tapi kan, kalo pas kawin kita tak wat semua tu.sapa yg nak buat tu laki kita.
BalasPadambuat semua tu sebab sayang le.
mslhnyer skang nih dh terbalik sumer dh jadik wajib kat kiter plk. hu3
BalasPadamaku adalah seorg pompuan yg suka sgt menjwp... hahhaha...
BalasPadamdah la menjwp satu hal, degil, keras kepala & kepala hangin pon ado cuma dh kureng cikit sejak ada anak hahaha
ehem..bersyukurkan El bila kita dpt suami yg begitu !!!..he2x..
BalasPadamALhamdulillah..mak pun bersyukur sgt2 dikurniakan pokcik yg boleh bersabar dgn pangai mak nih ha..
BalasPadamgolden goose
BalasPadamyeezy shoes
goyard
air jordan
yeezy shoes
golden goose outlet
goyard
jordan shoes
balenciaga
balenciaga